• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
        Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Santai…

Salam Ukhuwah…

Setiap kali hadirnya cuti panjang, saya akan menghantar anak-anak ke kelas lukisan dan mewarna. Mereka yang mahukannya begitu dan saya bersetuju saja sementelah saya mahu masa luang mereka terisi dengan baik. Saya tidak pernah memaksa mereka untuk pergi, tapi saya akan pastikan setiap kali cuti yang panjang, ia akan terisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Tiba saja waktu pagi mereka cukup bersemangat untuk menghadirkan diri ke kelas tersebut.

Jika saya tidak mampu untuk menghantar pada hari tersebut, mereka yang merungut kerana keboringan berada di rumah. Paling tidak mereka menyuruh saya menghantarnya ke rumah nenda + tokku mereka yang cuma mengambil masa beberapa minit saja berjalan kaki. Sepupu mereka ramai berkumpul di sana.  

Saya senang jika anak-anak boleh mengusulkan idea mereka. Saya cuba mengajar mereka untuk membuat keputusan sendiri – dalam kontek kehidupan ‘kecil’ mereka. Saya tidak mahu cuti yang panjang mengundang kebosanan kepada mereka. Saya juga tidak mahu mereka hanya menghadap televisyen semata.  

Menjadi seorang ibu kini bukan suatu jawatan yang mudah, lebih susah dari melahirkan seorang zuriat. Ibu moden perlu kritis, kerana anak-anak kini sungguh kreatif. Cabaran mendidik anak-anak kini sungguh hebat, paling hebat bagi saya adalah pengaruh televisyen. Menonton televisyen bukan minat saya, maka sudah tentu saya ketinggalan dalam banyak perkara berkaitan dunia kanak-kanak, ada Mak som, Syazlan, Abang Awi, Bong, dan tak lupa juga apa yang mereka pakai, jam Ben 10, dan banyak lagi lah…Ia boleh memusingkan kepala saya untuk mencari helah apabila si kecil mula merengek mahu dibelikan itu ini sebagaimana watak yang mereka dambakan…

Biasanya saya beli juga…tetapi selepas berbulan-bulan mereka rengekkanya. Saya mengambil pendekatan berpada-padalah. Biarlah mereka bersusah-susah juga, biar mereka tahu menghargai setiap perkara yang terjadi kepada mereka. Apabila saya memberi kepada mereka sesuatu, biarlah mereka tahu menyayanginya. 

Namun peredaran zaman juga mengubah pendirian saya ‘untuk tidak terlalu memanjakan anak’. Akhirnya saya terpaksa akur bahawa penggunaan telefon bimbit adalah suatu kemestian, bukan lagi sampingan. Untuk hadiah hari lahir anak sulong saya yang ke 9 pada November lalu, saya menghadiahkannya telefon bimbit – tentunya yang murah saja – dan bersyarat pula – hanya kegunaan apabila dia menghadiri kelas lukisan & mewarna sahaja. Tapi saya masih lagi tidak mengendahkan rengekan mereka untuk punya pendingin hawa di bilik mereka. Biarlah dulu, cukuplah sekadar kipas syiling sahaja. Adakalanya ‘kesusahan’ itu perlu juga diajar agar mereka boleh ‘menginsafi diri’. Mereka juga perlu tahu kesusahan kami sewaktu kami membesar dahulu. Kami dulupun susah juga. Bukan senang untuk hidup senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

Ibu

Saya bukanlah seorang ibu yang suka berleter panjang. Saya lebih suka memberitahu apa yang sepatutnya, memberitahu akibat daripada perbuatan yang tidak sepatutnya, memberi teguran jika masih ada kesilapan, memberi amaran jika kesilapan sama berulang, dan seterusnya tentunya akan mendapat ‘upah’ sepatutnya. Biasanya ‘upah’ itu jarang diberi kerana sifat seorang ibu yang cepat kesian…

Dalam banyak perkara saya mahu mereka melakukan kerja rumah sendiri secara ‘bergotong-royong’. Walaupun saya mempunyai bibik, saya mahu mengusahakan sifat tolong-menolong di kalangan mereka, dalam masa yang sama mahu mereka mengurangkan pergantungan kepada individu lain dalam membuat sebarang kerja. Kakak, abang mahupun adik semuanya perlu bergerak. Mereka ada tugasan masing-masing.  

Jika si kakak mengemas bilik – ala kadar – si adik lelaki akan membawa bakul kain ke tempat basuhan, si kembar pula menyusun mangkuk untuk makan, manakala si adik lagi mengambil cawan. Namun tentunya aktiviti di luar rumah paling mereka gemari. Biasanya mereka akan menyiram pokok, mencabut rumput, dan bermain-main dengan si kecil, selain berbasikal mengelilingi rumah.   

Komunikasi

Selain komunikasi yang baik perlu ada antara seorang ibu dan ayah, komunikasi dengan anak-anak juga amatlah penting. Bagaimana ibubapa berkomunikasi, begitulah juga anak-anak akan mewarisinya. Sangat biasa kita dengar perkataan, intonasi, lenggok bahasa yang keluar dari mulut anak-anak adalah sebagaimana yang biasa kita gunakan. Dalam hal ini saya juga sentiasa mahu berusaha untuk memperbaiki skill komunikasi saya bersama anak-anak.

Dalam mendidik anak-anak juga saya suka mengambil pendekatan yang lebih relax. Saya tidak mahu expectation saya ke atas anak-anak terlalu tinggi menggunung. Saya mesti faham ‘ciri-ciri’ mereka. Anak sulong saya nampaknya lebih kepada aktiviti yang berorientasikan kemahiran. Saya tidak pernah menyoal cita-cita mereka, tapi mereka sentiasa memberitahu saya cita-cita mereka…yang saya puratakan berubah-berubah setiap enam bulan…mmm…sehingga anak ke dua saya pernah bercita-cita untuk menjadi penjual aiskrim kerana sangat suka makan aiskrim! Tapi saya tetap menghargai cita-citanya itu, dengan memberi syarat bahawa dia perlu belajar bersungguh-sungguh supaya tahu mengira wang semasa berjual beli…saya kira alasan itu sesuai untuk kanak-kanak berusia enam tahun…

Kadang-kadang saya juga memberi ransangan kepada mereka berupa hadiah. Tapi semua itu bersyarat. Ransangan itu perlu dibuat supaya mereka sentiasa mahu berusaha menunjukkan kehebatan mereka yang sebenar, kerana setiap anak itu ada potensinya yang semulajadi. Sebagai ibubapa kita perlu sentiasa memberi sokongan. Saya paling suka sesi bersoal-jawab dengan mereka – walau kadang-kadang meletihkan! Saya mahu mereka faham dengan kehidupan mereka.

Boleh dikatakan saya tidak pernah merasa bosan melayan karenah anak-anak, tentunya letih itu suatu kemestian. Yakinlah bahawa anak-anak itu adalah pembawa kebahagiaan didalam rumahtangga kita. Saya sentiasa tidak sabar untuk melihat mereka kian membesar. Saban malam ketika mereka tidur, saya luangkan sedikit masa memerhatikan mereka satu persatu, sambil di dalam hati mendoakan yang baik-baik untuk mereka sehingga akhir usia mereka. Itu pesan seorang sahabat saya, sentiasalah melihat kepada anak-anak, maka niatkanlah sesuatu yang baik untuk mereka semua, kerana doa seorang ibu itu ada ‘masinnya’. InsyaAllah…

Memiliki enam orang zuriat terasa seperti sudah ramai, namun jika si kecil mula tahu berjalan-jalan, maka terasa keluarga ini masih kecil bilangannya…Saya mahu menambah lagi? Jawapan saya; Cukuplah! Jawapan suami? Kena tanya dia…tapi biasanya ia akan kontra dengan jawapan seorang ibu…anda juga begitu kan?

Akhirnya, bersamalah kita membina sebuah rumahtangga bahagia. Mudah-mudahan zuriat yang kita lahirkan itu mampu menjadi hambaNya yang berguna untuk kehidupan dunia, konsisten sejahtera membawa hatinya menghadap Ilahi…

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahupun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

al-Shu’araa’ [26: 88-89]

 

Jom berkongsi sesuatu dengan saya…

Saya berminat untuk mengetahui rahsia kehebatan anda dalam mendidik anak-anak juga…

12.02pm

52 Responses

  1. salam ukhuwah akak…. ya,teruskan ketabahan dan kekentalan sbg muslimah tanah serendah sekebun bunga.

    melayan kerenah anak mmg meletihkan, namun ia juga nikmat terhebat seorang ibu.

    salam ukhuwah,salam mujahadah.

  2. Salam Ukhuwah,
    Saya sangat tertarik dengan cara puan membesar dan mendidik anak-anak. Saya juga mengimpikan begitu, tetapi saya sedar saya kurang ilmu itu. Harapan saya agar melalui blog puan, saya dapat menjadikan satu panduan untuk saya mendidik puteri dan putera saya….

  3. Assalamualaikum…
    Saya pun masih mencari-cari the best modul nak didik anak2. Anak saya 5 org. Pening kepala tambah lagi bila kita berkerja. Kepala pusing memikirkan cabaran yang bermacam bentuk ..bimbang jika anak tersalah langkah..

    • w’lam…
      banyakkan membaca ilmu keibubapaan, mudah-mudahan yang baik-baik itu dapat kita terapkan kepada mereka.
      Jangan lupa unsur-unsur didikan secara tradisional, ia begitu baik untuk mengekalkan jatidiri seorang muslim.

  4. Salam Puan Nik,

    Saya senang sekali (sebut dgn slang Indonesia!) membaca isi blog Puan, terutama dalam perihal teknik melayan dan mendidik anak-anak.

    Teruskan. Insya Allah, pahala dan keredhaanNya milik Puan.

    Wassalam.

  5. Assalamualaikum Puan…
    Tahniah kerana sudah mempunyai laman blog sendiri…Saya sudah membaca semua artikal yg puan tulis…
    cuma saya baru tahu yang penulis blog ‘kickdefella’ ni rupa-rupanya org UMNO (jgn panggil UMNGOK, tak baik puan..panggil lah dengan nama yang mereka suka..). Patutlah bila saya baca blog tersebut…saya mula curiga. Cuma saya pun nak tahu…betul ke bapa mertua dan suami puan juga orang UMNO?…saya ada terbaca dalam sebuah laman blog yg mengatakan suami puan juga adalah asalnya penyokong UMNO…Harap puan ikhlas memberikan jawapan…
    wassalam…

    • adakah semua pengikut umno itu jahat dan jahil manakala, semua pengikut pas pula baik dan warak????

    • Saudara harus teliti penulisan itu, saya menyatakan bahawa rakan siber saya yang memanggilnya begitu.

      Ya, bapa mertua saya seorang umno, kini dia telah kembali ke Rahmatullah – semoga rohnya dirahmati.

      suami saya ahli Pas seumur hidup sebelum berkahwin dengan saya lagi.

  6. Salam Pulau Melaka,
    Tahniah!Welcome 2 dunia blogger,indah bahasa saudari menggamit kehadiarn penjengok.Bagus juga artikel Pn,arini promosi free dari utusan malaysia.Apapun kita mesti tanggungjawab atas apa yang kita tulis,pahit manis tu asam garam dunia blogger.
    Saya tak pelik kalau Pn masih cuba bercerita soal polemik PMBK,rasionalnya janganlah terbawa2 takut nanti melalut entah kemana.Soal sapa2 letak jawatan tu,”lu pikir la sendiri” kata nabil.
    Pn condong membela suami sendiri,biasalah lumrah hidup.Cuma saya bimbang takut2 Pn tersilap sokong.Jika kita bersekongkol dengn benda bathil,hidayah Allah menjauhi kita.Minta selisih malaikat 44.
    Secara peribadi saya hormati saudari,susah senang bersama suami.Disiplin hidup diikuti hingga bab makanan pun kena fikir berkat.Alhamdulillah,berkat didikan TGNA.
    Mungkin Pn ikut jejak langkah srikandi dunia spt Corazon Aquino,Dr Wan Azizah,Kumaratungga dlm membela suami.Soalnya mereka semua bertindak selepas suami dizalimi.Dipenjara dengan fitnah.
    Adakah suami Pn dizalimi?Jangan plk nanti faktanya suami Pn menzalimi.Kalau kita dizalimi ,terimalah akibatnya begitu juga sebaliknya.
    Tolong siasat dengan kewarasan Pn:
    1 ) Ke mana perginya duit kifalah setelah takaful membayar ke akaun utama PMBK?
    2 ) Siapa menipu wakil rakyat dlm penjelasan isu kifalah?
    3 ) Siapa aniayai peniaga pasar lama MPKB dan arked uda?Kenapa pelan bazaar tok guru ditukar?
    4 ) Kenapa suami Pn sign agreement dengan sensatimur?Penasihat undang2 PMBK dah nasihat berat sebelah,zalimi peniaga dan beri untung besar kpd sensatimur.
    5 ) Siapa bazirkan duit pmbk buat billboard ratusan ribu tanpa faedah secara langsung kpd rakyat?

    Pn tolong Fikir sejenak sebelum tidur,muhasabah betul salah sokongan kita.Jangan pula sokongan membawa rebah.Tolak sebentar sentimen suami isteri,fikir secara rasional @ istikharah minta petunjuk dari Allah.
    Kalau ambil berat soal berkat dlm makanan,perhatikan kantung suami Pn,mana tahu takut ada hasil syubahah hasil dari sensatimur.Nanti gelap perut anak cucu TGNA.
    Sekian

    • Saya juga patut berterima kasih kepada Utusan.

      Setiap soalan puan saya ada jawapannya. Semuanya telah ditaklimatkan kepada pimpinan.
      Saya juga tahu siapa penipu dalam penjelasan isu ini kepada wakil rakyat.

      Berkaitan Bazaar TG juga saya maklumi kebenarannya. Tiada penganiayaan keatas peniaga-peniaga ini, yang ada hanyalah seorang manusia yang cuba menunjuk Hero dalam perkara yang diluar bidangnya.
      Pelan Bazaar TG ditukar juga kerana bersebab.

      Banyak maklumat yang puan dapat adalah tidak benar. Puan berhak menyoal, dan saya pula sepatutnya boleh menjawab. Tapi kalau saya jawab, jawabnya saya pula sepatutnya tidak mencampuri polemik PMBK.

      Billboard itu atas arahan TGMB. Puan tahukah harga setiap billboard? Dalam setiap pengurusan yang bijak, kita bukan hanya mahu faedah secara langsung, faedah secara tidak langsung juga harus kita fikirkan.
      Jika puan tidak tahu menilai sesuatu yang tersurat disebalik billboard itu, saya telah menerima banyak ucapan tahniah daripada rakan-rakan di luar sana, terutama dari negeri-negeri lain yang menyatakan bahawa mereka rasa begitu terharu kerana gambaran yang dipaparkan itu boleh membawa satu mesej dalam menyebarkan syiar Islam.

      Saya mahu puan memikirkannya lagi, dan sudah tentu saya juga mahu Puan mencari maklumat yang lebih benar, jangan tangkap muat di blog-blog saja…

      InsyaAllah saya sentiasa memastikan kantung suami saya itu adalah Halal lagi berkat.

      Ingin pula saya bertanya kepada puan,
      apa hasil syubahah dari sensatimur? Puan boleh buktikan?

  7. Doa TGNA dah dimakbulkan…. Ade Firaun di Kelantan, ade quuen control di Kelantan, Kerajaan anak bini…
    TGNA dan Almenantunya

  8. salam puan…
    syabass diucapkan pada puan dan ilmu pendidikan cara2 membesar anak insyallah menjadi anak yh solehin..
    puan kena hati2 dalam penulisan jgn blog ni tuan jadikan sebagai senjata hentam orang atau bini orang pulak……………tak baik untuk pengajaran anak2..

    saja saya mushkil sedikit ??????????? cara penulisan puan sama dgn Nik Abduh….adik beradik kot……………

    • Mungkin secara kebetulan bentuk penulisan saya sama dengannya.
      Saya tidak pernah memberitahunya saya ingin berblog, dia hanya mengetahui selepas blog ini dilancarkan.

  9. saya tertarik dgn komen cili padi niiii..
    KALAU BETUL APA YG DICAKAPKAN NAYA.
    SAYA NAK TAHU DARI PUAN SENDIRI TOLONG JAWAB SOALAN2 CILI PADI NI.
    JAGA MARUAH KELUARGA KITA PUAN.
    BLOG NI LAH TEMPAT KITA PERBETULKAN APA2 CAKAP ORANG DI LUAR SANA..
    JAWAB PUAN JGN TAK JAWAB.

  10. Salam kepada empunya Blog.

    Semasa saya teliti blig Kickdefella dan membaca komentar dari cilipadi di blog puan. Saya rasa perlu diberi penjelasan oleh saya yang akan jadi exco pada suatu masa nanti, jik a ada razeki.

    Bazaar Tok Guru yang diubah nama asalnya dipolopori Oleh Husam Musa (Exco ni mungkin yg puan maksudkan) Tetapi memang Exco ni yang suka ga’la (bajak) tanah orang. Tetapi kerana kes ini berlarutan, maka baru seminggu dua ni diserahkan pada Ust. Ahmad yaakob.

    PMBK tetapi terperangkap dengan perjanjian Sensasatimur. Siapa sensatimu Sdn. Bhd?? Tuan/puan ada kenal.

    Sensatimur adalah syarikat orang Kelantan yang dok Kuala Lumpur, tetapi pemain utama di Kelantan ialah Hj. Nordin Mat Nor (loyar dan juga Ahli Majlis MPKB) bermula di Wakaf Che Yeh, berpindah ke projek Bazaar tengku Anis dan sekarang ke Bazaar Tok Guru.

    Hj. Nordin Mohd Noor selain menggunakan pengaruh Husam Musa dan Anuarb Tan di peringkat kerajaan negeri (mungkin mesyuarat Exco kot) juga memainkan peranan utama di MPKB, kerana sebarang perancangan pembangunan mestilah juga diluluskan oleh MPKB.. Siapa Hj. Nordi di MPKB??, minta tuan/puan atau wakil SPRM jengok-jengok hadir semasa full councill mpkb.

    Hj. Nordin juga adalah kamceng rapat dengan Husam Musa. Banyak duit komisen @ royalti balak Husam disimpan di firma Guamannya.

    Dalam kes Arifahmi bukan bersalah tetapi dipodohkan oleh Sensatimur, Husam dan Anuar Tan. Inilah akibat penasihat-penasihat yang salah dan bodoh pada Tok Guru.

  11. Membazie masa sahaja jika cuti panjang dihabiskan dengan ke kelas lukisan…. Bawa jalan-jalan. Anak orang kaya @ pegawai tinggi sangat gemar main parit, sawah ddan meninjau-ninjau kampung. Aturlah program berkhemah, kayuh basikal, tidur di surau, tidur rumah ahli PAS di pedalaman, serta aktiviti lasak. Jika tidak cukup Kelantan sila bergerak keluar. Jika Puan buka mulut, sudah pasti muslimat di tempat lain akan tadah tangan! Jangan biarkan anak jadi bodoh mengadap tv sepanjang cuti.Andainya kehabisan idea, kunjungi sahaja perpustakaan negeri…. jimat sedikit belanja.

    • Saya ingin berkata begini,
      jika saudara seorang bapa, amatlah baik jika saudara boleh menambahkan lagi ilmu keibubapaan dalam membesar anak-anak.

      Tidak semua anak-anak kita sama identitinya, itu yang perlu kita fahami.
      Anak-anak saya membesar di kawasan kampung, maka parit, sawah, hutan, dan sewaktu dengannya tentulah tidak lagi memberi advance kepada mereka.
      Untuk program berkhemah pula dan cadangan yang sewaktu dengannya, mereka masih kecil.

      Saya juga tidak mahu anak-anak saya menjadi bodoh dengan mengadap tv sahaja. Cadangan mengunjungi perpustakaan adalah baik, tapi di rumahpun saya sudah memiliki koleksi buku kanak-kanak yang banyak. Seringkali mereka juga bertukar-tukar buku di antara sepupu-sepupu mereka yang ramai itu.

  12. assalam, sis. Khalifah method works for me. if u have time read http://acespiretribe.wordpress.com/, a practising muslimah and khalifah method advocate blog.very useful for me.
    -kak ina-

  13. setuju dgn cilipadi

  14. salam
    saya sangat setuju dgn cilipadi.
    biasa la sentimen mcm u ni nik amalina, of course u akan membela husband u in whatever he did. i might do the same as u but i am genius housewife. i will never let the tie husband&wife take over the rasional and professional.

    secara jujurnya, surat yg u tulis ( i baca dlm blog kickdefella) memang menyedihkan coz u dah bagitahu the whole world your level of thinking. not to mentioned mengangkat diri sendiri sebagai orang yg mulia? please la, iman tak dpt diwarisi dari seorang ayah yg bertakwa. the way u anggap diri u tu dah cukup for people to judge u.

    anyway, my vote will never change. its for islam. i love TGNA very very very much. dont u think that u sedang menambahkan lagi bilangan retak yg menanti belah? hope u realize before its too late. thanks.

    semoga ALLAH memanjangkan umur TGNA untuk beliau teruskan perjuangan ISLAM.

    • Dari penulisan puan, saya tidak boleh menganggap puan seorang genius housewife.

      puan harus teliti sebaiknya…apakah sama erti ‘mulia’ dan ‘dimuliakan’.

      Tq kerana puan masih istiqamah pada landasan Islam. Tq kerana menyayangi ayahanda saya sebanyak mungkin.

      tq

  15. Untuk perhatian dan renungan puan:
    1.Dulu kat kampung,adala seorang isteri macampuan,bertudung litup,berpurdah,sering cerita kat orang,jaga anak begitu,begini,nak hantar kelas hafiz…..orang lain seolah tak berapa pandai jaga anak ikut Islam,25 tahun berlalu…..tiada seorang anakdia yang jadi Al-Hafiz….
    Rumusan:perjalanan anak masih jauh…….simpan aja cara mendidik anaktu dalam hati,nanti timbul riakpula…..Ok 30 tahun akan datang,puan ceritalah…..

    2.Pastikan pendapatan suami anda benar-benar bersih!Bersih dari fitnah!Insya-Allah,sumber pendapatan yang bersih,akan menjadi darah daging yang bersih,anak akan jadi bersih!!!!!!!!
    Rumusan:kadang-kadang kita rasa pendapatan kita bersih!Tapi apa sebab fitnah melanda kita!Berjuta penduduk Kelantan beragama Islam,mengapa kita dianggap mengamalkan rasuah!!!!Nak tau bersih atau tidak diri kita,tanyalah musuh kita! Ada jawapan yang tepat yang kita akan dapat!!!
    3.Pesan orang tua,orang yang mendiamkan diri bila timbul perbalahan,adalah orang yang benar!Orang yang lantang bersuara,apabila timbul pergaduhan,orang yang kurang bijak!Anda dimana!!!!!

    • 1. Seperti yang saya ceritakan, saya tidak memberi expectation yang tinggi terhadap anak-anak saya. Jadilah apa saja yang mereka nak jadi, yang penting mereka berada di landasan yang benar.
      Untuk berada di landasan yang betul disinilah pentingnya peranan ibubapa memberi sokongan yang tepat.

      Berkongsi cara didikan anak-anak tidak salah kerana ia suatu bentuk bertukar fikiran. Saya tidak pernah menyatakan cara saya mendidik itu betul, saya hanya berkongsi. Jika ada ibubapa yang lain mahu memberi perkongsian, amatlah saya alu-alukan kerana saya juga memerlukannya.

      2. InsyaAllah saya akan sentiasa memastikan sumber rezeki kami adalah Halal lagi berkat.

      Dalam penulisan saya yang terdahulu, telah saya nyatakan bahawa fitnah yang melanda keluarga kami ini memungkinkan ia masa yang terbaik bagi kami menghulurkan keikhlasan kami kepada Allah swt.

      3. Saya akan fikirkan, insyaAllah ada jawapan yang tepat.

      • salam,

        orgkmpungxdemaster,

        saya tertarik dengan point no 1, kenapa perlu ditempelak org yg menulis sebuah perkongsian ttg mendidik anak2?
        perlukah ditunggu sehingga hari lahir ke-30 baru blh mula menulis ttg sebuah perkongsian??

        kalau nak tunggu cukup ilmu dan pengalaman baru boleh menulis, sampai kiamat xkan cukup. itu kerja bodoh namanya, rasa rendah diri padahal sedang dtipu syaitan

        biarlah puan nik amalina menulis ttg kekeluargaan, dalam bab itu saya sngt bersetuju. kalo u nak serang org yg tulis pasal kekeluargaan dengan alasan ‘perjalanan masih jauh’ dan ‘simpan sajalah cara mendidik anak’, u bleh serang saifulislam.com gak, sebab beliau juga bnyk menulis ttg kekeluargaan..faham??!!

        buat puan nik amalina, honestly suka sgt dengan perkongsian ttg kekeluargaan, apatah lagi ttg keluarga yg lebih baik dari saya,

        utk itu..teruskan menulis, chayok2!

  16. Salam, suami puan bersalah atau tidak, padang Mahsyar tempat paling tepat pengadilan, cuma kalau ditanya saya yang kecil hina dina ini, yang tidak genius, tindakan puan menulis bermula daripada surat dalam blog YB Dr mariah membawa mudarat kepada jamaah dan tok guru, diam adalah lebih baik, Pas bukan milik keluarga tetapi bekas untuk orang Islam berjuang, berhentilah menulis puan, dengarlah nasihat pimpinan Pas yang lain,salam.

  17. InsyaAllah saya tidak akan berhenti menulis.
    Mana nasihat yang baik saya jadikan teladan.

    tq

  18. Puan,sekadar berkongsi pendapat:
    1.Adakah puan terlibat dengan aktiviti perniagaan jualan langsung?
    2.Apakah status perniagaan jualan langsung ini?Halal atau haram?
    3.Mana bukti atau fatwa dari sebarang ulama didunia atau diMalaysia,yang menunjukan halal atau haram aktiviti perniagaan jualan langsung?
    4.Jika puan berpendapat ianya halal,tolong bezakannya dengan perniagaan berskim piramid.

    Maaf,menyimpang dari tajuk puan,tapi penting untuk kepentingan umat islam didalam mendapat rezeki yang bersih!!!

    • Salam kpd org kampung ada masterje!.

      Rasanya anda tersilap posting soalan tsbt.. Saya kira medium yg lebih sesuai utk persoalan hukum MLM bg mndptkan pandangan & perbincangan lebih ilmiah boleh didapati di URL berikut:

      1. http://www.zaharuddin.net/content/view/222/72/

      pandangan lain di..

      2. http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=198

      Komen sya kpd tulisan anda..
      ( “Nak tau bersih atau tidak diri kita,tanyalah musuh kita! Ada jawapan yang tepat yang kita akan dapat!!!”…)

      tak betul tu..!! pertama sekali kena kaji amalan perbuatan kita dari sudut syariah dulu. Dah confirm betul, baru dptkan pandangan masyarakat melalui individu yg ikhlas.. emmm… tanya Shahrizat pasal kewajipan bertudung, smpi mati dia kata itu hak individu..🙂

    • 1. Saya tidak pernah berminat dengan MLM

      2. Saya bukan ahlinya untuk menjawab

      3. sda

      4. sda

      Saya harap saudara dapat manfaatnya daripada link yang diberikan pengunjung untuk mendapat maklumat yang tepat.

  19. Syabas kerana menulis apa di fikiran di blog sendiri.

  20. Salam,
    Terima kasih pada Abu Najjah,
    Rasional saya mengaitkan topik ini pada ruangan ini:
    1.Nik Amalina adalah anak Tok Guru,mengkin beliau akan mendapat pandangan Tok Guru mengenai konsep dan hukum perniagaan jualan langsung ini.
    2.Saudara Nik Abduh juga terlibat dalam perniagaan jualan langsung.Saya pernah menyuarakan pandangan yang sama dalam blog dia,tapi tak dipublishpun!
    3.Saya dah lama mengikuti pandangan Ust.Zaharuddin mengenai konsep perniagaan jualan langsung ini,cuma saya hendak tahu pandangan dari keluarga Tok Guru pula!Apa pun terima kasih pada anda!
    4.Kes pemakaian tudung, cuba tanya DR Asri,apa pandangan dia!!!!Pengikut setia beliau adalah bos sister in Islam!
    5.Pada pendapat anda,apa hukum merokok dalam pandangan Islam!

    Apapun pro dan kontra sesuatu isu!Kearah kesejahteraan umat Islam-InsyaAllah.

  21. Kadangkala orang akan memberi pandangan yang lebih banyak menghentam seseorang yang dia tak suka daripada mengambil yang baik-baik sahaja daripada penulisan seseorang yang dibenci itu! Teruskan menulis Seri

  22. ayuh serisuri, teruskan perjuangan anda!!!!!!! maju terus, jangan gentar!!!

  23. Salam!
    Nik Amalina,
    1.Kalau anda TIDAK TERLIBAT dalam MLM,tahniah,saya hormati anda!!!!!Teruskan penulisan anda!Cuma kalau boleh,kurangkan sikit cerita mengenai kehidupan diri dan keluarga!Simpan sikit dalam diri!!!Insya-Allah masyarakat akan menilai yang mana yang baik,yang mana yang buruk!k
    2.Adakah anda belajar kat UTM sekitar 95-98!!!
    3.Coretan terakhir dalam blog anda!Saya suka “berperang ” dengan individu yang terlibat dalam MLM!Terutama individu seperti anda!Anak-anak tok guru!

  24. Saya suka yang bab….Snow berterbangan dalam blog.
    Macam dalam suasana Xmas pulok weiehh.

    Takpe jangan takot…kita tak mahu cucu Tok Kenali keseorangan….yang tidak di KENALI bio lah.
    Kita pantun dulu apa nak risau-risaukan…Pantun pun orang …..MLM……Mohpeih.Leyweieh.Meieh

    Pantun 4 cut.

    Dagang Pak Malau hingga ke Bukit Ranau
    Meredah ranjau bersama kuda bajau
    Pertahankan maruah jangan risau
    Orang yang buat kacau, biasanya sasau.

    Surinam nam nam surinam yang manis
    Abang datang janganlah nangis
    Yang lain blog dulu banyak yang manis
    Abang mykikis sampai jadi pengemis

    Panjat gunung…gunung pak kadok
    Di kuala sungai teguk air sambil kumo-kumo
    Akak janganlah anggok anggok bak burung punggok
    Hati-hati yang banyak uMNO

    Jalan-jalan di pinggiran
    Ditahan Pak Guard tanya PAS mana
    Jalan-jalan lari kat tengah jalan
    Umno ingat dia dah menang semua

    Perjuangan mesti diteruskan
    Musuh bermaharalela nak hancurkan
    Istikomah di dalam diri mesti di teruskan
    Insyakallah pada suatu hari nanti semua akan dipertemukan.

  25. salam…
    saya suka puan dan tulisan puan. tapi saya benci politik. kesannya seperti apa yang berlaku pada puan sekeluarga, teruskan menulis kerana islam itu akan memuncak dengan dakwah dan jihad yang ikhlas.

  26. memang la sama…dua beradik sombong…org luar kelantan pun tahu

  27. saya bukan nak berperang…. apa hak ko nak burukkan pimpinan PAS??? tolong diam…cukupla TGNA x sokong Dr. Hassan Ali

  28. Lain kali masuk usrah baru faham…kalau tak cukup taibiah ini jadinya. Kalau dok baca paper je tak baca buku lagi lah tak tahu. Kalau dok internet je masjid pun tak kenal macamana nak reform.

  29. mu faham ko…dr. Hassan Ali dok kerajaan mana?

  30. ibni-battutah sombong tak?.

  31. akak:

    “Tidak boleh terima tidaklah mengapa…
    sekadar saya mahu membetulkan ayat saya, sepatutnya saya tulis begini;
    Umno hanya menumpang tuah dalam isu ini yang dirancang rapi oleh individu dalam Pas sendiri.”(Kenyataan balas di atas kesilapan penulisan oleh serisuri)

    *Macam tulah baru jelas…..ini dapat menyenangkan hati semua orang. Memanglah itu satu kesilapan yang akak tulis.Itu baru betul. Nasihat saya(jangan marah saya hanya memberi pendapat) Lain kali kita perlu berhati-hati, jangan buat silap lagi.

    Ini juga satu pelajaran dan pengajaran buat kita. Ini lah di maksudkan pengalaman dan kematangan kita seterusnya.Ini lah di maksudkan kesilapan teknikal atau kesilapan kecil penulisan. Tetapi jangan di anggapm remeh, kerana dengan kesilapan kecil ini boleh memudaratkan semua. Kerana di dalam penulisan web tidak sama seperti kita berkata-kata di antara satu sama lain(berdepan secara individu). Itu boleh dianggap kesilapan sepontan.

    Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Cuma perlu kita berhati-hati kerana kita sentiasa diperhatikan oleh musuh yang sentiasa lapar dan dahagakan permusuhan dan ancaman.

    Saya secara ikhlas meminta maaf dengan komen saya yang keras selanjutnya, selepas keterangan itu. Dengan penjelasan ini dapat kita kembali berbicara dan matlamat kita adalah menyangah tomahan dan fitnah yang dimainkan oleh pihak musuh.

    *pemuda miskin aku kalah balik…sekarang Akak Serisuri jadi juara seterusnya….Bukan juara rakyat tau.

    >>>>>>eessshhh…buat saspen betul,….<<<<<<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: