• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
        Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Pulang…

Salam Ukhuwah,

Saya mencuri sedikit waktu di hari ini untuk menulis, menulis sesuatu yang saya berpengetahuan keatasnya. Saya merealisasikan pemikiran saya disini. Saya bebas, dan saya tidak mahu lagi ada orang lain merasa terkongkong kerana perihal saya.

Saya menerima banyak komen selepas tulisan saya dimayakan kepada umum. Tentunya saya menjadi selebriti di dalam blog Kickdefella. Siapa sangka komen yang diterima melebihi komen artikel tuan rumah sendiri. Saya hargai komen-komen tersebut, walaupun saya tahu kebanyakan komen itu boleh ditongsampahkan.

Apabila saya berniat untuk menulis, tentunya saya perlu tahu apa selepas itu. Pentingnya, rasional! Saya perlu rasional kepada diri sendiri, kepada suami dan keluarga saya, serta rasional kepada orang-orang yang ingin saya cuit.

Saya patut berterima kasih kepada semua rakan siber yang telah membaca artikel saya sebelum ini, seharusnya saya juga patut bersyukur dengan komen-komen yang diberikan, kerana ia mampu menjadi kapsul yang baik kepada semangat saya untuk terus bangkit memperjuangkan sesuatu pada hari ini.

Saya berlapang hati membaca mana-mana komen yang diberikan. Komen yang baik, Alhamdulillah, komen yang bersifat pondan, ia tidak pernah menjadi nanah kepada jiwa saya. Saya hanya perlukan sebuah senyuman, kerana senyuman itu satu penawar yang begitu baik kepada mana-mana kehidupan manusia di dalam dunia ini.

Perasaan itu sesuatu yang mendalam, namun tidak sukar untuk membacanya, kerana ia mudah terpancar di riak wajah anda. Tulisan juga boleh mentafsirnya. Untuk menjadi diri sendiri, rasionalkan pemikiran anda. Jikapun anda seorang rasional, di luar sana masih banyak rakan yang emosional.

PERSEPSI

Sehari dua ini perkataa ‘persepsi’ menjadi suatu ungkapan yang bermakna dalam dunia politik. Ya, betullah, kerana ia merupakan suatu bentuk tanggapan pertama kepada semua keadaan. Untuk menjadi bijak, kita janganlah mudah membuat penghakiman ke atas sesuatu perkara, tapi bersedialah untuk membuat homework tambahan, agar keputusan yang kita peroleh lebih bermakna maksudnya. Tidak perlu untuk kita cepat melatah, tunggulah sedikit masa tambahan, mudah-mudahan ada jawapan terbaik menjadi hakimnya.

Alhamdulillah, saya melalui hari-hari yang penuh dengan nikmat dan hikmah daripadaNya. Dengan kekuasaan Tuhan, kemelut yang berlaku hari ini memberi sedikit ‘rasa’ kepada saya untuk mengkritiskan lagi pemikiran saya dalam dunia politik. Walaupun saya dilahirkan dalam dunia politik, saya sendiri lebih suka untuk mengelakkan diri dari berbicara perihal politik. Namun saya masih bersyukur kerana ciri politician yang sememangnya kental itu ada dalam jiwa saya. Sehingga ke saat ini, saya masih belum bersedia untuk menggilap apa-apa bakat yang ada pada saya untuk kearah itu.

Saya hanya menulis apa yang saya berpengetahuan ke atasnya. Untuk mendapat input yang lebih tentunya saya perlu kepada homework. Saya hanya menulis sesuatu yang benar, yang memang ada dalam realiti. Bukan sekadar penyedap rasa, yang boleh memagnetkan orang ramai memberi komen untuk memeriahkan suasana. Sesuatu yang salah tidak pernah ada pada jemari saya. Saya mesti benar kepada diri sendiri kerana saya masih ada keyakinan bahawa setiap apa yang saya lakukan di dunia ini akan dipersoal di akhirat nanti.

Saya tidak mahu berpegang hanya kepada persepsi. Itu tidak betul! Tidak mungkin saya boleh faham kepada sesuatu isu hanya kerana dia tahu untuk menggayakan lenggok bahasanya sahaja.

Saya punya seorang sahabat yang sangat detail tentang pemahaman ke atas sesuatu isu. Jika saya memberitahunya sesuatu dia akan mempersoalkan saya siapa?, bila?, di mana?, dan banyak lagi soalannya, baguslah begitu. Tentunya dia akan menjadi waras apabila menghakimi sesuatu isu.

Sebagai seorang yang kehidupannya dilingkungi politik sejak berpuluh tahun yang lalu, sedikit sebanyak saya faham tentang rentak tari dalam politik. Saya kenal kawan, saya kenal lawan. Saya kenal pimpinan dan saya kenal rakyat jelata. Namun kadang-kadang politik ini amat rakus, bersedia saja pada setiap masa agar jangan sesekali menjadi mangsa. Apa yang penting kita perlu teguh memperjuangkan kebenaran.

ONAR

Jangan sesekali cuba membuat onar, kerana akhirnya pengkhianatan itu akan terselak jua apabila tiba masanya nanti. Jangan cuba menjadi hero kepada semua perkara, kerana bukan semua kebijaksanaan itu ada pada kita. Jangan suka mengambil pendekatan sendiri kerana tarbiah kita adalah berjamaah. Bersedialah untuk ditegur, terimalah pendapat, InsyaAllah yang terbaik untuk jamaah, bukan untuk memasyhurkan diri sendiri. Andainya bisa meramal kebijaksanaan sendiri, jadikan bijaksana itu untuk menjulang jamaah. Kerana adanya jamaahlah wujudnya kita. Sedarlah!

Saya melihat kepada wujudnya keperluan kearah memperkasakan kepimpinan di dalam jamaah. Kita perlu kepimpinan yang sihat mindanya. Kepimpinan yang terlalu lama memerhati dan terlalu lambat bertindak harus dianjakkan paradigmanya. Sampai pula masa untuk bertindak, penguatkuasaannya pula lembab. Namun saya yakin kepimpinan yang bertukar ganti itu akan membuahkan hasil yang makin baik pada setiap masa.

Akhir kalam untuk kali ini, saya mendoakan semoga isu yang masih dilagukan di dalam kelambu PAS Kelantan akan dijadikan pengajaran kepada semua ahli, terutamanya kepada pimpinan, khususnya dalam membawa masuk ‘orang luar’ ke dalam kelambu kita.

Wallahua’lam…

p/s: saya membawa pulang artikel saya yang terdahulu ke tempat yang sepatutnya…

12.20pm

32 Responses

  1. Assalamualaikum,

    Mungkin puan betul dalam mengatakan jangan bawa orang luar masuk dalam kelambu, tapi saya ingi mengemukakan beberapa persoalan
    :
    1. Kerajaan PAS Kelantan bukan hak keluarga peribadi sesiapa untuk di perbahagi bahagi kepada anak menantu. Ia bukan harta keluarga.

    2. Apakah puan fikir penjawat awam dan Menteri besar wajar menerima 65,000×4? Sekiranya ayahnda puan bukan menteri besar yang mempunyai kuasa adakah rasanya sesiapa akan memberi hadiah sebegitu besar jumlahnya.

    3. Adakah puan betul betul telah meneliti apa yang dilapurkan itu sebenar benarnya fitnah. Jika ia betul betul fitnah mintalah suami puan saman sahaja agar nama nya di bersehkan. Saya tidak menuduh apa apa tetapi buat lah demikian agar fitnah ini tak berpanjangan.

    4. Seperti puan juga, semua orang akan mengatakan dia menulis apa yang benar, tetapi sama samalah kita tunggu kerana Allah Ya A’alim sahaja yang maha mengetahui.

    • w’lam…

      1. saya bersetuju dengan puan

      2. adalah wajar bagi puan untuk mendapat kefahaman yang setepatnya berkaitan isu…jangan mudah melatah…jika saya punya kepakaran dalam penulisan untuk menghuraikan isu ini, insyaAllah saya akan cuba…bila masanya? saya tidak akan membuat janji…saya tidak mahu jika huraian saya yang kurang ilmiah akan mendatangkan fitnah yang lebih besar.

      3. Saya tahu itu fitnah. InsyaAllah jika dihidayahkan saranan puan akan diperpanjangkan…

      4. saya bersetuju dengan puan

  2. saya tidak akan memberi komen kepada mana-mana artikel daripada blog lain, tq

  3. jika ada teguran daripada pengunjung blog ini untuk saya menarik balik ‘copy & paste’ ini, insyaAllah saya akan lakukannya.

    saya cuba bersikap adil…

    hanya komen-komen yang bersifat pondan sahaja tidak mendapat tempat di dalam blog saya, tq

  4. Salam,

    Saudara faisal,sila laporkan kepada sprm…tak ada gunanya anda memberi komen disini…nanti tak pasal2 kena minta maaf secara rasmi…

  5. Jikalau tuan blog menggunakan sedikit saja akal yg ada, sudah pasti ditentukan posting ‘Mohd Faisal’ di atas adalah fitnah yg nyata.

    Sedikit saja akal yg diperlukan.

    SPRM telah membuat siasatan yg sangat menyeluruh terhadap Husam Musa sebelum ini dan tidak dapat sedikit bukti pun untuk mendakwa beliau. Malahan ADUN UMNO juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Semuanya di atas tuduhan seperti di atas.

    Itu jika sedikit akal digunapakai. Mungkin akal yg ada telah terbuta dan cuma manampakkan keburukan yg direka-reka. Sehinggakan tidak boleh mengerti dan membezakan antara fitnah dan nyata.

    Jadikan blog ini sebagai media untuk memberi ilmu atau penerangan, dan bukannya medan untuk mengumpul dosa.

  6. salam,

    puan nik, sepatutnya puan nik tidak menyiarkan komen2 yg membuka pekung PAS kepada umum. Kita tidak tahu kebenarannya, dan sekalipun ia benar, dalam adab jemaah islam, kita tak boleh berbuat demikian.

    Yang saya tahu, puan nik juga terlibat dengan usrah, faham adab, displin dalam harakah Islam, jadi tindakan menyiarkan artikel2 yg menyerang dato husam. Saya faham mungkin puan pun bukan pro beliau dan begitu juga saya, tetapi dia tetap seorang pimpinan PAS. Menyerangnya adalah menyerang PAS, menyerang PAS beerti menyerang ayahanda puan sendiri.

    Percayalah, jikalau puan menjadikan blog ini untuk membalas kembali tuduhan2 kepada suami puan, dan puan menjadikan ia blog politik sebagaimana blog kickdefella, ia tak akan menguntungkan PAS.

    Dan percayalah, tidak mustahil PAS akan kalah pd PRU akan datang dengan isu ini, dan jangan sampai blog puan turut menyumbang kepada kekalahan PAS kelak.

    Berbloglah, cuma jangan menjawab isu2 yg panas di kelantan ini, biarlah pimpinan PAS yg menyelesaikannya, kerana ia tak akan menguntungkan PAS Kelantan.

    Saya mohon demi kasih saya pd Tuan Guru Nik Aziz…jangan sampai blog ini akan menambahkan beban pd beliau. Beliau bukan saja ayahanda puan, tapi beliau adalah pimpinan kami, kami juga punya hak ke atas beliau.

  7. saya rasa lebih baik puan tidak sentuh cerita tentang PMBK..puan bukanlah salah seorang dari ahli lembaga pengarah..ataupun bekerja di situ. Bila puan sentuh isu ni, orang akan ckp Tuan Guru Nik Aziz adalah kroni . Seolah-olah PMBK milik keluarga Nik Aziz. Puan menambahkan kerumitan Tuan Guru bila terlalu banyak bercakap. Sentuh sajalah tentang apa yang puan minat. Bukan cerita perkara yang bukan kepunyaan puan. Perempuan selalu emosi. Tapi emosi perempuan juga senjata perempuan. Jangan jadikan emosi sebagai kelemahan puan dan keluarga.

    P/S : Semakin banyak puan menghentam orang, semakin orang nampak kelemahan kita. Berwaspadalah. Tidak semestinya apa yang kita pikir tu betul dan tidak semestinya apa yang orang lain pikir tu salah. Jangan cepat melatah.
    Wallahualam..

  8. Salam…
    Puan…Saya boleh rasakan bagaimana perasaan puan sekarang…sy sangat bersimpati…Saya juga sangat bersetuju dengan puan bahawa ‘orang itu’ sepatutnya melatakkan jawatannya. Sejak kebelakangan ini ahli-ahli PAS sendiri merasakan ‘sesuatu’ terhadap ‘orang itu..’ Bila saya mengunjungi blog anak didik ‘orang itu’, kepercayaan saya terhadp cerita-cerita yang diberitahu kepada saya sebelum ini sudah jadi mutawattir. Jadi, lagi cepat ‘orang itu’ keluar dari PAS, lagi terselamat PAS daripada bala fitnah…

    Tentang suami puan…kalau kita di pihak yg benar, mengapa kita perlu mengalah, saya lebih suka beliau masih di situ bagi menunjukkan kita di pihak yang benar…apa pun terserahlah kepada suami puan…ini cuma pendapat saya…
    wallhuaklam.

  9. Saya fikir ada kecelaruan berfikir dalam pernyataan Puan spt berikut:

    ” Saya hargai komen-komen tersebut, walaupun saya tahu kebanyakan komen itu boleh ditongsampahkan.”

    Jika dihargai, bagaimana mungkin ditongsampahkan?

  10. kenapa puan tiak approve comment saya…..adakah kerana puan bersalah….kata orang berani kerana benar…takut langsung dipersalahkan langsung tak approve comment saya…camtu ke….

    • InsyaAllah saya akan approve setiap komen…setakat ini ada dua jenis komen yang saya tidak approve;

      1. menggunakan bahasa yang menggambarkan anda kurang didikan, atau, anda sudah dididik dengan baik, tetapi memilih untuk menjadi kurang adab, kurang ajar, dan segala jenis kekurangan

      2. komen yang jelas saya tahu itu adalah fitnah.

  11. hati-hati dgn geng-geng penyangak dalam pas!!!!

  12. Puan&Keluarga bercakap kurang adab, kurang ajar xpe pula ek

  13. Saya lebih suka pn terus menulis dan dedahkan apa2 yg sepatutnya diketahui rakyat terutamanya ttg EXCO tu. saya percaya kekalutan yg timbul skrg disebabkan konspirasi yg beliau cipta utk jatuhkan TGNA dan saya percaya EXCO itu amat berminat dgn jwtan MB.

  14. abe…ni bukan geng penyangak dalam pas…dia guna nama pas je….orang macam ni dalam hati dia ada penyakit….seperti mana yang Al-Quran nyatakan.
    Kalau tak pun…titik hitam yang susah nak di padam….takbir sejauh mana sekali pun…selagi titik hitam itu berpaut…jangan harap lah.

  15. Salam semua…

    Mengapa kita kebanyakannya mesti menyalahkan ‘org itu’?..
    Sedangkan TGNA sendiri telah menyatakan pendiriannya keatas ‘orang itu’….saya rasa cukup TGNA sendiri shja yg bercakap mengenai hal ‘oarang itu,…

    Bak kata commentor “perempuan”
    “Tidak semestinya apa yang kita pikir tu betul dan tidak semestinya apa yang orang lain pikir tu salah. Jangan cepat melatah.”

    Adakalanya lebih baik kita diam dari menjawab kerana ditakuti jawapan yg diberi lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan…

    Hati2 musuh Islam sentiasa mencari peluang menjatuhkan agama yg suci ini….buktinya isu yg hangat dikala ini….penggunaan kalimah ALLAH…

    Apa pandangan akak….

  16. salam, puan amalina,ikutlah cara isteri2 nabi SAW membantu suami menyelesaikan masalah,jgn tambah keruhkan keadaan nanti yg rugi adalah PAS dan kerajaan Kelantan gak,nama baik TGNA akan tercemar,kami isteri2 pimpinan PAS yg lain,lagi taeruk menghadapi ujian/fitnah/tohaman/penghinaan,tapi kami sabar dan yg penting mendokong suami dari belakang agar semangatnya kuat dan jamaah tak tergugat.sabar sayang,banyakan munajat pd Allah.

  17. ummu

    Bagus tuhh….mace ni lah ngoyak…INGAT-INGAT SAMO.

    SELAMAT BERJAYA KENANG DAKU DALAM DOA MU…

  18. albaiti

    Ambo internet…jugok. Bangun malam solat jugok. Mu jangey jadi mace….Ado mamat tu bangun Malam semata-mata nok tulis SURAT TERBUKA kat TGNA…guano dehh…..Bangun Male semato-mato nok habis male tu nok ngoyak surat terbuka tak yah lah…buey maso. Male tah kemana, pahala tah kemana.

  19. Assalamualaikum,

    Kita bila beribadah takyah la dibising2kan ..Biar ibadah yg kita lakukan antara kita dan Allah je yg tahu tak perlu dihebohkan kita bangun ke ape ke..tapi sebagai umat Islam cubalah berlatih bangun malam tuk beribadah kerana banyak rahsia yg kita akan dapat…tak caya cuba…

    Hal dosa dan pahala tu ganjaran biar Allah je yg uruskan…kita sebagai manusia just laksanakan tugas yg sepatutnya kita buat….

    Wajib kita laksanakan,
    Sunat rajin2lah lakukan,
    Harus cuba jalankan,
    Makruh hindar2kan,
    HARAM WAJIB DITINGGALKAN

    Selamat beramal semua saudara ku…

    p/s: Beli/langgan majalah SOLUSI byk info bleh dapat dlm soal agama….promo sikit

  20. Assalamualaikum,

    Selamat beramal semua saudara ku…

    Wajib kita laksanakan,
    *Jika saudara kita teranaya, perlu kita bantu dan pertahankan kebenaran dan wajib kita bela selagi tidak ada sebenar-benarnya fakta yang mengatakan keburukannya tanpa pembelaan. Jika tiada ia di anggap fitnah dan wajib kita perangi dengan apa jua cara sekalipun.

    Sunat rajin2lah lakukan,
    * Apabila orang yang teranaya telah rela hati mengalah dari berlaku fitnah yang lebih besar, kita sebagai orang yang pandai bercakap mestilah bercakap dengan cara sederhana, tidak mendesak dan mengugup kerana sunat kita membela dengan cerita yang tidak jelas dan menyakinkan. Kerana sesuatu cerita itu belum tentu benar dan di anggap tidak jelas.

    Harus cuba jalankan,
    * Harus juga kita memikirkan bagai manakah jalan yang terbaik untuk mengatasinya. Dengan tidakkan AfundiArif Fahmi itu sedikit sebanyak dapat menyelamatkan maruah keluarganya dari terus di fitnah dengan cara yang amat mengaibkan. Tetapi ia satu kehilangan yang sedikit terjejas dari segi kariertibeliti yang sukar diganti. bagi pendapat musuh ia satu kemenangan,strategi dan matlamat awal mereka untuk menghancurkan sebahagian pentadbiran dan pimpinan yang ada. Agenda utama ialah seperti di Terengganu dahulu, kemudian berjangkit ke Kelantan. Dan ia Harus di tentang dan menghakis habis-habisan peranan ini, dari alam maya hinggalah ke rakyat jelata.

    Makruh hindar2kan,
    * Makruh juga jikalau kita menggunakan kepandaian dan teknologi yang ada untuk menghindarkan musuh di dalam keadaan tertentu. Muslihat dan tektikal pelbagai cara juga dapat membantu mangsa yang di timpa fitnah. Matlamat menhalalkan cara didalam sesuatu keadaan dahrurat boleh dianggap makruh. Hindarkan lidah-lidah fitnah yang dengan menghancur secara mudah dan terangcang itu.

    HARAM WAJIB DITINGGALKAN
    *Haram jikalau membantu mereka yang menjadi dalang mencanangkan fitnah dan propaganda dari musuh. Wajib kita tinggalkan ia sebagai sahabat pena yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab itu. Haram melakukan fitnah yang nyata dan tidak pula menyesalinye. Kerana Nila setitik….rosak susu…

    Hal dosa dan pahala tu ganjaran biar Allah je yg uruskan…kita sebagai manusia just laksanakan tugas yg sepatutnya kita buat….

  21. puasa ni pas x dok derma ke wang untuk org susah?

  22. Puasa.

    Umno kebas wang rakyat lepas tu nak derma??…..

  23. ambo ahli pas bukan umno

  24. ambo dun galas

  25. ambo x dok pitis nak balik ngundi.mitok pitis sikit nok beli tiket bas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: