• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    January 2010
    S M T W T F S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  

Keutamaan

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah, seminggu sudah sesi persekolahan baru bermula. Kembali ke alam persekolahan selepas lebih kurang 40 hari bercuti panjang, insyaAllah menjanjikan motivasi baru kepada anak-anak. Saya pula kembali ke rutin asal, menghantar dan mengambil mereka pada setiap hari.

Setiap kali sesi persekolahan baru bermula, saya yakin semua ibubapa akan memberi tumpuan yang lebih kepada kedudukan kewangan mereka. Untuk sesi kali ini saya menghabiskan RM500 untuk yuran pengajian bagi empat orang anak, RM150 untuk pakaian seragam anakanda yang menjengah ke darjah satu, dan RM50 bagi keperluan alatulis. Dengan jumlahnya mencapai RM700, saya kira ia suatu jumlah yang banyak.

Saya tidak pasti sejauh mana setiap ibubapa bersedia untuk menyediakan keperluan kewangan yang sekaligus ini. Namun, saya yakin bahawa setiap ibubapa itu telah berusaha sehabis daya untuk mencukupkan keperluan kepada anak-anak bagi mendapat pendidikan yang terbaik. InsyaAllah, saya juga di antara ibubapa yang mahu sehabis baik mengutamakan keperluan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Isu-isu kemasyarakatan ada tempatnya dalam pemikiran ini kerana jiwa saya sudah sebati dengan permasalahan dalam kehidupan. Keluhan sesetengah daripada ahli masyarakat tentang ketidakcukupan kewangan mereka pada musim-musim tertentu sering saja mendapat perhatian pancaindera saya.

Saya yang membesar di dalam sebuah keluarga Wakil Rakyat sentiasa meniti fenomena ketidakcukupan rakyat dalam menyediakan keperluan kepada anak-anak diawal sesi persekolahan pada saban tahun. Begitu juga pada tahun ini, rumah ayahbonda saya menjadi tumpuan rakyat untuk datang memohon sebarang bentuk keperluan untuk penyediaan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang ke rumah saya pun ada juga, tapi sedikit sahaja. Kami akan cuba sedaya yang boleh, insyaAllah.

Tentunya yang datang itu adalah para ibu, bersama anak-anak kecil yang masih didukungan. Jika ditanya di mana ayahnya, dijawabnya sakit, tidak boleh bekerja. Anda faham fungsi anak kecil itu? Inilah yang dihebohkan sebagai tanggungjawab seorang ketua keluarga. Keutamaan itu penting. Mana yang lebih penting? Mengkualitikan anak-anak atau mengkuantitikan anak-anak? Kita sama-sama fikirkan.

Sebenarnya jika ditanya sesiapapun tentang status kewangan mereka, hatta disoal kepada seorang ahli perniagaan Palestin (yang namanya tidak didedahkan) yang membeli sebuah apartmen satu bilik tidur di bangunan Burj Dubai pada harga AS$3 juta (RM10.27 juta) pada tahun 2008, saya percaya bahawa dia juga akan menjawab, kekayaannya itu belum mencukupi.

Walaupun dunia ini sudah dimaklumkan hanya bersifat persinggahan, namun sesi ‘mengejar’ dunia itu tiada hentinya. Jika diikutkan nafsu, masa 24 jam itu tiada cukupnya.

Nafsu ini sentiasa mahukan yang baru, dari sekecil-sekecil keinginan kepada makan pakai, sehinggalah kepada pemilikan kekayaan hartanah yang luar biasa.

Kalau boleh semuanya mahu dikaut. Andai ada lagi harta di atas langit sana, tiada segan silunya untuk manusia memilikinya.

Namun, percayalah bahawa berlebih-lebihan itu satu bebanan. Bersederhana itu adalah keperluan. Bukan bermaksud tiada boleh bersaing hebat di dunia ini, tetapi kalau sudah ketahap pembaziran, tiada maknanya pencarian itu. Ia hanya mendatangkan kemudaratan.

Prioritikan Ibadah

Dimana kita dalam mengutamakan kepentingan dalam beribadat kepada Allah? Sama-sama kita renungkan.

Jika kita prioritikan solat mengikut masa diawal waktunya, insyaAllah kehidupan ini ada rehatnya.

Sepatutnya solat diawal waktu diberi keutamaan. Namun, daripada pemerhatian sendiri dalam bermu’amalah ketika di kampus mahupun sekarang ini, masih banyak yang bergelar kepimpinan kampus dan ustaz mengabaikan solat di awal waktu, yang diprioritikan ceramah mahupun kuliah yang berdegar-degar itu. Menyampaikan ilmu Islam itu sememangnya dihargai, namun jika diterbalikkan keutamaan ini, tidak salah jika ‘pengikut’ ini tidak memberi hormat kepada mereka.

Sejak fikiran ini boleh memahami erti dunia dan akhirat, tentu sekali kita sudah boleh menilai apa sepatutnya yang kita lakukan pada kehidupan dunia ini.

Dosa pahala telah kita sama-sama pelajari. Sebagai seorang Muslim, sepatutnya kehidupan kita lebih teratur berbanding non-muslim, memandangkan sudah nyata sekali bahawa kehidupan dunia ini ada matlamatnya. Kita ada alam lain untuk dituju selepas dunia yang fana ini.

Jika tahu menggunapakai sistem Islam dalam kehidupan, insyaAllah hidayah daripada Ilahi sentiasa akan melorongkan kita ke jalan yang diredhaiNya.

Kehidupan sihat

Untuk memiliki sebuah kehidupan yang ‘sihat’, sepatutnya kita tahu benar apa yang perlu kita dahulukan. Supaya kelak nanti kita berakhir dengan aman.

Bagaimana mahu faham untuk memberi keutamaan? Mungkin kita boleh senaraikannya terlebih dahulu.

Beli keperluan persekolahan anak-anak, bereskan yuran persekolahan, bantu anak buat homework, bersantai bersama kawan-kawan, update blog…senarai ini mungkin sesuai untuk seorang suri rumah…

Tiada orang lain yang boleh menentukan apa yang sepatutnya kita dahulukan, melainkan diri kita sendiri yang membuat perancangan keatas kehidupan ini. Kita yang memilih keutamaan itu berdasarkan kepentingannya ke atas kehidupan kita.

Fikirkan dengan bijak apa yang sebetulnya kita mahukan dalam kehidupan ini. Jika mampu, senaraikan kekakanan keutamaan itu, pilih yang terbaik, maka ‘kirikan’ perkara yang boleh dikemudiankan.

Jarang seseorang itu mampu mencapai keinginannya secara serentak.

Jika kita bermula pada usia dewasa ini, apa yang kita mahu sebenarnya? Jika ditanya saya, jawabnya, anak-anak adalah keutamaan. Kemudian itu, kemudian ini. Tentunya untuk diri sendiri saya kemudiankan. Tidak mengapa saya berkorban, namun janganlah sehingga saya terkorban.

Usia kanak-kanak adalah usia emas yang tinggi nilainya. Saya cuba memberikan mereka yang terbaik, mengutamakan keperluan kehidupan mereka, bakinya barulah untuk saya.

Jangan kerana seorang dewasa itu nafsunya besar, disisihkan pula keperluan sikecil.

Ilmu

Sejauhmana kita mementingkan percambahan ilmu dalam kehidupan ini? Kelihatan anak-anak kita lebih mudah menghafal lirik lagu berbanding ayat-ayat suci al-Quran.

Anak-anak saya adakalanya begitulah. Saya tidak membenarkan apa-apa lagu berkumandang di dalam rumah, di dalam kereta pula kadang-kadang sahaja, tika boring dan tiba-tiba menjadi mengantuk semasa pemanduan, saya mula mencari-cari info di radio…Sekurang itupun saya mendengar radio, boleh lagi anak-anak ini menyanyi-nyanyi kecil bersahutan bersama mereka. Apabila saya tanya, mana tahu lagu ini? Jawabnya, kawan-kawan yang nyanyikan. Lihatlah betapa besarnya pengaruh kawan-kawan!

Bagaimana pula kita mahu menentukan kawan-kawan yang baik mempengaruhi anak-anak kita? Inilah cabaran besar buat kita sebagai ibubapa dalam mengharungi sebuah kehidupan sosial yang mula menonjolkan kebejatannya yang mula rosak dari semasa ke semasa. Apakah peranan besar kita sebagai ibubapa dalam mendidik dan memberi kesedaran sivik kepada anak-anak ini, kerana sesungguhnya akhlak yang baik itu bermula daripada didikan di rumah.

Tiada ibubapa yang tidak mahu melihat anak-anak ini berjaya kehidupan mereka dengan cemerlang. Bukan hanya meraih kejayaan gemilang di dunia, namun lebih dari itu, membawa hati yang sejahtera ke akhirat.

Kita sememangnya tidak mahu anak-anak ini layu dalam propaganda dunia yang semakin menjadi-jadi terutama dalam bidang hiburan. Tanahair yang kita cintakan ini pun sudah larut sama dengan budaya hedonisme.

Seolah-olah tiada ertinya hidup ini tanpa artis, baik si seksa tempatan mahupun yang dimport dari luar. Tiada keberkatannya sebuah kehidupan dengan keterlaluan menaja program-program yang berorientasikan syaitan ini. Rakyat pula diperah secara rela untuk melabur keatas tiket-tiket konsert yang berharga beratus-ratus RM.

Siapa sebenarnya yang patut kita salahkan dalam fenomena ini? Saya memilih ibubapa.

Dalam membina sebuah keluarga yang berjaya, ilmu keibubapaan sangat penting. Ibubapalah yang berperanan besar dalam melahirkan anak-anak yang mempunyai jatidiri muslim yang sebenar. Tanamkan akhlak Islam sedari mereka kecil lagi. Beritahu mereka situasi yang sebenar dalam semua aspek keadaan, jangan biarkan mereka terikut-ikut dengan arus kemodenan dunia. Kelak nanti, jangan kita mengalir air mata kerana mereka sudah menjadi anak derhaka.

Penekanan didikan bersumberkan ilmu Islam itu bukan sekadar cukup dengan mereka memakai tudung, berkopiah sahaja, tetapi lebih kepada menanam jauh ke dalam jiwa mereka bahawa ke mana mereka pergi sekalipun, Allah tetap ada bersama.

Jangan jemu memberi pengertian kepada anak-anak ini mengenai betapa sempurnanya Islam. Kita yang melahirkan mereka, maka wajib kita menjaga amanah ini dengan sehabis sempurna.

Namun, ibubapa perlu bijak mengawal emosi anak-anak, banyakkan menjawab persoalan, kurangkan ‘berceramah’ itu ini kepada mereka, lebih-lebih lagi kepada anak-anak remaja, mereka mudah saja merasa rimas, akan terasa diri mereka semuanya tidak kena kepada mata orang tua.

Sebagai ibubapa, fahami apa kehendak anak-anak ini. Apa yang anak-anak ini mahukan dalam kehidupan mereka, dalam masa yang sama sampaikan juga harapan kita secara santai kepada mereka. Saya percaya komunikasi dua hala sebegini mampu untuk kita lebih menjiwai peranan masing-masing. Sebagai contoh, jika impian kita mahukan anak-anak berjaya, jangan pula mengelak untuk menghantar mereka tuisyen, jika itu yang mereka pinta. Itu maknanya kita saling memahami kepada semua kehendak.

Sebuah keluarga yang tiada harmoninya, membebankan, caca marba…sungguh tiada bahagianya.

Sebuah keluarga yang dibina biarlah mencapai matlamat sebenar sepertiman kita putuskan ketika mahu mendirikan rumahtangga. Membina keluarga adalah suatu kurniaan yang tiada nilainya, tiada kejayaan yang dibina tanpa sebuah keluarga yang berjaya.

Berbeza

Saya kira keutamaan di antara seorang wanita dengan lelaki itu adalah berbeza. Kelainan juga kepada tanggungjawab seseorang itu. Mungkin saya sebagai seorang ibu memikirkan kepada anak-anak, tetapi adalah penting bagi suami saya mendahulukan keperluan seorang ibu. Begitu pula jika ditanya kepada anak-anak yang masih ringan tanggungjawabnya, tentu keutamaan mereka diberi kepada pencapaian dalam peperiksaan sahaja.

Jika dilihat dalam kontek yang lebih besar, keutamaan seorang pemimpin tentunya mahu memberi kesejahteraan kepada rakyat umum, jika ditanya rakyat awam pula, tentu keutamaan mereka dalam skop yang lebih kecil, mungkin mahu menjaga keselesaan keluarga.

Matlamat

Hidup ini biarlah ditentukan matlamatnya. Jika suka berfikir jauh, buatlah matlamat jangka panjang, jika tidak mahu membebankan fikiran melihat masa depan yang bermacam-macam itu, maka rancangkanlah sekudrat tilikan minda yang ada. Namun, elakkanlah perancangan yang hanya akan menjadi sia-sia kepada usia ini.

Jadilah manusia bijak, jangan campur adukkan perancangan itu dengan ramuan-ramuan yang mungkin memakan diri sendiri. Manfaatkan usia yang ada dengan perkara-perkara yang munasabah lagi berfaedah. Bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk masyarakat sekeliling dan masa depan yang akan kita tinggalkan.

Dunia ini hanya sementara. Tempat kita mencari bekalan menuju akhirat. Menghadap tuhan itu adalah sasarannya. Pastinya sementara usia masih dikandung badan, marilah kita sama berfikir apakah keutaman yang sepatutnya kita prioritikan.

Keliru

Namun, tidak dinafikan bahawa kadang-kadang kita terkeliru dengan keutamaan yang kelihatan sama pentingnya. Tidak tahu untuk kita nilaikan mana satu wajar didahulukan.

Dalam rutin sebuah keluarga, tentunya kita patut prioritikan diri sendiri, pasangan kita, seterusnya anak-anak. Mahukan kehidupan yang lebih teratur, pastinya kita dahulukan keperluan yang lebih penting nilainya. Hal remeh-temeh kita selesaikan selepas itu. Mungkin ada pula hal-hal kecil yang terkebetulan, maka kita sambil-sambil usahakannya.

Kita sendiri yang akan menentukan kepentingan yang perlu diutamakan.

Dahulukan keutamaan yang akan memberi harga yang lebih prestij pada kehidupan kita.

Mencari rezeki yang halal dan diberkati, menyelesakan kehidupan berumahtangga, mengekalkan prestasi kesihatan tubuh badan, menjayakan potensi anak-anak, bersosial dalam hidup bermasyarakat, bukanlah perkara-perkara enteng. Ia memerlukan ketahanan fizikal dan minda yang kuat.

Pastikan setiap perkara yang kita sasarkan itu ada manfaatnya. Bukan hanya nilaian untuk dunia, namun lebih dari itu. Niatkan juga segala setiap perilaku dan amalan itu adalah untuk bekalan akhirat. InsyaAllah dengan niat yang baik diatas tindakan yang baik, Allah menjaminkan sebuah ketenangan untuk kita.

Ketenangan ini sesuatu yang tidak boleh diperoleh sambil lewa, ia hadir ke dalam hati yang tiada gundahnya. Pentingnya, kita percaya kepada kebesaran Allah, sujud kepadaNya, pohonlah agar hati ini sentiasa dihidayahkan untuk sentiasa mendapat yang terbaik.

Jiran

Bagaimana kejiranan anda? Ambillah masa bertanya khabar kepada mereka. Bantulah apabila mereka memerlukan sekadar kudrat yang kita ada. InsyaAllah konsep memberi dan menerima lebih mengharmonikan suasana hidup berjiran.

Setiap bicara kita kepada jiran ada ganjarannya. Bersapalah dengan perkataan yang baik-baik saja. InsyaAllah jika kita berniat baik terhadap mereka, maka baik juga balasan yang akan kita terima. Jangan pula terlalu bersosial sehingga terlajak mengumpat, itu konsep kejiranan yang belum merdeka pemikirannya.

Apabila saya memutuskan untuk ‘berjiran’ dengan berblog, maka saya mahukan yang baik-baik saja.

Saya mahu kita bersama menjayakan sebuah nilai kemanusiaan yang sejati dalam kehidupan ini.

Anda sudah ketemu keutamaan yang sebenar? Sama-sama kita menuju kearah sebuah kehidupan yang lebih sejahtera dan bermatlamat.

“Acuan Allah… Apakah ada yang lebih baik dari acuan Allah, sedang kita ini kepada-Nya, adalah hamba”

(Al-Baqarah : 138)

11.14am

102 Responses

  1. Salam berlapik terlebih dahulu untuk Puan Amalina,

    Kata orang anak macam kain putih, ibubapa yang akan mewarna kehidupannya.Ilmu yang bermafaat harus diberi ketika rebung lagi sebelum ibubapa melepaskan anak-anak mengharungi kehidupan yang penuh onar.

    Saya percaya semua ibubapa mahukan anak tidak buat onar bila dewasa nanti dan menjadi seperti sebatang pokok yang rendang membolehkan orang lain tumpang berteduh atau menjadi serumpung rumput boleh juga sermut berehat.

    Atikel Amalina kali ini amat saya senangi yang mempunyai mesej yang baik untuk tatapan.Bukan puji,kalau betul ana cakap betul kalau tak molek ana cakap tak molek.

    Kendati tergantung awan di langit,
    Tidak terlanjut Amalina bentangkan layar
    Walau badai datang menggulung
    Walau berdentum guruh di langit
    Walau bumi berkeping dua, jangan Amalina berhenti menulis.

    TQ

    • Semoga ada manfaatnya untuk kita sama-sama melahirkan generasi yang bersemangat untuk menyebarkan syiar Islam, insyaAllah…
      tq

  2. puan….sy ada membaca dlm entry terbaru kickdefella bertajuk sehati berdansa..kopi dangdut betul…

    Harap puan komen tentang majlis yang dihaadiri oleh puan , suami dan dato husa sekian

  3. Bermudik ke hulu tidak keharuan
    Memecah badai ombak memukul
    Mencarik tinta buat tatapan
    Zikir berlalu sambil tafakur

    Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat keluarga lagi.
    Sabda baginda yang bermaksud:

    ” Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

    “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Perumpamaan ini sering dikaitkan dengan pendidikan ibu bapa terhadap anak-anak. Generasi anak-anak kita yang bakal menjadi tunggak kecemerlangan negara hari ini perlu dididik dan dibentuk dari awal supaya mereka benar-benar dapat menghayati konsep dan erti sebenar kehidupan yang terbina sejak sekian lama. Hanya sekolah dilihat sebagai tempat terbaik untuk membentuk genarasi anak-anak atau pelajar kita dimasa akan datang. Malangnya apa yang berlaku sekarang ialah anak-anak kita jelas terpisah dengan sekolah aliran masing-masing.
    Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik.

    *ni kalau puok-puok umno Ortodok ni kata sesat dan kelakar……tak dapek den nak nolongnya.

    • Sebelum mendidik anak dengan baik, perlu ibubapa menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

      Setelah anak-anak mendapat pendidikan formal di sekolah, ada baiknya jika ibubapa bersama-sama menyokong apa jua tindakan yang diambil oleh pihak sekolah. Saya percaya bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pihak sekolah adalah untuk menjamin mutu dan kredibiliti tahap pendidikan dan disiplin para pelajar itu sendiri.

      Sehingga ke tahap ini saya percaya bahawa sesi persekolahan adalah perlu diasingkan di antara pelajar lelaki dengan perempuan. Jika tidak mampu untuk mengasingkan sekolah, memadai jika kelas diasingkan.

  4. Ya Allah Kau hancurkan mereka ini yang mempunyai maksud yang tersurat dan tersurat, yang berhasad dengki sesama Islam. Ko hancurkan mereka ini seperti mereka ingin hancurkan kami dari dahulu sehingga sekarang ini. Ya Allah aku pohon pada mu, hindari lah kejahatan mereka kepada kami.

    Ya Allah Kau tunai lah permintaan ku ini….

    • Membaca pengkisahan penaklukan Kota Costantinaple itu jelas tergambar bahawa untuk memiliki sebuah Kerajaan yang berjaya, bukan sahaja Ketua Kerajaan yang perlu hebat, tetapi para ‘tenteranya’ juga perlu hebat, – sehingga langsung tidak menyentuh barang sebiji buah anggur pun jika ia bukan miliknya, walaupun pada ketika itu Rajanya ‘betul-betul’ nazak.

      Ini perlu untuk kita jadikan pengajaran kepada Kerajaan Kelantan yang kita milik hari ini. InsyaAllah…

  5. Salam datang ziarah rumah Puan Amalina buat kali kedua,

    Amalina said:-

    “Apabila saya memutuskan untuk ‘berjiran’ dengan berblog, maka saya mahukan yang baik-baik saja.

    Saya mahu kita bersama menjayakan sebuah nilai kemanusiaan yang sejati dalam kehidupan ini.”

    Kalau bagitu adat orang bertadang,kalau orang datang ziarah blog kita yang sentiasa pintu terbuka,apa salahnya sekali kala datang juga mengomen blog ana ,kan adat berjiran.

    Sedikit fahaman berbeza tidak mengapa.

  6. Kalau paku pulang kegangang
    Menerpos terus di celah daun keladi
    Cengal melintang di buat palang
    Mencari sinar adat simpati.

    Kendengkian Kaum Yahudi

    Dengan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, perselisihan yang lebih besar muncul di kalangan Quraisy walaupun dasar perselisihan itu telah wujud sebelumnya. Bahkan, sebelum pengutusan Nabi, sejumlah cendikiawan telah mengungkapkan ketidaksukaan dan penolakan mereka terhadap agama bangsa Arab. Selalu saja ada perbincangan di setiap sudut dan kesempatan tentang nabi (berbangsa) Arab yang ditunggu dan yang akan menghidupkan kembali amalan penyembahan kepada Allah yang Esa. Orang Yahudi suka mengatakan, ” Kerana dasar agama kami sama dengan agama nabi Arab itu, kami akan menjadi pengikutnya dan melalui pertolongan kekuatannya kami akan mematahkan berhala dan menghancurkan bangunannya.”
    Dalam Sirah Nabi, Ibnu Hisyam(bukan ibni-baittutah) ada mengatakan. “Orang Yahudi suka mengugut kaum musyrikin Arab dengan mangatakan, “Saat kedatangan Nabi Arab semakin hampir dan dia akan menghancurkan kuil berhala.” Kata-kata ini menggambarkan di hadapan orang Arab runtuhnya zaman pemujaan berhala. Akibat propaganda awal orang Yahudi itulah sebahagian suku kaum kemudian mnyambut dakwah Nabi dan memeluk Islam. Namun, kerana kedengkian kaum Yahudi, mereka terus melakukan penolakan terhadap agama yang di bawa Nabi Muhammad s.a.w.
    Ayat Al-Quran ada menjelaskan:
    “Dan setelah datang kepada mereka Al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon(kedatangan Nabi) untuk mendapatkan kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka Allah melaknat ke atas orang-orang yang ingkar itu.”
    (surah al Baqarah: ayat 89).

  7. puan amaliana,

    saya pohon maaf atas tulisan saya sebelum ini. saya dirujuk maklumat tidak berasas.

    mengenali puan, memberikan gambaran gaya penulisan yang bersruktur dan terlapik bicaranya. saya cadangkan, puan mengarang buku, pasti akan laris di pasaran sepertimana ayah ziz lakukan.

    sayalah orang pertama yang akan membelinya. sebagaimana saya jadikan penulisan ayah ziz sebagai rujukan dan koleksi maktabah sempit di rumah sekadarnya.

    terima kasih puan.

    • Saya tiada masalah untuk memberi maaf, kesalahan saudara tidaklah sebesar mana. Cuma dilain masa, dalam keadaan apapun, selidiki dulu maklumat yang diterima. Manusia ini kalau semuanya baik, insyaAllah amanlah dunia…

      Tidaklah saya bercita-cita untuk menghasilkan buku, jauh lagi tu…cukuplah di sini saya menulis, berkongsi apa saja dengan anda semua.

      Datanglah ke ‘maktabah’ saya lagi…kiranya ada sesuatu yang berilmu untuk saya mengutipnya di sini. InsyaAllah…

  8. Ingin berkongsi dengan puan dan pembaca-pembaca setia blog puan. Harap melepasi tapisan. Jika tidak … kasihan …

    Excepts dari buku Sepuluh tahun membangun bersama Islam ,Kelantan di bawah kepimpinan Ulama yg di terbitkan pada tahun 2000 oleh pusat Kajian Strategik. Petikan dari buku tersebut menceritakan semasa TGNA berucap kepada mahasiswa Kelantan sempana Aidilfitri pada 5 hb Mac 1995, katanya” Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah SWT tidak beri kepada saya cemas mengenai kedudukan kewangan Kelantan walaupun pihak lawan kita , pihak yg tidak bersetuju dgn kita bersungguh sangat utk menjejaskan kewangan.
    Yang saya cemas sekali ialah BIMBANG TAKUT FIKIRAN SAYA . OTAK SAYA INI BERALIH DARIPADA HENDAK JAGA ISLAM KEPADA HENDAK JAGA DIRI SENDIRI, DARIPADA HENDAK JAGA MASYARAKAT KEPADA HENDAK JAGA ANAK BUAH, ANAK CUCU SAYA SENDIRI. INI YG SAYA BIMBANG SANGAT-SANGAT”

    • Saya berpendirian teguh bahawa TG masih lagi dengan fikirannya yang sama.

      Sehingga hari ini Islam adalah matlamat beliau dalam menguruskan sebuah Kerajaan.

      Jauh sekali untuk beliau menjaga kehendak diri sendiri. Apatah lagi untuk anak buah, anak cucunya sendiri.

      Tiada apa yang perlu TG bimbangkan kepada anak cucu beliau, kerana kami sudah terbiasa dengan kehidupan yang sederhana.
      InsyaAllah itulah juga kehidupan kami pada masa hadapan.

  9. wan & musafir

    Sekadar memberi pendapat itu bagus selagi ia nya tak bercanggah dengan akidah dan kaedah penulisan.Tetapi ianya mesti berpaksikan kebenaran asas fakta yang kukuh. Pencernaan sesuatu pemikiran mestilah seiring dengan pendapat-pendapat tadi. Kebenaran tercetus tidak semestinya dari idea pemikiran yang terbentuk, kadang-kadang ianya sepontan dari cabang pencetusan.
    Walaupun orang lain tidak mengenali kita, di dalam penulisan keikhlasan amat penting untuk melahirkan, atau pencetuskan sesuatu idea yang bernas dan boleh di terima oleh setiap orang atau masyarakat tersebut.
    Disini bukan lah saya ingin menunjuk pandai dan menunding jari kepada orang lain, tetapi pemahaman sesuatu perkara mestilah kita fikir-fikirkan keperluannya.

  10. Kita kongsi bersama…

    Keintelektualannya:

    Gamabaran kecerdasan dan kepandaian itu meluas ketika menghadapi masalah kehidupan dalam masyarakat. Diajukan kepada Umar sesuatu perkara yang diselesaikannya dan setelah itu diajukan kepadanya sebuah perkara yang menyerupai hal itu, maka ia memutuskan dengan fatwa yang berlainan. Tatkala ditanya tentang sebab perbezaan ini, Umar menjawab: “Itu adalah buat yang telah kami putuskan dan ini adalah buat yang sedang kami putuskan.” Sesungguhnya situasi kedua perkara itu berbeza, mekipun peristiwanya serupa.
    Umar yang pandai dan bijak tidak memuatkan fatwa di dalam akalnya seperti alat cetak yang beku, melainkan memuatkan pengertian yang bergerak segenap penjuru dan memahami pengaruh dalam peristiwa dan hukum itu yang di sebabkan oleh perbezaan setuasi dan sebab. Tidak ada yang mengungguli kecerdasan Umar selain keberanian dari kecerdasan ini.
    Sesungguhnya sikap ini saja naik ke tingkat kecerdasan insani tertinggi, bukan kerana baiknya alasan yang dikandungnya, akan tetapi kerana keberanian pemikiran yang di kandungnya. Banyak orang mampu memahami apa yang difahami Umar berupa hikmah penetapan hukum pada masa itu, akan tetapi Umar sendirilah yang dengan kecerdasanya yang tajam mampu mengembangkan penetapan hukum ini, terutama bila di tetapkan dengan ayat Al-Quran yang tidak di hapukan dan perbuatan Rsulullah s.a.w. yang tidak di batalkan. Yang benar adalah bahawa penglihatan Mata Hati dan rahsia Syariat yang paling dalam telah bertemu dengan baik pada kesedaran orang yang lurus dan jujur seperti Khulafah Rashidin.
    Rasulullah s.a.w. menyebutkan kenikmatan yang kurniakan Allah kepada Umar. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim r.a. bahawa:
    ” Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba kulihat(dalam mimpi) sebuah gelas berisi susu yang sedang kepegang. Maka aku pun minum dari situ hingga kurasakan kekenyangan sampai di kuku-kuku. Kemudian kuberikan sisa minuman ku kepada Umar Ibni Khatab. Para sahabat Rasul berkata: “Apakah takwilnya, ya Rasulullah? Baginda menjawab: “ILMU”.

    Renung-renungkan…fikir-fikirkan selamat beramalllll…

  11. seri suri tak pernah siar komen saya.

  12. Apasal dah pening kat sana tu….kalau baca hari-hari kat sana tu tanpa iman…gurantee sesat weiyhh.
    Mu baca satu fahaman…memang kata dio betul sukmo…..
    Ado fakta?…guano pusing-pusing……kalau ngoyak fakta…kenapa tak CARA….????

    Pelik sungguh…..kepellala….kepella sana tu…
    Bikin pusing…kepella..pusing kepellaa…..

  13. Hidup ini punya sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah swt . Antaranya ialah ibtila’ atau mehnah [ tribulasi ] . Tidak indah hidup tanpa ujian dan cabaran . Namun siapa yang tewas dengan ujian dan cabaran jua akan menderita . Semoga puan terus thabat dan istiqamah mendepan apa jua bentuk tahaddiyat yang merintang . Semoga sejahtera dan bahagia .

  14. Adusss…konfius nyer ambo nih! Sheih tu tulih dlm blog dia kata Nik Amalina ni Iblis,kalau Amalina tu Iblis maknanya bapa dia,emak dia,abe dia,laki dia & anak2 dia pon Iblis la kan? kan? Ish,ish,ish….konfiusnyerr, macam mana Iblis boleh jadi Tok Guru pulak? Jadi Musrsidul Am pada parti Keramat nih? Ish,ish…. konfiussss la.

    • Saya ambil petikan dari tulisan saya yang lalu;

      ‘Jangan menjadi makin keliru selepas membaca. Lebih parah kiranya andai kita menjadi ‘sesat’ kerana membaca’

  15. Ye betul lah…..bermakna dia yang tulis tu iblis….lagi confiustion….Dia orang tu semua ada tanda..?????…jadi takde jawapan. Bukan iblis yeee…. yang tulis tu iblis…Adussss…..lagi konfiussss la.
    Iblis tak boleh kena ayat suci…..panassssssss
    Mana pulok Tok Guru….panassss….dia selalu amal ayat suci..
    Iblis kena ayat suci….mana ada parti kan………
    Iblis ada ke…..bapa,emak, abe, laki dio dan anak-anak?…

  16. ampatuan jr

    sepatutnya iblis kena lawan iblis baru dapat tahu yang tu iblis. Itu pasal lah kat sana tu semua dalam tu iblis. Tu yang confius tak tahu yang mana tok guru, yang mana orang kan. Pasal dah semua dalam tu iblis je…..kira Parti iblis yeee kan. Parti iblis suka cerita-cerita iblis kan…. mana lak nak suka cerita-cerita Al-Quran….nanti dia takut panasssskan.Nanti bila panas iblis tu jadi tak tentu arah pulak naik temp dia kan….
    Nanti bila iblis panas…..dia mesti marah kan….mesti dia cakap macam iblis kan.
    Kalau iblis tak de tanda..????kan. Memang dah sah iblis kan.
    Kadang-kadang Iblis boleh menyerupai manusia tau?….macam manusia sejibik…betul kan.

    • Salam. I hate to read people who are sceptical about others. Talk nice about others and people will do the same to us.

  17. such a nuisance!

  18. salam ukhuwah & salam perjuangan

    عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
    بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
    وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
    Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
    Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
    diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
    tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
    memuliakan tetamunya.
    Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

    p/s: kickdefella kate iblis…why husam senyap membatu?

  19. INGATLAH BALASAN DARI ALLAH NANTI.

  20. terima kasih AKAK, terima kasih syaikhan, terima kasih tantawi……tantawi dah lama kita tak jumpa.

    Nasihat macam ini lah yang boleh kita fikirkan….bukan nya semakin keliru.
    Kenapa keliru…itu di sebabkan asutan manusia yang bertopengkan iblis.
    Mana mungkin mereka yang mengatakan sokongan terhadap Islam…tetapi menaburkan meknah dan onar….lojik atau tidak.
    Di Dalam Islam….jikalau kita lihat sejarah Khulafah Rashidin, ada di antara mereka membuat silap, tetapi segera diperbaiki oleh sahabat-sahabat lain.
    Hanya musuh sahaja yang suka mencela dan bermusuhan yang mahu memberi tekanan dan menabur fitnah.
    Sedangkan, kalau kita lihat isu ini bukan lah dari kesilapan tangan-tangan mereka, tetapi ia nya adalah masalah birokrasi dari sebahagiaan individu yang kononnya menyokong Islam, tetapi meraka mempunyai perancangan jahat tersendiri.
    Sebagai contoh, isu saman RM800 juta, itu semua perancangan yang telah diatur oleh pihak lawan….ia juga berkaitan dengan pemberian Royalty Minyak Kelantan.

    Permulaan Perancangan.
    Pertama: Meraka menafikan pemberian royalty minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
    Kedua: Mereka merancang saman RM800juta. dan telah di putuskan oleh makamah.

    Kedua-dua perkara ini kita lihat seolah-olah telah di atur dengan teliti lagi.

    Pertama: Dengan penafian Hak Mendapat Faedah Royalty Minyak….Kerajaan Kelantan akan menghadapi kesukaran untuk membayar hutang tersebut, pembagunan menjadi lembab dan kerja-kerja pentabiran akan menjadi lemah. Ini boleh mencetuhkan ketidak puasan mereka yang ingin melabur, kerana kurangnya keriarbiliti dari pihak pentabiran yang terpaksa menjalankan aktiviti yang terhad mengikut kemampuan.

    Kedua: Walaupun perkara tersebut telah berlaku sejak sekian lama, mengikut faktanya sepatutnya ia telah diselesaikan oleh BN terlebih dahulu semasa pemerintahannya. Kenapa ia tidak dijalan semasa mereka memerintah?. Kalau betul kes ini berlangsung sejak sekian lama, ia boleh jadi Kes Yang Paling Lama dalam sejarah. Kenapa baru 2004 difailkan semula?. Adakah dulunya syarikat timberline itu syarikat Pas pada masa itu?. Adakah ianya juga syarikat Bn pada masa sekarang. Kesemua mereka yang terbabit ini sebahagiaannya seudah pun Jol kedalam. Yang tinggal mungkin saki-baki anak-anak nya yang mungkin telah termakan asutan iblis…mana taknya Rm 800juta…siapa taknak. Takkan orang syarikat tersebut tak mahu, kalau dia sokong pas…apa dia dapat. Tentu ia mengikut telunjuk kata BN.

    • itu adalah andaian anda semata-mata.

      apa kesimpulannya? timberline tu syarikat orang UMNO ?
      ataupun kesilapan makhamah?

      cakap banyak, isi tarak

  21. salam puan…

    teruskan menulis,moga ada sinar dihujung corong..

  22. Sdr Ibni Baitutah,
    Maaf, ambo ni tak ngaji tinggi,biasa jer.Tapi bila ambo baco tulisan sdr dan tulisan Tong Gas yg panjang berjela tu lagi konfius ambo jadinyer. Perkataan Iblis dengan bilis tu rapat bunyinyer…bilis tu ikan kan? buat budu? Iblis pula jahat kan? Jahat sangat kah TGNA & famili hingga ada bekas kawan kini sanggup beri gelaran gitu? Siapa bilis siapa Iblis? Ish,ish ambo ni asyik konfius jer,maaf yea.

  23. satu tulisan yang menarik yg bole dikongsi bersama, boleh menjadi panduan utk generasi baru berumahtangga..

    • Itu antara harapan saya.

      Tapi saya pasti bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga sekalipun, ilmu keibubapaan itu perlu sentiasa dicari, sementelah dunia hari ini penuh dengan cabaran dalam mengukuhkan institusi rumahtangga, lebih-lebih lagi dalam memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak.

      Kadang-kadang generasi baru berumahtangga pun ada yang lebih baik ilmunya berbanding dengan pasangan yang telah lama melayari kehidupan, kerana orang muda biasanya lebih berkemahuan untuk mencari ilmu seni berumahtangga. Pasangan lama pula lebih kepada mengikut rentak pasangan sahaja.

      Begitu juga jika kita melihat kepada penghayatan Islam itu sendiri. Adakalanya kesungguhan Saudara Baru menghayati keindahan Islam itu mampu membuatkan kita yang dilahirkan sebagai Muslim ini malu kepada diri sendiri. Mereka begitu bersungguh-sungguh mencari ilmu Islam untuk mendapatkan keredhaan Ilahi, namun kita yang asli Muslim ini kadang-kadang boleh bertindak diluar minda yang boleh membawa kemusykilan kepada non-muslim.

  24. Ampatuan jr

    Terimakasih kerana memperbetulkan….saya juga minta maaf di atas kesilapan itu. Manusia mana kalau tak melakukan kesialapan.Amdo dengar iblis.Tapi sebenarnya Bilis ye. Kalau maksud Bilis tu mestilah maknanya lebih kurang maksud ikan jerung, kita dah faham dah dengan maksud tersebut.
    Seperti ambo katakan tadi jikalau itu yang mereka maksudkan mestilah mereka mempunyai fakta yang dikaitkan tadi.
    Kenapa mereka hanya bermaksud begitu?.
    Maksud ambo gitu-gitu lah kata orang.
    Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai fakta yang kukuh untuk membuat sesuatu tuduhan.
    Sekarang ini apa yang kita lihat mereka mengembar-gmebur sesuatu cerita yang diubah keterangan fakta yang sebenar dan dinilai dan dihakimi oleh segelintir rakyat yang sememang mempunyai sikap penentangan ke atas Kerajaan Kelantan.
    Dengan cara ini lah mereka dapat memhuraikan penentangan mereka itu.
    Dengan mengubah kata-kata di dalam, yang kita lihat lampiran asas penjanjian dan sebagai mana lah, itu semua bukan tulin seperti mana yang asal.
    Ia di ubah sekadar penyedap rasa ikan bilis, bagi memporak-perandakan target mereka.
    Mangsa utama ialah AfundiArif Fahmi, kita tahu sebenarnya Afundi telah membuat perancangan yang amat teratur dan strategi, sebagi contoh mengenai Pasar Tok Guru, Biasalah mana ada perniagaan yang tidak memerlukan untung,paling tidak pun pmbk memerlukan pulangan modal kembali setelah di bagunkan.(itu ringkas sahaja…tak payah AKAK jawab saya boleh huraikan semua kemelut tersebut termaksuk hal royalty minyak)
    Disini kita lihat kenapa mereka jadikan Afundi sebagai Objek utama mangsa isu tersebut.?.
    Kita tahu jawatan CEO adalah jawatan yang tidak berkaitan dengan jawatan politik. Bagaimana pula jika isu itu sesuatu jawatan parlimen seperti yang ada oleh seorang wakil rakyat, sudah tentu mereka tidak berani untuk ketengahkan, sebab hal-hal yang berkaitan politik dan jawatannya ditentukan oleh rakyat atau parlimen atau wakil dun. Itu pasal lah Abang Musa tu tak jawab…kerana ia bukan soal politik.
    Jadi kalau kita lihat kes Afundi ni, ia tak adil jiakalu di tentukan oleh rakyat, apa nak jadi macam sesetengah tempat lain yang mana masih lagi tak bertamadun boleh mengambil tindakan sendiri.
    Ini memang tak adil bagi Afundi dan AKAK itu untuk di adili sebegini rupa.
    Seperti mana saya menulis…ada komen baik dan tidak baik, yang mana tidak baiknya?. berikan fakta dan pembalasan caranya. Itu baru sikit. Saya pernah menulis dengan banyak blog yang agak panas jigak lah. Sehinggakan perbincangan saya mereka tak boleh jawab kenapa?.
    Kalau nak tahu lagi….tunggu.

    • afundi tu memang nama sebenar arifahmi ker? setahu saya afundi tu nama undian untuk sebuah rancangan hiburan.

      apa-apalah janji panas hehehheh

  25. “Saya pernah menulis dengan banyak blog yang agak panas jigak lah. Sehinggakan perbincangan saya mereka tak boleh jawab kenapa?.
    Kalau nak tahu lagi….tunggu.”

    satu komen yang terlalu bangga diri. orang tak jawab sebab tulisan ntah hapa-hapa kot. panjang berjela , fakta 0, ulasan idea sendiri .

  26. Saudari,

    Saya cadangkan saudari, suami dan adik-beradik saudari masuklah UMNO supaya boleh menjadi Ulamak dalam siasah UMNO.

    Itu lebih baik dari saudari berkelahi dalam siasah PAS. UMNO berbangga jika saudari sekeluarga masuk UMNO. Di dalam UMNO suami saudari tidak akan di perlakukan seperti sekarang malahan akan dihormati lagi…..

    Begitu juga dgn adik-beradik saudari iaitu Nik Abduh…. dalam UMNO tiada sesiapa pun akan mempersoalkan tentang kehidupan peribadi.

    Semoga hati kamu dan suami cepat2 masuk dalam UMNO.

    Kami dah tak sanggup melihat Tok Guru kami di cerca sebegini……

  27. ibni-baittutah,

    Berhenti2lah menulis,tulisan tuan mengarut banyak,buat menyimbuk sini je.Saya nasihat dellete semua yang ibni-baittutah tulis tu.Buat jatuh stadart blog anak MB

    dah panjang tak da poin pula,buang masa.,lebih tuan duduk zikir

  28. Salam anak puan Tok guru,

    Tak da masalah suami puan jadi ceo pun,cuma orang dengki je.

    Tengok nuwar berahim,bini,anak ,dia sendiri jadi wakil rakyat tak da hal pun.

    Ni kerja ada stengah nak jatuh tok guru sebenarnya..Saya nasihatkan tok guru tarik balik perletakan jawatan ceo pbmk suami puan.

    Peduli apa orang kata,letak pun orang kata,tak letak pun orang kata,lebih baik tarik balik,biar kickdeffela meraum macam kena histeria.Last2 sekali tentu masuk masuk wat gila.

    • W’lam…

      Itulah bahayanya dengki.

      Semakin kelihatan bahawa kebenaran yang sebenar adalah perancangan hebat untuk menjatuhkan TG.

  29. musa
    Kita komen je…bukan blog saya…saya dah ada bolg sendiri.

    Kali ni aku terima komen musa…macam gini lah hero Kelantan…malah senatero nanti insyakallah…
    Memang pun mengarut kalau kita bincangkan perkara yang sememangnya bukan isu…..Kepella pun dah serabut tu nampak gayanya…Aku ada sebelah pun dia tak tahu…
    Aku tengok je perkembangan selanjutnya….kena hebahkan kalau ada fakta sebenar lah kononnya, atau bukti kukuh tu.
    Nanti boleh jadi “CARA”….kalau saksi dan maklumat palsu lak bahaya tu.

    *ehkkkk…mana puok-puok balai dun bn dan pejabat pwtc umno ni…..ohhhhh lupo ambo….dia orang tengok AJL agaknya. Balik nanti buatlah surat terbuka…doa sekali ye…jangan lupa masukkan lagu-lagu yang juara tu sekali buat kiasan. Aeeekkkk….kemera pun dah takdo…uhhhh panassss….makan kari banyok…kari mamak.

  30. Puan seri suri yang budiman
    Kalau puan inginkan ketenangan berblog,tolong padamkan blog blog yang kurang siuman.Paling nyata sekali (ibni-baitutah) yang melalut tah apa-apa cerita.
    Kalau gatal sangat nak tulis,berilah pandangan,teguran,ulasan dan analisa yang bernah,jangan pandai hentam saja.
    Tulisan yang baik mencermin pekerti yang mulia.FAHAM ibni-baitutah
    Keseriaan Suri akan hilang sekiranya puan tidak ambil peduli dengan penjenguk2 yang karut marut ini.
    Wassalam…Saya sayang Puan Seri Nik Amalina

  31. pok musa…paok musa

    Tapelah ambo faham…kali ni ambo terima komen yang last…bagus sungguh, itu baru lah penjernihan tu.

    Pok musa..pok musa…mu no standard tulisan macam mana ambo boleh klick lain kalau mu mahu, demi hok nok ikut pendapat mu. Takpe ambo boleh ubah.Nanti kabor macamana mu nok yeee.
    “Peduli apa dia orang kata”….yang penting kerjasama supaya kito-kito ni tak terbabit masuk wat giler.
    Ambo raso tulisan kali ni dan cadangan mu bagus…AAF tak perlu letak jawatan, dio bukey anok TGNA betul tak?.
    Kalau anok dio….itu cerita lain. Tapi kenapa TGNA tak lantik anok dio?. Itu yang merunsingkan ambo…tapi nasib baik lah dio tak fikir macam tu ye.
    Tapi ambo tengok kertas kerja AAF tu ok lah yang terbaik kiro sama standard dengan ceo semalaysia yang lain dah. Tapi orang puok-puok umngok mana belajar, mana nok tahu yang mana betul yang mana salah. Kalau setakat nok buak isu perkatan “Bodoh” yang di sebut masa mesyuarat tu tak boleh nok di baca di makamah.
    Tapi manusia…ada kalanya tak cukup seperti mana yang Allah beri. Nok tinggal tingkat bawah, tak cukup pitih, nok bagi tingkat atas sombong. Tak bagi langsung kata tak buak kijo. Itu pun ado orey dari timor-timor nok bagi petih hok no bagi maju. Ikut kecek umgok habis lah, meniago bawah pung sama.
    Samo jugak yang sombong kat klumpo tu…Pasar datuk Keramat….la ni tak pindah-pindah, itu kijo bn…tapi mari lepas tu suruh pas stle guano. Itu kalau Pn LOQ’LoQ baca ni mesti dio tahu.
    Dunia dunia…

    *berniaga manusia lebih bagus dari berniaga burung unta….wwoowwwww.

  32. Askm. Boleh puan ulas sikit tajuk berita dalam Sinar Harian hari ini 11 Jan 2010 mengenai kek hari raya yg beratnya 10 kilo di beli oleh PMBK di mana keluarga puan turut menikmatinya. Adakah halal memberi makan kpd anak2 puan sumber yg tidak jelas halalnya?

    • W’lam…

      Saya tidak berniat untuk mengulas kerana sepengetahuan saya ‘kek’ itu ada dalam senarai siasatan SPRM (kalau betullah…saya tidak pasti).

      Saya yakin ia dari sumber yang halal dan tidak menjadi masalah kepada keluarga saya untuk menikmatinya.

      Namun, tidak pula kami sekeluarga menikmatinya kerana kek itu dihantar pada majlis open house rumah kami, kesemuanya kami hidangkan kepada tetamu.

      Detailnya saya bercerita…

  33. sayap kiri & si riang!

    anda kurang faham.

  34. Salam 1Ummah,

    Ingat belaka weh pesan ambo:

    (1) Utk jatuhkan Pas di Klate, jatuhkan TGNA! TG is the Pas’s backbone, its central nervous system, its central processing unit. Its life.

    (2) Bila ada isu dan peluang, kaitkan dgn TGNA dan anak-beranak, perebah!

    (3) Cucuk, suntik, racun forum-forum dgn dakyah, hasutan halus dan kasar supaya Pas dilihat sebagai teruk, korup, bercelaru dan tidak berwibawa

    (4) Sambil tunggu kelih set set Pas dok balloh, mereka berpura-pura taking side, hentam yg satu lagi. Buat apa saja supaya keadaan tidak jernih,

    (5) Ahhh… The end justifies the mean. Heck with morale, ethics and akhlak.

    Dalam keadaan ekonomi semasa, Kerajaan UBN dan Petronas tidak boleh lagi menunggu utk mencaeigali minyak dan gas di perairan Bachok dan Semut Api.

    So, UBN MESTI rampas Kelantan BY HOOK OR BY CROOK come GE13.

    Period!

    Pahtu, pehe blako ko wei sbb apa banyak sangat serangan ke atas TGNA kita tu?

    • W’lam…

      Kesemuanya yang dinyatakan adalah tepat.

      Harap-harap semuanya boleh faham apa isunya yang sebenar.

      Jangan leka seronok sangat mencari kesalahan kami, insyaAllah kami tidak mudah untuk membuat kesilapan yang boleh menjatuhkan maruah keluarga kami terutamannya TG.

      Tidak pula kami sanggup untuk menjahanamkan jamaah yang keluarga kami sendiri sudah lama berkorban segala-galanya untuk kepentingan Islam.

  35. huuhhhhh…nia kelete…
    mu bagus….fahaman cerdik tu sama mace ambo fikir..
    Lagu tu lah ambo nok ngoyak….
    Memang rancangan dio tu…..itu lah sebenar ONAR dan MEKNAH nok hancurkan Kerajaan Kelantan neiy. Memang nok rancangan “JUARA RAKYAT” yang ke 13 ni. Mereka tak boleh nok klick kampung tu dio buat lagu tu. Baik puok Anuar Pok Musa mahu pun Tok Papa grille semuo tak boleh cara kat Kelantan neiy. Puok tu pun gado-gado hok nok Wang Ehsan.
    Ambo setuju penerangan mu 100%…..

    Mu puok-puok amgok-gok…buat tak faham lagi?

  36. Nia Kelantan

    cito mu samo lah macam man Terengganu kena dulu. La ni guno duit haram rampas royalty minyok rakyat Terengganu…lepas guno buat pembagunan kroni…LA NI SEMUO SATU PERSATU RUNTUH,ROBOH HANCUR BERDERAI. di muka bumi lagi. Dulu Kerajaan Islam Terenganu ngoyak mari piteh ni royalty minyok hok nok buak maju Islam, nok bagi pembagunan Islam, membangun bersama Islam….”HUhhhhhh tak boleh kata dema PUOK AMGOK-GOK ini Wang Ehsan…”.
    La berapa banyok hok nok pulih pembagunan dari Wang Rampasan Royalty Minyak Rakyat Terengganu….hok nok REPAIR BALIK yang tersembam kat bumi tu….

    Puok-Puok UMGOK-GOK…..mu tak jumpo ko satu lagi Kawe mu Awang tu….ngoyak Wang Ehsan bagi kat Orang Bazzar..?.

    • Acu cuba tra kelih usaha pembanguna dan penyedutan wang rakyat ke kantung kroni:

      1) Taman Tamaddun Islam dan Masjid Kristal: RM250mil

      2) Monsoon Cup: RM300mil

      3) Stadium Runtuh @ Kompleks Sukan Gong Badak: RM400mil.

      Dalam 4 tahun projek yang dibelanjakan hampir mencecah RM1bil !

      Jika kos sebenar semua itu hanya RM500j ke RM600j (itu pun dah di-markup 100% – 200%), ke mana pergi bakinya?

      Bak kata Nabil: ** pikir la sendiri …

      Kalu kita nak kembangkan lagi persoalan ini, di mana Allah dalam kehidupan mereka dalam bernegara – amanah.

  37. ni blog ibni-baittutah ko..asyik dio jah tubik..tulis pulok mcm tulis cerpen.

  38. ibni batutah dh marah, sampai bahasapun dan jadi telur, macam budak darjah satu

  39. ibbni-baitutah..

    dah ade blog sendiri? takde org jengok ker? soo..dok merapu kat sini..

  40. salam.

    Puan, boleh puan jelaskan mengapa sekolah agama Darul Anuar diswastakan setelah kian lama berada di bawah yayasan Islam Kelantan ( YIK ) ?

    Mohon penerangan.

    • Wlam…

      Saya cuba jelaskan seadanya…

      1. Untuk menjana silibus dan kurikulum yang lebih terkini dan berdaya maju dimana ia menggabungkan elemen turas (belajar menggunakan kitab lama) dan muasarah (kitab semasa yang dikarang oleh ulama terkini), ta’limi (pembelajaran) dan tarbawi (tarbiah), pembelajaran akademik dan pendidikan rohani.

      2. menjadikan MADA sebuah sekolah yang berdikari dari setiap aspek pengurusan, kurikulum dan juga kewangan.

      3. Bercita-cita untuk memberi kesinambungan kepada pengasas asal sekolah tersebut dalam melahirkan generasi baru yang bertaqwa.

      4. Memberi peluang dan pilihan kepada ibubapa dan juga pelajar untuk memilih sekolah terbaik dalam mengembangkan minda dan sahsiah anak-anak mengikut acuan kurikulum bersepadu MADA.

      5. Memberi penekanan yang tinggi terhadap penguasaan bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Guru BA diimport dari Tanah Arab, manakala guru BC adalah dari Negara China.

      6. Memberi fokus kepada hafazan al-Quran yang menjadi teras dan wajib kepada semua pelajar. Pendekatan hafalan ini berdasarkan kepada tahap kemampuan pelajar tersebut.

      7. Silibus dan kurikulum yang dilaksanakan oleh MADA adalah berbeza dengan YIK.

      Sebelum MADA diswastakan, cadangan pelaksanaan silibus dan kurikulum ini telah dicadangkan kepada YIK, namun YIK tidak bersedia untuk berbincang.

      Semoga saudara boleh menerima penerangan ringkas ini. Jika saudara masih berminat untuk sebarang info lanjutan, saya boleh mencadangkan saudara ke pautan MADA.

      Saya juga bersedia memberi peluang kepada MADA untuk menyediakan satu artikel tentang MADA yang saya akan paparkan dalam blog saya ini.

      Tq.

  41. Nia Kelantan….mu 5 bintang.

    Mu ni bukan macam bagus…tetapi memang bagus, tapi rakyat kelantan sendiri tok sedar yang mereka akan jadi macam orang Terengganu kalau dok ikut dema tu. Isu kat Kelantan ni kecik tapi di besar-besarkan nok jadikan fitnah supaya boleh rampas macam trejadi Negeri Perak. jadi sapo yang dok nok buat fitnah. Geng umgok-gok lah, pasal tak boleh kat Parlimen kelik Dewan Rakyat…tak bolek dewan rakyat….kelik kat blog.

    Tukang rumah…

    Komen mu bagus beasas jugok…..ialah kenapa hok nok di sawasta…..Baru lantik ANOK MENANTU(salah teknikal lantikan je) punnnnn….dia orang dah nok pecah kepala mu tahu. Belum puok-puok dema tu dapat Wang Ehsan…kalau berjayalah dema tu rosakkan Kerjaan Negeri Kelantan…

  42. ibni-baittutah. jumpa je nama ni skip next comment. pening kepala je baca tulisan merapu2..

  43. merepekla ibni baittutah…hampeh tak der fakta dalam komennya

  44. Butterfingger & sb dehleweih

    Mu ado bagi salam ko kat komen pertama aku dulu…pegi lah tengok….sapa suruh baca. Mu baca Cito AKAK atau baca komen orang?. Kata tak baca komen ambo. Tu komen jugok. Tapi komen macamana tahu pulok nok komen?.Kata nok skip next……AAduuuhhhh Sakitttt Kapelllaaa…..
    Batterfinger mu ngoyak kat sb delaweih tu tolong belikan Parasektomal ye….

    Anda 2×5

    Kurang Faham…

  45. ibni-baittutah,

    anda menjadikan rumah orang lain macam rumah anda sendiri, tuan rumah pun dah berbulu mata. nak halau keluar, kesian takut tak ada rumah/tempat nk balik. akhirnya, tahan gitu je la tuan rumah, walaupun anda dah mengganggu tamu-tamu dia yang lain yang lebih beri manfaat dan tak menyusahkan tuan rumah.

    fikir-fikirkanlah..

  46. Mendidik anak dizaman skrg bukan tahap sebagai ibubapa sahaja. Kita hendaklah menjadi sahabat atau kawan kepada anak-anak kita. Jika kita menjadi ibubapa SAHAJA, ianya tidak akan mencukupi kerana byk batas-batasnya. Jika kita menjadi ibubapa dan pd masa yg sama menjadi kawan kpd mereka, kita akan dpt mencakupi ruang yg cukup besar.

    Benda2 yg anak2 ckp dgn kawan, kita boleh juga berckp dgn mereka. Tiada halangan, tiada batasan, itu yg sepatutnya. Itu sahaja cara utk kita rapat dgn anak2. Bila kita rapat dgn mereka seperti kawan, apa sahaja masalah boleh dikongsi.

    Oleh itu, jadilah ‘kawan’ kpd anak-anak kita.

    • Saya berterima kasih kepada saudara kerana mampu memberi komen sebenar kepada artikel yang saya paparkan.

      Saya bersetuju dengan saudara bahawa generasi hari ini lebih berminat sekiranya mereka boleh ‘berkawan’ dengan ibubapa.

      Mereka akan menjadi lebih selesa untuk berkongsi apa sahaja bersama ibubapa, baik perihal minat, ilmu, kawan-kawan, dan apa saja. InsyaAllah dengan pendekatan sebagai seorang kawan, akan lebih mudah untuk ibubapa memberi nasihat secara sihat kepada anak-anak.

      Namun, antara anak dengan ibubapa harus ada batasannya. Jangan menjadi kawan yang akhirnya boleh menjadi lawan. Biar ibubapa menjadi kawan yang sentiasa dihormati oleh anak-anak.

  47. biar_matang

    Anda memahami isu seadanya.

  48. ibni baittutah…mu ni tak dok ilmu nok kecek. sebab tu komen mu kuca lana…merapu..ko mu kuat make palo ike kerapu ko?..ado jugok oghe mace mu ni deh. komen berjelo-jelo tapi tak dok subjek dan pradikat.

  49. sb dehlewey

    Ambo orang kampung dehh. Mu sb DELEWEIH kenapa mu takdok kijo lain ko dok komen aku. Oreiy dalam blog neiy bukey nok tengok mu komen ambo. Takpe lah kecek ambo takdok fakta,neiy ambo bagi fakta benar.

    Hari ini di Terengganu sebuah teretor telah TERKEHEL sikit je tiang sebuah tempat kereta di sebuah banggunan milik kerajaan Negeri Terengganu. habis lepas tu runtuhh, mengakibat kerugian RM10,000 Dolar Wang Ehsan.
    Guano lagu tu…Tulah bilo curi duit rakyat(duit royalty) buat bagi wang ehsan, lepas tu buat projek bagi puok-puok umgok-gok termaksuk Mu(kalau mu bukey takpolah..ambo kecek mulek sikit) di Tanoh Jajahey Terengganu…SUKMO RUNNTUHHHHH.
    Kalau mu nok ngoyak bagi piteh Wang Ehsan di Kelantan neiy, mu ingat senang ko. Mu kena jumpo dengey PAHLAWIEY TIGO SERANGKAI….Sapa?.

    PAHLAWIEY TIGO SERANGKAI

    1. Pahlawiey Tigo Serangkai, group amgok-gok TOK PAPA GRILLE & MAMA GRILLE.

    2. Pahlawiey Tigo Serangkai, group amgok-gok AWANG LARAT.

    3.Pahlawiey Tigo Serangkai, group amgok-gok ANUAR HERO BULA LISUT.

  50. Puan amalina
    boleh komen pasal ibnu battutah
    puan suka komen dia atau tak?
    sebab sy dan majoriti pembaca berbulu mata doh nih
    sy nak baca blog amalina bukan blog ibnu battutah

    puan sila komen
    jauh sgt doh merapu budak tuh

    • Saya cuba mengambil pendekatan yang baik dalam berblog.

      Setiap pengunjung yang masuk ke blog saya, sungguh dihargai. Setiap komen yang ditinggalkan saya baca satu persatu, samada ia ‘disimpan’ mahupun dipaparkan, melihat sejauhmana kebenaran pada komen tersebut.

      Komen ibnu baittutah sendiri bukan semua saya paparkan. Bermula dari komen pertamanya sehingga ke hari ini, saya fikir hampir berpuluh komennya saya ‘simpan’.

      Komen saya, tulisan ibnu baittutah ada juga ‘ilmunya’, namun tulisan yang tidak tersusun itu mampu membuatkan ramai pengunjung berbulu mata.

      Pesan saya kepada semua pengunjung, tidak kiralah komen itu daripada sesiapapun, rugi sebenarnya jika kita tidak mengambil peluang yang ada ini untuk sama-sama berkongsi ilmu. Berilah komen yang baik untuk tatapan kita semua di sini.

      Kurangkan berbalah sesama sendiri. Berbeza pendapat adalah fitrah. Jika kita tidak suka kepada seseorang, maka abaikan saja.

  51. ibni-baittutah,

    ko Arifahmi menyamar ,guna usenamen ibni-baittutah,

  52. Ohh Pok Musa

    Ado lagi..ingat taknok mari…cubo TEKA….takkan CEO ngoyak lagu neiy. Biaso loh….dlu komen mu kato Jawatan CEO tu ado orang DENGKI. Tapi sekarang mu kecek lah kato ado orang dengki dengey ambo pulak….hehheeeeee.

  53. Saya rasa ibni-baittutah boleh buka blog sendiri kerana anda ada idea,komen anda saya suka baca walaupun ada yang tersalah tapi ok lah tu.

  54. rahimi
    terima kasih………
    Sebenarnya PerjuanganBelumSelesai…bukan kepada saya sahaja…tetapi semua Malaysia Boleh. Kemajuan dah semakin terserlah zaman ini sesiapa sahaja boleh jadi lebih baik lagi daripada saya, jikalau ada komitmen yang bersungguh-sungguh. Yang penting sekali kemana arah perjuangan dan matlamat kita yang sebenar. Melalui tulisan lah kita luahkan dan menunjuk kan kepandaian. Melalui tulisan juga mencerminkan Nilai dan intelek seseorang itu memberi pendapat. Melalui tulisan juga kita mendapat keyakinan dan kecemerlangan hidup dan komunikasi. Tetapi kita perlu ingat dan mengawal kaedah penulisan yang sihat dan matang menghurai cerita sesuatu nilai yang di berikan.
    Keikhlasan dan kebenaran penulisan adalah amat penting.

  55. mendidik anak adalah prioriti dalam hidup. anak yang nantinya akan menjadi anggota yang kuat dalam baitul muslim. daulah islam akan menghadapi masalah besar jika masyarakatnya dipenuhi oleh keluarga yang kuca lana.

    • Kerana itu Islam amat menitikberatkan pemilihan pasangan untuk dikahwini, agar nanti zuriat yang dilahirkan adalah daripada benih yang baik-baik semuanya.

  56. setiap perjuangan insan dianggap belum selesai selagi kita masih bernyawa,selagi hayat dikandung badan berbuat baiklah sesama kita selesaikan segala kekusutan dan merdekakan minda serta jiwa dari dijajah oleh unsur-unsur yang kita sendiri kurang sedar bahawasanya sentiasa mengekori kita.

  57. si ibni batutah tu tak ade keje lainke. Dok asyik menghadap komputer siang malam. Buatle amalan lain….tulisan panjang berjela, bukan ada orang nak baca pun……………..

  58. ABAITI

    MU KURANG FAHAM TEKNOLOGI

  59. ibnu baitutah,

    behenti mengomen kat sini,buka blog sendiri,saya rasa kalau awak buka blog,dengan cara awak nulis sorang abuk takkan komen blog awak,meluat lah saya tengok komen awak.

  60. ibnu baitutah nak bagi komen dia punya hal,kalau anda tak suka jangan baca mungkin ada yang suka dan tak kisah,bukan apa cuma nak habaq je jangan marah noh.

  61. rahimirahman tu battutah ker..huhuhuu

    anyway, bglah dia komen, maybe dia x ada keje dan terperuk kat rumah jer tu. tapi tolonglah buangkan unsur lawak kebudak-budakan dan biarlah komen yang ringkas dan ada isi.
    sebab, kalau komen mengarut mcm tu orang takde mood nak baca, kesian kt awak tulis.

  62. udah-udah jangan bergaduh….adakah kerana saya anda semua nak bergaduh.

  63. BERBULU MATO

    Tengok namo dah tahu…mace mano nok lihat mato serabut.
    Mace mano nok faham mato serabut. Ini citi bukey suko tak suko. Kebebasan media kito kena terima. Mu yang ngoyak jugok dulu. Kalau mu nak hentam orang mu kena sedia nok kena hentam. Kalau tak mahu kena hentam tak yah kecek yang bukey kebenaran. Mu ngoyak yang kelik mu tok suko, mu ado buak undian ko, berapa ramai?.
    Raso-raso kalau kelik umgok-gok kat Kelantan tok ramai, tinggal Tigo Serangkai je…itu pun nyawa-nyawa ikey. Hidup sengan mati tak mahu.

  64. Apa dah jadi sekarang jawablah…. dulu cakap nak buat blog untuk menjawab fitnah…. Tok Guru cakap kerajaan kelantan kena beli balik bazar tu dari sensatimur?

    Betulke….. kos nye sampai 23 juta…..

    Kalau betul semua ni angkara suami kamu memang kena kamu bertaubat segera mintak maaf daripada rakyat kelantan….

    Orang berjuang untuk islam kamu berjuang untuk suami kamu……

    • Anda sepatutnya membaca sekali lagi awalan posting saya tentang konsep saya berblog.

      Dalam isu yang dipaparkan, anda boleh membaca sebarang berita sekalipun. Namun politik itu bukan selapis, tapi ia berlapis-lapis.

      Jika tidak mahu berfikir panjang anda boleh menerima bulat-bulat apa yang anda baca. Namun jika anda mahukan kebenaran disebaliknya, pesan saya rajin-rajinlah buat homework.

      Saya yakin benar bahawa dalam kes ini ia bukan salah suami saya, bukan salah blogger, bukan juga salah TG. Salahnya adalah si perancang itu.

      Anda mahukan jawapannya? Anda carilah…
      Saya ada jawapannya.

      Saya makin kenal watak itu…

      Saya sudahkan perbincangan ini di sini.

      • saya tak ada jawapannya..minta tolong puan jelaskannya. kalau boleh namanya sekali. saya rasa tak salah puan bongkarkan siapa dalang sebenarnya sebab nama puan dan ahli keluarga telahpun di palit dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang meluas di kalangan masyarakat dan di internet.

        tunjukkan kebenaran kepada mereka. berani kerana benar. takut kerana salah.

  65. Nilai 3

    Mu tahu blog apa?…..niey blog santai.
    Kalau mu nok tanye soal Kerajaan Kelantan…dio ado web dio pegi tanyo sanun. Soal sensatimur itu syarikat swasta mu kena tanye syarikat tersebut.
    Mace Pewaja itu pewaja punye hal. Mu nok tanye web AKAK…akak ni kijo kat syarikat tu ko?.AfundiArif Fahmi kijo sensatimor ko. Kalau neiy jadi adun bn lagi telingkup bn. Mu tak baca cito, orey sekarang dah pegi cito ibni-batuttah doh mu masih kat cito situ lagi. lepas tu ngoyak tak betul guano dehh.
    Itu nasib baik Kerajaan Negeri Kelantan nok beli, nok tolong orang bazaar tu kiro baik lah. Kalau mu bagi kat puok-puok Tigo Serangkai…guano dio kecek sama mu, TUNGGU WANG EHSAN.
    Syarikat Swasta PMBK lain, Sensatimur lain, Kerajaan Negeri Kelantan lain….Rajo-rajo mu tok tanyo.

    Nilai 3…mu tok faham perjalanan buisness koparat.Politik pung sukmo tak faheeee….

  66. Mu tengok apo TIGO SERANGKAI HOK NOK KECEK BANTU NEGERI KELANTAN NEIY!!!!!.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sepatutnya menyokong usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan royalti minyak atas dasar sebagai rakyat Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

    “Sepatutnya menteri berkenaan turut bersama menyokong atas dasar semangat sebagai rakyat Kelantan, membantu untuk mendapatkan royalti tersebut, bukan untuk menafikan,” katanya kepada media pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pasti 2009 Peringkat Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini.

    Pada hematnya, rakyat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan menteri itu kerana hak yang disebut selama ini antara Petronas dengan kerajaan negeri adalah jelas bahawa royalti minyak hak negeri.

    “Sepatutnya mereka bersama-sama berusaha, tanpa menafikannya. Berusaha melalui pengaruh sebagai menteri di peringkat Pusat, sebagaimana Ku Li (Tengku Razaleigh) sendiri sanggup untuk berdiri dan sanggup untuk membuat kenyataan demi kebaikan rakyat Kelantan,” katanya.

    Mengikut laporan media, Mustapa berkata Kerajaan Pusat menolak tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan dengan alasan bahawa minyak yang diperolehi adalah di luar kawasan perairan negeri ini.

    Ahmad turut menyokong gesaan PAS Pusat supaya Umno memperjelaskan sumber peruntukan bagi membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki pangsapuri.

    Beliau berkata, sekiranya Umno hendak menjadi juara atas nama Umno, Umno mesti mengguna wang Umno dan tidak menggunakan wang negara.

  67. WARKAH TERAKHIR

    Melihat sinar di atas sana.
    Bagaikan cahaya menyinari seluruh alam ini.
    Sinar indah yang membajai bunga yang sedang mekar..
    bercambah dari hari ke hari.

    Puncak bukit yang tinggi di daki bersama.
    Meredah ranjau yang menghalang laluan di tujui.
    Ranjau berduri di kiri kanan berkeliaran melingkar di sisi.
    Tapi bunga tetap mekar di hati.

    Sedetik berlalu bagai setahun masa yang telah pergi.
    Berdiri teguh sebagai tiang abadi.
    Mencermin diri untuk muasabah diri.
    Mengapai jauh tidak terperi di lubuk hati.
    Ingin bunga yang mekar setiap hari.

    Serikandi berjuang di medan bakti.
    Menghulur salam membawa kepuncak tinggi.
    Laskar terus merungkai sarang gubuk, mencanai ranjau yang menghalang laluan membina diri.

    Tinta melakar menjana pemikiran hakiki.
    Menghurai keperibadian ilham keamanan untuk dikecapi
    Merapatkan jurang kealpaan yang tandus pemikiran.
    Menunai janji perjuangan dari maerhan ke bangsawan.

    Dugaan seandainya melihat kemanusiaan serta kebesarannya.
    Nescaya ia akan memandang kita dengan penuh kehairanan.
    Kebesarannya adalah Kehebatannya.

    Menarik tirai bukanlah kehampaan.
    Tetapi ada perjuangan yang perlu kepatuhan.
    Mencarik kata bukan kalangan idaman.
    Memukul badai itu harungan di tepian.

    Tinggal bunga yang mekar di seri matahari.
    Tanah subur memberi kekuatan diri yang kekal disisi.
    Ingat lah Kuasa Ilahi.
    Yang setiap alam ini bukan kekal abadi.

    Hasil nukilan…..ibni-baittutah 16 Jan 2010

    • itulah warkah terakhir ibni battutah. blog ini kembali menjadi blog dewasa. anyway, sedih jgk kalau kau xde…tak dpt nak dengar lagi komen2 jenaka tu , antaranya”…panasss…mee kari…kedai mamak”

      hahahhaha

  68. Jangan lupa ibnu-baitutah tinggalkan link blok awak sebelum angkat kaki dari blog ni.

    Saya akan jumpa mu dalam blog mu.Baru sedap kecek.

  69. Salam. kali pertama singgah ke blog ni. Suka tulisan akak tentang keutamaan pendidikan terhadap anak-anak. Saya ada seorang anak tapi masih bayi lagi. Baru berusia 4 bulan.

    Ada kelapangan sudi-sudilah berkunjung ke blog saya ya.

    • W’lam…

      Tq kerana sudi menjengah blog saya.

      Alhamdulillah saya juga telah berkelapangan menjenguk blog saudari. Memang meleleh…terrornya masak…

      Kirim salam pada si kacak yang pakai baju waiter tu…alahai…cutenya…

  70. blog saya apa hah?

  71. Resepi masakan yang sedap:

    Royalty masak gulai darat berulamkan budu.

    Bahan-bahannya;

    1. Mula-mula siang wang ehsan, kemudian basuh wang ehsan tu dengan asam jawa.

    2. Sementara itu Ketegasan dan takwa mesti mulakan terlebih dahulu, sehingga masak

    3. Amanah dan iman mesti cukup-cukup rasa.

    4. Perjuangan dan keikhlasan di didihkan sehingga cukup panas.

    5. Kemudian setelah masak, angkat dan hidangkan.

    6. Sebelum di hindangkan kepada tetamu atau keluarga, mestilah di mulakan dengan doa agar hidangan tadi berkati oleh Allah.

    Selamat mencuba.

  72. resepi gapo nih? bukan makanan nih……
    demo wat lawak ataupun koya berbahasa tersirat lirat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: