• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
        Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Ta’aruf

Salam Ukhuwah…

Serba sedikit tentang diri saya.

Nama saya membawa maksud ‘cita-cita kami’. Sepengetahuan saya, semua nama adik-beradik diberikan oleh ayahanda. Saya menyukai nama saya sendiri, dan juga setiap nama adik-beradik saya kerana ia hanya ringkas, senang disebut dan bermaksud yang baik. Saya pula memanjangkan rasa suka itu kepada anak-anak saya yang mempunyai nama-nama yang ringkas sahaja. Atas persetujuan suami, saya yang memberikan nama kepada anak-anak saya, atas alasan, sebagai upah kepada saya yang letih mengandung zuriat kami dan peritnya melahirkan mereka.

Ramai yang bertanya umur saya, maka pada tahun ini umur saya genap 32 tahun.

Sepertimana adik-beradik saya yang lain, tadika rasmi kami adalah tadika Islam di hadapan rumah kami. Menginjak usia tujuh tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat. Namun Kedai Lalat itu kini telah ditukar namanya, dikenali pula sebagai Kota Jembal.

Tamat sudah usia kanak-kanak, saya menyambung pencarian ilmu saya di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar. Kini tiada lagi nama tersebut, yang ada Maahad Darul Anuar (MADA). Saya hanya di sana beberapa bulan sahaja, kemudian meneruskan pengajian di SMU(A) Maahad Muhammadi (P).

Cita-cita pertama saya adalah Cikgu. Bermula dari itu, maka banyaklah cita-cita saya yang sering berubah-ubah seiring perubahan usia saya, nampaknya ia telah menjangkit anak saya yang sering saja berubah cita-citanya. Saya pernah ingin menjadi doktor dan sebelum mengambil SPM, cita-cita saya yang terakhir adalah Wartawan. Sekarang ini nampaknya wartawanlah yang mencari fasal dengan saya.

Saya menyambung lagi pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (Skudai). Melanjutkan Sarjana Muda saya di Universiti Malaya (KL).

Menganggur selama enam bulan, saya memulakan kerjaya di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sehinggalah saya memilih jalan untuk menjadi suri.

Sorotan

Kiranya semua sahabat-sahabat telah sedia maklum siapa ayahbonda saya. Usah lagi saya ta’arufkan siapa mereka. Seronok menjadi anak mereka? Adakala rasa seronok, dan tentu ada juga rasa sebaliknya, seperti hari ini…menimbunnya kejian, meratanya pujian. Itu hakikat pada semua kehidupan. Semoga kita semua tidak akan pernah menyesal siapa kita kepada kedua ibubapa kita. Mereka yang bersusah payah mengajar kita erti sebuah kehidupan, maka taatilah mereka untuk selamanya. InsyaAllah ada berkatnya kehidupan kita pada setiap masa.

Saya menjadi bongsu selama tujuh tahun sebelum adik saya dilahirkan. Sempat sangat untuk saya menjadi anak manja pada ketika itu. Seingat saya, banyak kali benar saya ke Kuala Lumpur, menemani bonda yang mengiringi ayahanda saya ke parlimen. Seingat saya lagi, pernah sekali saya dibawa ke Parlimen, tapi bukan untuk melihat dan mendengar perbahasan, tapi sekadar ‘berkenalan’ dengan wajah Parlimen. Selebihnya saya berada di hotel bersama bonda. Apa yang saya banggakan, bonda tidak pernah lupa membawa al-Quran Muqaddam saya, mengajar saya al-Quran walau diwaktu kami berpergian. Andai ayahanda menelefon, dia akan bertanya saya, ‘hari ini mengaji apa?’ Saya akan memberitahunya Surah mana yang bonda ajar pada hari itu. Jika betul ingatan saya ini, sewaktu itu usia saya lima tahun.

Ada ketikanya saya masih berkesempatan mengaji al-Quran ditemani pelita di rumah kami, kerana letrik pada waktu itu sering saja putus-putus. Usai mengaji, kami adik-beradik sibuk pula menghadap cermin, melihat lubang hidung kami yang kehitaman dipenuhi asap! Sambil tergelak-gelak kami mencucinya.

Saya sekeluarga sememangnya dibesarkan dalam keadaan serba sederhana. Baik dari segi makan minum, bual bicara, pakaian sekalipun, semuanya sedan-sedan sahaja. Hatta ingin bergurau senda dengan adik-beradik sekalipun, gelak tawa kami mesti dikawal volumnya. Tengok tv pun jangan sampai ‘suaranya’ masuk ke ruang lain. Cukup untuk telinga kami saja.

Sewaktu saya kecil juga, sentiasa saya pergi mengikuti program mengajar agama ayahanda saya di Kelab Pas. Sekarang ia dikenali sebagai Kuliah Jumaat di Pejabat Perhubungan Pas Negeri, Jalan Dato Pati. Namun saya tidak pergi dengan ayahbonda, pengasuh saya yang suka sangat membawa saya ke sana. Apa yang saya seronok pada waktu itu bukannya mendengar kuliah ayahanda, tapi sarapan pagi, nasi berlauk gulai kuning yang enak itu sering menggamit saya ke sana. Saya lupa di mana tempat pengasuh saya membelinya, tapi sebelum kuliah dimulakan, kami berdua akan duduk di atas tikar, di bawah tangga tingkat satu Kelab Pas itu, bersama-sama menjamah nasi berlapik daun pisang itu. Rindunya saya pada saat itu…Sehingga kini, pengasuh saya itu masih ada, dan usianya menjangkau 70 tahun.

Kerana saya yang paling kecil dalam keluarga pada waktu itu, saya senang dibawa kemana-mana saja mengikuti program ayahbonda. Saya seronok dibawa berjalan-jalan hatta ke hulu Kelantan pun. Saya pernah ke perkampungan Orang Asli, Pos Broke, menaiki pajero, melalui jalan lori balak, yang saya rasa bagaikan babak-babak dalam cabaran Camel Trophy, sehingga badan saya yang kecil itu melambung, maka kepala saya terhantuk kepada bumbung pajero. Tidak cukup dengan itu, ketika saya tidur mengiring, saya dilambung lagi ke lantai pajero kerana jalan belantara yang teruk itu. Namun aksi-aksi ‘ganas’ itu membuatkan saya tergelak. Percayalah, bahawa saya memang sukakan cabaran sebegitu, sehinggalah sekarang ini.

Itu semua hanya tinggal kenangan. Kini, tiada lagi aksi-aksi cemas ketika kami berkonvoi melalui cerunan dan denai ke mana-mana perkampungan Orang Asli yang lain. Pemandangan yang terlalu indah menemani sepanjang jalan Lojing. Itulah namanya sebuah pembangunan.

Sembahyang berjamaah di masjid adalah didikan ayahbonda saya. Alhamdulillah, kerana rumah saya hanya beberapa langkah sahaja untuk ke masjid. Setiap malam Khamis dan Jumaat, kakak saya yang menjadi ‘pengawal penguatkuasa’ yang agak garang untuk memastikan kami adik-beradik mendengar kuliah ayahanda di masjid itu. Kuliah berkenaan berlangsung dari dulu hinggalah sekarang. Tiada lagi kakak saya yang tegas itu mengawal kami kini, yang ada hanyalah kesedaran kami sendiri. Mahu dengar atau tidak? Nafsu kami akan menjawabnya.

Dulu, ayahanda saya juga mengajar agama pada setiap petang Jumaat di masjid tersebut. Seingat saya jadual tersebut diberhentikan apabila dia mula menjawat jawatan Menteri Besar. Kesibukannya makin bertambah. Masih dalam kenangan, setiap kali kuliahnya di masjid itu, ada tabung derma berupa kotak kayu empat segi yang akan dilalukan kepada setiap jemaah yang mendengar. Dari situlah saya mula belajar betapa nikmatnya menderma. Cerita mengenai pahala yang bergayutan di akhirat kelak mampu menawan minda saya ketika itu. InsyaAllah, tarikan menderma itu akan saya pegang hingga ke akhir hayat nanti.

Kesimpulan

Bidang penulisan adalah jiwa saya, rasanya termakbul sudah sebahagian impian saya untuk menyatakan sesuatu kepada masyarakat di luar sana melalui penulisan sebegini. Saya yakin dengan penulisan sebagai suatu wadah penyebaran keindahan Islam. Harapan saya, semoga setiap tulisan yang saya nukilkan ini ada manfaatnya kepada setiap yang membaca, jika tidak 100% memberi sinar, jadilah kiranya 1% itu menghadirkan rasa minat pembaca kepada Islam. Saya mahukan keindahan penulisan ini sebagai sebahagian bekalan saya menuju ke akhirat. Alhamdulillah, rasanya belum terlewat untuk saya bermula…

Cukuplah sekadar ini ta’aruf saya. Akhirnya, saya sentiasa mahu menjadi diri sendiri pada setiap ketika dan di mana saja berada. Saya juga bercita-cita mahu menyampaikan sedikit kebenaran kepada masyarakat di luar sana. Sentiasa saya tagihkan doa daripada ayahbonda, moga-moga mereka meredhai kehidupan ini.

Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi

~ Abu Tayyib al-Mutanabbi ~

3.15pm

137 Responses

  1. Assalamualaikum,

    Hari ini ana mula mengenali Amalina yang sebelum ini sekadar tahu gitu-gutu je.Tak tahu sekolah mana universiti mana.Memang ana rasa orang lain pun ada hajat nak mengenali tuan punya blog.Jadi hari ini sudah jelas pengenalan diri.Gambar empunya diri pula sudah terpapar dalam Malaysiakini.

    Ana pertama kali mengenali nama Amalina dari blog tersohor abg Kick,di mana Amalina sedia maklum menjadi selebriti kontrovensi tanpa izin atau izin di blog tersebut.

    Jadi sudah lengkap segalanya, tidak lah tertanya-tanya bagaimana rupanya penulis blog yang hebat ini,tiba-tiba meletus satu Malaysia tak sampai pun dua bulan menegelamkan penulis lama.

    Saya juga terkejut ada terbaca orang mengatakan penulisan Amalina kalau tidak kerana anak TG macam blog sampah yang tumbuh bagai cedawan kini.

    Bagi ana bukan bagitu ,Ana tetarik dengan gaya bahasa penulisan dan petah menjawab komen dari seteru mahupun sahabat.Boleh dikatakan setiap atikel baru Amalina pastilah ana ada cuit sikit.

    Ok lah dulu tak boleh komen panjang -panjang sekadar menjegok saja.

    Akhir sekali ana doakan semuga Amalina berjaya hendak jadi wartawan jangan pula berubah -berubah lagi .

    • Saya doakan semoga ‘sampah’ saya ini ada juga nilainya, baik di mata manusia, lebih-lebih lagi mampu mendekatkan diri saya juga kepada Allah swt.

  2. jauh perjalanan banyak pemandangan

  3. ” Menganggur selama enam bulan, saya memulakan kerjaya di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sehinggalah saya memilih jalan untuk menjadi suri. ”

    – no wonder la Puan backing ariffahmi. Puan pun kerja kat anak syarikat negeri kelantan.

    – anak2 nik aziz boleh buat. tapi anak orang lain tak boleh. Kesian khairy jamaluddin, menyesal plak aku kutuk dia dulu. Semua orang sama je.

    – Sorry KJ. Baru skrg aku boleh bukak mata sebesarnya.

    • Salam to dysh.shdy,
      Ank2 nik Aziz vs KJ..diorg same ke?mmg la same bro..diorg sume manusia..tapi yg membezakan diorg adl:

      -Ank2 nik Aziz free korupsi n xlwn hukum2 Allah
      -KJ aktif berasuah and terang2 menentang hukum2 Allah

      Konklusinya mmg diorg same dr luarannya tapi HATI n PEMIKIRAN mereka tak sama sbbnya KJ mendapat didikan spt dysh.shdy ni ha..hahaha..sengal semacam je..

      • ada baca komen husam ??? menyesal aku hentam husam ada betul juga kata2 husam. x ada org lain ke nak amik keja untuk kelantan?? x aa org yg layak ke selain dari anak2 TGNA?? elakkan fitnah lagi bagus dari nak perbetulkan fitnah

      • Aku pun kesal la kutuk KJ dulu.

        Agaknya KJ pun ada gak naluri Islam nya walaupun korupsi.

        Ada korupsi wang, ada korapsi Hati. Nampak di mata, tersembunyi di hati.

    • Apabila saya menulis bab ini, saya pasti komen seperti ini akan wujud, dan ia bukanlah suatu yang baru kepada saya.

      Minggu pertama saya masuk kerja, seorang bos datang menghadap saya, bertanya kepada saya, apakah saya spy? Saya jelaskan kepadanya secara berhikmah, Alhamdulillah, sehingga ke titik akhir saya bekerja, dialah orangnya yang banyak memberi nasihat dan motivasi kepada saya untuk menjadi seorang pekerja yang baik.

      Saya nasihatkan kepada anda, jangan mudah menuduh yang bukan-bukan. Cuba-cubalah anda berfikir sebaiknya sebelum anda fikirkan sesuatu yang buruk-buruk.

      • isketambola.

        orang mcm awak la rosakkan PAS.

        Duk mengutuk BN itu ini, akhirnya meludah ke langit balik ke muka sendiri.

        ok, saya bagi awak satu analogi. Seorang lelaki sibuk melaungkan pelaksanaan hudud. tapi dalam masa yg sama solat 5 waktu pun tak cukup. Logiknya, dia tak tolak hukum Allah, cuma dia kekurangan masa nak beribadat,

        pasal TGNA. Dulu aku hormat dia. Nak kutuk pun tak berani. Tapi baca rumusan aku ni.

        Kebanyakkan benda yang buruk sprt membenarkan carut atau mendoakan kemusnahan orang lain, TGNA kata Nabi pun ada buat.

        TGNA sibuk duk buat apa Nabi buat dalam bab ni. Tapi dalam bab Nabi bersabar dekat sejuta kali, sampai kepala berdarah kena baling batu tak pula TGNA nak ikut. Semua asyik ikut benda yang jarang2 nabi buat.

        This is what i called “Knowledge Manipulation”.

        Terus terang, hilang rasa hormat.

      • Bos mana tu Nik?

  4. apa betul ka ayah puan nik nak ubah undang 2negeri kelantan supaya orang kafir bolih MB,degan syarat berakhlat dan mengikut islam.kaba ke tuan guru ni?

    • Lain kai baca artikel betul2…ni salah sorang menyebar fitnah ni x baca betul2 ingat TGNA cakap ubah unang2 negeri supaya bukan melayu beragama Islam bole MB….jgn ingat org melayu je Islam…bangsa lain pun ada Islam

    • entah baca kepala berita utusan memang la macam tu, baca sekali badan dan ekor berita tu

    • Siapa yang tak kaba ni…?
      TGNA atau anda?

      • kaba tu apa?

      • bab2 yang buruk2 ni cepat aja mulut nak bertanya, nak sebarkan…nak semua org tau…kan cik Alia? saya tau tu.

    • tak betul cik alia oiii…baca lah betul-betul surat khabar tu….online ke tak online punya surat khabar semua nya dah cakap.

  5. dah agak tak akan lepas komen saya. tahniah buat puan🙂

    • Setiap komen saya baca dengan lapang hati.

    • jgn harap la Puan nak menyiarkan komen.

      TGNA kata akhbar pro kerajaan tak telus.

      Last2, kena batang hidung balik. Anak sendiri pulak tu. Tapi biasa la, siapa berani tegur. Sampai PAS da terduduk baru nak menyesal atau terfikir.

      Nanti kata tak de orang bagi nasihat. Mcm alasan L.A Kerajaan Negeri tak bagi nasihat. Alasan2.

      Musibah pada diri sendiri.

  6. Tak perlu nak taaruf orang..saya rasa blog ini bukan menyatupadukan tetapi memecahbelahkan…lebih baik tutup saja blog ni. Ibarat tikus membaiki labu

  7. masih tak boleh mengenal dan membezakan antara kaca dan intan, batu dan permata.

    Puan pikirlah sendiri

  8. tahniah Amalina,teruskan menulis.Mana yang tak suka,jangan baca…main jjauh heheheh

  9. “jika tidak 100% memberi sirna,”

    Erti sirna adalah hilang, lenyap atau musnah.

  10. Salam,
    Na, ingat akak lagi tak? kita sama-sama study kat UTM dulu. Rindu sgt dgn gelak ketawa Na. Anyway, I like ur writing. Teruskn menulis & teruskn perjuanganmu… Salam Ukhwah.

    • w’lam…
      k.su yang cantik manis, kecil molek, dok kg. belian…tul eh?
      tang gelak ketawa tu…sshhh…ni pun dah nak terketawa nih…

  11. Salam Ukhwah,
    Adikku Amalina…ingat akak lagi tak? kita sama-sama study kt UTM. still remember gelak ketawa Na yg sentiasa happy go lucky but masih terkawal dgn ciri-ciri muslimah. Anyway, I like ur writing and teruskn perjuanganmu… mmg tepat sekali tempat seorg isteri adalah disisi sang suami, kita bukan saja sekadar seorg isteri tetapi satu-satunya sahabat yg paling rapat dgn suami.

  12. salam

    reformasi98 said :

    Tak perlu nak taaruf orang..saya rasa blog ini bukan menyatupadukan tetapi memecahbelahkan…lebih baik tutup saja blog ni. Ibarat tikus membaiki labu

    kpd reformasi98 :

    ikut suke tuan pye blog berhak 100% utk tulis ttg diri dia..kalo sedara xsuke baca blog ni..g la buat blog sendiri

    Islam meraikan pendapat..jgn la sampai menghina pendapat org lain kerana nk memaksa ikut pendapat kite sendiri

    adapon pendapat yg terbaik adalah berdasarkan hujah Al-quran Assunnah bkn mengikut hawa nafsu semata-mata

    p/s : baca blog dgn rasional serta hormari pendapat org lain

    • bila saya tegur cakap tak hormat org lain. bila orang tegur cakap cari publisiti murahan…x nak bangun mempertahankan PAS. Bila kena sokong baru cakap org pejuang. berapa org lagi nak letak jawatan sampai puas hati tuan punya bolg ni? Ust Idris Ahmad tegur pun seolah2 x ada apa2. minta puan nik amalina ni hormat pimpinan PAS. bukan arahkan pimpinan PAS menghormati ayahnya TGNA. Pimpinan tau buat kerja. Nik Amalina bukan dalam barisan pimpinan. Jadi siapa yg lebih perlu dihormati?? nik amalina atau barisan Ulama2?

    • setuju dengan saudara.

  13. Salam..

    Ada masanya kita perlu bercakap..ada masanya kita perlu senyap…ada masanya menang,ada masanya kalah…anda fikirkan sendiri..

  14. Saya tersenyum membaca pengelaman puan nik. Boleh dikatakan menarik.ada kesamaan .

  15. tahniah..ralib baca penulisan saudari. biarlah apa orang nak kata yang penting anda ikhlas. orang politik ni ingat dia boleh masuk syurga dengan politik. hakikatnya ialah kerana rahmat Allah semata-mata.

    • Buatlah sesuatu yang baik melalui politik, mudah-mudahan kuasa yang kita peroleh jadikan suatu wadah dalam penyebaran Islam.

    • Rasullah juga berpolitik…cuba tuan cari maksud politik?? Definasi (politik) secara ringkas : Cara2 untuk mentadbir negara

      • nabi ditawarkan kuasa utk semasa di mekah tp tidak mahu. sedangkan kalau kejayaan agama itu melalui kuasa sudah lama nabi tegakkan aqidah dan agama sahabat di kota mekah tanpa perlu berhijrah. mengapa perlu bermujahadah hingga ke madinah? so..tuan fikirkanlah sendiri..dimana dan bagaimana perlu kita berdakwah dan menyiarkan agama.

  16. to dysh.shdy

    tu la kau..xde usaha nk ikut sunnah nabi..nk jd jahil selamenye ke?lantak la ko nk jd firaun pn, dh xleh nk ikut sume, ikut mane yg termampu..jgn buang sume bro sunnah tu..adoii..ko ingt nik aziz tu wali ke?nabi?rasul?dia manusia mcm kite jgk..tp dia still berusaha ke arah kebaikan..dlm ms same ade jgk silap dia,kite xtau siang dia bekerja,mlm dia sunat taubat mohon Allah beri petunjuk n ampunkan segala kesilapan..

    spt Saidina Umar, Abu Bakar..diorg ade melakukn kesilapn dlm pentadbirannye jgk..sbb ape?dia pn manusia bro..ko bukak blik Syariah Islamiah fom 4 n 5..bace sirah para sahabat..tu sahabat nabi bro..org plg rapat dgn nabi..pn ade silap gak..haha..ko nk hilang rs hormat kat dia lantak ko la..dia or aku xrugi papepn..

    let say la perompak dtg umh ko..dia curi harta benda ribu riban,dhla tu,dia sepak2 ko plak mcm anjing smpai nk mati,dhla tu mak kau plak dibunuhny,adik pompuan ko plak dirogol2 dpn ko tu..haaaa………ape ko rase ms tu..xkn ko nk kate kat dia buat la lagi..ni adik kecik pompuan aku ni kire setel skali la..haaa…mst ko protect mati-matian kn..smbil tu kuar la caci maki dr hati n mulut cantik ko tu..klu ko dh xdaya nk lwn diorg..ko maybe doa jela sbg senjata ko,supaya perompak tu kene laknat sbb bwat ke femly ko dgn kejam,haaa..pas2 br la ko tau yg ko ni bkn la sempurna..n begitu la pentingnya DOA sbg senjata muslimin..

    NNt ko meludah ke tnh pn InsyaAllah terpalit semula kt muke ko..npe mcmtu?Lu pk la sdiri…

    • nabi dan rasull tu confirm la bukan jgn takkan x belajar masa kat sekolah dulu2? TGNA tu wali tu ada kemungkinan besar…zuhud ada, tawadduk ada, tabligh ada…(bukan tabligh yg sibuk nak dakwah orang tapi kampung sendiri x terdakwah) tabligh menyampaikan, Ulama, Waraq, pemimpin, sederhana, dan macam2 lagi…rasa2 TGNA bole jai wali tak? bole kot. InsyaAllah

      • sekurang-kurang nya tabligh berdakwah gak…anda bagaimana?

      • tabligh alhamdulillah ada jugak mengajak kita ke masjid. dalam satu hari berapa kali tuan ke masjid. berapa ramai yang tuan ajak ke masjid. walaupun kita bukan jemaah tabligh tp jangan perkecilkan jemaah tersebut. tanyalah TGNA dan TGHH apa itu jemaah tabligh. orang macam tuan ni le yang banyak menghancurkan jemaah.

  17. Salam.

    Puan Nik.

    Penulisan kali ini amat menarik perhatian saya, kalau boleh ceritakan lagi pengalaman Puan dibesarkan dalam suasana keluarga TGNA kerana byk pengajaran yg boleh kami ambil contoh darinya. Saya berpendapat, blog ini akan ada aura tersendiri sekiranya puan lebih fokus kepada isu kekeluargaan spt ini berbanding dgn isu politik yg selalunya mengundang banyak fitnah dsb.

    • Sudah saya perkenalkan konsep blog saya – santai-santai saja, insyaAllah saya lebih fokus kepada isu-isu santai saja, tapi adakalanya politik pun kena cuit-cuit juga.

  18. ehemmm.. nik.!
    terpangil nak bc blog mu.. jupe gok akhirnya.
    bijok gaya bahasa penulisan…
    pada sy..(pada aku) tulisan yg lahir dr hati saja yg akan menusuk ke hati..
    apa2pun kawan2 sentiasa sokong mu..
    jenguklah facebook.. hampir semua sek2 dup ada.. ke mu ada gok🙂 tok napok pun.
    Kirim salam ke Ir..

  19. Harap amalina dan arifahmi tidak mencari pasal dengan husam. Kelantan membangun kerana kebijaksanaan husam bukan kerana menantuTGNA yang hanya menumpang nama TGNA.
    Betul kata Husam keluarga tidak patut ada stakeholder dalam kerajaan.
    Takhbir!

  20. Saya sentiasa kagumi kebijaksanaannya untuk membangunkan Kelantan.

    • kalau dah kagum dgn dia, pasal apa hari tu suruh dia letak jawatan, nampak sangat ada agenda peribadi, ke kagum tak ikhlas, bahasa sindir tak manis cik puan, terutama anak alim ulamak..

      • ambo sokong..

        he he ada agenda rupanya, macam tak cayo anak orang alim punya pendirian sebegini.

        Padan dah,jangan bermain kata lagi..kerana tulisan badan binasa.

        Pesan tok guru,bertakwalah kamu sehingga Allah memimpin kejalan yang benar. wallah

      • beringatlah… salah satu anugerah tuhan bg kt kite adalah kebebasan utk memilih… jd xsalah puan nik memilih mempertahankan keluarganya.. kenapa perlu kecoh puan nik suruh dia letak jawatan? bukannya dia yang tentukan sape yang jd exco sape tidak… lagipun dia bercakap atas kapasiti sendiri melalui platform peribadi (blog). tiada siapa sepatutnya diganggugugat dgn tulisannya… mana yang baik kite pakai…
        cuma mmg sgt2 diharapkan segala pertuduhan si kickers tu di sangkal dengan fakta sbb smakin ramai blogger yang membuat penulisan seolah2 menjatuh hukum walaupun masih kabur, seolah2 mereka semua merupakan ahli pemikir yang hebat.. sy mgtahui sikap exco berkenaan, satu keberkatan dilahirkan seorang bijak pandai sebegitu dalam Kelantan tp sikap nya memang mungkin tidak disukai oleh kebanyakan. tetapi dari segi pengurusan dan kebebasan serta konsep prinsip ejen dan prinsipal, adalah tidak molek juga pelantikan suami puan sbb sedikit sebanyak mengikis prinsip independence in mind and in appearance
        …semoga keberkatan selalu mencucuri keluarga puan…

  21. Den tertarik dengan cerita ni….saya rasa nomino bukanlah penulis yang di gelar penulis….mu fikir lah sendiri. Kenapa saya panggil NOMINO….pasal saya juga tetarik dengan huruf-huruf depan tu sebutannya NO…..huruf belakang tu pun NO….umno.

    Kadang-kadang kita janganlah sekadar menjengok…kerana blog ni tanpa sempadan.

    Macam den tak kesah lah…den tulih secara automatik..den boleh set time, takdelah sampai nak Naik Darah tinggi lak….bermati matian nak komen surirumah orang lak. Kalau den…den cerita lagi biaq dia pulok tak masak nasi….tak jadi makan…tak tertahan kencing….tak terkehel tengkok…tak terpedih mata…apa-apa hal den ada.
    Den dah biasa dah diorang je tak tahu.

  22. Kalau saya tak panggil Pak Azzih seperti pak cu dan ceketin panggil…orang jahil main hentam je.
    orang lama dulu panggil POKZIK

  23. Salam Suri,

    Seingat ana yang duduk Kelantan selama 6 tahun dahulunya, nama Suri ialah Nur Amanina dan bukanlah Nur Amalina (merujuk kepada maksud “cita-cita kami”).

    Tapi media menghebahkan dengan nama Nur Amalina. Kenapa?

  24. mana yang baik kita ambillah jadikan iktibar…
    kalau kita rasa tidak bersesuaian dengan pemikiran serta pendirian kita…nilaikanlah mengikut neraca agama..bukan neraca emosi dan logik akal yang tidak terpandu…
    semoga puan nik meneruskan penulisannya…

  25. salam sejahtera,
    eloklah kiranya anda dan sekeluarga duduk semeja dengan si polan terbabit (xpela klau meja xbulat pn)…
    masalah tidak akan selesai di awangan(website) kerana si polan terbabit mempunyai kebijaksanaan yang berguna walaupun dikatakan mempunyai sisi gelap.. xkan la sudah xde kemaafan kedua-dua pihak.. kalu gini la, PRU pah ni ambo nok undi sapo? cekak Umno hok tentu2 xbetul, cekak PAS hok kalu ikut lo ni pon doh xharmoni, senang2 jah oghe jolok…
    hok dekat kito baik belako, kalu rumoh xkocok oghe luar pon nok masuk singgoh semaye…

    • sebagai seorang dewasa yang boleh berfikir dengan agak baik, saya mengagumi kebijaksanaan si polan tersebut yang amat berguna untuk memajukan Negeri Kelantan khususnya, lebih jauh menawan Malaysia hendaknya. InsyaAllah.

      Dunia politik tidak sama dengan dunia awam, kalaupun kami dilihat ‘seteru’ di awangan, ia tidaklah berlaku di alam realiti. Kami ok saja jika bertemu dan tidak bermasalah langsung untuk duduk semeja.

      Jika ada sisi gelap di sisi saya mahupun si polan, adalah suatu tanggungjawab untuk kita menegur. Bagaimana untuk menegur, itu terpulanglah kepada gaya masing-masing.

      PRU nanti usah difikir mahu undi siapa, kita pakat-pakat mengundi PAS, bukan undi calon. Calon akan mati, PAS yang bertunjangkan Islam insyaAllah sampai kiamat pun kita wajib pertahankan.

      • insyaAllah… semoga PAS terus berpaksikan Al-Quran dan Hadith…

  26. SATU demi satu cubaan dan dugaan menghampiri MB Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz. Cubaan datang dari berbagai bentuk dan dari berbagai arah, dan paling merisaukan `peluru’ datang dari dalam `kem’ sendiri.

    Sasaran mereka adalah Tok Guru tetapi bukan mudah untuk menembusi ketahanan mental terutamanya kerohanian Mursyidul Am PAS itu. Itulah hebatnya Tok Guru dan sebab itulah PAS dapat memerintah begitu lama di Kelantan.

    Mereka mahukan menantu Tok Guru melepaskan jawatan sebagai CEO PMBK, dan Tok Guru dapat menghidu kehendak mereka maka dinasihatkan agar menantunya itu melepaskan jawatan demi nama baik PAS. Maka, menantu Tok Guru pun akur dan menetapkan tarikh untuk berbuat demikian. Apabila tarikh telah ditetapkan, berbunyi lagi suara agar dipercepatkan perletakan jawatan tersebut, mungkin dunia semakin hampir hendak `kiamat’ ianya wajib dipercepatkan. Ternyata Tok Guru tidak senang dengan berbagai kerenah dan kehendak yang bukan-bukan dari mereka itu. Tok Guru minta keputusan pimpinan tertinggi parti dipatuhi iaitu untuk menyerahkan semuanya kepada beliau selaku MB Kelantan. Pimpinan tertinggi PAS tidak meletakkan syarat bila waktu untuk menantu Tok Guru ini meletakkan jawatan, yang penting jawatan mesti diletakkan. Bukan kerana rasuah mahu pun penyelewengan, tetapi untuk menjaga kredibiliti Tok Guru lebih-lebih lagi nama baik PAS. Tetapi mengapa ada yang mahu juga bersuara melebihi kepimpinan parti?

    Apabila menantunya sanggup meletakkan jawatan, tentunya anak Tok Guru yang juga isteri kepada menantunya Ariffahmi itu merasa kecil hati. Itu biasalah. Apatah lagi beliau merasakan suaminya tidak melakukan kesalahan. Maka, si isteri pun cuba untuk membela suami tercintanya itu. Silap terbesar si isteri adalah cuba mengaitkan dengan orang-orang politik dalam isu ini. Ini adalah di antara dugaan Tok Guru dengan anaknya sendiri. Si anak mungkin tidak tahu betapa ayahnya itu punyai tanggungjawab yang lebih besar dari keluarganya sendiri. Ayahnya jauh lebih baik dari pemimin-pemimpin Umno yang sentiasa mencari jalan untuk memberikan keistimewaan terhadap anak-anak dan puak-puak mereka. Tok Guru tidak sedemikian walaupun si anak ini menangis air mata darah sekali pun.

    Tok Guru berdepan pula dengan mereka yang mahukan YB Husam meletakkan jawatan. Berbagai isu dibangkitkan agar keinginan mereka untuk melihat YB Husam disingkirkan. Apabila YB Husam di dalam blognya menulis tentang pentingnya PAS menjauhi sifat-sifat kronisme sepertimana Umno, maka bagi mereka inilah peluang terbaik untuk menjatuhkan Husam kononnya Husam juga `menyindir’ kepimpinan Tok Guru. Tetapi, Tok Guru tidak mudah melatah dengan tulisan Husam. Apa salahnya dalam penulisan Husam itu? Memang benar, PAS tidak perlu mencontohi pemimpin Umno di dalam pemerintahan negeri. Dan, ini lah yang cuba dilakukan oleh Tok Guru dan beliau sanggup untuk menerima pandangan sesiapa sahaja demi kebaikan PAS hatta terpaksa mengorbankan darah daging beliau sendiri. Adakah Tok Guru terasa hati dengan Husam?

    Bahkan, terbaru selepas Husam mengeluarkan pandangan di dalam blognya itu, Tok Guru di dalam sidang medianya semalam mengeluarkan kenyataan menyanjung dan sayang kepada YB Husam. Tentu terkejut berok puak-puak yang ingin melihat Husam tersungkur sebagaimana Kickdefella tersungkur. Malahan Tok Guru `mengucapkan CELAKA’ kepada blog yang suka memainkan api pecah belah itu. Hebatkah Husam sehingga Tok Guru sayang kepadanya? Husam bukan Malaikat dan dia manusia biasa tentunya ada kelemahan di sana sini. Tetapi Tok Guru melihat Husam punyai banyak kelebihan daripada kekurangan. Inilah penilaian seorang Tok Guru jauh berbeza dari kita yang menilaikannya. Paling tidak, Husam berani menegur pemimpin PAS agar menjauhi sikap `kekeluargaan’ di dalam pentadbiran. Husam tahu risikonya apabila beliau berkata sedemikian, tetapi Husam berani melakukannya. Mungkin itu adalah salah satu sebab mengapa Tok Guru amat menyayangi Husam.

    Saya tidak ambil tahu siapa blog celaka yang dimaksudkan oleh Tok Guru itu. Tetapi hati ini kuat berkata si celaka itu adalah `musuh dalam selimut’. Harap-harap tidak `masin’ mulut Tok Guru bila berkata `Celaka’ kepada blog berkenaan. Tok Guru tidak pernah mengungkap `celaka’ kepada pemimpin Umno, tetapi Tok Guru terpaksa berkata demikian kepada blog berkenaan kerana beliau tahu ini lah sebenarnya `musuh’ yang paling berbahaya kepada PAS./Kembali ke laman asal

    • Mahu benar saya menulis satu persatu begini…tapi jika saya menulis begini…

      semua yang dipaparkan saya bersetuju, cuma satu, saya tidak pernah berkecil hati apabila suami saya diarahkan meletak jawatan, saya cuma terkilan, bukan kerana terpaksa melepaskan jawatan tersebut, tapi kenapa pimpinan tidak memanggil suami saya untuk menjelaskan kebenaran sebelum sebarang keputusan dibuat.

      Keputusan didahulukan, pembelaan dikemudiankan. Saya amat mengharapkan tiada lagi keputusan sebegini dibuat andai ada individu lain yang mungkin terfitnah dilain masa.

      • Tok Guru tak mahu menimbulkan kekeliruan dan perpecahan yang tidak dijangkakan berlaku dlam PAS, sebab itu lah TG bertindak membelakangi apa yang dijangka akan berlaku. TG puji dan cakap sayang kepada Husam serta celaka kepada pemfitnah blog. Tp dalam masa sama kenapa diberhentikan kedua2 penasihatnya yang baik dengan Husam.
        Kita orang PAS sebenarnya tak kisah siapa pun akan ganti TG, Husam ke, Ustaz Ahmad Yaakub ke, Nik Amar ke.. kerana kita percaya orang2 Pas akan ikut siapa pemimpin dikalangan mereka.. jentera parti tetap akan kukuh..
        Satu lagi jangan kata apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan semuanya mari dari Husam.. mereka melalui mesyuarat dan semua samaada exco2 atau mesyuarat perhubungan.. semua pemimpin Pas berjiwa besar…
        Dan rasanya kalau betul PRU 13 nanti TG akan letak jawatan (tidak bertanding) kalau betul Husam akan mewarisi menteri Besar, kita sokong, dan ada baiknya Husam melantik Nik Amar sebagai TMB untuk menguatkan jentera parti .. semasa itu kekuatan jentera parti akan berada didepan… ini sebenarnya yang Umno takut…
        Isu ini akan reda dengan sendirinya… kita semua patut menerima seadanya dengan penuh rasa ikhlas… Apa yang dikehendaki oleh seri suri adalah keadilan bagi pihaknya… semoga kita semua sedar dan sama2 memberi dorongan serta lorongan untuk meredakan keadaan ini.

    • sebab itulah TGNA dikasihi ramai orang termasuk lah saya.

  27. cuba puan gi jumpa dan tanya isteri anual bakri apa sebenarnya berlaku, betulkan perletakan jawatan beliau secara suka rela bukan kerana didesak.
    isteri beliau menangis dan tidak menyangka semua tindakan M.B itu. Siapakah yang main peranan semua ini. Dalam tempoh sehari dua ini kemana menghilang suami puan tanpa berita, tanpa surat permohonan cuti! adakah dia anta perancana semua ini. Hanya Allah yang tahu.
    Seolah2 kejatuhan Pas semakin dekat kalau tidak dibendung. deria sensisitif dan peka m.b terhadap kebenaran semakin tumpul. Kebimbangan kian terasa. saya menanti apakah ada isu tentang darul anaur, stesyen minyak, rumah sewa serta tanah2 yang di miliki.
    bebobrokan semakin membuak2 dalam pemerintahan.

    • Saya menghulurkan simpati.

      Nasibnya lebih baik berbanding saya, kerana suaminya tidak difitnah seteruk yang menimpa suami saya. Alhamdulillah, saya tidak pernah menangis dengan ujian ini, kerana saya percaya ini semua permainan dunia.

      Allah itu Maha Adil.

      saya cuma musykil, sejauh itu saudara ‘menjaga’ pergerakan suami saya?

      Saya sendiri masih tidak faham apa isunya berkaitan senaraian yang dibuat saudara…apa isunya?

  28. salam seri suri….
    ana kagum dengan ketabahan dan kesabaran puan dalam dugaan yg terpaksa di tempuh sebagai isteri dan juga anak kepada MB,BETUL juga kalau puan bukan anak kpda MB orang tak kesah pun tulisan puan,,,,,TAPI andaian2 itu amat malang bagi mereka yang buta mata hati menilai apa yang puan nukil kan….Kenapa ada halangan dan negetif yg wajib di letakan di depan semata2 kerana benci atau prasangka buruk yg amat menebal dalam menilai nukilan…….
    Tulisan Puan penuh dengan nasihat dan pengalaman puan yg bergelar anak kpda Tokguru shaja kenapa persepsi begitu menebal di kalangan penjengok blog ini…….
    saya akan terus memerhati dan menyokong tulisan Puan kerana ia memberi gambaran jelas dan situasi sebenar apa yg berlaku……ayuh teruskan tikaman pena mu …..seri suri…..

  29. tak perlu publish komen aku yg pertama diatas. tolong delete.. hanya utk anda baca dan delete

    • kan senang kalau semua pengomen macam ni…jika nasihat itu untuk saya, saya baca, dan saya delete. Usah dipertikaikan kenapa saya tidak paparkan, jika ia hanya bersesuaian untuk saya baca, maka cukuplah sekadar saya yang mengambil pengajaran daripadanya.

  30. Salam Puan Nik

    Kito mintok kalu bulih tulong jago jugo namo ayahndo Tok Guru kito ni.

    Jangea lah kito buat Tok Guru jadi serba-saloh.

    Sedih kawea tengok Tok Guru napok macea letih dok mikir

  31. Salam puan,

    Saya amat tertarik dengan gaya penulisan puan.

    Secara jujur saya amat bersimpati terhadap puan sekeluarga di atas apa yang berlaku.

    Sesungguhnya sebagai penyokong Pas dan kepimpinan Tok guru, saya sendiri tak faham kenapa ada lagi org2 yang tak berpuas hati dgn Tokguru dan masih menimbulkan lagi isu suami puan sedangkan beliau telah meletak jawatan. Semoga Allah memberi mereka petunjuk dan berhenti dari memfitnah dan mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya.

    Di samping itu blog seperti Kickdefella, betul2 mengeruhkan lagi keadaan sekarang ini. Saya benar2 bersimpati dgn Tokguru yang menjadi bahan kutukan di blog berkenaan. Semoga Tokguru dan puan sekeluarga tabah mengharungi situasi ini.

    Akhir kata, saya tetap menyokong kepimpinan Pas dan Tokguru

    • Alhamdulillah, sokongan daripada anda dan sahabat semua akan menguatkan lagi semangat TG.

      Teruskan berdoa semoga setiap penyebar fitnah itu akan mendapat pembalasan seadilnya daripada Allah swt.

  32. bintu-rusyd………..tak payah lah hang habaq NERACA AGAMA…belah-belah mesir depa cakap DACING…nanti depa ingat kita dok kempen kat depa. Depa-depa semua tu tengah dok syok mati-matian dok cerita…Orang itu Orang ini…tapi tak tahu cerita sebenaq. Biar lah depa dok…cerita. Depa ingat senang nak hancurkan kerajaan ini. macam-macam depa kata…main agak ja no.

  33. ibn baittutah: eei…alergik sebenarnya saya nak guna perkataan dacing ni….:)

  34. Tu la ambik bekas orang PKR kejo.takleh cayo.Mereka ni mari dari UMNO.perangai pun serupo UMNO.Aku harap PAS berdiri atas kaki sendiri untuk PRU 13 ni,cari calon India ke,Cina ke ,tapi agama Islam.Tak payah la gabung dengan PKRke,DAP ke,semua cita-cita nak jadi kaya jah.Ke guano Puan Suri.

    • Itu yang saya maksudkan sebagai ‘orang luar’.
      Susah difahami apa matlamat mereka sekiranya mereka sendiri tidak berfikrah Islam. Paling bahaya sekiranya kita pula yang terheret mengikut rentak mereka.

      • ayahanda pun sendiri mengalu-alukan ‘orang luar yang susah difahami matlamat mereka ini’. setakat ini saya tidak nampak PAS akan terheret mengikut rentak mereka. saya lihat mereka boleh bekerjasama dan boleh dibawa berbincang. apa yang terjadi pada PAS bukan sebab ‘orang luar’ ini tapi lebih berpunca dari ‘orang dalam’ sendiri yang hendak ‘berkawan’ dengan ‘orang yang sangat-sangat luar’ yang amat suka perpecahan dalam PAS.
        apa nak ditakutkan pada mereka? PAS lebih matang dan lebih banyak pengalaman dalam politik berbanding ‘orang luar’ ini. tak kan la tidak pandai membaca apa yang tersirat dan apa yang tersirat? jangan disalahkan pada ‘orang luar’ jika yang didalam sendiri tidak terjaga tingkah. tak baik berburuk sangka pada apa yang ada di luar sedangkan ‘orang dalam’ yang didepan mata mungkin lebih teruk dari itu.

  35. bibit2 kecerahan sudah semakin jelas, janganlah ada lagi yang mengeruhkan.

    Agak2nya Amalina dan keluarga boleh ke menerima kedatangan dato Husam?… sebagaiman yang diberitakan kelmarin.

    • sape husam?

    • saya yakin permusuhan tidak berlaku di antara amalina dan keluarganya dgn dato’ husam…berbeza pendapat mungkin…so kenapa pulak beliau tidak dapat menerima kedatangan dato’ husam….jgn diperbesar2kan isu ini…
      kadang2kala antara adik beradik seibusebapa pun ada yang kita tak sebulu dan x sama fikrah serta cara…so…

      insyaAllah..marilah kita sama2 berdoa agar isu ini segera cerah….biarkan musuh2 perjuangan kecewa atas kegagalan niat mereka untuk kita memperokperandakan kita..marilah kita sama2 belajar dari pengalaman ini…

    • Kecerahan? Dalam MalaysiaInsider, ada lapuran TGNA akan rombak EXCO atas pengaruh ‘kuasa ketiga’. Tidak disebut siapa ‘kuasa ketiga’ ni tetapi besar kemungkinan ahli keluarga MB spt Nik Amalina dan Nik Abduh.

      Mengikut lapuran tu, Husam akan terpelanting Sila layari blog Zulkifly Nordin. Dia yang tulis; munkin dari ‘source’ yg power. Nik Amalina sudah secara terbuka menyuruh Husam letak jawatan. Ini dia ‘kuasa ketiga’ yg dari segi undang2 tak ada ‘kuasa’ tetapi ada ‘pengaruh kuat’.

      Harap lapuran tak betul. Kalau betul..13GE Kelantan jatuh kepada Umno dengan mudah. Sebab: rakyat tak suka ‘politik kekeluargaan’ yang mempunyai elemen cronyism and nepotism.

  36. salam..buat puan..salam ma’al hijrah dan selamat menyambut tahun baru 2010..

  37. Dulu lain sekarang lain…mungkin dulu kesilapan teknik. manusia mana tak buat silap.
    Ending:
    Cuba kita habak kat mamak teh tarik, Bila teh tarik kita mintak mamak tu buatkan jadi teh o….boleh tak?tentu mamak tu pening kepala. Tapi kalau kita gunakan kepandaian yang berunsur Bio Sainstifik, tentu boleh punye…lain kali habak kat cek awai-awai no.
    Insyakallah dengan kuasa tuhan….Kuasa tuhan tu….bukan kuasa lain…..yang baik datang dari padanya tu no…..

    Ayak Teh tarik tadi boleh jadi teh o…tanpa gula….tanpa kita order baru.

    Kalu umno…hangpa nak jadikan ……umyes…tentu pelik namanya no..

    Kalu dia sebut kita Hampeih pun…belakang huruf dia…dia sebut kita juga.
    Nasib baik aku masuk awai…kalu tak….nak cari kau..nak cari kayu…nak cari kayu…

  38. Itu pasal kena belajar politik..belajar politik kena belajar Islam..dah belajar Islam baru tahu politik.
    Dah tahu politik gunakan kuasa politik.
    Dah ada kuasa politik…gunakan politik untuk Islam.
    Dah tahu politik Islam…belajar berpolitik.
    Dah tahu berpolitik….kena pandai-pandai main politik.
    Dah pandai main politik…ingat-ingat berpolitik.
    Dah ingat berpolitik….kena faham politik.
    Dah faham politik…kena jaga kuasa politik.
    Dah jaga kuasa politik…..jalankan politik.
    Dah jalankan politik….SENDIRI MAU INGAT MACAMANA POLITIK.
    *cek dah sambut tahun baru Awal Muharram…dah doa pun. Tahun baru ni cek tak pandai lah nak doa apa lak.

  39. ALLAHUAKHBAR!!!

    SEDARLAH SAUDARA2KU..KITE SKRG DIAMBANG PEMERINTAHAN AL-MASIH DAJJAL, SEDARLAH!! SAAT2 FITNAH DAJJAL SDG MEMPENGARUHI HIDUP KITA, SBB ITU LA KITE SKRG BERPECAH BELAH..DOAKANLAH KEBAIKAN UMAT KITE, UMAT ISLAM!!!JGN BERKELAHI NK TUDUH SAPE SLH N SAPE BTL, BLK KPD AJARAN ISLAM YG SEBENAR, DISINI SAYA SERTAKAN BLOG2 YG WUJUD KONSPIRASI DAJJAL..PECAYELA,INI BKN REKAAN SAHABAT2 KITE, TP INI KAJIAN DEMI KAJIAN DILAKUKAN UTK SELAMATKN UMAT AKHR ZAMAN, PK LA BAIK2, XPERLU UTK CACI MENCACI SESAMA ISLAM, BERSATULAH!!!

    1.http://muslimdairyz.blogspot.com/2009_12_22_archive.html
    2.http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/return-of-false-messiah.html#comments
    3.http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/11/konspirasi-dunia-obelisk.html
    4.http://mistisfiles.blogspot.com/2009/10/hikayat-tiga-masons-melayumahathiranwar.html

    YG KEEMPAT TU WAJIB BACE SMP HBS,NNT ANDA SUME T’SLH PHM PLAK MSJ YG NK DISAMPAIKAN!!

    MOGA2 ALLAH MENYATUKAN KITE UMAT MUHAMMAD, BUKAN BERUSAHA BERMATI-MATIAN UTK BERPECAH BELAH, DOAKN KEBAIKAN SESAMA KITE, ITU YG MUSTAHAK..AMIIINN.. WASSALAM

  40. jika puan rasa puan berjuang dan menulis kerana Allah..iAllah, Allah akan bersama puan..jgn risau mereka2 (saya, puan dan yg yg lain2) juga manusia..tak terlepas dr membuat kesalahan..

    • Sebagai manusia biasa saya yakin benar bahawa saya tidaklah sentiasa betul, namun jangan sesekali mendekati fitnah, buruk padahnya.

  41. Salam Puan..

    Semoga Puan sekeluarga sihat sejahtera..

  42. Salam Puan Nik,

    Niat yang baik, disusuli dengan usaha yang baik, insya Allah, lambat bangat akan memberi hasil yang baik.

    Takdir akan menentukan masanya.

    Pemimpin datang dan pergi, tapi kerajaan Islam WAJIB dipertahankan. Bersama kita pertahankannya.

  43. As’kum.Saya bukan penyokong tapi membaca tuilisan puan saya faham kenapa menulis.Teruskanlah..

  44. Salam Sahabat….sama-sama kita…
    Takbir…takbir…takbir…
    Ada ke yang jawab tu…tak dengar pun.

  45. Apapasal suma org kecoh nak suruh AF berenti.Dia dah kasi notis 3 bulan tunggu jelah.Bukannya nak GE pun dalam 3 bulan ni.Tak pun ada sorang adun tu cant wait to eliminate d competition kot.Politik Kelantan memang interesting.Orang takde salah pun korang libas juge..

  46. Bro tengok date isu tu…masa tu tengah hangat.
    Apa yang nak kita bincangakan sekarang tengok isu…..media masa yang tak adil dan ada kaki-kaki yang menghentam tak sudah kat AKAK kita ni dan suami dia.

    Apa nak buat sekarang kita bengkeng habis dema ni….bukan sahaja dalam blog AKAK ni…tu yang lain-lain tu. Kita pembangkang kita hak menjawab tomahan mereka. Kita kena bela kita sendiri…kalau tak sapa yang nak bela maruah kita dan perjuangan kita ini.
    Ust-ust muda apa yang nak kita taskirahkan tu dalam blog dema tu….apa lagi sekat hujjah mereka dengan hujjah kita…insyakallah yang Hak pasti hak…yang Bathil pasti bhatil.

  47. pas jangan byk kecek kena buat kerja.yg tua tu mitok berundur

  48. Buat kerja lain deh…ni web buat kejo jugak….kecek loh guano lagu mana lagi. kerja macam biasa abey jalan sukmo. Orey tuo lah banyak pengalamey deh…mu guano bergaya je…..kejo mu kecek dale ni…apa lagi kecek lah bagi panas orang yang buat kerja jahat dalam web tu.
    Apalagi kejo lah……kecek kat dema. Biasa lah kecek pandai kat luar dungu je.

  49. Salam Pn

    Jus nak clarification ckit
    I read in newspaper that you are the youngest daughter of TGNA?.. Is that right?..
    As i know, the youngest daughter of TGNA was my former classmate in universiti and her name is not Nik Amalina..
    Thank U Mdm..

    Btw, all the best for ur blog…

  50. Biasalah..kito berteknologi tinggi…AutomatikEngineAlarmSetting….masa guano habis…
    Lain kijo mulieh…..sukmo muleih

  51. salam kak nik….

    saya taktau pihak mana yg salah ditambah dgn kebebasan media maya dimana maklumat hanya dihujung jari.

    Moga2 Allah akan menunjukkan pihak yg benar

  52. TASKIRAH…….

    Taaruf:

    Taaruf iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang di lalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian dari dirinya. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.

    Tafahum:

    Saling bersefahaman sesama anggota didalam beramal dan bertindak. Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mentap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat menasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggota maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka. Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati apabila ia ditegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkaitan rapat dengan ukhwah, kerana ukhwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka.

    Takaful:

    Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong menolong dan bantu membantu di kalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa suasana yang memerlukan bantuan moral dan material sama ada bersifat peribadi mahupun keluarga. Oleh itu saudara hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar Takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhwah sejati. Kita hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara tolong menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar (menghadapi kesusahan)tanpa apa-apa berita dan terbela.

    * lukman….ko suka web kerajaan umnokan….nanti kalau ko masuk kat web diaorang ko tolong tanyekan untuk aku….MANA ROYALTY MINYAK KELANTAN?…kesian ketrevelpella dan norimo jual tiket kat Getway tu…..nok jual budu….orang ramai dah ada budu sendiri pulok.

  53. mohammad
    kena istikomah dalam perjuangan….tawakal dan tawaduk.

  54. 20 thn pas merintah apa buat?

  55. Pus

    20 thn mu tak tahu lagi.(20 thn pas buat apa?)..mu tinggal dalam tong ko, tak baca berita, baru keluar tong ke. Mu tak pernah lihat dunia ke, orang buat apa pun tak tahu. MEMERINTAH lah…mU TAK PERNAH PEGI kELATAN KE.

  56. Pus dan pemuda miskin

    Nama je pemuda miskin, main internet ado piteh.

    Mu Nok tahu apa Pas buat dalam 20thn?. Ambo satu cukup,
    Dulu Pantai Cinta Berahi la ni dah tukar lamo dah Jadi Pantai Cahaya Bule.Baru satu je dulu lah.

  57. aku bukan miskin pitih
    aku miskin amal.
    amal mu tahap tinggi doh ko…wat mari ko aku sikit.

  58. pemuda miskin

    namo mu miskin…aku ingat mu takdok piteh….kalau mu ado piteh guano buak amal lah. Kalau mu nok aku bagi, kiro aku sedekah doa je lah…boleh kan. Tu kiro amal jugok,doakan kebaikan sesama insan.

  59. jolo ko mu nak sedekah doa ko aku?
    wowww!!! tak sangka… wali celup battutah nak memberkati aku

    terima kasih tapi jangan sedekah sifat hasad dengki sesama islam mu tu deh….kena benci ko orang aku nanti.

  60. pemuda miskin

    Doa neiy abey ooiii…bukey kat sahaja..doa biasonye kena buak selalu, kepada sahabat-sahabat Nabi, ibu bapa, orang-orang Islam yang tertindas di negara lain dan lain-lain lagi.
    Hatta masuk tandas, memandu dan lain-lain kerja harian pun kena doa. BUKEY KIRO DOA TUH NOK JADI MACE WALI. Sifat dengki dengey musuh yang hok nok jatuh key Islam Harus, lebih-lebih lagi yang tak jelas pendiriannya terhadap Islam. Itu semuo wajib kito dengki.
    Jangey pulok kalau kito berniat baik kito dengki tak baik .Kalau kito nok sambung kejahatan orang lain terhadap kito lagi tak baik. Kalau kito tolongkan kejahatan orang lain kepada kito pun tak baik. ADALAH LEBIH BAIK KITO DOAKAN KEBAIKAN KEATAS MEREKA. DIO DAPAT BAIK, KITO DAPAT BAIK.SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT.

  61. pemuda miskin

    Mu ngoyak ado piteh…..Mu kiro miskin amal lah?.

    Kalau miskin amal di bayar amal lah. Ambo ingak mu takdok piteh…kalau takdok pung ambo tok boleh nok kasi, niat di hati ado. Tapi nanti puok-puok amgok-gok kecek ambo rasuah pulok. Nanti dio kcecek ambo rasuah undi, rasuah bazzar…guano dehh tak boleh buat apo….sorry la.

  62. apa nak cerita ni, belum panas lagi.

  63. saya nak mntak maaf banyak2 ngan puan.. diaatas keterlanjuran kata saya sebelum ini…

  64. Terlajak Perahu Boleh Di Undur………..Terlajak Kata?….

  65. salam nik amalina….akak nk mintak emel address boleh ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: