• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
        Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Salam Muharam

Salam Ukhuwah…

Belum lagi separuh bulan, maka tidaklah terlalu lewat untuk saya mengucapkan Salam Muharam 1431 kepada semua. Semoga tahun ini akan menjadi hari-hari yang lebih sempurna dari masa-masa yang telah berlalu. Jika anda semua pernah membuat azam, saya doakan semoga impian itu telahpun tercapai, walau mungkin banyak cabaran yang perlu anda lalui. Ini adalah sebuah kehidupan. Cabaran dan dugaan itu jadikan suatu penglipurlara dalam meniti hari-hari yang berlalu, walaupun ia mungkin suatu yang pahit, jika boleh direnung kembali, tentunya yang pahit suatu ketika dulu telah menjadi manis sudah pada hari ini.

Jika saya boleh berkongsi sesuatu di sini, ingin saya perihalkan beberapa perkara dalam aspek kehidupan kita semua. Semoga ada bahagianya untuk kita sepanjang tahun ini, dan semestinya hingga ke akhir hayat.

Anak-anak

InsyaAllah anakanda kedua saya akan menjejakkan kaki ke darjah satu pada sesi persekolahan akan datang. Saya telah menjanjikan kepadanya akan membuat segala persiapan persekolahan pada minggu hadapan.

Tentunya sebagai seorang ibu, saya juga bersemangat apabila melihat anak-anak mula menjejakkan kaki ke sekolah. Dalam masa yang sama, sedarlah diri ini makin meningkat usianya, maka makin kurang saki baki hayatnya. Saya juga tidak sabar melihat anak kedua saya ini menyarungkan pakaian seragam sekolahnya. Apa yang tidak berubah hanya sekolahnya sahaja, kerana dia sudah tadika di sekolah tersebut.

Untuk anak sulong saya, hanya penyediaan alatulis yang saya utamakan. Jika anak saya telah melepasi darjah satu, tiada yang baru saya sediakan diawal sesi, melainkan alatulis sahaja. Saya mahu mendidiknya begitu. Pakai saja apa yang masih boleh dipakai. Namun saban tahun, setiap kali selepas cuti penggal barulah saya memberinya sepasang persalinan baru dan kasut baru. Ini juga bagi memastikan kewangan saya tidaklah ‘tersumbat’ dalam satu masa. Saya suka mengagihkan kewangan ini mengikut waktu yang tertentu, bukan ditentukan secara bermusim. Selain itu, persalinan baru pada setiap selepas cuti penggal adalah sebagai motivasi baru untuk dia terus bersemangat ke sekolah.

Doa mana-mana ibu sekalipun, tentunya saya juga mengharapkan anak-anak saya berjaya mencapai impian mereka. Biar mereka cemerlang hidup di dunia dan membawa hati yang sejahtera menuju ke akhirat.

Persekolahan

Anak sulong saya bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, manakala anak kedua pula saya mengambil peluang untuk menghantarnya ke sekolah kebangsaan jenis cina. Saya mahu dia menguasai bahasa tersebut. Walaupun ia suatu yang sukar kepada saya kerana tidak mampu untuk sepenuhnya membantu sewaktu dia membuat homework, tapi saya tetap sentiasa disisinya waktu itu, walaupun dia banyak bertanya itu dan ini, sehabis modal saya akan menjawab, ‘simpanlah dulu, pergi sekolah esok tanya kawan-kawan ya…’       

Saya mahu memberi motivasi yang terbaik agar dia juga bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan. Saya cuba juga melihat buku yang bertulisan petak-petak itu, cuba merealisasikan kefahaman mengikut contoh yang diberikan, namun kadang-kadang fikiran saya sendiripun sonsang untuk menterjemahkan kefahaman yang cuba saya bina. Adakalanya terfikir juga saya untuk mengambil kursus intensif Mandarin…

Namun sehingga kini ia hanya lintasan di fikiran sahaja. Saya masih tidak mampu meluangkan masa kearah itu. Bila masanya, saya sendiripun tidak tahu…Anak saya pula yang beria-ia mengajar saya perkataan itu dan ini, saya menunjukkan kesungguhan kepadanya sambil bertanya lagi itu dan ini, dan saya cuba menyebutnya dalam perbualan harian kami di rumah, namun cuti yang panjang mampu menghakis ingatan saya kepada perkataan-perkataan tersebut kerana anak saya juga ‘bercuti rehat’ dari menguasai bahasa itu. Kata gurunya, sehingga darjah tiga, insyaAllah murid-murid Melayu mampu menguasai bahasa Mandarin dengan fasih. Saya menunggu saat itu…

Menjelang sesi persekolahan baru juga, si kembar saya akan melangkah ke alam persekolahan, insyaAllah PASTI tempatnya. Namun sehingga kini saya masih mencari-cari cawangan PASTI yang manakah akan menjadi pilihan saya. Bab ini saya agak cerewet. Saya sentiasa mahukan yang terbaik dalam pencarian ilmu.

Impian  

Sebagaimana rumahtangga yang lain, saya juga mengimpikan rumahtangga yang saya bina ini akan sentiasa dirahmati Allah swt pada setiap ketikanya. Saya mahu suamkan sedikit suasana yang agak panas yang melanda kami sejak kebelakangan ini. Ujian Allah kami gapai dengan harapan yang besar moga ada hikmahnya disebalik ketegangan yang melanda.

Saya juga mahu blog yang saya bina ini memberi sedikit manfaatnya kepada masyarakat umum. Kejian yang menimbun saya seimbangkannya dengan pujian yang merata. Banyak komen yang saya terima berupa fakta yang terfitnah. Mana mungkin saya boleh menerimanya. Kiranya mahu saya menjelaskannya, harus saya ingat bahawa blog saya ini ‘dijaga’ 24 jam oleh ramai pemerhati-pemerhati di luar sana.

Banyak pengajaran yang saya peroleh langsung di tahun baru ini. Ia suatu semangat yang bagus untuk memulakan tahun baru. Alhamdulillah, saya tetap boleh menjalani kehidupan sebagaimana biasa. Alah bisa tegal biasa.

Masih saya tidak berkesempatan untuk mena’aruf diri. Hanya kepada sahabat-sahabat yang belum mengenali saya, insyaAllah kepada sahabat yang pernah bersahabat dengan saya pada ketika mana sekalipun, saya tetap juga seperti dulu. Rasanya tidak pernah berubah sikapnya. Mungkin pada pemikiran, ia perlu selari dengan keadaan. Hari ini saya makin memahami apa itu politik, mahu tahu apa akannya pada hari esok, dengan harapan yang besar semoga Islam yang didokong oleh PAS akan terus maju, bukan hanya di bumi Kelantan yang teristimewa ini, bahkan menuju jauh menawan Malaysia. InsyaAllah!  

Redha Allah kepada setiap hambaNya itu amatlah saya tagih. Menjadi diri sendiri itu adalah terbaik, bukannya mengikut arus lalang politik hari ini. Teguhkan pendirian kita semua untuk berjuang kerana Allah. Moga-moga ada nilainya pengorbanan kita semua ini di sisiNya, lantas menjadikan kita semua hamba-hambaNya yang ikhlas. Jangan mengotorkan dunia politik kerana ketamakan nafsu yang membuas.

Amalan

Saya mahu terus belajar untuk memperbaiki diri pada setiap masa. Menginsafi kehinaan diri kepada Maha Pencipta moga-moga apabila datangnya waktu itu, kita semua dalam keadaan sebaiknya. Umur tentunya makin meningkat, hayat ertinya makin berkurang. Kesedaran pada setiap saat amatlah penting, semoga kita sentiasa mengambil setiap pengajaran dalam tiap detik waktu yang kita lalui ini.

Kehidupan yang sudah melewati berpuluh tahun ini akan tamat pada bila-bila masa sahaja. Gunapakai sebaiknya talian hayat yang masih dikandung badan. Kalaupun kita masih bersemangat mengejar dunia, jangan sesekali akhirat kita lupakan. Bercintalah dengan akhirat, melebihi kita mencintai dunia. Belajar merindui akhirat, dengan doa-doa yang tiada keputusan, moga-moga ada tempatnya yang terbaik untuk kita disisiNya. InsyaAllah…

Namun, selagi ada hayat di dunia fana ini, teruskan berusaha menggapai yang terbaik dalam kehidupan. Selesaikan semua tanggungjawab ke atasnya. Hindari sifat-sifat mazmumah yang mampu menjahanamkan diri sendiri. Semoga disaat ketikanya datang menyeru, tiada lagi ‘terbuka mata’ menyesali setiap apa yang telah dilakukan. Perkemaskan diri, teruskan berdoa semoga dijauhkan azab Allah yang teramat pedih itu.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

(Al-Hashr 59 : 19 -20)

10.50am

28 Responses

  1. Salam ziarah, semoga engkau sihat n gembira selalu.. Dulu saya pernah belajar agama dgn ayah saudari disebuah masjid di Ipoh, Perak. Segala apa yang saya pelajari telah ada hasilnya yang bermanafaat. Semoga ayah saudari mendapat BerkatNya.. Hari ini saya tidak tahu apa yang dah terjadi, terlalu banyak yang susah nak saya terima.. Banyak perkara agama sudah dipolitikkan.. Banyak perkara yang tidak patut dilakukan. Demi Allah, saya merasa amat kesal dan sedih sangat dengan perkembangan sebegini.. Namun saya tetap berdoa semoga Allah SWT yang Amat Pengasih Penyayang mencurahkan Rahmat dan KasihsayangNya kepada ayah saudari… Wassalam..

    • Jika dilihat agama itu dipolitikkan, maka sudah berjayalah musuh-musuh diluar sana mempolitikkan semua isu, termasuklah agama.

      Kita sebagai pemerhati, jangan hanya sekadar memerhati, tetapi berfikirlah untuk sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah kebenaran itu akan hadir jua.

  2. salam.. saya suka membaca dan mengikuti paparan puan. teruskan berjuang

  3. Tq, sokongan anda amat dihargai.

  4. salam

    saya suka dengan puan yang hantar anak kedua ke sekolah cina, kalau boleh sya pun nak ikut juga supaya anak saya boleh menguasai bahasa tersebut. kalau tak keberatan sekolah mana yang puan hantar tu. Semoga Allah tunjukkan puan kebenaran yang sebenar-benarnnya atas apa yg berlaku kepada puan dan keluarga puan kerana Allah itu maha adil dan maha mengetahui atas apa yang hamba dia lakukan.

    • W’lam…

      Sejauh ini saya mahu privacykan anak-anak saya.

      Untuk makluman, di KB sepengetahuan saya ada tiga buah sekolah kebangsaan jenis cina.
      Untuk masuk ke SKJC anak-anak hendaklah mendapat tadika di sekolah tersebut juga.
      Tq

  5. InsyaAllah kebenaran jua yang akan tiba..

  6. Salam,,

    Apa yg penting kita didik anak dengan adab2 sunnah kerana Nabi meninggalakan Quran dan sunnah sebagai pedoman. Amalan sunnah ni telah jauh dari masyarakat kita contohnya bab makan sunnahnye nabi mkn atas lantai secara jemaah. Nabi x prnh mkn atas meja. Berapa ramai org islam mampu amalkan sunnah yg mudah ni. Hendahlah kita semua ingat dalam setiap amalan sunnah ada kejayaan dunia akhirat dan setiap sunnah tu x perlu bukti saintifik . kerana apa yg nabi bgtau pasti benar.

    wassalam

    • Saya setuju, berusahalah untuk mencapai yang terbaik.
      Sekadar selingan, dalam banyak-banyak sunnah yang diamalkan, saya teringat TG pernah menegur seorang dari ahli keluarga saya yang besar itu, ketika itu kami baru selesai makan bersama, sebelum basuh tangan seorang ahli kami mengambil minuman dengan tangan kiri dan meminumnya.
      Tegur TG, ‘pangkukan cawan itu dengan tangan kanan juga…’
      boleh fahamkan…?

  7. teruskan menulis dan berkembang. begitu kehidupan sentiasa mengajar kita, bagi mereka yang berfikir.
    setiap manusia berhak untuk matang mengikut jalan-jalan yang Allah swt telah tetapkan. mungkin sdr sebagai seorang anak TGNA, saya pula lain cabarannya.

    sebilangan insan meletakkan harapan besar agar anak TGNA sempurna, lebih dari yang lain… kerana mereka anak TGNA. bagi saya, dengan umur kita yang hampir sebaya masih banyak ruang sebagai muslimah, isteri, anak dan ibu yang perlu kita perbaiki hari demi hari. kita manusia biasa, tak lekang dari kesilapan. menghukum terlalu senang, namun tak ramai berupaya memegang tangan insan lain untuk berkembang.

    moga tahun baru memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik.

    • Saya juga berharapan semoga yang baik-baik sahaja dalam kehidupan ini.
      Cabaran yang datang insyaAllah menjadikan kita semakin matang.

  8. Selamat menyambut Muharam 1431 Amalina,

    Tidak juga terlalu awal ana mengucapkan selamat tahun 2010 yang akan menjengok beberapa hari lagi.Semuga perbagai suka dan duka mewanai kehidupan Amalina akan menjadi satu pengalaman.Pegalaman merupakan cik gu terbaik mengajar erti kehidupan.

    Harap-harap kemelut semasa akan segera berlalu pergi dengan berkat doa .

    Biasanya tirai tahun baru dibuka,mestilah mahu perubahan juga,kadang-kadang cara lama perlu dibaiki,maksud ana tentang perpaduan umat.Apa pendapat Amalina setuju tak kalau PAS buat perpaduan dengan UMNO bersama meneggak Islam .

    Alangkah baik kalau berketayap bersongkok bersama ,Islam bersatu pastilah akan digeruni oleh kafir,Melayu tidak akan diperlekehkan lagi.

    Hulubalang Melayu Hang Tuah dan Hang Jebat terkenal hebat di pentas silat,sayangnya ia membunuh sesama bangsa.

    Apakah kita tidak mengambil pengajaran?,mahukah Amalina lihat pahlawan Pas menumbangkan pahlawan UMNO sesama islam sebangsa pula.Tidak takutkah dikatakan menang sorak kampung tegadai.

    Apakah perbezaan pandangan menghalakan jalan permusuhan.Ana berbesar hati kiranya Amalina dapat beri pandangan ..

    Maaf Amalina andainya pertanyaan tu membuat terasa hati.

    • Selagi Umno tidak mengubah dasarnya kepada Islam mana mungkin Pas berpadu bersamanya.

      • salam,

        Saya tertanya-tanya cik suri ape bezanye dasar yang diperjuangkan Pas sehingga menolak bersatu dengan Umno dibawah satu kesepakatan Islam n Melayu..bagaimana pula situasi dalam PR adakah dasar bersatu dengan DAP yang sememangnya kite sedia maklum dasar perjuangannya bleh diterima Pas..maaf cik suri bleh hujah skit…hamba muskil…

      • Tapi dengan kafir DAP boleh berpadu dengan umno islam sebangsa dengan Puan Amalina tidak boleh.

        Diwajibkan ke atas kamu berperang.Padahal berperang itu suatu yang kamu benci,boleh jadi kamu membenci suatu benda padahal ia itu baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
        (Surah Al-Baqarah,ayat 216).

  9. Selamat Menyambut As Asyura…..saya dok peringat no…puasa di kesepuluh atau sembilan pun boleh….banyak orang tahu awal muaharam je…yang asyura tahu bubuq je.

    Kenapa Umno tak boleh bersatu dengan Pas?

    1. Umno kalau bersatu?…..mana nak letak orang cina dan india dan lain-lain bangsa yang ada. Jadi gerila balik diaorang tu takda sapa yang boleh nak membela bangsa dia. Dulu sebelum merdeka bangsa-bangsa ini bersatu ke?. Yang india di estet-estet dan lain ladang. Yang cina di lombong-lombong dan kongsi-kongsi. Siapa yang ajak depa bersatu.

    2. Kenapa Pas bersatu dengan lain PKR, DAP boleh umno tak boleh lak?. Habis siapa lak yang nak support parti-parti mca dan mic lak. Siapa lak yang nak selesaikan kemelut mca dan mic. Hangpa tengok tv dan paper banyak itu pasal lah hangpa ingat DAP dan PKR macam tu. Cina mana tak mai umah TGNA, india mana yang tak jengok TGNA. Umno pun bagus juga dok bagi anugerah maal hijrah kat en sub dan en yo tak pa…tokoh maal hijrah tu. Hangpa dok anggok-anggok je. Itu bersatu tu.

    3. Kenapa unmo cakap bersatu 1 Malaysia?. Pasai senang dok lihat budak-budak depa main makcik-makcik, kemudian main kahwin-kahwin, lepas tu main masak-masak Bakuteh Halal Punye. Dah masak main tidok-tidok Syoknye Rasa MAS AYU.

  10. ibni-baittutah,

    Tak payah hurailah panjang2 cerita dah basi.

    • Salam,

      ibni-baittutah,

      saya lebih berminat kalau kite berbincang secara intelektual…tapi jwpn yg diberikan maaf kalau terasa mmg tidak mencapai maksud sebenar…persoalan asal berkaitan dasar perjuangan. DAP berbeza sama sekali dengan Pas tetapi Umno dan Pas walaupun tidak sehaluan tetapi kalau dikebumikan tetap mengikut cara kite bukan cara DAP…setuju x?

      Ok tidak mengapalah kalau Pas nak bersatu dengan DAP dan Umno ngan Mca dan Mic sebab itu hak masing-masing, tetapi mengapa tidak boleh dibuka sedikit ruang antara Pas dan Umno..maksud nak disampaikan disini tidak mengapa jika Umno dan Pas tidak bersependapat dalam sesuatu perkara sebab itu perkara biasa di mn2 pun berlaku…tetapi dalam tidak sependapat tu yang penting jalinan Islam dan Melayu kite tidak terjejas…orang putih kata ‘be profesional even thou’ u disagree’…setuju x?

      sekian.

  11. Eden setuju…..ado ko ekau poiey kek mca, mic dan BN tanyo dio….samo ko ekau semo dongan umno?. Dio orang cakap hampeih mano samo laiey.
    Bersatu kerana Islam itu di bolehkan….bersatu kerana politik mana boleh sama. Pokoknya dasar masing-masing kalau setuju dasar yang sama boleh bersatu. Tapi kenapa tak boleh terima dasar orang lain seperti PAS.
    Kalau kita lihat secara logiknya, pemerintahan Kelantan sekarang ni dah berapa lama memerintah?
    Ada tak dasar kerajaan PAS di laksanakan sepenuhnya?
    Ada tak kerajaan PAS menentang apa yang Parlimen cakap apa yang Dewan Negeri cakap. Itu semua dasar yang telah terbentuk di dalam Perlembangaan Malaysia.
    Ada tak PAS dan rakan-rakan menentang. Kalau di Afghanistan dia orang berperang kerana dasar yang tak sama, tak ada satu system yang terbentuk untuk menjamin hak minoriti politik.
    INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PAS TIDAK MENENTANG DASAR KERAJAAN UMNO DAN KAWE-KAWE YANG ADA. Kenapa saya berkata begitu, kalau tak kenapa kerajaan PAS boleh memerintah sekarang.
    TAK BOLEH KE KERAJAAN UMNO MENERIMA DASAR KERAJAAN PAS DAN RAKAN-RAKAN.
    Kalau masing-masing boleh terima…..aku jugak yang bukan masuk umno masuk PBS lagi. Pasal apa semua ada dasar yang amat besar lagi.
    Beri lah ruang kita memerintah dulu…bukan negeri je kalau nak lihat yang betul-betul semua sekali kalau boleh State.
    Ini baru minta ruang perbincangan Royalty dah habis songlap semua. macam mana nak bangun kan kerajaan yang lebih berkesan lagi.
    Saya rasa TGNA memang wajar melantik menantunya setuju X?.
    Kenapa saya setuju:-
    1. Itu menantu dia bukan anak dia…itu pun orang nak bagi malu bangkit kan Isu Perlantikan. Kalau dia lantik anak dia saya rasa orang bukan minta letak jawatan PUNOH Ranah semua kalau boleh.
    2. Kenapa TGNA tak lantik anak dia?. Belum lantik lagi dan belum cadang lagi, belum terfikir lagi…dah macam-macam anak dia kena…tengok yang lelaki nak berpolitik pun terpaksa sorok-sorok sebab apa ISU PULOK nak jadi. Main-sorok-sorok pulok lagi resiko….isu lain demo main.
    3. Kenapa TGNA bagi ruang kat menantu dia?. sebab dia fikir kalau menantu boleh lah bersikap adil dan berkecuali…takdelah orang anggap kerajaan keluarga pulok.

    * Tapi kita lihat sejarah siapa yang membina kerajaan keluarga?dari sebelum merdeka dan selepas merdeka. Mu nampok tak. Kerajaan PAS selepas berapa tahun memerintah keluarga mana yang ada perintah?. Kalau keluarga 69 ambo cayo…la ni banyak tak terkira..yang terbaru…dalam tong sampah.
    Dia orang pandai cakap kita ni macam sampah…tapi ada mereka cakap nak membina masyarakat jangan jadi macam sampah.. Berapa banyak yang dalam Tong Sampah.?. mana ruang nya.
    SETUJU X?

  12. ibni-baittutah,

    DAP dia kafir yang tak taat ke pemerintah,tidak sebagaimana yahudi di Madinah.Yahudi di Madinah dia taat ke pemerintah.
    DAP ,pemeritah nak buat masjid lebih sikit pun dia tentang.

    Kenapa tak nampak lagi

  13. Hehe Salam x kena publish ke kak komen I ? x apa Allah maha mengetahui. Sapa cakap mempolitikkan agama. Agama dan politik x bole dipisahkan….x kan x tau kot?? errr komen saya tu ada kata2 yg tidak elok or x elok untuk keluarga U

  14. Mu cakap yahudi taat di madinah….Rasullulah s.a.w pada masa tu menggunakan tektik ekonomi…kemudian setelah ekonomi yahudi telingkup baru lah Nabi buat perangcangan dengan dakwahnya.Mu ingat pada masa tu perniagaan di kuasai oleh puak-puak yahudi. Orang Islam bergantung ekonomi bersama yahudi pada masa tu.

    Salah satu kuasa besar yang yahudi boleh menguasai umat Islam pada masa tu ialah Telaga-telaga air…Orey Islam kena beli air dari pihak yahudi.
    Pada masa tu yahudi tak taat lagi. Takde satu pun kerajaan besar yang yahudi nak taat….mu nampok tak. Nabi kita tak terus suruh yahudi taat Dia. Nabi kita membuat perangcangan dengan menguasai telaga-telaga air ini dengan membeli dari puak yahudi. Setelah Ia membelinya….Nabi bagi percuma kat umat-umat Islam. Lamo-lamo telingkup perniagaan orang yahudi. Baru lah sedikit demi sedikit Islam dapat menguasai madinah. Bukey yahudi taat terus. La ni sampai sekarang yahudi engkar kenapa? mu nampok.Kat sini umat Islam mintak “royal jelly” sedikit nok bangunkan negeri pun mu tak kasi…kerajaan apa tu?…mu nampok.
    Mu nampok ado lah puak cino lain yang sanggup bersama Islam nok perintah…ehhh Pucuk menatang Ulam di cipta..lagi baik. Mu fikir ada ko puak umno mari eeehhh aku nok ikut mu Islam guano buakt molek bagi dio. Ado ko mu nampok. Lagi kecek Islam lagu ni..molek baukt gini molek…lagi mu tentang…toksah kato bersatu politik….hingga hari-hari berapa banyak bangsa mu masuk tong sampah…lagu mana hok nok pakat bersatu. Yang mu ngoyak 1 Malaysia je.

    La abey musa oiiii…mu ngoyak lagu perintah madinah dulu….mu tak habis lagi baca sirah tu. Mu nampok tak kelatey ni buat apa?….takdo duit dari kerajaey pusat lagu tu pun boleh hidup…hutang takdok….Mu ngoyak nanti bersatu umat Islam maju melayu maju….Royalty pun mu tak kasi…lagu mano nok buat memerintah hok no maju…MU NAMPOK abeyyy oiiii.

  15. ibni-baittutah,

    Saya bagit ahu cerita Yahaudi sekarang kat Madidah.Dia taat pada kerajaan pemerintah Saudi.Bukan cerita dulu zaman nabi.Faham gah dulu jang mudah meleting.

    Maknanya Kalau kat Malaysia UMNO,

    Jangan mengomen sampai masuk syaitan ekkk

  16. Mu kecek pusing guano deh…
    Mu ngoyak DAP nape tak taat….kalau tak taat mano mu neih..
    Ado ko kerajaey pembangkang memerintah sekarang?.
    Mu ngoyak tak taat pemerintah sekarang?. Lagu mano nok taat….mu asyik perintah namo pun PEMERINTAH macamana nok taat. Mu ngoyak DAP MalaysiaMalaysian sifat perkauman. Ambo tak lihat perkauman. Kalau perkauman nun Afrika tuu….masuk Toilet pun ikut warna kulit weiyh.
    La ni mu lihat kat Kelantan TOK DALANG wayang kulit pun cino. Yang sekarang ni Mu Laung-laungkan 1 Malaysia tu tak bukan MalaysiaMalaysia…mu check balik menifesto DAP dulu tu…samo tak dengey !1 Malaysia?.
    Umno baik dengan MCA dan MIC kenapa? ado taat pemerintah?. Dulu lagi isu mca mintak PM cino…mu tahu?
    Sekarang ni pun kerajaan Kelantan nok gubal supaya orang bukan melayu, bangsa lain tapi amalkan Islam boleh jadi MB. Dalam Islam bukey kiro bangsa abey musa…oiii. Mu hitam , kelabu, kuning asalkan mu amal sunnah Rasullullah s.a.w. mu boleh jadi khalifah bukan pemimpin je.
    Mu kato yahudi taat kat kerajaan arab saudi…lagu mana yahudi gapo dio mari. Sekarang mu kecek yahudi bahasa sepanyolnya (JEWS) kat Israel…bapok segala bapok dio. kalau kat Amerika tu kira…macam jauh pangang dari api lah di kato…UMNO dan PAS bezo fahaman politik. Mu tak boleh kecek umno ibarat yahudi….berdosa. Orey dalam perjuangan tak pernah bezakan musuh politik dengan musuh kafir. mu kena ingat tu. Samo lah macam mu kafirkan saudara mu….ibarat mu makey daging saudara mu sendiri.
    Umno pun saudara…saudara Islam. Cuma bukan saudara politik…kalau mu rasa macam tu…itu pasal lah politik mu hancur. Tak boleh jadi pemimpin, tak boleh pakai E class. Abey ada class jangey main-main.

  17. ibni-baittutah’

    PAS TERLEBIH POLITIK,samapai kena saman RM800 juta.
    Tak pandai jaga ekonomi

  18. Memang sah lah pak musa tak lihat betul-betul sejarah rm 800 juta tu. Lain kali kalau tak Terklebih Otak Politik tu tak yah lah nak cerita pasal tu. Tengok balik kes tu masa lagu mana yang perintah negeri cek siti wan kembang ni.
    Guano mu dehh…tak panda politik sukmo.
    Tapi apa pung terimakasih dehh…Mu Ngoyak PAS NI TERLEBIH POLITIK….bagus sungguh tu….PAS NI BANYAK KELEBIHANNYA YANG LEBIH WEIYH…..
    Mu tu kurang kena ingat tu….termasuk lah puok-puok mu tu…KURENG…TAK LEBIH….kena belajar lagi.
    Belajar lah kat kita orang ni yang TERLEBIH…tak mahu kena…BANYAK LEBIH Niiiiii……

    WWoooowwwwww….Meniaga Manusia Lebih Baik Dari Meniaga Beruk…WWWWoooowwwwww.

  19. Takpe lah, aku tahu mu pok MUSA ada KEKURENGAN sedikit nanti ko kata aku ni tak pandai pulak TERLEBIH tu memang lah…terimakasih bro…mu yang cakap gitu.

    Ok aku info ni kat ko:-

    Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.*(35 tahun beb..sekarang ni tahun apa…tak sambut tahun baru…tahun bilo mu tak tahu?.)

    Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.*(siapa yang sayang dia…aku jugak…kalau lain mana sayang tu….orey kito sumo sayang….Baik Punyee…)

    Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. *(mu gi jumpa pok mu….sapa nak tolong bayar ni?…hok nok guna duit “royal jelly” mu hutang kerajaan G
    etWay ni kat RM 15bilion….mu kata kita tak panda ekonomi…mu hutang ke…kita hutang..mu buak hutang boleh….mu nok panggil kertepella suruh bayarkan…pasai hits?)
    Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.*(puok mana buat perjanjian ni dulu…orey mu jogok…dah mahpuh doh deh…guano mu nak buak gi Cara…panggil forensik gali kubo balik macam dotdotdot tu….mu kato?.)

    Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini. *(besar lagi kerajaey mu hutang dengan rakyat kelate termasuk bayaran pintu “GetWay” sekali….melalui pampers “royal jelly minyok”)
    Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.
    Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.*(memang rancangey puok mu….hok nok baru nok fail tahun 2004…..rancangan penipuan halus….)

    “Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.*(kito-kito susah untuk demo buat shit…ngoyak gapo lagi….kertekpella mu tak klik ko belo rakyat sendiri….takan mu nok buak counter tiket kat Get tu..jaul tekit je?).

    “Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.*(dulu lagi DOTDOTDOT…lagu ni memimpin ekonomi muleh jadi gini?…guano mu kato….Puok SUK mu pahey ko negeri mu nok maju…duit mari mano weiyh….Royaljelly pun takdok sampai-sampai lagi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: