• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    July 2010
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031

Perkahwinan

Salam Ukhuwah… Kebanyakan masyarakat Melayu kita masih tebal mengamalkan adat didalam melaksanakan majlis perkahwinan. Kadang-kadang boleh merimaskan generasi baru yang adakalanya lebih suka kepada majlis agak moden, mahupun yang lebih berjiwa islamik hanya mahukan majlis yang serba ringkas. Saya mahu menulis sedikit tentang perjalanan majlis perkahwinan adinda saya baru-baru ini. Ada juga adat Melayu yang [...]

Gembira

Salam Ukhuwah… Masih lagi dalam mood gembira…juga masih ada lagi saki baki keletihan… Cukuplah kuota kami adik beradik yang seramai 10 orang ini mempunyai pasangan masing-masing. Sekarang adinda bongsu saya sudahpun berumahtangga. Sudah ada batasnya antara saya dengan dia, kami tidak lagi ‘sebebas’ dulu untuk ke mana-mana berdua. Lazimnya jika dia di Kelantan, saya akan [...]

Majlis

Salam Ukhuwah… Alhamdulillah, selesai sudah majlis kesyukuran bagi meraikan perkahwinan adinda saya semalam, tetamu terakhir kami hadir selepas Maghrib, setelah itu kami tutup kedai! Melayang sudah separuh debaran, separuh kesibukan, separuh penantian. Belum lagi majlis tamat, kami adik-beradik termasuklah pengantin, sudah longlai menguruskan majlis semalam. Bermulalah episod kehidupan baru bagi adinda saya, menjadi seorang perempuan [...]

Sah

Salam Ukhuwah… Alhamdulillah, sah sudah adinda saya, Nik Asma’ Salsabila binti Nik Abdul Aziz menjadi isteri kepada Ahmad Asyraf bin Zainuddin, kira-kira jam 9.45 malam tadi. Wujud sudah peneman abadi dalam kehidupan, teman bicara sepanjang hayat, teman memujuk kala merajuk… Pertunangan yang termetrai pada Februari lalu, Alhamdulillah dapat disempurnakan ikatan sucinya selepas lima bulan. Tidak [...]

Syaaban

Salam Ukhuwah… Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meraikan kedatangan Syaaban, langsungnya memberi petunjuk bahawa kita kian menghampiri Ramadhan Mubarak, bulan rahmat kurniaan Allah. Maka tinggal sebulan lagi untuk kita bersama-sama mempersiapkan diri menghadapi Ramadhan. Selain memperbanyakkan amalan berpuasa sunat, suka juga untuk saya mengingatkan bahawa inilah hari-hari yang terakhir untuk mengqada’ puasa, jika [...]

Menjelang . . .

Salam Ukhuwah… Seminggu dua ini saya agak sibuk, sentiasa bersedia untuk menyibukkan diri menguruskan keperluan adinda saya menjelang hari bahagianya. Hari penyatuan adinda saya semakin hampir, maka saya cuba memberikan yang terbaik sebagai dedikasi untuk hari istimewanya. Sibuk yang seringkali memenatkan, tetapi ada keseronokannya. Teringat pula hari bahagia saya dulu… Selamat berbahagia adindaku… Tentunya saya [...]

Cerita

Salam Ukhuwah… Adakalanya sebaik sahaja pintu kereta dibuka sekembali dari sekolah, anakanda saya mula bercerita. Pintu kereta belum ditutup, ada-ada saja cerita yang dibualkan kepada ‘penumpang’ lain. Biasanya sekaligus saya mengambil anak-anak pulang dari sekolah. Mengimbau kenangan saya dulu-dulu, pergi dan kembali dari sekolah berjalan kaki sahaja. Macam anak-anak sekarang juga, ada-ada saja cerita yang [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.