• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
        Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Suamiku, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan.  Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

104 Responses

  1. Salam..
    berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
    teruskan menulis…walaupun sukar menawan hati2 yang telah ditutupi awan hitam tapi ada juga hati2 yang masih boleh menerimanya. Terima kasih kerana telah merungkaikan 1000 persoalan yang berasak di minda saya ini sejak kejadian tempohari yang melanda ukhti dan keluarga. Saya doakan yang terbaik..Sesungguhnya Allah bersama kita, lambat laun kebenaran akan terserlah.

  2. bismillahhirahmanirahim ia adalah ujian Allah Semesta alam dan fikirkanlah semua ini adalah kehendakNya

  3. berani kerana benar,takut kerana salah……teruskan.

  4. kuatkn semangat..sesungguhnya Tuhan akn b’sama dengan org yg sabar

  5. Salam…

    Pls stop writing…..pls…

  6. Nampak benar agenda melanyak CEO PMBK ni adalah agenda ‘pemujaan’ kepada Exco Kelantan yang satu tu. Dalam bab ni, dia buat pekak badak terus… Begini kupasan saya terhadap segala kemelut PMBK ni :-

    Sebelum Ariffahmi dilantik sebagai CEO PMBK, bekas CEO PMBK (seorang wanita) ialah kroni kepada Exco ni. Ariffahmi hanyalah seorang COO PMBK. Masa tu lah Exco ni banyak buat duit. Punya lah kayaraya, bini pun dia tambah. Suami bekas CEO ni adalah kroni Exco jugak…, dan dia ni Exco tu lantik sebagai orang besar di KPK (tempat dapat balak secara mudah!). Kedudukan Exco ni di Kelantan amat kuat. TGNA sayang dia, Anwar Berahim pun sayang dia…, dan dia pun banyak buat duit.., campur aduk antara buat duit untuk parti dan buat duit untuk diri sendiri.

    Punya lah kuat si Exco ni, (Exco ‘lone-ranger’, mengikut kata Exco2 yang lain), TGNA lama2 dapat menghidu ‘kekuatannya’ yang boleh membawa kesanburuk kepada PAS. Atas nasihat ‘penasihat2′ TGNA yang lain (termasuk anak2 & menantu TGNA), kedua2 suami isteri ni, (isteri-CEO PMBK ; suami-orang kuat KPK) telah di’buang’ oleh TGNA.

    Saya tak tahu siapa yang ganti si suami di KPK…, tapi jelaslah TGNA telah melantik orang yang paling dia percaya sebagai CEO PMBK, yakni Ariffahmi, menantunya. Semuanya nampak ok pada peringkat awal…. tapi Sheikh Kick yang menjadi ‘orang Exco’ dalam PMBK pulak di’buang’ oleh Ariffahmi kerana banyak tindakan Ariffahmi ‘bocor’ dan diketahui oleh Exco ni.

    Apalagi…, mengamuk laa Exco ni…. Tapi dia bijak.., dia hanya biarkan Sheikh sorang yang nampak mengamuk kat blog…, tapi Exco ni maintain ‘rapat’ ngan TGNA… (Bijak, kan?) Kalau dia menjarakkan diri dia dari TGNA, mampus habis lah puak2 Erdogan dalam PAS Kelantan….

    Tu jer…..

    • aku rasa ini tulisan arifahmi…dia menyamar…muahahaha..laknat allah!

    • Pemerhati…salam!
      Ada bukti ke yg sedap sangat kutuk & fitnah Exco Lone Ranger ni? Dia kaya? ha3x very funny..i know his family..x kaya, biasa lah.. yg kaya Exco yg minat no II yg baik dgn Razak Abbas n Nik Abduh tu, tu mmg kaya..dah tengok rumah baru dia? tp sy x mau komen dr mana dia dpt kekayaannya.. no komen
      tp jelas Lone Ranger x kaya, cuma dia mmg sgt reserve, tu yg org x suka..tp dia mmg byk membantu Kelantan..itu yg ramai dengki
      Terserah pd yg Esa…tp puan & Beduh trnyta menmbah bara dlm isu imej “Tok Guru n menantu”..

      • Jika anda mahu memahami isu dari sudut kekayaan, maka terserahlah kepada anda.

        Jika bara itu sesuatu yang baik, saya akan menyukainya.

      • Kenapalah perlu ada puak2 dalam PAS…kenapalah perlu tuduh2…kalau lah macam ni lah gamaknya tunggulah 1000 tahun lagi Islam akan naik…harapnya isu ini sebagai tapisan Allah terhadap mereka yang berniat jahat dan munafiq dalam perjuangan Islam…

        Kalau nak kejarkan duit sangat, jangan terlibat politik…berniaga sendiri…

    • Tulisan ini penuh dengan fitnah. Puan Amalina tidak patut menyiarkan tulisan ini. Ini bukannya memulihkan imej suami puan, tapi menyebabkan imej suami puan bertambah teruk.

  7. Salam…. Dalam hal ini anda silap, ruang cyber terbuka luas bagi musuh dan juga sahabat, terfikirkah tulisan ini akan menambah kekeruhan dan juga mengundang seribu fitnah selain seribu simpati? Sahabat meberi simpati, musuh menangguk di air keruh. harap tidak lagi mengcampuri urusan politik kerajaan kerana anda sendiri kata x ada niat politik. Setiap urusan kita adalah politik tanpa sedar. Hanya teguran moga kehidupan Tuan Guru seharian tidak semakin membebankan…. Tulisan ini dijaja seluruh forum politik pihak lawan, mencerca kelemahan dan campurtangan wanita anak Tuan Guru sendiri…..fikirkanlah wahai Puan.

    • Jika ia satu kesilapan, ia berpunca dari kefahaman.

      Fitnah telah lama tersebar sebelum saya memulakan penulisan. Ketika fitnah itu tersebar teruk dimanakah duduknya sahabat untuk mempertahankannya? Hanya musuh yang berterusan menyerang, tapi sahabat senyap membisu.

      Saya berani mengatakan saya tidak mencampuri urusan politik kerajaan, tapi salahkah saya sebagai penyokong kerajaan memberikan pandangan?

      Saya juga seorang penyokong yang sentiasa mahu memikirkan yang terbaik.

  8. Landasan blog ini boleh jadi pena yang tajam. Jika dia berani memainkan penanya..maka tak salah serisuri turut memainkan pena saudari. Jgn takut. Orang yang waras mampu menilai mana yang betul dan mana yang salah. Saya sendiri dapat merasakan “orang” itu memang talam dua muka. Agenda UMNO. musuh dalam lipatan.

    • tq, kefahaman anda amat saya hargai

    • assalamualaikum w.b.t

      sesungguhnyaa semua yang baik itu datangnya daripada Allah dan semua yang buruk itu adalah dari kesilapan kita sendiri..

      ayat yang selalu kita dengar tp tidak kita hayatinya..

      wassalam..

  9. Salam puan…
    Banyak-banyaklah bersabar dlm menghadapi ujian di dunia ini. Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yang mungkin lebih baik dari hari ini @ kelmarin ganjarannya. InsyaAllah… Teruskan perjuanganmu sebagai sayap kanan suamimu, dan ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar menghadapi ujianNya. ALLAHUAKABAR…ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR

    • InsyaAllah saya sentiasa mendoakan semoga tahap kesabaran saya mengatasi segala-galanya.

      Saya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

      tq

  10. ASSALAMUALAIKUM,
    SAYA TAHU PUAN DALAM KESUSAHAN. MENULIS, MELUAHKAN SEGALANYA YANG TERPENDAM PASTINYA MELEGAKAN DAN DAPAT MEMBERI KETENANGAN.
    PERSOALAN SAYA, ADAKAH PUAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENULIS INI BERDASARKAN IMAN ATAU NAFSU?
    ADAKAH PUAN SUDAH FIKIR DENGAN IMAN YANG ADA, BAHAWA APAYANG DI TULIS INI DAPAT MEMBANTU JEMAAH ISLAM (PAS) ATAU UNTUK MEMENANGKAN SUAMI PUAN?
    ADAKAH PUAN SUDAH NILAI DENGAN IMAN IMPAK YANG AKAN MENIMPA “AYAHANDA” TGNA SEKIRANYA PUAN MENULIS BEGINI RUPA?
    SAYA TAKUT DAN BIMBANG APA YANG PUAN TULIS DAN NUKILKAN INI BAKAL MEMECAH BELAHKAN UKHUWAH YANG TELAH LAMA TERBINA, BAKAL MENGERUHKAN SUASANA PEMERINTAHAN AYAHANDA (TGNA) ATAUPUN YANG PALING TERUK LAGI BAKAL MEROBOHKAN KERAJAAN ISLAM YANG SUDAH SEKIAN LAMA TERBINA. SAYA RASA TIDAK TERLEWAT UNTUK PUAN MENGHENTIKAN SEMUA INI, MUNGKIN PUAN RASA PUAN DI PIHAK YANG BENAR TAPI FIKIRLAH DENGAN IMAN AKIBAT DAN MUSIBAH YANG AKAN MELANDA KERAJAAN ISLAM YANG TERBINA DIBUMI SERAMBI MEKAH INI HASIL TITIK PELUH PEJUANG2 ISLAM BERPULUH TAHUN LAMANYA.
    “SAYA CUKUP BIMBANG APABAILA PUAN MULA MENULIS, KERANA MUNGKINKAN SEBUAH LAGI KERAJAAN ISLAM AKAN MUSNAH AKIBAT DARIPADA TULISAN SEORANG WANITA”

    TOLONGLAH, JANGAN HANCURKAN KERAJAAN ISLAM YANG ADA INI. SABAR DAN TAWAKAL ADALAH LEBIH BAIK BAGI ORANG YANG BERIMAN.

    WASSALAM….

    • Keputusan untuk menulis bukan hanya kerana isu ini tapi kerana bidang penulisan adalah minat saya.

      Berkebetulan dengan isu, saya mengambil pendekatan untuk menyebarkan sedikit kebenaran sejauh mana kemampuan saya. Saya tiada maksud untuk memenangkan suami sendiri, kerana sudah jelas saya coretkan dalam penulisan tersebut, jika suami saya bersalah, ada hukuman menantinya.

      Saya tidak akan berhenti dari menulis. Kerana sayangkan kerajaan Islam yang terbina hasil titik peluh pejuang-pejuang terdahululah, saya ingin menyatakan sesuatu yang saya tahu kebenarannya.

      Tq

  11. Komen yang paling melalut penah saya baca oleh Pemerhati. kenyataan yang penuh dgn segala fitnah dan mehnah. semoga Allah mengampuni dosa hambaNya…..

  12. Salam,

    Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di PMBK sejak hujung tahun ni.. secara kebetulan saya memang mengenali suami puan (empunya bloq) secara peribadi walaupun saya rasa saya tidak sealiran pemikiran dengannya dan begitu juga penulis bloq ini yang merupakan ‘super super junior’ saya dahulu semasa belajar di UTM.

    Segala tohmahan yang diberikan kepada suami puan sebenarnya susah untuk saya terima bulat bulat terutamanya bila menyatakan pengenai peribadi suami puan.

    Pesan orang tua tua.. jika kita ingin mengenali kebaikan seseorang, tanyalah sahabatnya dan jika kita ingin mengenai keburukan seseorang, tanyalah musuhnya. Saya ini bukanlah sahabat dan bukanlah musuh tetapi mengenali suami puan hanya semasa sama sama belajar di UTM walaupun berlainan fakulti.

    Sebagai yang bersifat neutral, saya mengerti kenapa Tok Guru memilih suami puan untuk menjawat jawatan CEO PMBK kerana sifat peribadinya yang tidak berpura pura (tidak seperti budak budak lain yang sentiasa ingin mengorat puan suatu ketika dahulu, yang sanggup menunggu di kawasan Masjid UTM, siap memakai serban dan berjubah.. kelakar lak bila teringat masa itu). Jarang untuk melihat seorang pelajar lelaki pada masa itu akan menghabiskan masa terluangnya dengan membaca Al-Quran. Susah sangat sebab saya sendiri pun tidak mampu berbuat sedemikian rupa. Sememangnya secara peribadinya saya sendiri mengkagumi kerana sifat ini bukanlah sifat yang dibuat buat. Tidak hipokrit.

    Ramai yang akan berkata.. itu dulu..lain sekarang tetapi bagi saya.. kalau dulu dia (suami puan) memang dah diterapkan dengan asas yang kukuh.. insya-ALLAH tiang yang ditegakkan akan terus teguh.

    Cuma saya nak jelaskan di sini.. “Pemilihan berdasarkan Merit dan bukannya peribadi” ..sememangnya hanya Tok Guru saja yang tahu bahawa suami puan sememangnya berkelayakan, dan berperibadi mulia serta boleh dipercayai.

    Saya berdoa dan berharap agar puan dan suami akan tabah menghadapi semua dugaan dan semua ini adalah hikmah. ‘Everythings happens for reason’. Kerana yang baik dan yang buruk itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa tetapi yang buruk itu berlaku atas kekhilafan kita sendiri…

  13. salam..
    harap berhenti menulis berkaitan politik dan pemerintahan tok guru di Kelantan, ini m’buka ruang permusuhan, jgn rasa bangga bila mengata kepada sesiapa..takut Allah akan bukankan aib kita nanti..just plez stop writting

    • InsyaAllah…

      stop writing…sukar untuk saya lakukan kerana itu minat saya

      berhenti menulis berkaitan politik…sukar juga kerana saya hidup ‘didalam’ itu…saya akan fikirkannya

      tq

    • Tak salah nak menulis tapi hindarkan dari fitnah menfitnah dan tuduh menuduh…akan memburukkan lagi keadaan…tulislah luahan hati anda tak salah tapi jangan campurinya dengan tulisan berbentuk seolah fitnah…walaupun benar tapi tetap nampak keburukan…Biarlah Allah yang balas mereka yang melalukan kejahatan dan penkhianatan dalam perjuangan islam…Ingatlah selagi Allah jaga PAS sebab PAS jaga Islam, maka hebat macam mana pun musuh dalam selimut tetap jugak akan terzahir…yakinlah dengan Allah…teruskan luahan hati dan hentikan menuding jari…

      Kadang-kadang Ujian yang Allah bagi atas sebab kelemahan diri kita jugak sebagai insan…koreksi diri…hentikan menuding jari…biarlah mereka yang memfitnah itu terima akibat kelak…

      Allah tak pernah menzalimi hambanya…

  14. Salam,
    yes, please stop writing politics nik amalina. just write about your kids and ‘saya dan keluarga saya’. Please don’t touch politics coz politics doesn’t ‘match’ with u. i kesian kat u ni.

    • i juga kesian kat u…

    • Tertewasnya musuh politik adalah dengan fitnah menfitnah…hanya mereka yang sabar sahaja yang akan menang…teruskan menulis luahan hati anda tetapi hentikan menyalahi pihak lain…walaupun mereka salah biarlah Allah yang uruskan balasannya…kita sebagai insan kena bersabar…hanya orang yang sabar yang akan menang…sabarlah…sabarlah…tak lama lagi islam akan menang…

  15. Salam,

    Harap puan berada dalam redhaNYA dan sabar sentiasa.

    Beberapa bahagian tulisan puan telah menimbulkan banyak tanda tanya dan kekeliruan pada saya terutamanya seperti di bawah ini :

    1)Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan.

    Apakah yg puan maksudkan dengan “bekerja utk seorang Exco Kerajaan Kelantan”? Bolehkah sy katakan bhw tulisan di atas adalah andaian semata-mata atau ia adalah satu kebenaran yg ingin puan dedahkan.

    2) Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

    Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi.

    Pada hemat saya, bahagian tulisan ini telah mencacatkan bahagian tulisan lain secara keseluruhannya. Saya agak terkilan kerana ia adalah hasil tulisan drp anak seorg Tuan Guru yg saya amat hormati dan kagumi. Bukankah kita dilarang membuka aib saudara kita? Mungkin saya tersalah tafsir apa yg ingin puan utarakan dan tidak dapat mengcungkil kebenaran yg ingin disampaikan. Pada hemat saya kenyataan tersebut lebih kepada tindakan memulang paku buah keras atau boleh juga dikatakan cubaan helah bela diri yg kurang tepat dan sesuai. Adakah perlu utk puan menulis begitu tentang peribadi buruk seseorang atau ada sesuatu yg sy tidak nampak di situ?

    Harap dapat penjelasan.

    • 1. Tulisan tersebut bukan andaian

      2. Bagi saya ia suatu penafsiran yang salah. Saya tidak mahu membuat penjelasan lanjut.

      • Terima kasih atas maklum balas drp puan.

        Sesungguhnya ujian ke atas TGNA dan keluarga puan sungguh besar, utk menguji kesabaran dan keimanan. Puan dan keluarga puan adalah insan yg dipilih olehNYA untuk diuji dan sudah pasti ada berita gembira bagi org2 yg sabar.

        Saya harap TGNA dan keluarga puan mendapat pembelaan yg sewajarnya. Doa saya agar kebenaran yg diperjuangkan puan mendapat tempat yg sepatutnya di dunia lebih2 lagi di akhirat.

        Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

        p/s: Suami puan ada blog tak?

  16. salam,
    Saya juga salah seorang isteri pimpinan parti,memang ujian begitu pahit,getir tapi ada kemanisan apabila kita redho n faham erti jihad,terimalah semuanya ini dgn hati yg terbuka,jangan masuk campur sesuatu yg tidak ada bukti sahih kerana ini akan menjadi fitnah dan merumitkan keadaan,sekaligus bolih merosakan nama baik ayahnda anda dan juga suami,anda bukan ahli politik atau pegawai PMBK jadi jangan libatkan diri dalam hal ini,lebih baik menceritakan hal pengalaman sebagai isteri n ibu yg solehah agar dapat di ikuti olih isteri n ibu yg lain,ikut cara bonda anda rendahdiri,lembut,sopan..ohh..sungguh kagum dengan sifatnya..walaupun suaminya dibelasah kawan n lawan di media elektronik..sabarlah sayang..ini ujian allah,saya juga telah menerima fitnah terhadap suami saya lebih teruk dari tiu,tapi saya tidak mengunakan blog untuk menyerang,kerana ini akan menampakan keburukan n kebodohan sertaka kejahilan diri sendiri.

  17. 1. apa projek Arif Fahmi yg dah berjaya sehingga melayak dia di lantik ke CEO? Bandar Baru Tunjjung-gagal, Bazar Tok Guru-gagal. Apa yang tak gagal?
    2. Sapa yang dok sponsor Arif beli baju di Padang Tembak?
    3. Org tak akan sponsor TGNA & keluarga pergi haji kalu beliau hanyalah Mudir Mahaad Darul Anuar. Jadi jelas ianya ada conflict of interest.
    4.fikirlah dgn terbuka.

  18. 1. Anda tahu bilakah masanya PMBK diaktifkan?
    Bagaimana anda boleh katakan BBT & BTG gagal, sedangkan ia sedang berjalan elok saja mengikut prosedur.

    2. Kenapa pula perlu disponsor kerana membeli baju yang berharga rm50? Saudara juga dialukan ke kedai tersebut kerana harganya yang murah.

    3. Apa yang saudara tidak tahu keluarga kami pernah ditawarkan untuk disponsor mengerjakan ibadah haji secara beramai-ramai kerana sangat bersyukur pembebasan kekanda saya dari ISA.

    4. Saya sentiasa berfikiran terbuka.

  19. Akum Pn….

    Saya tak tau dan tuduh siapa yg jahat dlm kes suami puan. Apa yg pasti perlantikan ahlikeluarga temasuk menantu mengetuai sesuatu GLC kerajaan adalah salah mengikut AKTA SPRM. Jadi terbaik utk suami puan dan ayah puan ialah mengakui silap dan meletak jawatan.

    • Bagaimana mahu mengakui kesilapan kerana TG tidak membuat silap?

      Fahami isu dan baca penjelasan TG yang banyak tersiar sebelum ini di media. Silapnya kepada LA, orang yang bertanggungjawab perihal undang-undang.

  20. assalamualaikum…
    Saya sama sekali tidak mengenali Puan.Saya cuma mendengar kisah puan dari suami saya yg juga rakan sekolah puan.Tapi saya bangga dgn ketabahan dan kesabaran Puan.Walau apa jua dugaan Puan mampu melaluinya.Semoga kekuatan puan terus menjadi tauladan buat semua.amin

  21. Salam Puan,

    Saya sokong Puan…saya juga ingin mengingatkan agar Puan sentiasa berwaspada dgn pihak lawan Puan yg sentiasa mencari kelemahan Puan khususnya dlm arena siber ni…

    InsyaAllah, saya dan kebanyakan warga kita di luar ini, sgt jelas melihat sesuatu isu tanah air kita berbanding jika berada di dlm negara. Liputan media dari luar nmpaknya lebih transparent dpd media negara kita.

    • Salam Luar Negara.

      Bagaimana anda katakan liputan media luar lebih transparent dari media di negara kita?

      Sudah tentu apabila melapor tentang negara luar, sesebuah negara cenderung untuk melapor apa sahaja yang nampak buruk. Lebih- lebih lagi negara yang kebanyakkan masyarakatnya hidup aman tanpa kekacauan.

      Tapi adakah mereka akan mendapat tempat apabila ingin melapor sesuatu yang buruk tentang negara mereka sendiri? kalau adapun, lihatlah masyarakat disekelilingnya.

      Dan apa bezanya dengan blog ini yang telah memadam komentar saya beberapa hari lepas? di mana transparentnya?

      moralnya, kita semua manusia biasa. Kadang- kadang kita cuba menutup kelemahan sendiri. Kalau tidakpun, kerana kita tahu bahayanya yang akan terjadi apabila kita terlalu transparent.

      Ada perkara yang kita tak perlu tahu. Dan kita usah ambil tahu. Terus sahaja beribadat kepada Allah kerana itu yang menjadi jaminan di akhirat kelak.

      Salam.

      • Saya tidak pernah menyebut negara yg saya tiggal skg ini memburukkan negara kita..kalau saya sedar mereka berniat begitu sayalah org pertama yg patut berang dan marahkan media negara ni. Mgkn saya akan foward berita berkenaan kpd pihak embassy Malaysia.

        Apa yg saya highlight adalah berita luar negara sebagaimana negara kita siarkan berita negara org..yg dikeluarkan oleh media di sini. Rasanya tidak ada kaitan politik sama sekali pihak media di sini melaporkan berita berkenaan. Nak kata memburukan tidak..membodek pun tidak..entah mcm mana nak describe..

        Ya..media negara ni pernah melaporkan keburukkan pemimpin kerajaan sendiri..malah tidak pernah menyebelahi mana2 pihak semasa/sebelum pilihanraya di adakan..Semua org yg bertanding dlm pilihanraya boleh masuk media..dan media tanpa menyebelahi mana2 pihak membuat liputan dgn jujur untuk disampaikan kepd semua penonton.

        Rasanya peranan media jugalah rakyat disini lebih terbuka utk memilih pemimpin mereka..yg bukan hanya pandai berkempen tp benar2 bekerja utk menjaga kebajikan mereka.

        Saya hairan kenapa saudara berkara bahaya yg menanti kerana terlalu transparent? Dari manakah saudara mendapat ilmu berkenaan?

        Betul ada perkara yg kita tak perlu tahu..tp di negara kita byk perkara yg kita perlu tahu..supaya tempat yg kita nak beribadat tetap wujud bkn shj esok..tp utk selama2nya.

    • InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik

  22. Salam Srikandi Clk Siti Wan Kembang..

    Teruskan perjuangan puan…kami sentiasa menyokong puan sekeluarga dan Tok Guru…selama 19thn kami tlh d tarbiahkn utk berani menyatakn kebenaran, mempertahankn kebenaran, memperjuangkn kebenaran dan mati kerana kebenaran. Dlm perjuangan keimanan dutamakan bkn kebijaksanaan. Kami sentiasa berdoa semoga Allah akan membuktikan kebenaran. Doa adalah senjata org mukmin amien..takbirrr takbirrr takbirrr

  23. blog ini juga telah memadam komentar saya…so apa bezanya..ingat …iman bukan warisan..

    • saya boleh memohon maaf, mungkin kerana komen yang seumpama berulang-ulang, saya memilih yang terbaik.

      Sama-sama kita menuntut ilmu yang terbaik moga-moga ia mendatangkan kebaikan kepada keteguhan iman kita semua.

  24. Salam, Ye betul mm, like I’ve mentioned before …iman tak dpt diwarisi dari seorang ayah yg btaqwa.
    BUT Some people mmg susah utk menerima kritikan dari org lain sdgkan claim diri sdiri berfikiran tbuka dan wpun hakikatnya kritikan tu adalah kenyataan, depa mmg susah nak terima.
    I don’t mind u nik amalina takleh terima I as genius BUT i sgt pasti if I wrote smthing yg menyokong Arif fahmi n.amalina akan kata I mmg genius….yeahhhh….

    • mungkin tidak juga…
      kerana ada juga komen-komen yang berupa pujian saya tidak publish. Saya lebih takut kepada pujian yang over, komen yang seumpama ini tidak pula saya takutkannya, kerana itu yang saya sudah pasti.

    • geniushouse wife ni menulis utk dapat glamour murahan saja ke …. tak payah tulis kalau niat macam tu, buang masa saje & dapat dosa …. sekadar celup sikit2 speaking tu tak payahlah rasa & perasan kita tu genius ….

    • geniuswife ni orang putih ko oram hitam….?????

  25. dunia maya adalah zon bebas bagi sesiapa sahaja untuk meluahkan apa saja pandangan. jika kita tidak setuju dengan pendapat orang lain, maka kita berhak memberikan pandangan yang berbeza tapi bukan meminta orang lain jangan memberikan pandangannya. itu tidak adil.

  26. Salam.

    walau apa pun yang dikatakan Puan Nik Amalina di atas, saya percaya, ia adalah sebahagian daripada desakan hatinya untuk mempertahankan suaminya.

    Tidak salah dan tidak pula betul. Hakikatnya itulah kita manusia.

    Kita yang tidak berada di atas tidak tahu situasi mereka di sana. Tetapi apabila kita berada di atas, baru lah kita tahu situasinya. Dan rugi lah kita apabila kita sentiasa mendongak ke atas. Kadang- kadang, tunduklah dan jengoklah orang di bawah. Apa kata mereka?

    Kalau kita sedari, cepat- cepat betulkan mana yang salah. Kalau tak sedari, teruslah mendengar orang di bawah.

    Sama- sama kita bermuhasabah diri.

    Mendoakan keburukan untuk orang lain bukan sesuatu yang baik dalam Islam, apatah lagi mereka yang sesama agama.

    Salam

  27. Saya setuju dgn Ahmad bin Din. geniushouse wife hanya menyemakkan ruang siber. Hendak sangat orang lain mengatakan dia genius. Masuk bakul angkat sendiri la. Pandangan yang berlandaskan kebencian. Buang masa je layan dia ni.

  28. salam….

    bezakan kepentingan keluarga dan parti.jangan buka pekung didada.musuh sedang bergembira sekarang.

  29. Puan,

    Saya kenal sgt hamba Allah yg bernama kickdefella sejak zaman sekolah lagi. Saya pernah ‘kena’ dengan dia dan saya percaya ramai lagi bekas pelajar di Sultan Ismail College atau SIC yg pernah kena dgn si kickdefella ni. Sapa tak kenal Syed ni. Semua org tahu perangai dia dan dia mmg tak ramai kawan di SIC.

    Geng-geng saya di SIC mmg tak suka berkawan dgn dia dan dia mmg tak ramai berkawan dgn budak2 melayu. Yg kenal dia pun sure tak lama sbb dia suka ‘makan’ member. Perangai dia: Depan kita dia ckp lain, blkg kita, dia kutuk kita kaw-kaw. Talam dua muka.

    Manusia berhati busuk. Kalau dlm Islam boleh dpt taraf Munafik! Mmg tak boleh percaya dan tak boleh jadi imam utk sembahyang (kalau dia sembahyang la)

    saya doakan kejayaan utk org yg jujur….

  30. Genius:-
    Mana ada orang nak mengaku dia bodoh kepada orang lain. Mana ada orang yang tak nak di puji…..isteri mana yang tak ingin di puji seperti mana kalau dia masak yang sedap-sedap sehingga menjilat jari….suami “bodoh” je yang tak tahu nak menilai pengorbannan isteri….bahasa bodoh tu bukan saya cakap…Pak Cu yang cakap.

    Kalau kita nak keadilan, contoh nak kahwin lebih dari satu kena tunaikan tanggungjawab sebagai suami.

    Manakala isteri yang tak mahu di anaya oleh suami, kena istikomah dalam menilai harga diri. isteri tak boleh kahwin lebih. Dah cerai boleh. Tapi tak elok lah.

    Banyak kita dengar penganayaan oleh suami kepada isteri, kerana kebanyakan sikap lelaki yang terlalu ego dan di antaranya penipu yang susah nak cakap ni. Di depan isteri jangan kata semut..nyamuk pun belum tentu berani gigit. Tetapi tak di nafikan ada yang terlalu baik, sehingga tidak dapat di nilai oelh isteri.

    Jangan dengar khabar angin baik ke buruk ke. Kita kena teruskan keyakinan kita selagi kita tidak mendapat keyakinan.

    Jangan sampai, pada suatu hari nanti Allah kata JADI…maka jadilah dia?. Jangan kita membaeri alasan Tak Jadi pulok. Kita dapat lihat hari, dengan perubahan alam yang ada, perempuan juga bukan di nilai di bahagian dapur je. Ingat tu.

  31. Salam,

    Dalam satu mesyuarat kawasan, teguran saya disangkal oleh 5 orang barisan pimpinan kawasan. Sedangkan itu ucapam penggulungan. Saya dituduh menghentam pimpinan. Sedangkan hasilnya selepas itu mereka menerima teguran saya.

    Inilah sifat manusia yang kita tidak dapat menduga samada dia benar2 ikhlas atau e-class. Dunia semakin tua. Dalam Israk, Rasul menerima susu pemberian wanita tua (dunia), ummat Rasul masih mabuk. Kalau Rasul mengambil arak, apakan jadi dengan ummatnya kini.

    Kita bercakap pasal Quran/Hadis. Sedarkah kita apa yang hadis larang, kita kata tak pa, apa salahnya, bukan kita buat tak elok, salahkah baca Quran dan sebagainya, berpandukan aqal dengan ketepikan naqal. Betulkah kita dalil aqli meninggalkan naqli. Manusia akan menentang apa yang tidak memberikan kesenangan material kepadanya. Siapa nak beri? Inilah hujjahnya.

    Sikap ketidak terbukaan sesetengah ahli dan pimpinan adalah batu pengukur kematangan. Tidak membawa keberuntungan mana-mana pihak. Kawan kawan saya pun dah ramai jadi MP, dah bawa e-class diatas keikhlasan mereka berjuang. Hanya Allah yang tahu. Apapun, selaku bapa suka saya nasihatkan, BERKATA BENAR WALAUPUN DI DEPAN SULTAN YANG ZALIM.

    Beribadatlah kerana Allah. Bacalah Quran selalu kerana Allah dan bukannya kerana orang mati. Bertahlillah kerana Allah, bukan kerana dijemput hantar pahala. Jamulah (kendurilah) kepada manusia, bukannya kerana minta hantar pahala. BUKANKAH ALLAH MENGETAHUI APA YANG ADA DIHATI KAMU.

    Qadhi Al-Fudhail berkata : Kerjakan dengan benar dan ikhlas – benar disisi ajaran rasul dan ikhlas kerana Allah.

    Saya berharap apa yang anak lakukan sekarang benar dan ikhlas kerana syarak. Allahu A’lam.

  32. SAYA SOKONG JEMAAH TABLIGH..SLOW AND STEADY..

  33. kami sentiasa memerhati politik kelantan walaupum kami jauh dari kelantan..hope amalina sentiasa tabah menghadapi dugaan…jangan peduli dengan apa yg dikata..kami menyokong tok guru..smoga kelantan semakin maju….amin………….

  34. Assalamualaikum…
    kpd Pn. Nik Amalina..
    sy sentiasa mengikuti isu yg boleh dikatakan sbg sngt kontroversi pd ms skrng ini..
    politik pas klntan smmgnya sntiasa menjadi prhatian sama ada dari kawan atau lawan sendiri..
    setiap pergerkn sntiasa diintai..krana msuh sntiasa cuba utk mngambil ksmpatan ats setiap kelemhn lwn..
    namun, tindkn anda utk mmprtahankn suami bknlah satu klmhan bhkan satu keberanian yg bukn semua wanita di Negara ini mmpu lkukan..
    sy sngt menyokong pendirian anda, krn sy jg lahir dlm keluarga brpengaruh dan mmbesar dlm keadaan politik..
    bapa sy juga merupakan ahli plitik dn pernh difitnh hebat spnjg beliau bersama2 brjuang mngakkan islam di Negara ini…
    biarpun sy tdk brgiat aktif dlm poltik namun, krn penglaman dibsrkan dlm poltik mnybbkan sy amat peka akn setiap prkmbangan poltik negara sama ada dr dhulu hgalah skrg..
    sbtulnya.. manusia sgup mlkukan apa shja demi kpntingn pltik..cantas-mncntas sdh menjdi prkara biasa.. fitnah seolh2 mnjadi mainan dibibir..
    mnjatuhkn org yg mnjadi pnghalang adlh agenda utama bg mereka yg brtuhnkan nafsu dan berajakan syaitan dihati..
    prmainan poltik bnyk ktor dri brsihnya..

    jika dhulu prjuangan murni pas adalah utk menegakkan Negara Islam, namun kini pemimpinnya (KECUALI TGNA dn sglintir yg msh lg komited dan fhm prjuangan PAS..) lbh brmint utk menegakkn kekayaan…
    adakalanya sy trfikr..adkh pimpinan PAS pd masa kini masih lg mmpunyai mtlamat yg sma sbgmana prjuangan asalnya iaitu utk mmprthnkan agama yg kita cintai ini atau hnyalah utk mngjar pngkat, glamour dan kekayaan semata2…
    sejujurnya..politk itu tidaklah kotor..tapi org yg memainkannya itulah yg akn menentukan sama ada ia ktor atau tidak..
    teruskan perjuangan anda..sesungguhnya itu adlh sbhgian drpd jihad kerana anda berjuang mnegakkan maruah keluarga trcinta..
    bagi mana2 pihak yg mlnting..sdh terang lg brsuluh bhw cili yg kamu gigit sudah terasa pedasnya…

  35. Kalau hangpa dari awal tahu dalam kesusahan menghadapi perjuangan, tentu hangpa cabut lari.

    Kalau hangpa lihat masa kini para pemimpin kita beroleh kesenangan itu hasil titik peluh depa bukan deparaya.

    BERBALAOI-BALOI lah kesenangan yang di perolehi tu depa dapat hasilnya dari kesusahan dulu.

    Habis ilmu-ilmu yang di curahkan takkan kita tak terimakasih, cuma benda je tak dak, kat ahkirat hangpa nampak ke?. Dulu depa di dok pasang speaker, dok diri khemah, dok tengah panas hangpa tak kira depa ceramah depa dok cakap depan.

    Sepatutnya kita berasa bangga depa tu dok senang, senang bagi Islam dulu susah sama rakyat.Hangpa lupa ka.Hangpa ingat dulu dok nak mai menang dok nak kuasa buat konset ka,pesta ka.

    Itu pasal lah sekarang ni depa yang hat senang umah berjuta-juta tu dok panggil SAMPAH kat kita, pasai depa dulu tengok kita MACAM SAMPAH.

    Hangpa pun dok nak berubah, await takkan kita nak zuhut sampai e class pun tak mahu rasa.
    Hangpa syok tengok depa kat putrajaya naik e class ka.
    Ada yang tak sempat masuk kedalam 6 kaki tu hangpa kira ka ada dok rasa e class. La ni yang dok nak bawak orang mati pun naik E stima tau. Kalau yang hak bangsa lain naik mate belalang pun ada. macam-macam adaaaa…

    Saya tak rasa pun takpe pasai satu hari nanti saya akan rasa jugak. paling tidak F class baru real. Kalau e class hangpa dok kira a,b,c,d,e dah. Yang saya idam kan F class. lepas e….F.

    1. First Class
    2. Fight Class
    3. Full Class
    4. Fare Class
    5. Food Class(eeerrrgg)
    6. Fit Class
    7. Festive Class
    8. Freak Class
    9. Fine Class
    10. Flavour Class.

    • Salam Ibni-Baittutah,

      Awak terlalu emosional. Ramai sangat manusia macam awak kat dunia ni. Orang yang tinggalkan zuhud sbb nak jadi robinhood. Robinhood tak ambil untuk diri dan keluarga tapi untuk orang ramai. Tak perlu menara mencakar langit, tak perlu kapal selam yang tak tengelam. Apa perlu pesawat pejuang kalau enjin tiada hanya semata-mata nak mencapai semua F Class yang anda citakan.

      Suara anda mewakili Um-No. Perangai pentingkan diri meninggalkan hak orang lain. Bukan sahaja hak orang lain, perah lagi kedhaifan rakyat. Hanya nak F Class. Kelas agama – zero. Bercakap macam ulama… bergegar macam lantai buluh. Orang macam anda kumpul wang ringgit tapi mengharapkan pahala dengan upahan. Orang mcm anda wujud dalam semua parti. Alasannya sapa nak bagi…. Alhamdulillah.. rezeqi Allah.

      Apa yang tidak berlaku dalam negara ini. Kemalangan jalaraya, pemandu disalahkan.. Kenapa tidak semak semua penjuru. Kenderaan dibeli pinjaman tu berunsurkan riba tak? Pemandu memulakan dengan bismilah tak? kalau kenderaan berpermit, semak bagaimanakah permit dikeluarkan, kelayakan ke? Undertable ke? Kroni ke? Permit nama orang lain, kenderaan nama orang lain. Permit orang makan lembu, tapi yang bawa babi, arak. Orang mcm andalah yang mengatakan kedai judi diadakan untuk menguji iman. Orang macm anda yang condem pengajian agama – tak kemana (di UIA). Mana lebih baik sederhana atau sengsara dengan kemajuan? Ikhlaslah… bukan berangan e/f class… sbb selepas f akan datang g (grave class – semak diri ada class tak semasa ada di kelas g ini…. Hisab lah diri sendiri sebelum kena hisab… wassalam

      • salam..

        Sy setuju ngan Hj Ghazali..semoga Hj sentiasa di dalam rahmat Allah..
        wassalamm..

      • cakap kena berdasarkan fakta jagn rasa benci dan marah..sbb lepas g akan ada h ..h bermaksud heaven or hell…….

  36. “Setiap orang MUKMIN itu adalah bersaudara”.

    Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah SWT dan diberkati hendaknya. Amin…

  37. Assalamualaikum wbt.

    … sekadar cadangan utk mu Puan,
    1. Berhijrah ke Mekah bersama suami, dengan melakukan umrah dalam waktu terdekat.
    2. “Pause” dpd menulis ketika di sana.
    3. Kembali menulis apabila berada di bumi malaysia.
    4. u feel fresh and brand new …. more fresh ideas will come out.
    5. maaf.

  38. salam Ibni-Baittutah,

    paddia hang dok mlalut e class f class ni, nk tegelak pn ad ng ayat hang ni..

    “Kalau hangpa lihat masa kini para pemimpin kita beroleh kesenangan itu hasil titik peluh depa bukan deparaya”.

    “BERBALAOI-BALOI lah kesenangan yang di perolehi tu depa dapat hasilnya dari kesusahan dulu”.

  39. Await tn hj kalut ooii…dalam Islam kalau kita nak berjaya kena lah usaha. takan nak habak kat semua orang tahun ni gaji ana gini..tahun tu gaji ana ginun…tahu depan gaji ana sinun.
    Bila kita sampai martabat ilmu yang terpuji ni mu kena ingat hj.ada orang lalai tentang serba-serbinya….ada orang pegi hj nak kejar kenikmatan dan kemanisan iman…nak kejar martabat…nak kejar serba-serbi lah.
    last sekali mak tak pegi hajah…bapak tak pegi haji. Itu semua duit mana penting diri kita ke….mak bapak kita….kalau ada orang nak taja tu takpe…lagi bagus taja benda baik…dia bagi taja haji dapat pahala….orang pegi haji dapat pahala bagi pahala lagi.
    Tapi kita pegi hj dapat pahala sapa…sorang no. mak bapak kita duit takde. Jangan beli kereta e calss, f class takpayah…beli motor pun bedosa kita…sebab.
    Kita boleh beli rumah, kereta motor….tak boleh ke duit tu kita kumpul pegi haji mak bapak kita dulu.

    Kalau saya nak pakai F class itu hak saya…setelah cita-cita lain di selesaikan dulu….Itu baru F taraf dia sampai berapa tu?. A1,B2,C3,D4,E5 DAN F6…..itu taraf F class ke enam tu…beeerrrrapa jauh lagi tu. Yang E class pun yang ke lima.BERBALOI-BALOI lah tu.
    Apa yang nak kita Utama kan dulu…..DUNIA atau AKHIRAT?….dua-dua kena utamakan.

    Nak pegi akhirat kena ikut jalan Dunia….dalam dunia kena selesa kalau nak ikut jalan dia. Kalau kat Akhirat tu dak cnfirm memang selesa tak payah di pertikaikan…tak jalan-jalan lagi nak ikut. Kenapa nak pegi haji ikut jalan udara, tak jalan kaki ke.

    Ada pun kita lihat ada fahaman yang terlalu zuhut..hinggakan duduk kat masjid siang malam(bagus tu)…tandas kotok tak cuci, main masuk je, berak pun sikit punye lama. Tak geli pun, kan masjid rumah Allah kena jaga.
    Ada pu nak zuhut sembahyang siang malam, anak bini tak makan…tawakal katanya..lebam-lebam dahi..sekarang Carpet dah banyak takan nak lebam dahi tu je hari-hari…banyak keselesaan Allah kurniakan.
    Ada pun nak hampir dengan Allah bau badan tak jaga…sembahyang orang lain tak kusyuk…pasai tak mahu pakai minyak wangi…Mawi dah maasuk iklan hari-hari takan tak tahu.
    Ada pun nak tengak Islam….mesti buat macam gini gitu jugak tak boleh gini gitu…tapi dunia ni kita sorang je ke…..keluarga kita macamana?
    Ada pun nak pakai E class…..nanti orang kata sombong…tak mampu udah lah…pakai basikal tu pun boleh memerintah akhirnya…TAPI ORANG TUA TU(maaf ye nok bagi faham dema ni) dulu mengajar naik basikal….kenapa mu tak marah dia sekarang..kalau pegi k.l parlimen ke…pegi melawat kawasan ke naik kereta Datsun302y ke, naik taxi ke,naik bas charted ke…..kenapa tak marah dia naik matakumbang.
    Orang dakwah beli barang tak hutang….tuan hj oiii man nak kena riba…kalau hutang pun pinjaman Islam kan ada….kerjaan jugak yang anjurkan.
    Lantak lah haji nak pakai kot mana….menatey koba ke…unta ke….BURUNG UNTA ke….

  40. Apa Habaq tn. Hj:-

    Takpe lah ada sedikit buah mulut….nanti kata tak belajaq pulak no.

    CARA BERAMAL DENGAN NAMA ALLAH

    1. Untuk memudahkan mendapat rezeki.
    2. untuk mencapai segala hajat yang dikehendaki.
    3. Untuk melepaskan diri dari penjara.
    4. Untuk menyembunyikan diri atau menghilangkan diri dari pendangan mata manusia.

    Surah Al-Syura…Ayat 19
    Ertinya yang bermaksud:-
    ” Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kapada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.

    Surah Al-Mulk…Ayat 14
    ” Apakah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu tidak mengetahui(segala-gala)? sedangkan Dia Maha Terperinci (ilmu-Nya) lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.

    Surah Yusuf…Ayat 14
    ” Sesungguhnya Tuhanku Maha Lemah-lembut terhadap apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mnegetahui lagi Maha Bijaksana”.

    Surah Al-An’am….Ayat 103
    ” Dia tidak dapat dicapai (dikesan) dan diliputi oleh penglihatan mata,sedangkan Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya) dengan belas kasihan, lagi Maha Mendalam pengetahuaan-Nya”.
    * Memandangkan betapa lembutnya sifat Allah ” Aldauf” dan kelembutan Allah pada hamba-Nya pada setiap perkara, maka bagi sesiapa yang hendak mengamalkan zikir ” Aldauf” baca sebanyak 129 sebelum baca setiap ayat tersebut. Tapi hendaklah mempunyai sifat-sifat yang mesti ada dalam diri kta tn hj.
    1. Bersifat dengan sifat lemah-lembut di antara hamba-hamba Allah termasuk terhadap binatang-binatang.(tikus hamster tu pun kena belai dia baik-baik)
    2. Bersifat dengan akhlak yang mulia, mengambil berat terhadap fakir miskin dan berlemah-lembut dengan mereka serta doakan mereka(tak mampu juga doakan..hari-hari lagi bagus).
    3. Memohon kepada Allah Yang Maha Lembut pada setiap keadaan. (Allah dah banyak bagi kita kenikmatan dengan Kelembutan-Nya…kita tak boleh ke…hatta binatang sekali pun).

    Orang berbudi kita berbahasa….Orang memberi kita merasa……cintai lah bahasa…kerana bahasa jiwa bangsa….sama-sam kita laungkan Allah Huakbar 3x.

  41. Haii….dysh.shdy……lama tak nampak…

    Await hangpa tak rindu kan chek ke…..mari lah same-same kita bercerita….hang dok melalut kat pompuan kenapa…tak fight namanya.

    Baca lah cerita chek no…baca dulu baru komen…cerita AKAK semua orang dah tahu…pasai hangpa dok tambah..

    Kalau hangpa tak mahu cerita dengan chek….takpe lah..
    Chek hantaq …..hj Ghazali je…atau kolenel ke….atau dent…ke….atau naktergelak ke…..sruh cerita dengan hang baru tau….macamana setuju….

    Wahai sahabat-sahabat. yang di chek senaraikan tu…..yang kata cintakan nama Allah….hang tak kenai ke depa….”dysh.shdy”……await hangpa semua dok carutt kat AKAK…hangpa elok cerita kat “dysh.shdy ni……agak nya nama Allah pun tak tahu.

  42. yang pastinya, berlaku kes pertembungan masalah peribadi dikalangan figure dan pimpinan. Semua problem ni timbul kerana masalah tarbiah dan tidak utamakan kepentingan jamaah (kumpulan)

  43. prati…
    jemaah mana ko ikut…kes mana lak info ko dapat…
    Ko tak ikut puok Wasabi ke……politik pun hancur.

  44. Boleh ana tahu tak di pendidikan Ir Abd Ariffahmi? Maksud ana pendidikan peringkat universiti beliau…

    Terima kasih atas respon saudari..

  45. Info journal:

    Persoalan Teknologi Dan Umat Islam.

    Umat Melayu Muslim tidak seharusnya confuse dengan perkembangan internet, bioteknologi, satelit angkasa dan sebagainya. Kita tidak wajar menentang kehadiran teknologi moden kerana ia telah menjadi suatu realiti. Apa yang harus kita lakukan ialah mewujudkan sikap dan prasarana yang tepat untuk mengahadpi cabaran teknologi moden. Dalam hal ini, kita tertarik dengan pandangan Profesor Sayyid Muhammad Naquib-al Attas yang menyebut bahawa keperluan mendesak umat Islam pada masa ini ialah untuk mengisi solfware development mengikut acuan kita sendiri iaitu dengan mengunakan tradisi agama dan budaya tempatan. Tidak ada makna gesaan satu rumah satu komputer di buat jika program internet di isi 100% oleh orang lain. Inilah cabaran berat yang terbentang di hadapan kita.

    * ni kalau puok-puok ni kata merepek ni…memang sah bodoh habis….tahu internet je….tak tahu nak menggunakan nya untuk Islam…tahu cakap pasal commeny…tapi tahu type je tak tahu berjuang kerananya.

  46. Fitri…
    aku tak nak tanyem ke sekali…Biodata mana boleh di hebahkan……nanti salah gunakan.
    hantar email je lah.

  47. Salam. Saya bukan orang politik. Saya terpanggil untuk “menjenguk” blog puan kerana isu yang diutarakan oleh puan adalah isu hangat semasa. Saya tidak pernah jumpa Tok Guru, tapi secara peribadi, saya menyenangi keperibadian beliau. Saya tidak tahu suami puan dan tidak tahu kebolehan beliau. Mungkin beliau sangat bagus untuk meminpin PMBK tetapi itu bukanlah isunya. Isunya ialah pemilihan menantu Tok Guru sendiri selaku Menteri Besar adalah tidak wajar, walau sehebat manapun suami puan tentunya mengundang dakwaan nepotism. Walau apapun demikian, saya “menyokong” puan kerana menulis berkenaan isu tersebut walaupun ada yang menganggap tulisan puan ini umpama sampah. Itu saya tidak setuju. Teruskan menulis dengan jujur dan ikhlas.

  48. CORETAN CERPEN

    Kemuliaan Insan
    (Kisah Sayidina Umar Ibnul Khatab R.A.)

    Apakah kesederhanaanya timbul dari tanggungjawabnya, ataukah keistimewaannya yang unggul timbul dari kebesaran dirinya? Barangsiapa ingin menyedapkan pandangan mata dan menggembirakan hati…Barangsiapa ingin melihat kebesaran insani dalam puncak kebenaran dan akal…
    Hendaklah ia melihat manusia yang tinggi, berkepala botak, berkaki lebar, berpakaian yang dihiasi dua puluh satu tampalan dan membawa tinta di tangan kirinya dan kertas bersama pena di tangan kananya, mengetuk pintu rumah-rumah dan meminta kepada isteri kaum muslimin yang ditinggalkan suami mereka dalam medan jihad dan peperangan supaya ia berada di belakang pintu-pintu.

    “Sebutkan padaku keperluan-keperluan kamu dan siapa yang punya keperluan di pasar, hendaklah ia menyebutnya kepadaku atau mengirimkan pelayannya bersama ku jiaka ia mempunyai seorang pelayan, kerana aku takut kamu tertipu dalam berjual-beli.” Kemudian ia pergi ke pasar dan di sana ia membeli sendiri serta meletakkan barang-barang keperluan itu di dalam keranjang-keranjang dengan tanganya.

    Benarkah orang ini pernah hidup di atas muka bumi sebagai amirul mukminin dan hidup dengan kesederhanaan ini?. Benarkah bahawa seorang lelaki bernama Umar yang menjadi Khalifah dan pemimpin kaum muslimin dan yang diberi Allah kemenangan yang nyata, ditakuti oleh raja-raja bumi dan di bawah kedua tapak kakinya para penguasanya yang zalim, dan mengalir di hadapannya harta benda seperti sungai, dikunjungi oleh rombongan dari Iraq pada suatu hari bersama Ahnaf bin Qais, lalu mereka dikejutkan dalam panas terik dan membara oleh Umar yang sedang tekun mengubati unta-untanya.

    Kemudian tatkala melihat tamu-tamunya bersama Ahnaf ia berkata: “Tanggalkan bajumu dan bantulah amirul mukminin menguruskan unta ini kerana ia termasuk unta-unta kepunyaan orang miskin dan yatim.” Salah seorang dari rombongan yang kagum melihat peristiwa itu berkata: “Semoga Allah mengampuni mu wahai amirul mukminin, sesungguhnya salah seorang sahaya dari hamba sedekah cukup bagi mu untuk menguruskan pekerjaan ini.” Umar menjawab: ” Hamba mana yang lebih patut menjadi hamba daripada aku dan Ahnaf?” Kemudian ia meneruskan rawatanya ke atas unta-unta tersebut.

    Sesungguhnya kesederhanaan Umar menyingkap kesombongan dan membanggakan seseorang atau kemenangan yang di capainya atau kekayaan yang di kumpulkannya. Maka Kebangaan diri dan pemaksaan diri hanyalah sebuah beban berat yang dipikul oleh orang-orang yang tertipu dengannya dan merasakan siksaanya sedangkan Mereka Tidak Merasa. Adapun kesederhanaan bagi Umar, kebahagiaan yang dalamnya tercermin kepulangan jiwa kepada Pokoknya dan Keunggulannya atas setiap godaan dan tipuan.

    Maha Suci Dia, Tuhan yang memiliki Umar, Dia telah mengilhamkannya dengan kebenaran sikap dan melindunginya dari kejahatan dirinya dan memberinya kelurusan keperibadian dan keagungannya yang membuatnya sebagai teladan, bukan saja di negeri sendiri mahu pun dalam masnya, tetapi memenuhi setiap tempat dan seoanjang zaman. kita menemui kepahlawanan jiwanya, kesederhanaan, keikhlasan dan kebenarannya untuk di contohi.

  49. Salam,
    aduhai sedih hati ini,begini jadinya,bila saya baca semua pro dan kontra,bila selak semua blog pro dan kontra….akhirnya saya dapati macam tak boleh percaya kepada semua…..masing2 ada unsur nak menang,nak betulkan diri masing2…..Lupakah bahawa Allah itu Maha Mengetahui ? tanya hati nurani kita….ada keikhlasan ke dgn Allah? atau masih bernafsu mahu menang sentiasa….

  50. Salam Puan,
    saya ingin mengingati diri saya sendiri dan u puan juga.banyakkan Qiamullail…bangun mlm utk solat sunat dan berdoa..dengan ketakwaan hati itu,segala btk pena yg ditulis dapat melembutkan hati manusia wlpun dia adalah dari pihak lawan..
    tanpa ketakwaan hati,penulisan amat menyerabutkan dan membuatkan banyak hati yang tidak tenang wlpun dia adalah sahabat sendiri..kerana penulisan yang seiring dgn ketinggian takwa dan ketenangan jiwa..akan indah seiring kehendak pencipta..ALLAHUAKBAR!

  51. Alhamdullilah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat…..Takbir 3x

  52. Qiamullail

    Perkataan Qiamullail memang sudah tidak asing lagi sebutannya di kalangan umat Islam yang cinta kepada beramal. Asal maknanya ialah “Bangun Malam”, iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. melalui sembahyang sunat, berzikir, membaca al-Quran, bertasbih dan berdoa.

    Firman Allah s.w.t.

    Maksudnya:
    “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. Surah al-Israa,ayat 79.

    Rasulullah s.a.w. menyuruh umat Islam bangun beribadat di tengah malam(Qiamullail). dalam hal ini Baginda melakukan dengan bersungguh-sungguh sebagaimana Hadis dari Aaishah r.a.:
    Maksudnya:
    ” Bahawa Rasulullah s.a.w. bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya maka (Aishah) berkata kepada baginda, mengapa Ya Rasulullah s.a.w. lakukan ini semua, bukanlah tuan hamba telah di ampunkan perkara terdahulu dan terkemudian? Sabdanya bukanlah aku ini hamba yang bersyukur”.

    Bangun sembahyang dan bertasbih di sebahagian malam adalah membawa kesan Iman yang mendalam dan berkesan bacaannya sepertimana firman Allah:

    Maksudnya:
    “Sesungguhnya bangun beribadat di waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya”.

    Jabir mangatakan aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Maksudnya:
    ” Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada tiap malam”.(Riwayat Muslim).

  53. salam.

    anti rupanya berat sebelah dlm menyiarkan artikel maklum bls2 yg diterima. sy tak mengutuk siapa2pun..tp kena delate jgk. nasihat sy, bloggers kena berani berdepan dgn segala macam komen sekalipun tak memihak pendapat anti. ok ke?

    jadi…daripada duk jaja isu ” exco2″ yg kononnya dirahsiakan tu. disini saya perturunkan beberapa perkara berkenaan beliau. dan bolehlah lps ni anti banding2kan dgn ariffahmi.

    Faktanya, secara real ataupun diam2, byk pihak yg melihat hj Husam sebagai permata negeri kelantan. dan leader in the making. amatlah syg jika kita akn kehilangan beliau dlm arus perdana pertadbiran & perpolitikkan kelantan. Secara pengamatan dr jauh, sy mengenali dan melihatnya dari beberapa sudut :

    1. Hj husam adalah simbol perjuangan kpd anak2 muda kelantan & dilihat sebagai tokoh yg lbh trendy dlm memahami persoalan2 politik (& ekonomi) dalam dimensi baru (bukan dr kaca mata sekolah pondok semata2).

    2. ciri idealisme & karekter ilmuannya berjaya membangun satu aspek dalam semangat cintakan ilmu, penyelidikan dan berkreasi kpd anak2 muda (yg masih bersekolah maupun yg baru menamatkan pengajian ijazah di Kota Bharu & Kelantan amnya. ( yg tentu saja bersesuaian dgn nuansa Islami). perpustakaan Islam az zahra’ di lorong merican, belakang Billion adalah bukti terhadap keprihatinan dan perhatiannya dalam hal ini.

    3. pergaulan luasnya dgn kalangan masyarakat yg berbagai latar belakang kerekter manusia tlh memungkinnya mendapat bervariasi maklumat yg .fantastis. husam adalah karekter yg hangat bila sudah dikenali..namun sering disalah fahami sbg peribadi yg kaku, kering dan keras. sebaliknya beliau adalah individu yg begitu simple dlm pergaulan, dan tidak malu (gengsi) sekiranya dijemput dgn kereta kancil dr airport walaupun sbg exco kanan krjn.

    4. kecintaaannya pada buku dan pembacaannya yg luas menjadikannya seorang penceramah dan pembicara yg menarik.koleksi buku dan bahan bacaanya adalah beragam : dari perihal tafsir, sejarah Islam, ekonomi, fiqh,politik timur tgh dan eropah hingga kesusasteraan hinggalah perihal penjagaan pokok orkid, komik politik, bahkan puisi. berbual2 dgnnya adalah selalu merasa seakan kita mendapat pengetahuan baru yg. berguna.

    5. perasan sayang dan hormatnya kpd TGNA adalah spt seorang anak kpd bapa. cinta yg melebihi dari sekadar mentor-mentee. pengamalan pernah mengikut &secara sukarela membantunya sewaktu beliau masih lg ahli parlimen dulu memperlihatkan kpd sy , hasil tarbiyah yg diperoleh hasil dari menjadi setiausaha kpd TGNA tlh berjaya membnentuk karekter beliau selaku pejuang Islam yg mantap, dan tercermin dari kebiasaannya mengamalkan bacaan ma’surat tiap pagi, solat mlm, bersederhana dalam hal makanan dan pendalaman dlm memahami tafsir ayat2 suci al-Qur’an.

    6. Beliau adalah watak yg menghargai kesungguhan kerja & tak lokek utk mengucapkan terima ksh. adalah mudah utk seseorg yg pesimis bertukar menjadi optimis sejati kerana suntikan kepercayaan yg diberikan stlh dinilai keikhlasan. Husam adalah karekter pemimpin yg dapat menjadikan sesuatu matlamat (umum) menjadi suatu mimpi2 & impian bersama. Contoh yg paling jelas adalah muthakir ini berkaitan perjuangan mdapatkan royalti minyak & gas kelantan. tdk ada yg dapat manafikan yg ianya menjadi cita2 bersama rakyat ketika ini, dgn digerakkan oleh Hj Husam secara cantik

  54. Rajasegaranwali

    Kan perkara tersebut telah termaklum dan telah nyata di keadaan semasa, apa yang menjadi masalah. Ini biasa dalam perhubungan jemaah yang berkaitan menyelesaikan kemelut yang dari pelbagai sudut penentangan.

    Sejauh manakah pemahaman kita terhadap sesuatu isu tersebut?. Nilai pendapat apakah yang kita perolehi dalam perolehan maklumat tersebut. Itu kan isu awal yang telah digembar-gemburkan oleh musuh politik yang sememangnya inginkan perpecahan di peringkat dalaman dan luaran masyarakat yang didalam perjuangan.

    Bagi pendapat saya YB Hj Musa Husam sendiri tidak mahu diangkat oleh sesiapa pun,sedangkan masaalah teknikal atau isu kecil yang menjadikannya seolah-olah ada pergolakkan diantara mereka sehinggakan boleh jadi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Dari pandangan disebelah keluarga AKAK dan Suami juga tidak mahu perkara ini berlaku. Tetapi pada masa itu, apabila tekanan hebat dan bertalu-talu tanpa mereka bersedia di dalam keadaan yang bercelaru, yang di asak kuat dari musuh-musuh politik yang memainkan polimik isu tersebut, dimana tempat yang harus diadukan. Dimanakah dan bagaimanakah kita ketika itu tanpa pembelaan dan kebenaran yang sewajarnya.

    Dalam keadaan pada masa itu juga pihak musuh memainkan sentimen hasutan dan propaganda permusuhan bukan sahaja kepada mereka, tetapi semua pucuk pimpinan atasan dan bawahan.

    Kita juga jangan terlalu taksub kepada pemimpin sahaja, yang penting yang hendak kita pratikkan adalah wadah perjuangan. Kemana arah dan matlamat perjuangan sebenar yang kita patut lalui.

    Maklumat dan matlamat amat penting untuk mengawal keperibadian yang membina kearah keharmonian.

    Dengan keadaan itu kita kena mencari maklumat seluas-luasnya untuk mencapai matlamat. Dengan keadaan maklumat yang terkini dan terhad ini, pejuang mestilah pandai mengorak langkah yang strategi untuk mengawal nafsu dan keperibadian yang ada. Tanpa kita mendapat pendedahan kebenaran sesuatu perkara tersebut, kita nanti akan mudah terpesong kearah yang berlawanan dan mengalami kekeliruan.

    Apakah penilaian kita terhadap sesuatu perkara itu benar atau tidak itulah persoalanya. Ada pun sesuatu perkara itu tidak boleh didedahkan secara umum,walaupun ia telah diumum dengan secara nyata oleh pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi. Kemudian ianya juga telah di manipulasikan oleh pihak tertentu ini, walaupun permulaanya di benar sama sekali.

    Di pihak media pun telah mengulas isu ini, pihak pimpinan juga telah menjelaskannya dengan sebenar-benarnya. Tetapi telah kita memahami, pihak musuh sentiasa tidak mahu memahami dan menerima kenyataan ini, dan mengangap ada udang di sebaliknya. Walaupun ianya telah selesaidan di nyatakan oleh pihak yang berwajib dengan muktamat. Kebenarannya tiada kemelut serius dan nyata, ia hanyalah polimik pihak musuh dan telah menjadi permasalahan ini. Tetapi dengan adanya kesefahaman dan takruf yang terpuji dari jemaah yang bijak ini, ia semestinya hanyalah kesilapan teknikal yang biasa. Dengan itu ternyatalah sememangnya pihak musuh inginkan pecah belah terhadap Kerajaan Kelantan ini dan Kepimpinannya.

  55. Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

    Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

    Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

    Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

    Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

    MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

    Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

    Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

    Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

    Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

    Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar ‘sepak bakul’. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.

    Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

    Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

    Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA ) pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

    Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

    Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

    Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

    Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

    Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

    Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

    Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

    Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

    Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

    MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

    Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

    Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

    Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

    Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

    Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

    Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah,MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

    Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bagunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

    MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

    Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

    Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

    Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

    Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

    Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

    Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

    Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya disediakan 2 minggu setelah peniaga berpindah.

    6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

    Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

    Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

    Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

    Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

    Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

    UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

    Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

    Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya ‘ekor’ dan ‘kepala’ dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

    Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.
    (hasil cetusan hati)

  56. akak
    Semakin lama saya lihat blog ini semakin banyak perubahan dan ada matlamatnya. Cuma penjelasan yang tujuannya masih lagi kabur. Yang paling bagus dan paling saya suka sekali adalah apabila akak menulis di ruangan “berblog”. Dari segi konsep dan tulisan tersebut, saya cadang kan elok lah menulis seperti cerita itu. Itu yang saya rasa sesuai untuk tatapan. Krana apa saya cadangkan dengan kosep dan penerangan tulisan tersebut?.
    Itulah yang saya rasa yakin dapat menyanggah dan membuktikan bahawa akak mempunyai keriertivi dan kematangan, dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. sebab lain, kebanyakkan komen yang di hantar dan diterima oleh akak adalah komen yang berbau sindiran, ugutan dan bermotifkan politik.
    Kita boleh lihat penilaian itu melalui penulisannya.
    Ini lah peluang akak menonjolkan bakat. bukan sahaja menulis tetapi berpolik sebenarnya.
    Buktikanlah, bagi memperjuangkan suami, parti dan negeri ini. Saya mahu lihat Nurul Izzah 2 atau Wan nur Azizah 2 untuk orang Pas dan rakyat.

  57. naper timbul isu baru nak berblog…

  58. dhia

    Ko ni memang lah tak ikut perkembangan. Tujuan akak berblog ni pun bukan lah kerana isu, sepertimana yang ko cakap. Apa yang pernah akak ceritakan dulu, sebenarnya perancangan asal yang akak nak lancarkan telah lama, tetapi belum ada masa yang sesuai.
    Tetapi setelah perancangan tadi semua selesai dibuat akak ingin melancarkan blognya. KEBETULAN pelancaran blog ini telah DENGAN TIDAK SENGAJA berselisih dengan isu ini.
    Jadi ada baiknya ia di teruskan seiring dengan kemelut yang melanda keluarga mereka.Bagi pendapat saya jika akak lancarkan blog ini SEBELUM ISU INI JUGA sama jugak mungkin kena serang.
    Saya percaya perancangan awal akak hendak berblog adalah untuk melancarkan blog peribadi yang seperti ummu ada dan wanita-wanita lain yang berblog sekarang ini. Mungkin akak ingin berkongsi pendapat mengenai orang perempuan dan rumah tangga. Itulah konsep sebenarnya. Jika kita lihat ruangan ini pung penuh keceriaan yang berkonsepkan santai muslimah.

    Yang ko ni pulok kenapa kenapa orang baru berblog ko baru komen?. Serupa lah jugak tentang isu Royalty.

    ” naper timbul isu royalty baru nak magic wang ehsan….”

    * tolong jawab ni DHIA PHIRANA…..

  59. actually sape punye blog yang ko nak lebih2 ni..ni la orang kata lebih sudu dari kuah…nak hangin satu badan naper wei…terasa ker…

  60. sy setuju gn dhia..ntah apa2 la ibni baituttah..ckp ntah apa2 x serupa bikin mcm ilmu agama tinggi sgt..padahak cetek..

  61. Saya agak lewat membaca tulisan ini.Alangkah tepat nya ramalan puan.Kickdefella sudah terlalu mabuk untuk menabur fitnah.Keputusan berundur suami puan adalah tepat.Cuma puan jgn menyalahkan exco kanan tersebut.Lihatlah beliau pun diserang olih kickdefella.Ini adalah lumrah perjuangan,musuh berjaya menyelinap masuk.Syukur pada Allah Tok Guru tidak melatah dgn fitnah ini.Demi untuk islam ketepikan syakwasangka kembalilah bersatu menghadapi musuh.Muga puan sekeluarga sentiasa dilindungi Allah sekekuarga.

  62. betul zakaria muhd akhir…syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: