• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Alahai…

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah…blog saya mula dikunjungi.

Bagus juga punya blog kerana pemikiran kita senantiasa mahukan yang terbaik dalam penulisan. Apabila mahu mencuit banyak gaya bahasa yang kita perlukan, tetapi terlalu berbahasa banyak pula pembaca yang kurang faham maksudnya.

Apabila saya berblog ia bukan bertujuan untuk berpolitik semata, minat saya sebenarnya lebih kepada institusi kekeluargaan, yang banyak melibatkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Saya bermagnet ke arah itu. Namun apakan daya, saat ini lebih mengheret saya kepada penulisan yang berbau politik.

Artikel saya yang ‘tersohor’ itu nampaknya terus diperpanjangkan. Alhamdulillah, dalam masa yang sama orang mula mengenali nama saya, walaupun tidak mengenali saya yang sebenarnya. Artikel yang saya niatkan untuk mempamerkan sebuah kebenaran, nampaknya berjaya benar dimanipulasi oleh pihak tertentu. Tidak mengapa, saya serahkan kepada kebijaksanaan mereka dalam membuat helah. Tipu helah yang terangka baik itu bagaikan seekor ular panjang yang berbelit-belit. Bukan sahaja berbelit-belit, tapi lidahnya pula bercabang-cabang.

Namun saya tersenyum sumbing apabila ada yang menyatakan bahawa artikel saya itu mampu menyinggung perasaan, mahupun peranan barisan Exco Negeri Kelantan yang tercinta ini. Cepatnya mereka latahkan sehingga semua Exco ini patut letak jawatan? Alahai…hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan? Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya WAJIBKAN seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?

 

Akhlak Islam

Alhamdulillah, usia rumahtangga saya menghampiri ke angka 11 tahun kurang seminggu lagi. Saya beremosi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana menjaga ikatan suci ini hingga ke saat ini. Harapan saya hanya satu, ingin membina rumahtangga ini seIslam yang mungkin mengikut kudrat dan ilmu yang saya ada.

Pada saya dalam sesebuah rumahtangga komunikasi antara suami isteri adalah paling utama. Jika suami membuat silap, isteri sepatutnya menjadi orang pertama yang akan menegur, begitu juga sebaliknya, jika isteri membuat salah, sepatutnya suamilah yang menjadi orang pertama memberi nasihat. Antara dua watak ini, tentunya watak suami adalah yang lebih penting kerana dia merupakan ketua bagi sesebuah keluarga. Lemahnya suami, maka pincanglah rumahtangga, pincangnya rumahtangga, maka harulah keluarga yang dibina.

Sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang sedang membesar, saya juga cuba sedaya upaya untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka. Anak sulong saya yang merupakan seorang perempuan menjangkau umur sepuluh tahun pada sesi persekolahan akan datang. Pada tahun hadapan juga saya mewajibkan keatasnya untuk bertudung sepenuh masa apabila dia berada didalam masyarakat nanti. Sementelah pada masa sekarang saya masih membenarkan dia memakai tudung secara on/ off.

Apabila saya mahu mempraktikkan sesuatu ke atasnya, saya akan cuba memberi penjelasan sewajarnya sehingga dia faham, agar penerapan nilai Islam itu dapat dia terima dengan baik. Namun harus diingat bahawa jangan hanya kita sebagai ibubapa pandai mengajar itu dan ini, tapi yang lebih besar lagi adalah kita sebagai ibubapa lah yang sewajibnya memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak itu.

Jika saya mahu anak perempuan saya itu bertudung seeloknya, sewajibnya saya yang wajib bertudung elok terlebih dahulu. Kita sebagai ibubapa perlu menunjukkan bukti yang kukuh terlebih dahulu untuk memberi kepercayaan yang jitu kepada anak-anak ini.

Anak-anak saya memanggil ‘cek’ kepada saya. Ia suatu panggilan yang klasik bagi saya. Pada awalnya saya sendiri segan untuk menerima gelaran itu, namun atas permintaan ibu saya yang juga saya panggilnya ‘cek’, maka saya bersetuju untuk mewarisi panggilan itu, sebagai suatu cara saya menghargai betapa bermaknanya dia kepada saya.

Suka saya memberi sedikit gambaran tentang ibu saya…

Ibu saya seorang wanita yang berlemah lembut – agak lain dengan sikap saya yang sedikit agresif. Ibu banyak mengajar saya tentang etika kesempurnaan, terutama dalam bab berpakaian. Tentunya saya diajar dan diasuh sedari kecil untuk menutup aurat, tapi berpakaianlah sebagaimana selera masing-masing, yang penting aurat WAJIB ditutup.

Ibu saya tidak menggalakkan kami adik-beradik membawa imej yang kerterlaluan. Cukup sekadar menutup aurat, jangan berlebih-lebih mahukan yang berlebihan. Kalau boleh ibu mahu kami menjadi contoh kepada yang lain dalam berpakaian menutup aurat. Pembawaan kami juga perlu dijaga kerana kami public figure sejak dari ‘merah’ lagi. Saya bersetuju dengan ibu, kerana didikannyalah kami adik-beradik agak terbuka dalam berfesyen, menerima fesyen, dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja hatta yang menjadi mangsa fesyen.

Dalam dunia politik pula, tentunya saya disuakan dengan ‘bulan’ sejak awalan lagi. Alhamdulillah, sehingga saya cukup akal, saya boleh bersetuju dengan prinsip dan dasar PAS yang bertunjangkan Islam.

Ibubapa saya juga amat menitikberatkan soal pemakanan, sebagai suatu syarat untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan. Tentunya bukan sahaja Halal, tapi keberkatan itu penting. Tentunya Haram bagi kami memakan benda-benda yang Haram, tapi yang syubhah pun kami ditegah mengambilnya. Pesan mereka, makanlah makanan yang halal dari sumber yang berkat, mudah-mudahan darah daging kami dimuliakan Allah swt.

 “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi BAIK, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata”

[Al-Nahl 16: 114]

 

Sehingga berjumpa lagi…

12.15pm

64 Responses

  1. Tahniah kerana dah berani berblog – kami yg undi PAS kat Bkt Gantang dulu hairan juga kenapa TGNA yg selama ini nampak mantap tetiba jer jadi kelam kabut sejak kes suami Puan jadi polemik rakyat.Kat maner silapnya? dah takda rasa nak berbaik sangka ke dikalangan ahli PAS di Kelantan?
    Salam

    • Alhamdulillah kerana saudara memilih Pas sebagai suatu landasan dalam kehidupan.

      TGNA langsung tidak kelam kabut dalam isu ini, hanya media yang mempotretkannya begitu. Kenapa TGNA harus kelam kabut? Beliau tidak membuat salah.

      Berbaik sangka adalah perlu pada setiap masa, tapi cuit-mencuit itupun perlu juga…supaya yang alpa itu boleh dikejutkan…jangan sampai jauh tersasar…

      tq

  2. Salam saudari amalina

    Alhamdulillah.. anak sulong akan masuk 10 tahun ye tahun depan, nampaknya muda setahun dari anak sulong saya yang juga perempuan. Sy juga mensyaratkan kepada dia untuk memakai tudung apabila ke sekolah dan apabila keluar rumah . Alhamdulillah dia mengikutnya dengan senang hati. Cuma dia masih lagi tidak memakai tudung jika bersama2 dengan sepupunya/ dgn bapa saudara sabit nya. Saya biarkan dulu walaupun tealh diterangkan secara ringkas padanya. Mungkin jika dia sudah mula baligh barulah perintah bertudung keseluruhannya diberikan.

    • Alhamdulillah kak,

      saya bersetuju dengan akak. Segala penerapan nilai yang baik kepada anak-anak tidak perlu dipaksa-paksa, buat secara perlahan-lahan, bila satu itu sudah menjadi habit, kita tambah pula jadi dua…

      tq

  3. banyak jasa ecxo “seorang” ni untuk kelantan…
    apa pula jasa anda untuk kelantan,dan islam?

    • saya ingin anda dan semua yang lain tahu bahawa saya antara manusia yang mengagumi kehebatan exco ‘seorang’ ini…tp apabila dia membuat salah, salahkah saya mencuit?

      mungkin saya tiada jasanya…

  4. Tahniah atas coretan2 yang menarik tentang keluarga dan politik. Teruskan menulis. Usahlah takut kepada celaan golongan yang suka mencela. Tuhan tahu niat ikhlas saudari.

  5. Assalamualaikum,

    saya tak faham kenapa puan cuma WAJIBKAN cuma seorang saja exco yang letak jawatan? Kenapa macam puan tak suka sangat dengan exco yang seorang tu? ada apa2 kaitan dengan karier suami puan ke?

    maaf kalau pertanyaan ini menyentuh fikiran dan sanubari puan.

  6. salam…pandangan kami terhadap Tok Guru tetap tak berubah, kalau ada yang mendakwa sebaliknya, dia memang mempunyai pandangan serong terhadap Tok Guru dari dulu lagi.
    KAMI TETAP BERSAMA DENGAN TOK GURU!

  7. dalam web malaysiakini.com, Tuan Guru cakap dia tak diberitahu bahawa perlantikan menantunya sebagai CEO adalah SALAH. jadi, tak boleh salahkan dia.

    Apa pandangan puan?
    Benarkah SALAH melantik menantu (kalau ikut akta SPRM pindaan 2009)?

    • pandangan saya?
      saya tak pernah baca dan tak pernah tahu tentang Akta tersebut.

      Apakah saya perlu tahu?
      sedangkan saya hanya tahu TG melantik suami saya sebagai CEO selepas beberapa jam dia dilantik.
      saya hanya tahu TG pernah memberi cadangan kepadanya sahaja untuk menerima jawatan tersebut.

      • puan tanya adakah puan perlu tahu?

        macam mana nak ajar anak solat kalau mak tak tahu solat?
        macam mana nak sokong suami kalau tak tahu pun apa yang disokong itu betul atau tidak?

        bagi cadangan terima jawatan, dan menerimanya dan terus menerimanya walaupun tahu ianya SALAH?

  8. Exco yang Puan minta letak jawatan tu naik kerana dipilih rakyat. Rakyat yang perlu memutuskan samada dia perlu dipecat atau letak jawatan.

    Berbeza dengan suami Puan yang dilantik bapa mertuanya sendiri. Keluarga Puan tentu sekali menyukainya tetapi rakyat Kelantan suka ker dengan perlantikan tu?

    Dari segi jasa siapa agaknya lebih berjasa kepada rakyat Kelantan jika dibandingkan antara exco itu dengan suami Puan..?

    • Anda kena faham antara Wakil Rakyat dan Exco.

      Untuk lantikan mana-mana jawatan penting dalam GLC, adakah perlu kepada pernyataan daripada rakyat? Adakah anda juga faham apakah misi dan visi GLC?

      Saya tidak pandai mengukur jasa, mungkin Exco itu lebih berjasa, tapi dimanakah salahnya jika kita sama-sama mahu berjasa?

      • mahu berjasa bolh puan, tapi biar kena pada tempat dan caranya.

        sebagaimana ulasan MP Salahuddin Ayub, perlantikan ahli keluarga tidak dibenarkan dalam akta SPRM yang baru. terimalah hakikat.

        mungkin jika tiadanya perlantikan dikalangan ahli keluarga, tiadanyalah dengki, fitnah, dan macam-macam lagi…

        saya tahu suami puan seorang yang ada kelayakan dan pengalaman. boleh buka syarikat sendiri dan beri sumbangan kepada rakyat kelantan..

  9. Salam
    – sebaik2nya puan jgn campur tgn, kerana ‘lantik menantu’ lah imej T.Guru tercelar
    – puan tambah pulak bela 200% dan dedah ada sesi roundtable, apa ni? so family ad suara dlm kerajaan?
    – puan puji melambung keluarga sdri, ish..x sesuai lah
    – puan kutuk atau mgkin fitnah Syed Azidi (minum arak- tp kata hearsay, if hearsay kenapa nk sebut?)
    – serah kpd pimpinan parti lah puan
    – puan & Nik Abduh nmpk mcm x faham etika berjemaah, jdkan isu peribadi pulak
    – kenapa nk kaitkan dgn Exco tersebut? ada bukti dia buat silap? bg bukti n lapor ke PAS Pusat atau SPRM lah puan
    – kalau suami puan betul, jawab fakta2 yg dikemukakan Sy.Azidi
    – kalau Sy.Azidi salah..SAMAN ajelah puan

    Wallahu ‘alam. Maaf, tp teguran ikhlas. TK

    • ~ saya tidak campurtangan dalam soal perlantikan, itu terserah kepada kebijaksanaan seorang Menteri Besar.

      ~ saya membela maruah suami saya, dimanakah pimpinan untuk bersuara memberhentikan tohmahan dan fitnah ke atas keluarga saya?

      ~ sesi roundtable rumah kami tidak pernah membincangkan isu kerajaan, tanyalah kepada mana-mana keluarga politician, balik rumah santai-santai saja, inilah masanya untuk kami ‘berkeluarga’. Roundtable itu diistilahkan kepada meja makan di rumah kami adalah bulat, berkerusi lapan.

      ~ saya menerimanya jika ia tidak sesuai. Tapi ramai juga yang suka…saya tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Begitulah adat dalam bermasyarakat.

      ~ saya mendapat ilmu, jika seseorang itu ada kelakuan buruknya, ada masanya kita perlu sampaikan, supaya orang lain lebih berhati-hati…

      ~ saya tidak pernah membuat keputusan untuk parti, sementelah saya tidak berjawatan dalam parti, saya hanya mencadangkan, salahkah saya?

      ~ mungkin saya akan lebih memahaminya.

      ~ sepatutnya begitulah…

      ~ suami saya diarahkan berdiam diri oleh pimpinan.

      ~ Itulah sebaiknya.

      tq

      • tapi kalau boleh, benda-benda yang tak pasti (spt “hearsay”), tak payalah cerita…

  10. salam..

    tahniah..berblog..

    kpd suma2 di atas..jgn taksub sgt dgn tn guru..tetap manusia jugak..berpada2 lah ye..

    pn serisuri ni..rasanya biarlah support suami puan tu dr dlm rumah..kalo dh tahap ke luar ni…mcm2 mslh lain bleh timbulkan..baik jgn sentuh isu ni.:) kalo pn nak involved lebeyh2..bole la geng dengan rosmah plak lepas ni ye :2X5

  11. Salam. Pertama-tama, tahniah kerana mula menempa nama dalam arena blog. harap usaha ini akan memberi manfaat kepada semua.

    kedua, saya harap agar Puan tidak mengulas tentang kerajaan Kelantan kerana Puan mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah Kelantan. Saya bimbang Puan akan ter”sasul” dan boleh merbahayakan kedudukan Tok Guru dan Kerajaan sekurang2nya buat masa ini.

    Saya faham hasrat Puan untuk membela suami tercinta. malah saya juga tidak mengatakan bahawa suami Puan bersalah seperti yg dituduh. Puan boleh menukilkan kebaikan suami Puan tetapi usaha dikaitkan dengan exco2 tertentu kerana peluang inni akan digunakan sebaik mungkin oleh musuh untuk menumbangkan kerajaan ayah Puan. Puan harus fahama UMNO menganggap adalah mustahil menjatuhkan Kelantan selagi ayah Puan memerintah.

    JAdi saya mohon jangan kerana emosi Puan, musuh dapat mengambil alih Kelantan dan Puan akan disalahkan selama2nya. Terima kasih.

    • InsyaAllah, saya akan lebih memahami keadaan.

      Hanya kerana artikel saya Kerajaan Pas Kelantan mungkin tumbang? Artikel saya hanya artikel nyamuk, nun di luar sana masih banyak isu besar yang perlu ditangani jika tidak mahu Kerajaan Pas Kelantan tumbang.

      • Puan harus faham, musuh kita berupaya menukar nyamuk menjadi garuda. Serahkan urusan negeri kepada ayahanda.

        Puan boleh terus membela suami tetapi berhti2 apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengaitkan orang2 tertentu dalam kerajaan ayahanda. Puan juga mesti ada reserved bahawa tidak semua yang suami puan tahu dia bagitahu puan.

        Ada yang puan tidak tahu atau salah dimaklumi.

      • isu besar? antaranya perlantikan menantu sebagai CEO?

  12. harap puan tabah menghadapi ujian……tapi jgn mencetus sesuatu isu yang boleh memecah belah wadah perjuangan Islam iaiti parti PAS.

  13. Saya nak beritahu puan bahawa suami puan seorang yang agah. Bayangkan pergi jumpa blogger kat KL pun dudok Hotel Nikko… Sapa yang bayar tu? Sendiri atau PMBK? Lepas tu siap cuba rasuah blogger pulak. Sebab itu le dia tak rasa bersalah pun nak pergi ke Mekah dengan Pakej VIP yang ditaja itu. Saya tak pelik kalau puan turut bela dia, sebab bila sekali terambil dan rasa tidak bersalah buat yang haram, hati akan jadi hitam. Takkan le orang macam ini lebih baik daripada Exco yang dimusuhinya itu.

    • Apakah saudara tahu aktiviti lain semasa suami saya ke KL dan berada di Nikko? Saya tahu aktivitinya. Bukan sekadar berjumpa blogger.

      Saya juga harus bertanya,
      apa jenis rasuah yang telah suami saya berikan kepada blogger tersebut?
      siapa pula blogger itu?
      Siasat pula latarbelakang blogger itu.

      Ada maklumat yang saudara tidak peroleh dengan tepat tentang penajaan haji itu.

      Saya juga mahu menasihati saudara,
      jangan buat fitnah, sekali buat fitnah tanpa rasa bersalah, akan menggelapkan hati saudara sendiri.

  14. Ustaz Tuan Ibrahim dah menasihati Puan Nik, jangan lupa utk berpegang pd nasihatnya

  15. oh!!!! nampaknya anak Nik Aziz pon tak telus

    tak berani pula nak siarkan komen yg pedas sikit

    • saya tidak menyiarkan komen pertama pakcik kerana bahasa pakcik sungguh menggambarkan pakcik seorang ‘pakcik’.
      saya kenal pakcik.

  16. […] bersetuju, tentulah buruk kelaku jika saya tak bersetuju dengan hak demokratik Nik Amalina untuk mempertahankan […]

  17. salam puan,,

    Saya menghormati pandangan dan bagaimana puan membela suami puan,, soal suami puan biar lah dia yg uruskan,tak perlu puan masuk campur dan membela,, cukup lah dgn memberi dorongan dan semangat kpd beliau,,,

    apabila pembelaan dihamburkan dlm surat terbuka kpd umum, meminta sipolan meletak jawatan,penuh emosi,, adakah kerana puan anak Tuan Guru MB,maka pandangan puan perlu diterima,, sudah habiskah soal siasat puan terhadap siapa yg bersalah,,, kalau pun suami puan ytidak bersalah,, dari segi moral adalah salah menantu MB menjadi ceo anak syarikat kjaan negeri,,, jgn ikut rasmi part lawan,,,

    sipolan itu ada jasanya pd pari,kjaan negeri dan umat islam,,, jgn cepat menghukum,,, jika terbukti sipolan bersalah,, serahkan pd Mb dan parti,, bukan puan yang patut menghukum,,, sudah sudah lah tu,,,

    puan mahu org yg baru berjinak dgn parti lari kerana muak dgn siikap ahli dan org luar parti yg berlagak ada kuasa,,,, saya berjuang dlm parti lebih 20 tahun, tp bila ada sedikit kuasa sekarang,,, huh,,, masing masing tunjuk taRING,,, dgr ckp aku, aku anak mb, aku anak itu, aku anak ini,,, to be continued

    • Tiada pimpinan lain selain TG membela maruah suami saya, itu yang perlu anda faham.

      Jangan kerana saya seorang anak TGMB, saya tidak boleh memberikan pandangan. Ayat mana pula yang menyatakan pandangan saya perlu diterima? Dalam isu ini saya tahu siapa bersalah. Bagi saya tidak salah mana-mana MB melantik menantunya untuk menjadi mana-mana CEO GLC, asalkan dia seorang yang berkelayakan.

      Saya tidak pernah menafikan si polan itu berjasa kepada parti, kerajaan dan ummat Islam. Tetapi jika semakin alpa ada masanya kita perlu mencuit.

      Alhamdulillah, kerana saudara seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti. Tapi pada pandangan saya, saudara masih silap mengistilah saya tunjuk taring. Jawatan dalam parti pun saya tak ada. Saya hanya penyokong bawahan.

  18. nmpk cam teruk sgt exco yg disrh letak jawatan tuu.. nape ekkk….. jahat sgt ke…. ke akak salah dapat info??… akak kena ingat bahawa pandangan akak terhadap exco tersebut boleh jadi salah…. kalu gitu lebih baik diam… dari tunjukkan rasa permusuhan… sy x pernah lg dengar komen buruk2 exco tu pada akak…. jd… panda2 akak laaaaa…

    • Jika masih berminat untuk mengetahui kebenaran, luangkan sedikit masa untuk mencarinya…Jangan baca blog akak, jangan juga baca blog lain…tanyalah dari mulut ke mulut pula. Tanyalah kepada orang-orang yang boleh dipercayai maklumatnya.

  19. Kebenaran sudah diketahui, ia bukan dibaca dr blog, ia datang dr mulut2 org yg thiqah.

    Blog juga tidak semestinya menyiarkan perkara fitnah, kalau benar fitnah, saman sajalah. Saya minta suami puan saman kickdefella atas semua tuduhannya utk membersihkan dirinya.

  20. Salam Amalina,

    Ni baru betul ,pakai blog sendiri,taniah ,itu hari guna blog Dr,kesian dia kena koplem kat rakyat.

    Teruskan penulisan.Usah takut pada komen orang.Berumah tepi pantai mesti tidak takut kat ombakkan.

    • w’lam,

      saya turut bersimpati kepada Dr. Mariah, itu kelemahan saya.

      Saya tidak takut kepada komen. Setiap orang ada pandangannya. Apa yang baik saya ambil untuk jadi pengajaran kepada saya, mana yang buruk, saya doakan semoga empunya diri juga akan beroleh petunjuk.

      • Salam berlapik Amalina,

        Ada masa sudi2lah lawati blog ana juga,minta maaf ana tertarik dengan penulisan Amalina berkenaan surat Amalina yang menjadi kontrovensi sebagaimana di copy oleh abg kick.

        Jadi ana copy juga kat blog ana,kerana mahu komen yang adil.Dalam blog ana takkan dellete apa orang komen.Ana mahu telus dan adil kepada Amalina.

  21. Keputusan untuk menyuruh AriffFahmi berhenti dari jaid CEO PMBK adalah tindakan yang betul untuk menyelamatkan TGNA dari pertuduhan kesalahan rasuah. Bagi saya yang betul2 salah ialah Penasihat Undang2 Negeri Kelantan yg gagal menasihati TGNA semasa mesyuarat tersebut. Patun PUN ini dibuang sahaja kerana gagal menjalankan tugas undang2 nya.

    Disebabkan kegagalan PUN itu, TGNA telah bersetuju melantik Arif Fahmi. Ini adalah keslahan dibawah sek. 15 Akta Pencegah Raush 1997 dan terbaru sek. 23 Akta SPRM. Seperti yg diketahui SPRM adalah organisasi yg mudah digunakan olih Umno untuk menekan pembangkang. Kalau Umno suruh SPRM siasat dan dakwa TGNA, saya rasa TGNA tidak ada pembelaan langsung.

    Nasi baiklah SPRM menghormati TGNA dan SPRM juga gagal menyiasat Dolah Badawi dalam isu perlantikan menantunya. Kalau tidak, Kelantan bolih jatuh kat Umno.

    Dalam isu TGNA bersetuju menerima pakej Haji bernilai 65k dari orang yang mempuyai urusan resmi dengan Kerajaan Kelantan, ini adalah satu kesalahan dibawah sek.165 Kanun Keseksaan. Nasib baik TGNA membatalkan persetujuan itu.

    Dalam kedua2 kes ia melibatkan isu perundangan yang sangat serious. MB Selangor disiasat olih SPRM dalam kes lembu walaupun tidak ada bukti yg MB atau ahli keluarganya memperolhi kepentingan.

    Itulah sebabnya PAS Pusat memandang isu ni serious dan campor tangan. Ia bertujuan untuk menyelematkan TGNA sendiri dan juga Pas Kelantan. Dengan tindakan TGNA menyuruh AriffFahmi berhenti dan memaklumkan bahawa PUN tidak menasihatinya selama perlantikan itu, pembelaan TGNA sekiranya ada siasatan SPRM adalah relevan.

    Lihat isu arahan perletakan jawatan ni dari segi undang2 rasuah yg bolih menyelamatkan TGNA dari tindakan SPRM/Umno.

    • Saya mahu berterima kasih kepada komen yang ini. Bagi saya saudara memahami isu.

      tq

      • Salam Puan Nik,

        Setelah membaca komen yg terakhir ini, maka kita semua faham bahawa keputusan TGNA utk menasihati suami puan untuk meletakkan jawatan adalah disebabkan akta SPRM yg disebut diatas demi kerajaan Islam Kelantan dan bukannya oleh kerana serangan oleh Kick. Saya juga berpendapat puan bersetuju dgn kenyataan saya. ini. Dan yang lebih penting pada pandangan saya adalah utk menutup ruang fitnah.

        Saya seorang yang amat cintakan kebenaran dan kebenaran yg hakiki itu letaknya pada Islam itu sendiri. Saya faham perasaan puan dengan tohmahan yg dilemparkan.

        Namun puan, sepertimana komen2 yg terdahulu, demi kerajaan Islam Kelantan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya, saya berpandangan bhw semua konflik yg melibatkan suami puan dgn Kick secara langsung serta yg melibatkan YB Husam Musa amnya, haruslah diselesaikan dgn cara yg dituntut Islam serta perlembagaan Parti Pas itu sendiri.

        Bawalah ke peringkat tertinggi Parti, insyaAllah mereka akan bertndak mengikut lunas2 yg lebih sesuai. Pertikaian yg terbuka begini memberi ruang dan peluang utk musuh Islam menyerang kedudukan Kerajaan Islam Kelantan dan Pas serta Pakatan Rakyat.

        Tidak ada manusia yg ma’sum termasuk diri saya kecuali Muhammad s.a.w. Namun teguran terhadap seseorang pemimpin haruslah menerusi jalan yg lebih sesuai yg dianjurkan syarak. Saya tidak pernah mengatakan YB Husam seoarang yg perfect, namun saya juga tidak pernah berpendirian beliau seorang yg terlalu kotor sehingga patut meletakkan jawatan.

        Saya meletakkan kepercayaan yg penuh kpd TGNA sebagai peneraju utama utk menangani isu ini termasuk dlm hal YB-YB dibawah naungannya.

        Utk menjawab tuduhan oleh Kick, saya berpandangan suami puan blh mengambil tindakan mahkamah utk membersihkan nama beliau dan TGNA serta Kerajaan Islam Kelantan dan Pakatan Rakyat amnya.

        Inilah luahan hati saya serta saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada seluruh keluarga Puan termasuk ayahanda tercinta (juga amat disayangi oleh manusia lain).

        Sekian, wassalam.

  22. ada komen saya yg puan removekan ke ? Kenapa ? Boleh jelaskan alasannya ?

  23. Puan tak telus dah dua kali comment saya tak siar. Kata kawan2 saya orang PAS ni pandai cermah aje tapi tak telus, kalau kritik sedikit melinting sebab mereka fikir mereka sebaik manusia! Adakah begitu?

  24. Saya bukanlah sebaik manusia.
    Sudah saya jelaskan kenapa ada komen yang tidak saya siarkan.

  25. salam,saya sebelum ini kesian juga dgn pn amalina ni,tapi alkhir-akhor ini rasa kesian tu makin takde,baca komen pada posting rasanya pn ni berhati keras,..tambahan pula lihat gambar puan,rasa tak percaya anak tok guru berpakaian mcm tu,memang menutup aurat tp agak berfesyen,kenapa taknak jaga imej tok guru yang menjadi sanjungan rakyat.rasanya kalau tuan pakai tudung labuh pun ok gak baru org ckp ank tok guru kena mcm tu kalaupun bukan kerana Allah.ramai yang nak menilai puan.n satu lagi,puan lbh baik berdiam dari berckp,byk brcakap byklah dosanya.walahhualam

  26. Nak jadi Rosmah no ?

  27. Salam Pn. Nik,

    Its not necessary for you to display my comment.

    I just like to take this opportunity to tell you that I support your decision to write & share your opinions.

    Your writings are very ‘soft’ but ‘strict’, I can feel the Tuan Guru really teaches his children to approach the public in a very hikmah way.

    Of all people, you should have the rights to have as many children as you can – you have the education to raise them, you have the means to raise them. Malaysia needs more population – we do not have enough man power as it is – education is totally another level.

    I hope you will not take personal offence from all this commentators who writes as they wish – as if nothing can come & chase them back from what they write.

    But then again, Allah does not test beyond the burden you can carry.

    Sabar yer & look forward for more ilmu whenever I come over & read your blog.

    Lots & loads of love

  28. Hai kalau macam ni nak kena ceritakan jugak..
    Akan datang (coming soon).

    “Orang Hutan bersama kutu-kutunya”…

    Kisah orang hutan yang kementot ini dan kemelut untuk memerangi kutu-kutunya. Orang hutan ini bukan sebarang orang hutan…dulu ianya pernah di gigit oleh sejenih labah-labah yang bernama Antrantula.

    Hangpa setuju tak?…..

  29. “Sedangkan kita semua berlembut tak bermakna bersetuju,
    mengalah tak bermakna salah, diam tak bermakna bersetuju,
    senyum tak bermaksud reda, bersama tak bermaksud bekerjasama…”

    renung-renungkan..

  30. Last sekali memang tak bermakna ka?

  31. Ada lagi nak aku ceritakan..
    cerita ini yang pernah aku layarkan di dalam blog sapa kebenda nama dia……kira ngau..ngau…nagau bau dia….blog sapa tu…..pol…pol…gitu lah gamaknya.
    “Kisah Doctor Forensik Penyakit FruitSIR”

    FruitSIR means…….Buah. Slack Into Roadwaste.

    Fruitsir dalam bahasa Punjabinya….”BuahSIR” biasalah
    demi menyahut seruan PM kita 1 Malaysia.
    Ada siapa nak dengar?.

    Tungguuuuuuuuu……

  32. Mu neiy buto…BUTO sejarah mu nok ngoyak kat orang mu sendiri tak tahu. Cito tu Rm 800 juta supo mace enjin jet hilang mu tahu. Cito neiy samo mace cito bazzar yang dulu mu oerey kecoh. mu duduk Kalate ko tidak. tak tahu ngoyak cito talk payah. Minggu lepas ambo doh kelik cito pasar bazzar dan sejrah kes Rm800 juta tak fahey lagi. Sukmo umno punyo kijo…..mu tahu….sukmo mantan umno doh kijo….sukmo tahi umno doh….kito-kito nok sapu balik?….mu seney kecek orang pas. gapo dio tak tubik makamah cito bazaar dengey Afundiarifahmi?…..mano tak tubik saman, gi Caro mahkamah. kalau betul bukti…..ngoyak-ngoyak internet kijo pengecut. Mu tahu cito keputusey sprm……ambo tahu dohhhhhhh.

  33. hoii..Tigo Serangkai mari buakt debatat Royal jelly Minyok al – wang ehsan. Ambo klik kecek ikut undang-undang tentang royalty minyok. Tigo serangkai TOK PAPA GRILE AND AWANG SOH, tok moh nok jawab. guano kato ngoyak tulung orey, rakyat kelatan hok nok bagi piteh. nok bagi wang ehsan, ngoyak 20juta. nok buat projek tandas dan kilang budu pung tak cukup. Gapo tak ngoyak Royalty……Mu tahu sebab gapo Tok Papa dan Awang soh tak ngoyak royalty?. pasal kalau bagi wang ehsan cumo 20juta ajeeeeeee…..

Leave a reply to serisuri Cancel reply