• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2010
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Ipar-duai

Salam Ukhuwah…

Sekali lagi saya membawa persoalan yang dikemukan oleh tetamu di sini untuk kita bersama bincangkannya. Ini jawapan umum saya, mudah-mudahan apa yang baik dapat kita manfaatkan bersama, insyaAllah…

Salam…

Puan,

saya ade sedikit kerisauan. Begini, Sy sdh berumahtangga 1 tahun lebih. Alhamdulilah bahagia mempunyai baby berusia 7 bulan.Tetapi yg merisaukan sy ialah perangai ipar duai yg (masyallah) hanya tuhan yg tahu. Kdg2 sy menagis bila mengenangkannya. Boleh dikatan semua kakak ipar sy tdk solat dan buta al-quran. Baru2 ini mak mertua sy sdh kembali ke rahmatullah.. tp meruntun jiwa sy bila melihat kakak2 ipar yg merangkak rangkak membaca yasin .. masyallah .. dlm usia sebegini inikah yg dinamakan seorang yg beriman?… solat ntah kemana.. bc alquran ntah kemana.. jadi disini apa yg harus sy buat bg membesarkan anak sy dl golongan keluarga sebegini?.. jauh bezanya dgn keluarga sy.. tlg sy puan.

Kerisauan dalam membentuk sebuah keluarga yang ‘sempurna’ ada pada setiap pasangan yang berkahwin. Namun sepatutnya ‘kerisauan’ itu janganlah diperberatkan sehingga terasa mengganggu kehidupan seharian kita yang sebenarnya berada pada tahap normal. Jangan sesekali menjejaskan emosi kita dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Jika pasangan yang berkahwin mula mengalami masalah antara ipar-duai, lazimnya ia agak sukar dilalui kerana akan melibatkan banyak pihak. Namun kerana manusia itu dicipta dengan pelbagai ragamnya, maka diri sendiri perlu kepada kekuatan hati untuk melalui episod sebegini. Karenah ipar-duai yang pelbagai mungkin agak sukar untuk difahami, lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru saja mendirikan rumahtangga.

Berbincanglah dengan pasangan setiap masalah yang timbul dalam rumahtangga dengan penuh hikmah, moga-moga berolehlah penyelesaian yang boleh memuaskan hati antara satu sama lain. Jika saudari tinggal sebumbung di rumah mertua bersama ipar-duai yang lain, maka penyelesaiannya adalah berpindah rumah apabila tiada keserasian lagi untuk tinggal sebumbung bersama mereka yang juga telahpun berkeluarga. Mungkin kelihatan penyelesaian ini adalah paling berat, tapi sebenarnya punya kebaikan yang amat besar.

Berani

Dalam konteks ini suami perlu mempunyai kepimpinan yang tinggi dan berani dalam membuat keputusan yang tepat, walaupun ada kemungkinan akan menyinggung hati pihak lain. Si suami tentunya sudah arif benar tentang perangai ahli keluarganya sendiri. Lebih-lebih lagi jika dia sudah maklum bahawa keadaan mungkin tidak akan menjadi lebih baik, walaupun dalam jangka masa yang panjang jika terus tinggal bersama.

Jika keputusan yang diambil itu adalah jelas matlamatnya setelah dihitung sebaiknya, sebenarnya ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak dan itulah yang terbaik di sini agama.

Sebenarnya dalam jangka masa panjang setiap pasangan perlu ada kediaman sendiri. Menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anak adalah suatu kewajipan suami, dan tentunya ia adalah hak isteri untuk memilikinya. Apabila tinggal di rumah sendiri dan jarang bertemu dengan ipar-duai, akan menambahkan perisa yang baik-baik saja di kalangan ahli keluarga.

Dalam bergaul bersama ipar-duai juga pentingnya kita bersedia untuk menjadi diri sendiri, ikhlaskan diri dalam bergaul sesama ahli keluarga. Amalkan sikap terbuka dalam membina pergaulan, tidak kira dengan siapapun kita bergaul. Namun dalam keterbukaan juga perlu ada batasannya apabila bergaul dengan ipar duai yang berlainan jantina – asasnya, aurat perlulah dijaga, menjaga adab sopan, tidak terlalu bebas bercampur gaul, tidak memberi layanan yang berlebihan, sesekali jangan duduk berdua-duaan dalam apa jua keadaan sekalipun, dan elakkanlah dari melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah serta kerosakan hati pada diri sendiri, seterusnya boleh menjatuhkan martabat peribadi kita sendiri.

Seterusnya jadikan amalan membaca al-Quran sebagai suatu rutin harian, mudah-mudahan segala urusan kita akan dipermudahkan pada setiap masa. Ayat-ayat al-Quran sangat banyak manfaatnya, insyaAllah ia mampu memberikan pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita di dunia ini. Jangan lupa doa yang berterusan semoga hubungan kekeluargaan bersama ipar duai akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Masa depan anak-anak akan bergantung kepada didikan yang diberi oleh ibubapa, selain dari pengaruh setempat. Oleh yang demikian, sememangnya kita perlu kepada persekitaran yang baik untuk membesarkan mereka. Ibubapa sememangnya punya tanggungjawab yang besar ke atas anak-anak, kitalah yang harus menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka.

8.16am

About these ads
« »

One Response

  1. Syariff, on 27/11/2010 at 12:53 am

    Cuma berkongsi pengalaman: Risau tu satu perkara yang baik. Kita tidak hanya memikirkan tentang diri sendiri. Janji aku atau anak bini aku dah sembahyang, puasa, zakat, pergi haji… confirm masuk Syurga. Tetapi Kerisauan anda bukanlah kerisauan yang SEBENARNYA. Kerisauan itu hanya kerana takutkan “anak sendiri” membesar dalam suasana mereka yang tak amalkan agama. Sekiranya tiada anak, mungkin tidak terlintas pun kerisauan kepada yang lain.

    Sepautnya kita risaukan mereka yang tidak mengamalkan agama itu sendiri.

    Mudah aje. Kita tunjukkan akhlak sebagai orang Islam sejati selain melaksanakan amalan2 wajib seperti biasa. Then, berdoa supaya Allah berikan hidayat kepada mereka. Jika sekiranya Itu sahaja yang termampu.

    Lagi baik jika ada kekuatan, “risau” berikan nasihat kepada mereka.

    Walau apa cemuhan atau cacian yang diterima nanti, janganlah SESEKALI kita mendokan laknat atau keburukan kepada yang melemparnya. Ikutlah Muhammad S.A.W yang mendoakan hidayat kepada kekejaman penduduk Thaif yang telah melemparinya dengan batu sehingga berdarah-darah. Punyalah kejam sehingga malaikat yang tiada perasaaan pun datang offer untuk melaga-lagakan gunung-ganang di sekirtar bandar Thaif. Doakanlah hidayat. Doakanlah hidayat.

    InsyaAllah, ada yang terkesan.

    Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: