• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    January 2010
    S M T W T F S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  

2010

Salam Ukhuwah…

Sometimes,

Allah breaks our spirit to save our soul,

He breaks our heart to make us whole,

He sends us pain so we can be stronger,

He sends us failure so we can be humble,

He sends us illness so we can take care of ourselves…

Sometimes,

Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gaves us…

Happy New Year

11.09pm

26 Responses

  1. salam perjuangan
    buat kak amalina

    kak amalina boleh x tolong tanye kan pd tok guru pasal isu agama kristian guna kalimah Allah dlm penerbitan majalah mereka?

    setahu saya la dalam agama Islam x boleh sama sekali menamakan seseorg yg beragama Islam menggunakan nama Allah sahaja…

    minta penjelasan tok guru dari sudut :

    1.Dalil Quran & Assunnah
    2.sirah nabawiyah
    3.serta pendapat ulamak

    p/s: saya rindu dgn kuliah tok guru

    • Saya tidaklah bertanya kepada TG, sekadar petikan daripada jawapan beliau kepada media mengenai isu ini…

      ~ Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu, tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

      ~ “Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

      ~ Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

      ~ Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

  2. He is a man
    He is a father

    lepas ni ada gereja pn boleh sebut “rumah Allah”
    Orang kafir boleh guna Asma ul husna sebebas2nya

    kenapa isu ni timbul selepas lama merdeka?
    kerana ada tangan2 yang menyokong dari puak kita

  3. Baik lah saya nak perbetulkan sedikit tulisan Pak Badol dan tatapan para sahabat.

    Asma Ul Husna ada 99 nama…yang wajib kita ketahui 20.
    Kristian tak gunakan nama dalam Asma Ul Husna tu….dia gunakan nama bukan sahaja nama Allah, tetapi ada udang di sebalik mee udang.

    Dalam sebuah buku yang pernah saya baca dulu, yang pernah di terbitkan oleh Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang berjudul.

    Judul asal:- Dialog Masalah Ketuhanan Jesus
    Karangan oleh:- K.D. Bahaudin Mudhary

    Yang mana sekarang ni berjudul baru…Mencari Kebenaran”suatu dialog Islam-Kristian….cerita dalamnya semua benar belaka.
    Dan telah diceritakan kembali oleh: Rossem. Cerita ini mengisahkan dialog mengenai di antara Islam(Al-Quran) dan Kristian (Bible). Buku ni buku Komik yang berbentuk dialog.
    Buku komik ini secara tidak langsung menjadi salah satu bahan dakwah yang bermanfaat bagi menyanggah dakyah Missionari Kristian yang tersebar secara sulit dan terang di kalangan masyarakat Islam pada masa ini terutama golongan muda dan kanak-kanak. Buku ini juga pernah di bantah oleh sesetengah golongan sehingga sekarang. Kenapa ia diterbitkan didalam buku komik?.
    Komik yang berbentuk dialog ini, kebanyakkannya mengandungi hujah-hujah untuk menyanggah pihak Kristian adalah di petik daripada kitab Bible sendiri. ini bersesuaian dengan Firman Allah yang bermaksud:

    “Jangan kamu berdialog dengan Ahli Kitab(Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik….” (Al-Quran, ayat 29:46).

    Buku asalnya yang berjudul “Dialog Masalah Ketuhan Jesus” tadi telah terbitkan kembali dengan padanan buku komik yang telah di siapkan oleh seorang pelukis komik yang bernama: Rosidi bin Semail atau di kenali dengan nama “Rossem”.
    Dengan hasil itu tadi telah di terbitkan pula oleh Haji Ahmad Awang Yang Dipertua (PUM) pada masa itu. Dah lama isu ini berlaku didalam masyarakat, yang mana rata-rata tidak mengetahui peranan yang di mainkan oleh mereka itu secara sulit.

    Hah kalau Syaikhan Ubaid nak faham macamana nak sanggah pendapat meraka boleh lah cari komik ni…bukan buku…buku yang dulu tu tajuk lama…tapi tu hah Pakcik Hadhari tak bagi terbit.

    Pada masa ini juga dalam tahun, lebih kurang hujung 90an, perkara ini mula kecoh, segelintir pelajar dari UM…emmm yang telah didapati terpesong untuk memeluk agama kristian. Tapi dengan wujudnya komik ini barulah segelintir masyarakat faham tentang kepentingan Nama Allah. Didalam buku ini ada menerangkan bagaimana nama Allah digunakan didalam Holy Bible,dan bagaimana dialog tersebut dapat menyangkal perbezaan di antara kebenaran yang terdaapat di dalam Al-Quran.

    Maaf ye AKAK saya tak bermaksud nak menyingung perasaan AKAK tentang pendapat untuk nak bagi bahan bacaan kepada anak-anak. saya rasa komik-komik juga ada baiknya.,saya dulu memang mengemari komik, kebanyakkan nya berunsur kartun dan bahan-bahan bacaan yang lain. Novel juga tidak kurang juga yang saya baca. Tapi saya ni lebih banyak membaca cerita-cerita perang, politik, sains,agama dan documentary. Ada juga buku-buku yang di karang oleh seperti:
    Dr. Abdul Aziz Muhammad, Hj. Muhammad Rivai Batubara, Abu Mus’ad Al-Husny, Zulkifilee Yazid, IBNU YUSOF, Ahmad Adnan,Khazanah Madaniyyah,Debbi Rawlins,Jo Leigh, Kathryn Shay,Lamia Aimal,Abd Talib Hassan dan lain-lain lagi.
    Sekarang ni kurang lah sedikit nak membelinya, sejak-semenjak teknologi ni dah berkembang, saya lebih gemar copies and paste je didalam internet.

    Saya petik sedikit kata-kata dialog di dalam buku ini….KISAH INI KISAH YANG BENAR-BENAR TERJADI…pada masa itu puok-puok umno tak percaya..dia kita itu kempen pembangkang.

    Pada hari Selasa, 9 hb mac 1970 bertempat di sebuah pondok pengajian Islam, seorang kristian yang bernama Antonius telah berjumpa dengan seorang Ustaz yang bernama Ust Bahaudin Mudhary.

    * Dengan daya upaya yang ada, saya mempertahankan keyakinan saya selaku pemeluk agama Kristian Roman Katholik, namum benteng pertahanan saya runtuh sedikit demi sedikit di tangan Ustaz Bahaudin Mudhary. Beliau hanya menggunakan Ktab bible untuk menghadapi sanggahan-sanggahan saya.

    Bagi pendapat saya elok lah pada masa ini buku dan komik ini diterbitkan semula untuk tatapan umum bagi menyanggah isu penggunaan nama Allah. Boleh lah cari buku-buku tu sebagai panduan.

    • kata ibni baitutah..Asma Ul Husna ada 99 nama…yang wajib kita ketahui 20..

      setahu aku yang wajib kita ketahui 20 tu sifat wajib Allah bukan asma alHusna..

  4. kalu nak tahu tentang bicara penggunaan sila gi kat http://www.zahurudin.net.Dia bicara secara ilmiah.

  5. Kat dalam ni pun tak terbicara…nak pegi lagu mana?
    takpe lah nak kena edisi siasat dulu….bukan apa takot-takot tersalah tersesat ke pegi Rasul lagu mana lain pulok.

  6. Aku lagi tegelak dengar comment Naktegelak…memang sah lah ko ni BOTOL-BOTOL dotdotdot…

    Apabila kita pandang alam sekeliling kita, banyak yang didapati perkara-perkara yang luar biasa yang menakjudkan kita, umpama kejadian langit dan bumi dan segala isi yang terkandung didalamnya dan apabila diselidiki satu persatu didapati sekecil-kecil benda pun ada yang menjadikannya, apatah lagi alam begini besar luas dan lebar,tentu dan mesti ada yang menjadikannya.

    PAStilah oleh itu bahawa yang menjadikannya itu ialah Allah Ta’ala yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Oleh yang demikian tentulah Allah tu bersifat dengan segala kesempurnaan, Jamal(indah),Jalal(kebesaran) dan Kamal(kesempurnaan) yang tidak terhingga banyaknya.
    Dalam Bible ada tak sebut Nama-Nama Allah(Sifat Allah)….yang kes ni Perkataan Allah.

    Didalam Kitab Bible…ada pun perjanjian baru atau lama, Jesus anak tuhan…ayat-ayat yang menyentuh soal ketuhanan Jesus, kerana soal ketuhanan merupakan kepercayaan pokok tiap-tiap agama.
    Dalam ‘Matius fasal 3, ayat 17…menyebut “Inilah anakKu yang Ku kasihi,kepadanya Aku berkenan”.
    ‘Lukas fasal 4, ayat 41 juga menyebut Jesus itu anak Allah.
    Kita lihat lagi ‘Matius fasal 5, ayat 9….sesiapa yang mendamaikan manusia menjadi anak-anak Allah juga.
    *Jadi bermakna bukan Jesus sahaja anak Allah…

    Dalam tu pun kita dah faham nama- yang di kaitkan makna “Aku” merujuk kepada Allah….anak Tuhan…padahal nama betul tuhan dia Jesus….kenapa pulak nak pakai nama Allah….sedangkan tiada satu pun Sifat-sifat Allah yang nak digunakannya.Wuallahualam.

    Cuma yang wajib di ketahui dengan terperinci oleh setiap orang Islam(bukan Selam) yang sudah berakal ialah 20 sifat yang wajib(mesti ada pada Allah) dan 20 sifat yang mustahil(yang tidak mungkin pada Allah) juga 1 sifat yang harus (boleh ada/boleh tidak ada pada Allah Ta’ala. Adapun sifat-sifat yang mesti ada pada Allah ta’ala dan 20 sifat yang mustahil pada Allah.

    Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadis, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, Kalam, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu ‘Aaliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Bashiran, Kaunuhu Mutakaliman. (susah lak aku nak alih tulih rumi ni…Di Ingatkan sila rujuk dalam Bahasa Arab)

    Ada tak nama-nama tu dalam Bible?. Ko ke aku yang tak faham Asma Hul Husna?.
    Macamana dia orang nak pakai nama Allah…sekejab…anak tuhan…sekejab….tuhan tu…tuhan ni.????
    Berapa Kitab suci yang wajib kita percayai?
    Taurat, Zabur, Injil, Al-Quran.

    Tapi dalam web AKAK ni tak sama lah nak soal jawab seperti mana yang sepatutnya mengikut adap-adapnya yang betul. Tak boleh lah sama macam di dalam kuliah-kuliah agama, ada adapnya dengan Guru secara tertip dan adapnya. Dalam web sekadar memberi penjelasan boleh lah.

    Apa yang baik itu daripada Allah yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan kita.

  7. Terimakasih abuja…..insyakallah mungkin ada kekurangan saya ni.
    Mintalah jasa baik Abuja bagi faham kan…..
    sila kan….comment yang membina dan menguntungkan….bukan kepada saya sahaja…Tapi elok lah untuk semua dapat memahaminya.
    Lebih-lebih lagi puok-puok Pak Aji-Umno-NaikMotor…agar dia orang tu di buka pintu hatinya…selain kebenaran yang hampir 15 tahun dok ngoyak pung negeri ni….orang masih tak faham lagi.
    Sila kan..

    • ni blog amalina ke blog kau?

      banyak pulak ceramah + maki hamun + merepek dia.

    • ibn baitutah….

      lain kali buat research dulu nak citer pasal agama…jangan sampai sesat dan menyesatkan orang..

  8. Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

    Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

    “Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

    “Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

    Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

    “Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

    “Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

    “Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran,” katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

    Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

    Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

    Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

    Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

    Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

    Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

    “Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

    “Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam… sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah,” katanya.

    Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

    “Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

    “Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah,” katanya.

    Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

    “Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing,” katanya.

  9. Ilhad (mengingkari) asma` Allah  ialah tindakan menyelewengkan asma` dari kebenaran yang wajib dilaksanakan terhadapnya.
    Macam-macam ilhad:
    a. Mengingkari sesuatu dari asma` Allah , sifat dan hukum yang terkandung di dalamnya. Seperti tindakan kaum Jahmiyah dan golongan lain dari ahli ta’thil. Menurut mereka, sesungguhnya asma` adalah lafazh yang kosong, tidak mengandung sifat dan makna. Mereka memberikan nama kepada-Nya as-Sami`, al-Bashir, al-Hayy, ar-Rahim, al-Mutakallim, dan al-Murid. Namun mereka mengatakan: Tiada kehidupan bagi-Nya, tiada pendengaran, tiada penglihatan, tiada perkataan, tiada kehendak yang berdiri dengan-Nya. Ini adalah ilhad paling besar pada asma`, baik secara akal, syara`, bahasa, dan fithrah.
    b. Menjadikan asma` Allah  mempunyai indikasi (dalalah) yang serupa dengan sifat makhluk. Seperti tindakan ahlu tasybih (antropomorphism). Golongan ini adalah kebalikan dari golongan pertama yang mengingkari sifat Allah  dan menolak sifat kesempurnaan-Nya.
    c. Menamai Allah  dengan nama yang tidak disebutkan-Nya untuk diri-Nya dan tidak disebutkan oleh Rasul-Nya dalam hadits yang shahih. Seperti tindakan kaum Nasrani yang menamai-Nya ‘Bapa’ dan tindakan filosof yang menyebut-Nya ‘Al`ilah al-Fa`ilah’ (Efficient Cause). Karena Asma` Allah  adalah tauqifiyah, maka menamai Allah  yang bukan berasal dari Allah  atau dari Rasul-Nya , berarti menyelewengkan Asma` Allah  dari kebenaran.
    d. Mengambil dari Asma` Allah  nama untuk berhala. Seperti tindakan kaum musyrikin yang menamai berhala mereka dengan nama al-‘Uzza berasal dari al-‘Aziz dan berhala al-Laat yang berasal dari al-Ilah.
    Ilhad dengan segala macamnya adalah haram, karena Allah  mengancam orang yang berbuat ilhad dengan firman-Nya:
    وَللهِ اْلأَسْمَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَاكَانُوا يَعْمَلُونَ
    Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (QS. Al-A’raaf : 180)
    e. Mensifati-Nya dengan sifat yang Dia  Maha Besar dan Maha Suci dari sifat kekurangan, seperti perkataan Yahudi yang paling jahat: “Innahu faqiir (bahwasanya Dia fakir) dan perkataan mereka bahwa Dia beristirahat setelah menciptakan makhluk-Nya. Dan perkataan mereka:
    يَدُ اللهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا
    Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (QS. Al-Maidah:64)
    Dan perkataan-perkataan serupa dengan itu termasuk ilhad pada Asma` dan sifat Allah .

    Rujukan:
    بدائع الفوائد: للإمام ابن القيم الجوزية
    القواعد المثلى فى الأسماء والصفات : الشيخ محمد صالح العثيمين
    شرح أسماء الحسنى فى ضوء الكتاب والسنة: الشيخ سعيد القحطاني

  10. wahhh. pak badol…asia bagus tulisannya

    Takbir…Takbir…Takbir

    Kuat sikit pak badol…tak dengar lagi..sekalim lagi..

    takbir…takbir…takbir

  11. Bagus…pak badol teruskan copies and paste tu……bagi info lagi dalam tempat AKAK ni…..tetapi jangan lupa Takbir 3x ok……kuat sikit…Pak Cu, Hj Gazal…sekali ye. bagi info tentang penentangan terhadap Orang Islam dan Kerajaan Pas Kelantan…tak kira Pakatan Rakyat Sekali….jangan menanguk di air yang keruh je….takan Isu nama Allah je….tu pun umno belum tentu boleh menang dengan up isu tu pun.

  12. alhamdullilah..terimakasih abuja

    puok-puok umno….apa lagi ambil lah menafaat darinya….
    Mu ngoyak pusing-pusing..lagu mana…nama mu pung….mu tak boleh ngoyak guano…pasal nak…..jatuh Islam ni.
    Tak yah lah nak tipu AKAK aku….dengan comment mu…dengan mu nok ubah-ubah nama mu tu….
    Insaf lah…kami puok-puok kami tak terpedaya sikit pun….berbalohn kami…membina…berbaloh kami…Islam berjaya….berbalohn kami…..Islam tertinggi.

  13. Lets Stand Up for Islam….and Name of Allah.

    “A Call For Salvation”

    This is a call to every wise person who wants to deliver him self from the torment of Hell Fire in the hereafter, as well as the torment of the Grave after death.

    ” Dear Reader”

    Hurry up to rescue yourself and gain salvation. Believe that Allah is your God and that there is no god save Allah and Believe that Muhammad is His messenger. Embrace Islam, perform prayer, pay the Zakat, perform pilgrimage to the House of Allah if you have the means to do so. Declare openly that you are a Muslim to Allah.
    I swear By Allah taht there is no way for deliverance and salvation save Islam, I swear By Allah who is the only God that the religion of Islam is the religion of truth, and that Allah will accept no other religion from anybody.
    I cal Allah, Hits angels, and all His creation as witnesses to my testimony that there is no god save Allah and taht Muhammad is the massenger of Allah, and that Islam is the true religion.
    I invoke Allah to bless me and make me die while being a true muslim so taht I may dewll in pradise in companionship with our honest Prophet Muhammad and all prophtets of Allah.
    May Allah make this writte useful for all those who read it. May the blessings and peace of Allah be upon our Prophet Muhammad and his companions. All praise be to Allah, the Lord of all Worlds.

    Hahh tn Hj Ghazali…boleh ambilah word ni bila tn hj nak mesyuarat kawasan nanti…buat ucapan ye…gurantee.
    Kalau dari mana dia orang tanye word ni hj dapat…kata kat depa….from UIA……Universal…Intelligent…Accomplish.

    fikir-fikirkan…selamat beramallll…

  14. pemuda miskin

    4 in 1…

  15. Apa Jutawan Fakir…sesat?
    Apa yang sesat tu?…Seadanya.
    cuba cerita sikit…al maklumkan….silakan

  16. Info journal:

    Kebangkitan Minda Cyber

    Kecanggihan teknologi media telah mengakibatkan perubahan minda genarasi muda(hah macam mu jugok..piok-puok ni) berpindah dari penggunaan media konvensional kepada rupa elektronik visual dan virtual. Rancangan untuk mewujudkan Multimedia Super Corridor (MSC) di dalam negara kita amat di alu-laukan. MSC pasti dapat memberi pelbagai menafaat kepada rakyat.
    Walaubagaimanapun, kekaguman kita terhadap kecanggihan teknologi canggih masam kini jangan sampai menjejaskan status kita sebagai Khalifat’ul Ilah. Sesungguhnya teknologi media pada saat ini begitu kuat pengaruhnya sehingga ia dapat mempengaruhi gaya hidup manusia dengan cepat sekali. Francis Bacon(1561-1626) telah meletakkan asas terhadap asas terhadap sains dan teknologi barat dengan menekankan tujuan sebenar sains ialah teh endowment of human life new inventions and riches. Jesteru world view dunia barat mengenai sains dan teknologi hanya bersifat human centric, Islam tidak dapat menerima pegangan sedemikian. Pada hari ini telah ada sarjana-sarjana sains barat yang membicarakan peranan nialai dalam penciptaan sains dan teknologi.

    Human values are incarnate in our tecnologies.

  17. PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

    Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

    Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

    “Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

    “Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

    Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

    Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

    Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja.

    Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

    Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.

    PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan NGO yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.

    Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.

    *puok-puok mu taknak jadi kan isu ke?…….mu ingat mu sorang saja kat dunia ni.Adilnye Tok Guru kito tak kiro sapo weiihh. Mu ingat Islam kito-kito ni fanatik dan extreme ko….lagu ni nok komen tak yah lah….dusta belako….malam ni je Hits mu merundum…pasai yang lalat dok hurung selama ni topeng Islam…sukmo LALAI dan LEKA tengok AJL…guano lagu niehhhhh……

  18. Puan SeriSuri,
    Patut Puan adakan kuota untuk pengomen2 kat sini-sekarang ni ambo konfius, ni blog SeriSuri ko blog si Ibni-baitutoh tu? asyik2 dia jer,komen2 dia pun bukan nyer hebat sangat.Ulasan dia cetek , kebudak-budakan dan langsong tak mencerna minda untuk berhujah secara intelek dan bijaksana.

    Kpd Ibnu-baitutoh,
    Mu royat mu ada blog sendiri,tapi watponye mu buat onar kat sini? dah,dah, gi main jauh jauh gi…..!

  19. ampatuan jr

    kecewa lah tu…tak boleh nok perbodohkan orang lain, tersilap kelik ambo. Huhhhh jawabnya kalau dengan ambo….JADI LAUKKK LAHHH.

  20. ampatuan jr

    Tu main KUOTA tu….apa dio tu?…kiro MLM ko?.

  21. saya tertanya macam mana cara untuk saya dan lain lain pembaca mendapat anak yang cerdik dan pandai sapertimana yang di lahirkan olih keluarga puan .Adakah AYAHANDA puan menurunkan petua yang bolih digunapakai olih semua?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: