• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
        Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Assalamualaikum!

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah, impian saya yang sudah hampir setahun berlalu itu akhirnya Allah swt makbulkan. Apabila saya memutuskan untuk menjadi seorang suri, saya terfikirkan blog, supaya hari-hari yang saya akan lalui nanti tidaklah terkilan. Namun saya sendiri yang asyik menangguhkannya, dengan alasan, saya sebenarnya sukar berkongsi apa saja dengan orang lain. Tangguh demi tangguh, akhirnya ia direalitikan…

Percayalah bahawa blog saya hanyalah blog santai-santai sahaja. Saya bukannya ahli dalam politik, yang memungkinkan di luar sana ramai yang mengharapkannya begitu. Saya cuma mahu berkongsi sesuatu bersama anda semua, baik ketika anda gembira, sedih, marah, takut, dan apa saja yang ada dalam fikiran anda, insyaAllah kita cuba kongsi bersama. Itu saja.

Saya gembira untuk memulakan blog ini. Saya harap anda juga begitu. Seperti moto blog saya…‘hiasan dunia…bekalan akhirat’…, itulah saya harapkan. Apa saja yang ada dalam dunia ini, yang kita lakukan adalah dengan maksud sebagai bekalan akhirat semata. Saya harap blog ini tidak akan menjadi perkara yang sia-sia sahaja, baik untuk saya sendiri mahupun anda semua.

Rakan-rakan yang pernah bertanya tentang blog saya, nah, inilah dia! Better late than never. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya…

InsyaAllah saya akan cuba aktifkan blog ini supaya ia sentiasa segar. Kononnya hobi saya ialah membaca dan menulis. Saya harap dengan sedikit pengetahuan dan jemari saya yang tak pernah puas untuk menulis ini mampu untuk saya memberi sedikit perkongsian dengan anda semua. Jangan mengharap yang lebih-lebih daripada saya kerana saya ini banyak kekurangannya. Kita sama sahaja. Saya akan memberi kepada anda, dan jangan lupa untuk memberikan saya juga ilmu anda.

Jangan lupa juga tinggalkan kepada saya komen-komen yang membina agar saya mampu menaik taraf minda saya ini. Tegur saya jika saya salah, dan nasihat saya jika saya tersasar. InsyaAllah saya mahu berseronok didalam blog sendiri. Saya mengharapkan redha Allah dalam setiap langkah saya.

Akhirnya terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Doa saya semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya. InsyaAllah…

NIK AMALINA NIK ABDUL AZIZ

10.41am

32 Responses

  1. Assalamu’alaikum wbh,

    Tahniah kerana telah mula berblog sendiri…🙂

    Dapat sms dari Na terus masuk sini. Kebetulan online.

    Moga dapat menimba sebanyak ilmu yang ada dan pengalaman berharga sebagai penulis.

    Juga moga diberkati Allah.

  2. Apa maksud orang luar dan apa pula kelambu kita?
    Apakah Rasulullah pernah membezakan orang luar dan orang dalam.Apakah Rasulullah pernah menyembunyikan kelambu..? sedangkan Siti Aisyah sendiri menceritakan segala-gala kepada umat Islam melalui riwayat-riwayat hadis tentang konsep kekeluargaan dalam Islam.. saya tetap kagum pada perjuangan anti tetapi mesti kontrol semangat dan salurkan pengetahuan Islam secara profesional.
    Allah Akhbar…Allah Akhbar… Allah Akhbar, Walillah Hilham.

    • Saya pernah berada di Kelantan selama 6 tahun. Perkataan “orang luar” biasa di mohorkan pada saya. Baru saya sedar sekarang bahawa saya pernah berada di negeri ” kelambu”. Walaupun begitu saya tak terasa apa-apa. Tetapi elakkanlah konsep seumpama itu. Jalinan silaturrahim perlu diutuhkan.

      • Alhamdulillah…
        moga ada memori indah selama mana puan berada di bumi Kelantan ini. Teman saya begitu teruja setiap kali dia memijak bumi Kelantan ini…katanya ada sisi lain berbanding negeri-negeri lain di bumi Malaysia ini. Paling teruja katanya pada Ramadhan. Sungguh berbeza penghayatannya…

        saya cuma mahu berkata;
        orang luar bagi kerabat diraja, lain maksudnya…
        orang luar bagi rakyat jelata, lain pula maksudnya…

        kelambu bagi suami isteri, lain kefahamannya…
        kelambu bagi anak-anak, lain pula kefahamannya…

        maka, bagi orang berpolitik , orang luar dan kelambu lain tafsirannya…
        sudah tentu lain pula tafsirannya orang luar dan kelambu ini bagi orang awam…

        jom sesekali kita berpolitik
        kerana sesekala berpolitik itu indah
        tetapi terlajak berpolitik mungkin boleh musnah…

  3. berani kerana benar.takut kerana salah…..teruskan.

  4. Salam…

    Kenapa emo sangat.. rilek2 sudah.

    Jangan delete first comment ni deh..

  5. walaikummusalam

    pertama mengenai blog ini..sori.. yg meneleh2 jatuh dari atas ke bawah cam snow tu jadi kurang selesa nok baca.. mata jadi tergangu..

    kemudian daripada itu.. saya berharap saudari tidak menyentuh mengenai keadaan semasa dan isu2 politik di Kelantan, kerana kelak akan menambah rasa kesal, sakit hati dan marah. Tau2 saja lah diluar sini (dunia cyber) ramai sangat yg perkataannya tidak boleh dielokkan, klu bercakap tu nok maki hamun saja.. maklum lah. Kadang tu ia diputar belik.. maaf itu pandangan saya..

    klu ttg pendidikan anak.. oklah tu.. sekolah mana elok utk anak2, akhlak anak2, emosi anak2 cam ne nok kawal.. tapi dok seronok gok anok2 saja.. kedai jahit mana yg elok.. fesen.. apa2 lah yg santai-santai, ayat pun kena selamba2.. entahlah.. apa2 aja yg lain drpd pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan dan juga politik… klu program muslimat tu ok saya rasa..

    • ~ saya sukakan yang meneleh-neleh jatuh itu…jangan pula rasa terganggu untuk menjengok blog saya di lain waktu…

      ~ tq atas pandangan saudari, ada masanya kita perlu menyentuh sesuatu yang orang lain tidak suka, doa saya semoga sentuhan-sentuhan yang dibuat mampu membuka hati-hati yang kian malap. Menyentuh bukan kerana kita benci, menyentuh kerana kita sayang.

      ~ jarang sekali saya merasa sesal dengan apa yang telah saya buat, melainkan ia benar-benar suatu kesilapan besar. Sakit hati dan marah itu bukan hanya ada pada saya, semua orang merasakannya. Apa yang penting kita tahu mengurus perasaan itu, jangan sampai memakan diri.

      ~ saya yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang teratur, sangat tidak menerima penulisan yang kotor, maka kerana itu jika saya sendiri tidak dapat menerima kekotoran itu, perkara yang paling senang dibuat adalah, tongsampahkan!

      ~ insyaAllah jika diberikan ilmu yang berpanjangan, saya amat suka benar untuk membincangkan perihal kekeluargaan.

      tq

  6. Salam

    Moga Puan berada di dalam pemeliharaan-Nya sentiasa.

    Tahniah di atas penulisan blog…

    Apapun saya mengharapkan blog ini tidak menjadi beban kepada jemaah dan tidak dijadikan medan untuk mengkritik sesama ahli.

    Amat pedih mendengar kritikan kepada PAS dari org kebanyakan yg membaca tulisan Puan di blog Dr Mariah. Mohon dgn sangat tidak berlaku lagi.

    Akhirulkalam. Selamat menulis dan mohon maaf atas atas kekhilafan

    Tq

    • Bagi saya orang yang mengkritik secara berlebihan itu tidak faham isu…

      apapun, saya tetap menerima sebarang kritikan dengan berlapang hati. Setiap kritikan itu ada baik dan buruknya…

      tq

  7. Santai-santai itu lebih kurang sama dengan rileks-rileks…. ringan, agak bebas dan tidak formal. Justeru bahan bicaranya tentu yang tidak berat ilmiah, atau sarat dengan hujah….

    • Ya, mungkin begitu…

      InsyaAllah setiap apa yang saya tulis bukan sahaja untuk menulis, tapi harapan saya lebih dari itu…

      tq

  8. Salam Maal Hijrah

    ‘Sesungguhnya AKU hanya menerima sholat dari orang yang melakukannya dengan tawadhu’ (merendahkan diri) kerana keagungan-KU dan tidak memanjangkan lidahnya (mencerca mengumpat) atas makhluk-KU dan ia tidak membiasakan diri berbuat maksiat dan kederhakaan kepada-KU; Ia telah menghabiskan siangnya untuk ingat akan AKU, dan ia selalu mengasihani orang-orang miskin, perantau yang kehabisan bekal dan janda-janda miskin yang memerlukan pertolongan dan mengasihani orang yang kemalangan. Itulah sinar cahayanya dari perbuatan orang yang sholeh, bagaikan cahaya matahari. AKU lindungi dirinya demi kebesaran-KU; dan AKU perintahkan menjaganya kepada malaikat-KU. AKU jadikan baginya dalam gelap-gelita cahaya terang benderang dan dalam kejahilannya rasa lapang dada, bandingannya di antara makhluk-KU adalah bagaikan syurga Firdaus di dalam syurga.’
    [ Hadis Qudsi ]

    wasalam

  9. Salam Muharam
    terbaca isu tentang Blog Seri Suri ini di akhbar
    langsung menjengah
    berbahagia lah sang suami yang memiliki isteri yang menjadi benteng dirinya dikala kedukaan menimpa dirinya
    Allahu Akbar

  10. Saya baru mula buka blog ni pada 21dec…..tapi kena delate…saya tak cakap kotor pun…hanya beri pandangan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak…tapi 22dec kena delate….tak boleh gitu dok balas apa masge pung.
    bila kita masuk kealam cyber ni kena terima hakikat sebenar keadaan ini. dok buat apa kalau kita nok buka secara pendapat umum?….dok hendak apa?….itu belum bangsa lain yang satu malaysia yang hendak dok layan blog ni lain….tak tahu sapa dia…..kalau dia tu orang bukan Islam ke….yang tak tahu atau kurang faham adat-adat Islam….bagaimana pula?…takan kita nok marah dema….kita kena faham sesuatu sebelum kita mahu orang lain memahami kita…..kita perlu pelajari sesuatu sebelum kita hendak orang pelajari kehendak kita….kita perlu mengetahui sesuatu sebelum orang lain mengetahui kita…..kalau kita bandingkan kesesuaian itu kesesuaian ini atau gitu-gitu…..lebih baik jangan teruskan….akibatnya kita melakukan kerosakan…..bukan hanya kita mengengam bara api…….hatta sebenarnya kita yang mengundang api yang sangat pedih azabnya…….fikrkan lah sebelum kehancuran besar bermula…

  11. saya berterima kasih kepada saudara kerana banyak menghantar komen-komen kepada saya.

    Pinta saya semoga setiap komen saudara yang panjang lebar itu biarlah berperenggan, dan kurangkan titik-titik yang banyak-banyak itu.

    Saya akan menghargai setiap komen jika komen itu mudah dibaca dan penjelasannya mudah difahami.

  12. sabar je la…belum ada rezeki..ada hikmah semua tu baik buruk

  13. selamat datang ke alam cyber….
    anda perlu duk depan komputer setiap hari kerana web anda sentiasa dikunjungi
    anda perlu layan setiap comment setiap hari
    anda perlu buka email setiap hari….
    anda perlu pakai streamyx yang laju atau p1 wimax
    anda perlu menerima segala kritikan yang kotor atau membina setiap hari
    anda perlu muhasabah diri setiap hari
    anda perlu cukup tido setiap hari
    anda perlu menghadiri usrah muslimat setiap minggu
    anda perlu membaca harakah daily setiap hari
    anda perlu membaca ma’thurat setiap hari
    anda perlu buat press statement sekiranya perlu kerana anda anak tok guru.
    anda jangan takut orang lain kata setiap hari
    anda lakukan apa yang anda rasa perlu setiap hari
    anda lakukan kerana anda anak tok guru
    anda lakukan kerana suami anda menjadi mangsa keadaan
    anda yakin bahawa tindakan anda betul
    anda perlu teruskan kerana itu keyakinan anda
    anda jangan berhenti ditengah jalan
    anda baru bermula dengan mehnah alam cyber
    anda perlu wawarkan facebook anda
    jumpa anda setiap hari di alam cyber
    jumpa anda setiap minggu usrah muslimat
    jumpa anda di facebook
    jumpa anda dihadapan kamera dslr canon 7d atau nikon d300s
    jumpa anda di pentas ceramah muslimat
    jumpa anda dimana-mana di seluruh malaysia kerana anda akan dijemput menghadirinya
    jumpa anda di astro awani
    jumpa anda di perhimpunan anak kelantan perakan setiap hari raya.
    jumpa lagi selamat menempuh alam cyber

  14. Salam,

    “Apabila kamu menentang orang yang zalim sekalipun, jangan kamu zalim” itulah lebih kurangnya maksud hadis junjungan.

    Cuma dalam berkarya, senantiasalah musuh dan rakan seperjuangan memiliki kacamata yang berbeda-beda.

    Pandangan Islam, wajar diutamakan, insyaallah.

  15. Salam,
    saya baru melihat blog Puan.

    Alhamdullillah, semoga Puan teruskan usaha Puan tanpa merubah niat yang baik itu.

    Semoga berjaya. Insyaallah.

  16. Puan,penulisan yang kreatif teruskan .saya baru saja melihat blog puan.

  17. Jika tersentuah pun jange delete. Dah nak jadi blogger, kena terima sakit ke seronok ke..

  18. Salam. dlm kicdefella byk tuduhan terhadap korupsi oleh suami puan.boleh jelaskan..sbb kalau betul memang berdosa kerana menindas rakyat miskin..

    ps: ingin pemimpin yg jujur shj…….

  19. Asal nama tu pun dah faham kicdefella……asal nama akepella sebuah alat muzik yang di mainkan oleh muda mudi di tepi pantai sambil mabuk…..
    Itu cerita dulu lah yang den dapaek dari kawannya.

  20. berila peluang pada org lain pon nak cari makan juga

  21. mangsa banjir boleh sekut ko

  22. aslkm.. SABAR..itulah sifat yg paling utama kpd setiap pejuang Allah..syaitan itu memanglah kerjanya..jgn d layan atau terpengaruh pd kata2 nya..sebaik-baiknya berdiam diri dan beristighfar merenung akan amalan yg tlh d lakukan..setiap kata2 yg di ucapkan biarlah pujian utk yg esa..tuturkanlah kata2 yg baik supaya di segani kawan dn lawan tak perlu khuatir jika di pihak yg benar..serahlah segala urusan pd Allah dialah sebaik-baik pembela keadilan pd yg tertindas…

    ( Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
    Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
    Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
    Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, –
    Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: –
    Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
    Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
    Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
    Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi ,
    Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya ) Al Mukminun 1-11

    ( Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), –
    “Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu”.
    Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.
    Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
    Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
    “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”. )
    Al Mukminun 94-99

    Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
    Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.(An Nur 11-12)

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (An Nur 21)
    Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Al Furqan 63 )
    Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya; ( Al Furqan 58 )
    Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Lukman 22

  23. Terimakasih ramjang…macam ni lah bagus…nasihat yang berguna pasti ada keberkatannya….jangan hanya comment kosong…ibarat Tin yang di ketuk tak berbunyi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: