• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    May 2012
    S M T W T F S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Kuasa Cinta

(Versi SIASAH) Salam Ukhuwah… Cinta paling bernilai di dunia dan akhirat adalah milik Rasulullah s.a.w., apabila Baginda telah dianugerahkan gelaran ‘Kekasih Allah’. Nilainya terlalu tinggi apabila Allah s.w.t. telah memilih Rasulullah s.a.w. sebagai manusia yang paling bernilai kepadaNya, kerana Baginda telah sanggup menyerahkan segala jiwa dan raganya melebihi apa saja yang dimilikinya di dunia ini [...]

Hadirnya Nabi Muhammad s.a.w. (Akhir)

Rasulullah s.a.w. juga telah melantik seramai 12 orang naqib (ketua), yang terdiri daripada sembilan orang daripada kaum Khazraj dan tiga orang daripada kaum Aus. Kedua-dua kaum ini merupakan penduduk utama di kota Madinah. Pelantikan ini sebagai matlamat jangka panjang dalam menyebarluaskan lagi Islam di Madinah, seterusnya menjadi penghubung di antara Baginda di Makkah dengan masyarakat [...]

Hadirnya Nabi Muhammad s.a.w. (IV)

Keadaan kembali seperti sedia kala selepas tiga tahun apabila kaum Muslimin tidak lagi diboikot. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi menerima ujian hebat daripada Allah s.w.t. tatkala bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya, Saidatina Khadijah r.a. telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Baginda terpaksa menanggung kesedihan yang amat sangat apabila bapa saudara yang sentiasa [...]

Hadirnya Nabi Muhammad s.a.w. (III)

Salam Ukhuwah… Pelbagai cabaran perit terpaksa dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat dalam menyebarkan Islam pada waktu itu. Sebahagian daripada mereka diseksa, dianiaya, disingkir, dan dipulaukan. Baginda tetap jua bersabar disamping berusaha untuk mendapatkan perlindungan kepada semua pengikutnya. Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. membuat keputusan untuk membenarkan para pengikutnya meninggalkan Makkah, apabila baginda melihat [...]

Hadirnya Nabi Muhammad s.a.w. (II)

Salam Ukhuwah… Usia remaja Muhammad dipenuhi dengan aktivit-aktiviti yang berfaedah. Dia sentiasa dilindungi Allah s.w.t. daripada sebarang perlakuan yang tidak baik. Akhlaknya terpelihara dan maksum dari sebarang kehinaan dunia ini, sehinggalah dia dikenali sebagai al-Amin (yang amanah). Tempoh usianya sentiasa diisi dengan melakukan pelbagai kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat umum. Muhammad juga seorang yang sering [...]

Hadirnya Nabi Muhammad s.a.w.

Salam Ukhuwah… Dalam aqidah Islam, setiap Muslim wajib beriman kepada para Nabi dan Rasul, langsung beriman jua kepada setiap kitab yang diturunkan Allah s.w.t.. Bukan sekadar membenarkan dan meyakinkan al-Quran semata, bahkan mengimani kitab Zabur, Taurat dan Injil. Walaupun sedemikian, kita sangat perlu berwaspada apabila kitab-kitab selain dari al-Quran, bolehlah dianggap sebagai hanya tinggal pada [...]

Akal, Emosi dan Nafsu

  Salam Ukhuwah… Jika ada yang mahu mengaitkan Akal dan Nafsu wanita, sering saja kita mendengar ungkapan ini digunakan, ‘1 Akal dan 9 Nafsu’. Saya sendiri lebih melihat kepada kemungkinan ‘9 nafsu’ itu merujuk kepada emosi wanita yang pelbagai. Istilah ‘emosi’ mungkin lebih sedap didengar berbanding dengan ungkapan ‘nafsu’, yang sering saja dijuruskan kepada perlakuan [...]

Calon

Salam Ukhuwah… Saya dahulukan dengan kalungan tahniah buat Puan Normala Sudirman. Mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala, merupakan calon wanita dari PAS yang bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. Semoga kemenangan menjadi milik kita, insyaAllah! Sama-sama kita doakan! Senario hari ini memperlihatkan bahawa tidak asing lagi jika wanita [...]

Istimewa

Salam Ukhuwah… Allah s.w.t. telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang sangat istimewa, asasnya sebagai peneman kesunyian kepada kaum lelaki, sebagaimana terciptanya Hawa untuk Adam. Tentunya apabila seorang lelaki dan wanita bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan, maka hadirlah kegembiraan, ketenangan dan kedamaian dalam jiwa setiap pasangan. Akan wujudlah seorang pendorong semangat, teman untuk senyum tawa dalam [...]

Malu

Salam Ukhuwah… Sifat malu sangat sinonim dengan seorang wanita. Sememangnya menjadi fitrah semulajadi wanita dikurniakan sifat malu oleh Allah s.w.t.. Sepatutnya dengan sifat malu inilah wanita mengambil pendekatan yang lebih baik dalam tingkah lakunya – malu untuk berperilaku yang tidak senonoh, malu untuk mendedahkan aurat, malu untuk bersosial sakan, dan malu apa saja demi menjaga [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.