• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    January 2010
    S M T W T F S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  

Coretan

Salam Ukhuwah…

Kalau dulu saya hanya berkawan dengan kawan-kawan di alam realiti, Alhamdulillah hari ini kawan saya bertambah lagi, tentunya di alam maya, rata-ratanya yang tidak saya kenal.

Tentunya jika kenal itu lebih mengujakan. Lebih saling memahami dan tentunya lebih saling menghormati.

Hanya saya berta’aruf di sini dan tidak bagi anda semua.

Interaksi adalah minat saya. Tentunya boleh bertukar pandangan. Samada pendapat itu baik mahupun buruk, kita ada masa untuk memikir dan menilainya kemudian.  

Saya yang datangnya daripada sebuah keluarga besar, tentu saja akan peroleh pelbagai pandangan apabila kami duduk bersama. Ada guru, pengembala kambing, businessman, pelajar, dan tentunya saya seorang surirumah.

Tentunya kerjaya saya yang paling seronok. ‘Bercuti’ sepanjang masa.

Saya juga satu-satunya saudara perempuan yang tinggal di Kelantan. Lain-lain saudara perempuan saya semuanya ‘di luar’ sana. Jadi tidaklah pelik jika ada yang selalu berjumpa saya menempel di sebelah bonda.  

Adakalanya saya merasa segan juga. Takut dikata menumpang tuah mahukan glamour yang lebih. Tapi jika ke program sama, kenapa perlu kami pergi berbeza.

Kenangan

Sewaktu usia saya masih kecil, tahun 70-an, belum bersekolah, jambatan yang menghubungi ‘pulau’ kami belum lagi terbina. Untuk ke seberang sana, Kampung Pauh, saya punya pengalaman menaiki feri yang ditarik menggunakan tali, yang talinya itu merentangi sungai, diikat di pokok di kedua-dua belah daratan. Feri (tali) itu ditarik menggunakan kudrat tangan, sungguh perkasa ‘pemandunya’ itu, yang dikenali sebagai Pak Mat Feri. Sehingga kini orangnya masih ada, masih gagah berulang-alik ke masjid pada setiap waktu solat. Saya kira umurnya telah menjangkau 90-an. Pak Mat itu adalah ayah kepada pemandu ayah saya yang sekarang ini.

Apabila saya melangkah ke alam persekolahan menengah, saya meminta izin daripada bonda untuk tinggal di asrama. Kononnya saya mahu belajar hidup berdikari. Bonda mengizinkan, sementelah dua orang kakak saya juga tinggal di asrama, bolehlah kami menjadi pemerhati antara satu sama lain.

Kalau saya mahu berulang alik ke rumah pun tiada masalahnya, kerana kami akan dihantar dan diambil. Masih saya terkenangkan pada waktu itu ayahanda memiliki kereta Mercedes, sekitar akhir 80-an – model lama – yang saya kira ia adalah model 123, atau lebih dikenali juga sebagai 200E. Nombor platnya adalah DQ 8969, masih kukuh dalam memori saya. Lama jasanya kepada keluarga kami lebih kurang 10 tahun.

Setiap satu itu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Walaupun kini arus pemodenan kian terasa, saat membesar dalam kesederhanaan, namun menyeronokkan, tetap memberikan saya satu senyuman apabila mengenangkannya kembali.

Kampungku…

Alhamdulillah, saya yang berjiwa ‘kampung’ akhirnya direzekikan Allah untuk menetap di kampung halaman sendiri. Berdekatan dengan ayahbonda adalah suatu nikmat yang tiada taranya. Walaupun punya rumah sendiri, apabila tiba waktu berpantang, saya akan tinggal di rumah ayahbonda. Kepercayaan saya kuat kepada berpantang cara orang lama, kerana itu saya tidak yakin untuk tinggal di rumah sendiri dalam tempoh itu, takut saya terlanggar pantang. Bukan pantang larang yang luar biasa pun, saya cuma takut ‘cair’ pada sesi makan-makan dan juga pergerakan tubuh yang sepatutnya dikurangkan. 

Kalau di rumah sendiri tentunya saya mahu uruskan itu ini. Adakalanya saya rajin juga, walaupun punya bibik. Boleh dikatakan saya mengurus sendiri anak-anak. Selagi mampu, saya mahu membesarkan mereka dengan tangan saya sendiri. Anak-anak pula tentu boleh merasa nikmatnya punya ibu. Bukan hanya tahu melahirkan, tapi saya mahu membesarkan mereka dengan cara sendiri.

Demi untuk sihat!

Bonda akan memberitahu saya ini boleh, itu tidak boleh. Pesanan terakhirnya, kalau nak sihat, ikut. Kalau tak nak ikut, tiada masalah, sakit tanggung sendiri! Siapa mahu sakit? Maka saya ikut juga pantang itu walau terpaksa menelan apa saja yang pahit-pahit.

Habis saja tempoh pantang, saya akan kembali ke rumah, disamping memastikan suami bawa saya keluar jalan-jalan melihat ‘dunia’. Berkurung di dalam bilik selama 40 hari sungguh saya perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Alhamdulillah, sehingga anak yang ke 6, saya masih lekat pantang, walaupun makin usia bertambah, makin malas untuk berpantang.

Saudaraku…

Hampir 10 tahun sudah kami adik-beradik yang tinggal di Kelantan akan berkumpul di rumah ayahbonda pada setiap malam Khamis. Kami akan makan malam bersama. Apa sekalipun menu yang dihidangkan, seenak gulai darat, ikan sungai, mahupun ulam budu, ia tetap membangkit selera kami kerana kemeriahan itu cukup terasa apabila hampir 30 orang berkumpul pada waktu itu, termasuk cucu-cucu dan juga bibik masing-masing.

Biasanya kami akan makan dua ‘shift’. Ayahbonda akan makan bersama anak dan menantu lelaki terlebih dahulu, disambung juadah tersebut bersama kami yang perempuan pula. Cucu-cucu akan berkumpul sesama mereka pada juadah yang lain. Kami cukup santai kala ini, bercerita perihal kehidupan masing-masing, paling seronok kiranya ada yang mengimbau kenangan silam. Selewat 10 malam, kami akan bersurai kembali ke rumah masing-masing.

Memori bersama setiap ahli keluarga adalah yang terbaik.

Ayahbonda

Alhamdulillah, kerana saya masih punya ayah dan bonda. Panjang umur mereka, dan masih ada usia saya untuk meraih kasih sayang mereka.

Saya dilahirkan dalam tempoh waktu ayahanda telahpun bergelar Wakil Rakyat. Pada saat itu saya tidak tahu apa itu Wakil Rakyat, yang saya tahu, keluarga kami memang menjadi tumpuan sejak saya mentah lagi. Paling seronok apabila saya boleh berulang kali ke Kuala Lumpur, apabila ayahanda menghadiri sidang Parlimen.

Seawal kehidupan saya, datuk sebelah ayahanda telahpun kembali ke rahmatullah. Tokku Nik Mat hanya saya kenal lewat cerita-ceritanya yang tidak pernah putus dalam keluarga kami.

Saya langsung tidak pernah kenal akan dirinya. Hanya sekeping gambar lusuh memberi saya sedikit perkenalan bagaimana raut wajahnya. Tidak banyak beza dengan ayahanda saya, cuma mungkin postur badannya yang sedikit tegap.

Sehingga kehidupan hari ini, saya tidak lagi punya datuk dan nenek pada kedua-dua belah pihak. Terakhir adalah nenek sebelah bonda saya, pemergiannya adalah pada tahun 2005.

Ayahanda saya jarang menegur apa jua tindakan kami. Namun beliau seorang yang gemar memberi penerangan yang berilmu.

Jika saya berpeluang bersamanya pada ketika tertentu, beliau seringkali memberitahu saya itu dan ini, tanpa ditanya. Paling tidak dia memberikan penerangan mengenai kitab yang sedang dibacanya. Seronok juga saya kerana tanpa perlu membaca kitab yang bagus-bagus itu, saya sudahpun mendapat ilmunya yang mahal itu.

Ayahanda saya juga seorang yang sentiasa berprasangka baik kepada semua perkara. Saya sungguh mengaguminya akan sifat itu.

Jikapun ayahanda saya itu adalah ayah saya, namun saya menghormatinya bukan sekadar seorang ayah, tapi lebih dari itu. Beliau seorang ayah, juga seorang Tok Guru, bahkan seorang ulama, merangkap seorang pejuang Islam yang unggul di mata dunia sekalipun.

Namun, memiliki seorang ayah yang menjadi milik masyarakat umum, tidak punya banyak masa untuk dirinya bersama kami sekeluarga, namun kami rela dan redha kerana itulah sebuah perjuangan dan pengorbanan.

Bonda saya pula dahulunya seorang tukang jahit. Beliau menjahit sendiri baju anak-anak, dan juga menerima tempahan.

Namun, bakatnya itu langsung tidak tumpah kepada saya. Mungkin tumpahnya kepada kekanda. Saya cuma tahu jahit butang baju dan mana-mana jahitan yang terburai, itu sehabis baik bakat jahitan yang saya ada, berguna untuk saya, suami dan anak-anak sahaja!

Akhirnya, saya mahu menjadi seorang ibu sehebat bonda. Walaupun seorang surirumah sejak diusia belasan tahun, beliau mampu menjadikan kami adik-beradik sebagaimana hari ini.

Perkongsian

Saya cuma mahu berkongsi sedikit rasa dengan sahabat semua, memberi sedikit gambaran bagaimana kehidupan kami pada suatu ketika dulu hinggalah ke hari ini.

Saya percaya bahawa rentetan kehidupan seorang pejuang Islam yang mendokong PAS pada tahun-tahun yang sungguh terkebelakang adalah sangat memeritkan. Saya boleh merasai betapa setiap kali sahabat seperjuangan ayahanda saya pulang ke rahmatullah, betapa ayahanda cukup sayu. Mengimbau kenangan jatuh bangun beliau bersama sahabat seperjuangan dalam memartabatkan PAS di mata Malaysia kepada kami, adalah pengubat rindunya kepada sahabat-sahabatnya yang setia itu.

Saya sendiri banyak memotretkan gambar anak-anak bersama datuknya itu. Saya mahu mereka merasa ‘bangga’ kerana punya seorang datuk yang hebat. Bukan kerana berjawatan hebat, tapi kerana seorang pemikir Islam yang unggul. Saya menyimpan baik karya ayahanda untuk dibaca oleh generasi cucu-cucunya pula pada masa hadapan. Saya tidak mahu ilmu yang disebarluaskan itu tidak mampu dimiliki oleh generasinya sendiri.

Suatu hari nanti saya akan kehilangannya jua, tapi insyaAllah tidak pada ilmunya yang banyak itu. Sisa-sisa umur ayahanda yang masih berbaki lagi ingin saya rebut peluang keemasan ini untuk lebih memahami pemikirannya, bahawa dia mahu meninggalkan sesuatu yang istimewa dalam perjuangannya menjulang syiar Islam, lebih-lebih lagi di bumi Kelantan yang berkat ini. Tahun ini genaplah umur ayahanda saya 79 tahun.

Saya dedikasikan tulisan ini untuk keluarga saya yang tercinta.

“ Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya ”

(al-Syura 42: 13)

10.26pm

64 Responses

  1. Salam, seronok dpt baca coretan ni…thanks for sharing.

  2. sangka baik gapa dia ayah mu,dok kata macam2 ke gu lawan tu gapa dia,pak mu ni jenis bekeng serupa hanuman

    • Perlu bersangka baik apabila kita tidak tahu sejauh mana kebenaran terhadap sesuatu isu.

      Bagaimana mahu bersangka baik jika sudah terserlah kebusukannya?

      Hanuman tu apa ya…?

  3. Puan,
    Saya amat menghargai usaha Puan untuk berkongsi ilmu dan silaturrahim sesama kita.Tetapi saya dapati kadang2 sukar nak ikut ke mana halatuju Puan membawa kawan2 saiber ni dlm blog Puan kerana artikel Puan kadang2 terlalu panjang dan lebih bersifat akedamik dan ilmuan.Mohon saya syorkan agar Puan ringkaskan atau tonjolkan satu dua topik yang relevan dgn isu2 semasa untuk menarik respon pembaca.Banyak topik yang Puan boleh fokuskan dan tak semestinya berkaitan isu keluarga Puan sahaja.Salam hormat.

    • Terima kasih kerana sering memberi komen dalam blog saya.

      Saya tetap kekal dihaluan saya sejak awalan berblog lagi, santai – seiring dengan ilmu kekeluargaan – bersama membina generasi yang lebih baik.

      Isu keluarga saya hanya selingan sahaja.

      Tq

  4. Alkisah Seorang Guru

    Cikgu Nik Kamal merupakan seorang guru yang cukup terkenal dengan sikap dedikasi dan adil dalam tugas pengajarannya. Bagi beliau, tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amatlah besar dalam proses pembinaan masyarakat dan negara.

    Setiap murid yang diterimanya harus dididik dan dipimpin dengan baik. Bukan itu sahaja, beliau turut menganggap setiap murid yang gagal dididiknya dan keterlanjuran menjadi sampah masyarakat sehingga merugikan negara sebagai satu dosa yang besar. Oleh yang demikian, selain memastikan murid-muridnya memahami apa yang diperlukan untuk lulus ujian dengan cemerlang, beliau juga memberi tumpuan khusus kepada pembinaan akhlak dan rohani agar kesemua muridnya akan menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada masyarakat dan negara dewasa kelak.

    Reputasi baik cikgu Nik Kamal sebagai seorang guru cemerlang tidak datang dalam masa sehari dua. Cikgu Nik Kamal tidak pernah dituduh pilih kasih dalam memberikan ganjaran, penandaan kertas ujian mahupun memberikan hukuman. Murid-murid, rakan guru-guru dan ibu bapa sangat menghormatinya kerana kagum dengan kebolehan mengajarnya di samping sikapnya yang adil, saksama dan tegas terhadap murid-muridnya.

    Namun segalanya berubah apabila anak sulung beliau, Nik Kamil ditawarkan belajar di sekolah yang sama. Tanpa disedarinya, guru besar sekolahnya telah membuat keputusan untuk meletakkan Nik Kamil di dalam kelas bimbingannya kerana mempercayai beliau dapat bertindak adil terhadap anaknya sebagaimana murid-murid yang lain.

    Pada peringkat permulaannya, cikgu Nik Kamal berasa amat gembira dengan berita tersebut. Beliau yakin bahawa di bawah bimbingannya, anaknya akan berpeluang menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah penghujung tahun nanti. Sekiranya itu menjadi kenyataan, beliau percaya beliau akan turut dianugerahkan sebagai “guru cemerlang”, dan ini sudah tentu akan menjadi kenangan yang amat manis bagi keluarga beliau.

    Harapan cikgu Nik Kamal ternyata meleset seminggu selepas sesi persekolahan bermula. Desas-desus sudah mula kedengaran daripada murid-murid di dalam kelas bimbingannya bahawa beliau sentiasa memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya semasa mengajar di dalam kelas. Murid-murid mula mengadu kepada guru-guru subjek yang lain bahawa mereka merasa seperti dianak-tirikan oleh cikgu Nik Kamal. Setahu Nik Kamal, beliau melayan semua muridnya dengan sama, namun ada ketikanya beliau mengakui beliau menjawab soalan-soalan yang diajukan anaknya dengan lebih mesra berbanding murid yang lain secara tidak sedar. Maklumlah, Nik Kamil itu anaknya, sudah tentulah cara percakapan antara mereka lebih mesra, takkan itu pun nak didengkikan, bisiknya di hati. Beliau memilih untuk bersabar dan menganggap semua ini hanya permainan fitnah budak-budak semata-mata.

    Nik Kamil ialah seorang murid yang bijak dan pandai, bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Semua kerja sekolahnya dihabiskan dengan baik dan cermat. Rakan-rakan guru Nik Kamal turut sama memuji ketekunan dan kebijaksanaan anak sulungnya itu. Oleh sebab itu, kekadang anaknya melakukan kesalahan-kesalahan kecil, rakan-rakan gurunya tidak menghukum seperti mana hukuman setimpal yang dialami murid-murid yang lain. Ini secara tidak langsung menimbulkan lagi tahap cemburu murid-murid lain terhadap anaknya yang disangka mereka kebal daripada tindakan disiplin kerana dia merupakan anak kepada seorang guru yang terhormat.

    Fitnah terhadap anak sulung Nik Kamal bukan setahap itu sahaja. Setiap kali anaknya mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan, rakan-rakan murid anaknya akan menuduh bahawa cikgu Nik Kamal telah memberikan soalan bocor kepada anaknya terlebih awal. Ada juga sebilangan ibu bapa murid-murid yang tewas tipis dalam keputusan ujian kepada anaknya turut mengadu perkara yang sama kepada guru besar akibat termakan fitnah anak-anak mereka tak berasas.

    Sesekali cikgu Nik Kamal cuba menjelaskan perkara ini bahawa keputusan cemerlang anaknya adalah hasil usahanya sendiri dan bukannya kerana mendapat soalan bocor seperti yang difitnah, namun beliau gagal mengikis tanggapan bahawa beliau pilih kasih dalam mempertahankan keputusan cemerlang anaknya. Fitnah yang semakin menjadi-jadi ini juga menyebabkan kewibawaan dan akhlak Nik Kamal turut mula dipertikaikan oleh rakan-rakan guru sekolahnya. Walaupun guru besar masih mempercayainya, akan tetapi imejnya sebagai guru yang cemerlang semakin terhakis di kalangan ibu bapa murid-murid dan rakan-rakan guru sekolahnya itu.

    Cikgu Nik Kamal berasa teramat sedih dengan peristiwa yang berlaku. Keputusan cemerlang anaknya tidak lagi menjadi peristiwa yang menggembirakan untuk keluarga cikgu Nik Kamal sebaliknya menjadi perkara yang mendatangkan fitnah semata-mata.

    Nik Kamil semakin diboikot oleh rakan-rakan sekolahnya. Sejak itu, segala tindak-tanduk Nik Kamil mula diperhatikan secara ketat oleh rakan-rakannya. Segala kesilapan dan keterlanjuran kata-kata oleh anaknya akan dijadikan bukti untuk diadukan kepada rakan-rakan guru yang tidak sehaluan dengan bapanya bagi tujuan memalukan bapanya di hadapan guru besar. Nik Kamil tidak menyedari bahawa tindak-tanduknya menambahkan lagi tekanan kerja dan politik sekolah terhadap bapanya sendiri.

    Akibat desas-desus yang semakin liar, akhirnya, cikgu Nik Kamal dipanggil guru besar untuk berjumpa dengannya untuk menyelesaikan kemelut politik yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cikgu Nik Kamal terkejut apabila guru besar berkata beliau sendiri memikul tanggungjawab yang besar dalam kemelut ini kerana kegagalannya dalam memahami hati manusia.

    Menurut guru besarnya lagi, lazimnya beliau tidak akan mengizinkan anak-anak guru di sekolahnya untuk belajar di sekolah yang sama kerana ia senang menimbulkan fitnah yang boleh mengganggu ketenteraman sekolah. Akan tetapi, kali ini beliau mengizinkannya kerana beliau beranggapan bahawa dengan reputasi cikgu Nik Kamal yang baik sepatutnya masalah fitnah ini tidak akan timbul.

    Namun, beliau akhirnya akur bahawa sesiapa sahaja, tidak kiralah sebelum ini beliau dilihat sebersih manapun, tidak mungkin akan dapat lari daripada fitnah kerana sifat dengki dan cemburu manusia senantiasa wujud pada satu-satu masa.

    “Adalah susah untuk orang lain melihat kita bertindak adil sekiranya sesuatu perkara atau keputusan itu melibatkan ahli keluarga sendiri walaupun sememangnya kita boleh bertepuk dada tanya selera bahawa kita telah bertindak adil. Di sinilah kelemahan insan yang bernama manusia ini dan inilah yang harus kita elakkan untuk menghindari fitnah yang mungkin datang,” kata guru besar kepada cikgu Nik Kamal.

    Tambah beliau lagi, “Kemelut yang timbul di sekolah kali ini adalah akibat kecemburuan dan kedengkian murid-murid lain terhadap anak cikgu, Nik Kamil. Perkara ini tidak akan timbul sekiranya Nik Kamil tidak berada di sekolah yang sama dengan cikgu.”

    Kata-kata guru besar bagaikan satu wake-up call buat cikgu Nik Kamal. Demi kebaikan anak, kegembiraan keluarga, kerjaya dan sekolah, cikgu Nik Kamal mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sekolah lain secepat yang mungkin…

    Dan seperti yang dijangkakan oleh guru besar, keadaan di sekolah pulih seperti sediakala dalam masa sebulan dua… tiada lagi fitnah yang melulu, tiada lagi perbalahan yang remeh-temeh, tiada lagi pertikaian terhadap kredibiliti beliau sebagai guru yang adil dan saksama; dan yang paling menggembirakan, akhirnya keluarga cikgu Nik Kamal boleh berbangga dengan pencapaian cemerlang Nik Kamil yang akan datang kerana tiada lagi orang yang memperlekehkan keputusan cemerlang anaknya lagi…

    ——————————-
    Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid

  5. Salam,
    kebelakangan ni blog puan dikunjungi ramai…sy sarankan puan ubah skt topik dr memuji2 keluarga puan kpd topik semasa…bru sdp skt berkongsi pengetahuan…klau psl keluarga puan jer…orang yang tak tinggal bersama mgkn susah nk berkongsi…

    hrp tlg siarkan komen ni yer….

    salam perjuangan….

    • W’lam…

      Tiada maksud memuji keluarga, sekadar selingan sewaktu saya kehilangan idea untuk menulis.

      Sedangkan jika blogwalking sekalipun, agenda kekeluargaan ada dalam setiap blog lain hatta kepada individu yang lebih baik reputasinya.

      Tq

  6. Kembali bersua di alam maya..

    Menarik kisah Kak Na kali ni. Saya suka membacanya. Biarlah bagi orang yang tak suka tak mengapa. Bahagian paling best ialah perihal Pak Mat tukang tarik perahu tu. Ini kali pertama saya mendengar kisah perahu tarik. Tidakkah itu suatu yang menyeronokkan apabila mengimbau kisah kenangan dan sejarah lama yang kita sendiri tidak pernah alami. Ia catatan yang amat bernilai. Usah pedulikan apa yang orang lain mahu katakan, Kak Na teruskan apa sahaja yang Kak Na terlintas mahu tulis. Orang yang suka mahu baca boleh teruskan, yang tidak suka boleh singgah ke blog lain, tidak jadi masalah kan?

    Bagi yang suka ilmu yang tinggi, boleh baca bahagian yang banyak infonya. Saya suka baca yang santai-santai. Sebenarnya, di luar sana ramai yang ingin ketahui bagaimana latar belakang dan cara hidup tok guru yang sederhana. Saya ambil contoh, rakan-rakan, saudara mara, dan kenalan kerja saya dan suami yang datang dari luar negeri, apabila singgah di kelantan, tempat pertama yang mereka mahu pergi ialah rumah tok guru. Walhal, di situ bukanlah tempat menarik pun untuk disinggahi berbanding lokasi pelancongan lain yang selalu dipromosikan media. Jadi, apakah perkara yang membuatkan mereka teringin sangat mendekati tok guru, kediaman dan keluarganya?

    Jawapannya, mereka ingin lihat dari dekat bagaimana suasana kehidupan seorang MB yang berjiwa rakyat ini. Apa yang media katakan banyak yang tersimpang daripada kenyataan. Hakikatnya apabila anda bertemu sendiri orangnya, tuannya, peribadinya, anda akan lebih telus menilai.
    Mungkin ramai juga yang berandaian mereka yang ‘memuja’ tok guru adalah dari kalangan orang melayu dan pengikutnya yang fanatik. Hakikatnya, amat berbeza.

    Pernah ada rakan suami saya, seorang lelaki india datang ke Kelantan atas urusan kerja, sangat teringin melihat rumah tok guru walaupun sepintas lalu. Untuk bertemu mata, barangkali tidak punya banyak masa. Justeru, apabila melihat rumah tok guru yang sederhana dan dikelilingi sekolah dan masjid serta dalam keadaan yang cukup tenang, kawan suami saya mengakui bahawa tok guru adalah seorang pemimpin yang sebenar, dan berbeza daripada pemimpin lain yang pernah beliau temui. Walaupun daripada luaran sahaja beliau melihat, tetapi perkara itu telah mengubah banyak persepsinya tentang Kelantan, Pas serta pimpinannya.

    Saya tidak ingin memuja muji berlebihan, tetapi saya ada banyak pengalaman peribadi yang menarik bersama MB ini. Kadang-kadang peranan beliau lebih daripada ayah sendiri. Beliau bukan sahaja sanggup meluangkan masa untuk mengakadnikahkan saya dan suami, malah sudi memenuhi jemputan majlis perkahwinan kami meskipun pada ketika itu beliau amat sibuk dan tidak sihat. Kedua-dua putera dan puteri kami, beliau juga yang melakukan upacara ‘belah mulut’. Padahal kami ini rakyat biasa yang tidak punya apa-apa kepentingan mahupun pertalian darah dengannya. Saya sungguh mengagumi peribadi dan kepimpinan beliau. Bahkan bukan saya seorang, tetapi ramai lagi di luar sana!!

    Salam hormat buat tok guru dan semua ahli keluarganya.

    • Setiap orang punya kisah menarik dizaman kanak-kanak ribenanya…
      Kadang-kadang bila otak dah jam, tak tahu nak tulis apa…datanglah kenangan-kenangan dizaman mencari kangkung dalam sungai…haa…itu akak belum cite lagi!

      Sebenaranya bila saya menulis begini, bukan saja-saja untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana, tapi saya menulis kerana ada permintaan – tulislah, kami mahu tahu bagaimana TG dan keluarga TG di belakang tabir. Asasnya, saya tidak tahu apa yang diinginkan sebenarnya, jawab mereka – apa saja, asalkan kami boleh bayangkan bagaimana TG dan keluarga TG di belakang kami. Maka, menulislah saya. Jika anda semua berasa seronok, maka rasanya saya sudah membantu seadanya, namun jika kurang selesa, itu adalah kelemahan saya.

      Kebetulan, pagi sebelum saya publish tulisan ini, TG datang bertandang ke rumah saya, dengan berjubah putih dan memegang sebilah sabit, beliau merumput di pokok-pokok buah-buahan yang beliau sendiri tanam di halaman rumah saya, seawal saya berpindah ke rumah sendiri. Lantas, itulah idea saya untuk menulis…

      p/s; akak dah beli DK, sangat berbaloi tulisan itu. Boleh tak akak summary dan tepek kat sini? Nama penulisnya tidak akan dilupakan! Tapi kalau hakcipta terpelihara tak mengapalah. Sekadar bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan ramai rakan sahaja…

  7. kakchik menangis membaca bahagian yang terakhir.
    tok guru yang kakchik panggil ayah zik, belum ada gantinya.
    jika suatu hari Allah memanggilnya pulang, kita kehilangan batang tubuhnya tapi pasti tidak akan hilang ilmu, jasa dan didikannya.
    semoga Allah sentiasa mengurniakan tok guru dengan kesihatan yang baik agar beliau dapat terus mendidik kita menjadi manusia.
    insyaAllah masih ada yang akan menyambung perjuangan tok guru dengan diri dan jiwa yang ikhlas.

    • Sebelum kakchik menangis, na yang menangis dulu. Asal tulisannya ada dikaitkan dengan arwah ustaz Dato Hj Fadzil Noor, tapi jemari tak mampu menyambungnya…

      p/s; ayahanda kakchik ‘seangkatan’ dengan Pak Mat Feri yang istiqamah memakmurkan masjid TG.
      Seorang tukang rumah yang sangat cermat pertukangannya, antara tangan-tangan yang membina rumah TG sejak awalan.

      Tq

  8. Salam pagi anak Tok Guru,

    Terasa seronok membaca atikel Puan Amalina yang mengembali nostagia indah.

    Puan Amalina said:-

    Kenangan

    “Sewaktu usia saya masih kecil, tahun 70-an, belum bersekolah, jambatan yang menghubungi ‘pulau’ kami belum lagi terbina. Untuk ke seberang sana, Kampung Pauh, saya punya pengalaman menaiki feri yang ditarik menggunakan tali, yang talinya itu merentangi sungai, diikat di pokok di kedua-dua belah daratan. Feri (tali) itu ditarik menggunakan kudrat tangan, sungguh perkasa ‘pemandunya’ itu, yang dikenali sebagai Pak Mat Feri.”.

    ULASAN ANA,

    Jambatan yang Amalina berferi dulu telah berubahkan. Kerajaan mana yang bina Pas ke Umno?.Maaf nak tahu juga,sebabnya kita sebagai rakyat nak menghagai mana jasa kerajaan .

    Puan Amalina said:-
    Kampungku…

    Alhamdulillah, saya yang berjiwa ‘kampung’ akhirnya direzekikan Allah untuk menetap di kampung halaman sendiri. Berdekatan dengan ayahbonda adalah suatu nikmat yang tiada taranya. Walaupun punya rumah sendiri, apabila tiba waktu berpantang, saya akan tinggal di rumah ayahbonda. Kepercayaan saya kuat kepada berpantang cara orang lama, kerana itu saya tidak yakin untuk tinggal di rumah sendiri dalam tempoh itu, takut saya terlanggar pantang.

    ULASAN ANA,

    Ana tertarik dengan pantang-pantang ni,biasanya dalam berpantang kena makan ikan gelama kering dan sop ikan haruan .Biasanya berdiam atau panas tubuh , arang kayu yang digunakan untuk nyalakan api.Tapi arang bukan sebarang arang boleh guna seperti buat bakar satay.Arang tak boleh guna jenis kayu Lebang,nanti gatal,betul ke Amalina.

    Tanya ni sebab Amalina ada berpengalaman tentang pantang larang,cerita lah spesifik sikit untuk dikongsi bersama kepada ibu-ibu moden yang kian menlupa patang larang bersaling.

    Ana bersetuju dengan wanita berpantang ni,walaupun anak 10 pun ,body tetap nampak fit.Jadi cik abang nak kahwin lagi pun fikir dua kali.

    WALLAHUALAMM

    • Jawapan saya;

      1. Setelah berferi sekian lama, pada awal 80-an kami telah menerimapakai jambatan kayu yang lebarnya memuatkan sebuah kereta sahaja. Jambatan tersebut masih ada kini namun sudah terputus dua, hanya dijadikan port kaki-kaki pancing sahaja. Satu panorama yang menarik.

      Awal 90-an kami mula menggunakan jambatan yang lebih besar dan kukuh yang berkekalan sehinggalah sekarang ini.

      Itu semua adalah tanggungjawab Kerajaan yang memerintah pada masa tersebut.

      2. Saya berpantang biasa-biasa saja selama 40 hari.

      Seminggu pertama, saya makan makanan kering saja, terutamanya ikan kering bakar. Minggu seterusnya baru boleh merasa ikan, ayam, daging – semuanya dibakar. Penyedap rasa, cicah dengan sambal lada hitam. Nikmat! Minggu terakhir baru dibenarkan makan sup – kurang minyak, banyak lada hitam. Makanan sampingan, biskut tawar dan lempeng.

      Saya tidak berdian, hanya bertungku, selang sehari dengan urutan selama tiga minggu.

      Pantang yang lain termasuklah, tidak boleh banyak bergerak, selalu memakai bekung, duduk bangun secara sehabis sopan santun!

      Tapi percayalah, berpantang selepas bersalin mengikut cara ibubapa anda adalah cara terbaik untuk menjaga tubuh seorang yang bergelar ibu.

      Rugi juga kalau kita menjadi terlalu moden dalam bab-bab ini.

      Anda sayang suami, anda jaga tubuh anda.

      Tq

  9. Salam,
    Seronok baca entri kali ini, syabas. Saya menyokong penuh tulisan puan, pedulikan mereka yang memberikan kata-kata negatif. Kalau mereka tidak suka, tidak mengapa, ramai lagi yang menyokong. Alasan-alasan yang mereka gunakan pun semuanya tidak berasas. Puan berhak menulis apa yang terlintas di hati puan. Teruskan, kami sentiasa menyokong dari belakang!

  10. Salam..
    Terpanggil untuk membaca blog serisuri melaui pautan di blog sendiri, dgn tujuan dapat menyoroti kisah kehidupan TGNA. Dah sekian lama tak meneroka blog-blog sahabat maya… banyak manfaatnya apabila membaca setiap penulisan rakan2 yg mana manfaat yg diperolehi begitu subjective bg setiap individu..ada yg tak merasainya anda membaca tanpa terkesan di hati..Tapi bg saya setiap kisah dan cerita yg dipaparkan saya akan cuba mencari nilai yg baik untuk di ambil pengiktibaran darinya…

    TGNA memang dihormati kerana ketinggian ilmu dan akhlaknya. Masyarakat sekitarnya pun mengakui hakikat ini…sementelah anak-anaknya pula. Pasti tidak dapat lari dari menceritakan kebaikannya…

    Tq atas perkngsian ini.

    • W’lam…

      T/kasih kerana menjenguk blog saya.

      Saya menjenguk blog saudari…mmm…kelihatan sedang keboringan…? Saya mendapat motivasi daripada tulisan blog seorang ustaz, katanya, tulislah segala apa yang baik-baik, insyaAllah akan ada insan yang sudi membacanya…InsyaAllah.

      Teruskan perjuangan anda, jangan sia-siakan ilmu dan bakat yang ada. Bersedialah untuk berkongsi. Ramai yang akan sudi menerimanya.

  11. coming soon……ibni-baittutah….new vision….tunguuuuu.

  12. Setelah sekian lama.. jejak yg lekas & mengah jadi virus kepada keperkasaan..

    Kalo mahu pecahkan struktur keampuhan jemaah Islam.. hancurkan kekuatan doa ulama & faqihin nya.. macam mana?? TAKUTKAN MATI, CINTAKAN DUNIA…

    Berceritalah semahunya, kerana setiap manusia perlu hidup..

  13. syoknya blog ni sbb di samping artiel utama, artikel komen dari tah siapa2 tu pun tak kurangnya menggigitnya. persahabatan di alam maya menghasilkan suasana hangat dan meriah mcm tu ya…..tahniah atas artikel yg sarat isi.

  14. assalammulaikum, apa khabar semua lama kita tidak di ketemukan didalam blog ini.

  15. testing…new version my search egine

  16. salam pn. nik. saya amat suka cerita2 ttg kehidupan peribadi puan sbg anak tok guru nik aziz. dapat belajar bnyak perkara. pedulikan pada komen2 nakal & berniat jahat. mereka mgkin org umno atau org yg buta hati. org yg buta hati tak akan tau menilai antara kaca & permata. yg penting puan iklhas menulis kerana allah. allah yg akan menilainya. hanya allah yg tahu keikhlasan puan.bukan mereka. teruskan…

  17. Tulisan yang bagus🙂

  18. testing,testing?laa dia dtg lagik….ko punya blog xde orang gi ker huhuhuu

  19. izani,….mu fahey isu.

    si riang…..ambo ada blog ko…takde ko…itu abo punye pasal, selagi tuan rumah tok ngoyak ambo tubik…ambo boleh buat apo ambo suko. apasal mu orey takut kat ambo punyo komen ko. bukey baru hari ni ambo…buat “tubik orey jahat” dari mengacau blog orey lain. Mu nok klik kat blog ambo pung boleh jugok hari-hari, tapi mu kena padai lah macam mano nok jumpo ambo. cari sendiri.

    • tak terlintaspun nak cari blog demo, tapi kalu bagi link bulehla nak try tengok .tapi kalu suruh cari sendiri….tak kot.

      anyway, teruslah mengomen di sini. rasa sunyi jugak tadok demo.. rindu ko ayat demo ISU PANAS….MEE KARI…..KEDAI MAMAK

  20. ibni-baitutat,ayam tak segar masuk pula,ingat ke baru ni hilang masuk wat dah.Jangan dok kacau tajuk hal didik budak ni.Mu tak bini lagi dok diam lah.

  21. Oh pok musa mu ado lagi.
    heehh..ambo takdo awek pung ambo ngoyak pasal tu, ambo belajar akademik jugok. Tapi ambo tak fahey lah mu ngoyak “ayam”. ap maksud ayam tu. Mu dulu komen ambo tak balas-balas lagi, la ni mu komen gapo dio.

  22. si riang

    ok lah link kat sini pun cukup, takde pun ko boleh lihat kat blo-blog lain, aku mesti ada sana punye.

  23. Puan, suami puan dikhabarkan telah meletak jawatan .

    Puan tentu bersedih sekarang ni. Saya berharap Puan sekeluarga tabah dan muhasabah diri. Tiada manusia yang maksum kecuali nabi.

  24. salam.

    saya cadangkan puan letakkan hits pada blog puan. ada baiknya.

    • Saya belum memikirkannya…

      Sekadar berkongsi hits pada blog saya;
      Saya pernah menerima hits sehingga 3000 sehari, serendah 300 sehari, dan purata 500 sehari.

      Tq

  25. pemuda miskin.

    Hahh macamana sekarang puas hati….mana peginya fakta yang di gembar-gemburkan?…mana peginya macam-macam lah cerita-cerita dongeng pak kadok yang telah di canangkan di blog kickterpella?….mana peginya tuduhan-tuduhan yang dikata ada nasnya untuk menyakin kebenaran lah kononnya penyelewengan?…..mana peginya bukti-bukti penyelewengan yang boleh dikatakan releven di makamah dan sprm…..mana…mana????…
    Mu tolong tanyekan kan kicterpella tu untuk aku. Dulu aku tengok komen ko ye..ye..ya..ya je…kot…kot ko pulak nak jawab dekat kicterpella dan semua yang terbabit?…

  26. fakta dan bukti tu tak pegi kemana2…masih ada disitu selagi tidak dikalahkan. beratus-ratus komen demo kat sini, satu pun tak menjawab segala tuduhan tu. asyik dok marah orang jer.

    Ariffahmi dah letak jawatan…

    kickdefella dah boleh dianggap menang. Thats the fact. aku pun menyampah tengok muka kickdefella tu tapi tak pulak mamat tu kena tangkap dengan polis atau SPRM.

  27. PEMUDA MISKIN

    kalau dah fakta beserabut…kalau bukti tak di ketengahkan(kalau ada) mana boleh kira menang. Dengan aku pung sampai sekarang senyap tak dapat nak di buktikan…mana dulu kata kebenaran apa pasal tak dakwa aku. Kalau nak cerita pasal politik, kalau nak tuduh pasal politik dalam web tak boleh pakai fakta. Itu kira fitnah.
    Fact apakebenda setakat siar minta orang komen. Itu kira lawan penegcut. Dulu aku macam tu jugak…last sekali hantar surat kat aku mintak maaf. aku kata boleh jalan.
    Siap nak jumpa aku nak bincang bayar sagu hati dan ganti rugi…aku kata tak payah simpan duit tu beli lap top baru je.Kalau kau kata komen aku takde apa-apa, memang sah lah ko setakat baca sekali imbas…dan singgah web je. kalau macam tu tak yah lah komen kat orang…orang pun menyampah.
    Pegi minta sedekah kat chow kit elok lah bagi ko. kalau ko takde duit tambang nak pegi k.l…aku boleh kasi. kalau taknak pegi k.l aku boleh hantar ko kat Wakaf Cheyeh malam-malam nak minta sedekah.
    Aku bukan taknak bagi ko adress web aku….bukan taknak main dalam web aku….dulu dah aku dah diberi amaran…ada sebab nya. Nantilah tunggu Islam memerintah dulu barulah boleh ye.
    Tapi macamana pun aku harap “Zie” dapat lah kita komen-komen dalam web ni ye. Aku pung nak merasa bercinta. Bukan apa….kenapa nak main komen-komen dulu, nak baca fikiran dia dan pendapat dia.
    BUKAN APA TAKOT DAPAT “PUTERI AMGOGOK….esshh tak sangup aku hari-hari tengok dia nanti pakai tudung sekerat dengan Jambul terjojol kat depan…loyar tekak pulokkkk….

  28. kalu komen betul2 ganah, tlg jawab. KIckdefella ckp Ariffahmi bagi free rumah kelantan di KL…betul ker? kau tahu ker? ada fakta balas?

    tu baru satu , banyak lagi. kalu mu buleh jawab barulah boleh kata mu bg sumbangan kat Puan amalina, ni dok ..dok merapu. gi tubik cari kejo nuh!

  29. PEMUDA MISKIN CONFIUS

    Rumah Kelantan di jalan stonor tu, berapa jumlah hartanahnya…..rumah tu kepunyaaan sapa sebenarnya. Ko pernah lihat kat sebelah tu apa yang di panggil “Rumah Terengganu” sapa duduk?….boleh bagi jawapan tu. Ko cakap kat ketrevelpella bagi jawapan “rumah Terengganu” tu dulu baru aku beri fakta “rumah free yang ko kata”.

    Aku bagi ulas dalam masa tiga hari, sebab buah DADU aku ni Boleh Buka TIGA KALI ajeeeee…

    • still tak jawab. asyik dok pusing2 jah. malas doh aku layan mu. amik ko mu la menang semua.
      suruh jawab rumah kelantan, wat tubik rumah terengganu pulak. lepas tu rumah selangor, perak, perlis ,dll. ginila oyak pasal umah mu la deh. kalu xnak jawab pun takpe.

  30. Akak

    itu perancangan “orang Pas” tuuuuu….yang boleh jadi Hits…

    Amat…amat…amat kecewa sungguh saya kali ni…minta maaf banyak-banyak…

  31. pemuda kaya

    aaaaaaaaaaaiiieeeekkkkk…….AKU PULOK menang dah sekarang, tadi mu kecek kertervelpella yang menang.
    Kalau macam tu terimakasih lah yee….mmuuaahh.

  32. pemuda papa

    Ambo lupo lagi….Mu jangey lupo kecek balik kat Kertevelpella tu ye…Kato Ambo dah Menang. eh jagey lupo ye….TOLONG KECEK BALIK JAH….Ambo Menang.

    * Ini kalau turun naik mahkamah sepuluh kali campur 2o kali pung tak kesah JAHH….

  33. tahniah..tahniah
    awak memang hebat!

  34. terimakasih banyak pemuda miskin…..nanti ada isu lain ko komen lah lagi…agak-agak boleh menang tak?…tapi jangey ngoyak ambo CEKETIN pulok….

  35. mu akan sentiasa menang sebab mu sehebat ultraman. ceketin tu cah keting ko? mu jgn runsing tadok orang nak cah keting mu sebab mu bukan CEO.

  36. pemuda kaya

    Ni pasal mu puji ambo…ambo panggil mu dengan pemuda kaya, kaya pemikiran, kaya ilmu tak TERLALU EMOSI. puji punye pasal apa pun ok. Tapi mu jangey panggil umbo utraman nanti kena akta multi media pulok dema. Pasal isu video Armahum Sultan Johor tu….si mamat tu buat soud trek cita pasal kartun utraman. Esshh ambo takot tu.

  37. pemuda miskin

    mu jangey anggap ambo ni bukey CEO. Ambo ni memang jawatan CEO lah sekarang ni. Mu tok kenal ambo lagi.

  38. ceo kepala hotak mu

  39. Akak

    Kalau kita mengatakan ada exco yang hatinya sudah berpenyakit…sudah tentu Bulatan Exco yang sebulat suara tadi semua di hatinya ada penyakit, sebab kenapa saya kata begitu?. Mejoriti perbincangan dan pendapat didalam mesyuarat itu memutuskan ia perlu meletak jawatan kerana ianya telah melanggar prosedure perlantikan jawatan yang sebenar, itu sahaja pada mulanya.
    Exco ini mendapat maklumat secara tidak sengaja, faham je lah dari sapa.Kerana exco ini biasa lah wakil rakyat, dengan tok pa, awang soh pung pernah makan sama selepas persindangan dewan. Tetapi mereka yang bercerita tentang perancang pendedahan ini pun TEPEPANJAT kerana, mereka tidak menyangka yang exco ni melaporkan kepada Pengerusi. Macam ni!

    – Exco ngoyak…niey ambo nok ngoyak ni pengerusi, ambo dengar ado kawe umbo neiy ado bagi tahu pasal kita Lepas Pandang Tentang Jawatatey CEO neiy…guano kita nok buakt neiy, ambo takut kecoh nanti, ambo doh cek doh pasal prosedure perlantkkan neiy, ado silap sikit.

    – Pengerusi kecek….yo ko lo neiy kiro silap ko?…ambo tok pikir guano lagu tuuu…Takpo mu ngoyak panggil sukmo bincey hal neiy, nanti lambat habis kito.

    – Exco ngoyak lagi….Tuan pengerusi, mace mano AfundiArifFahmi neiy….ambo serba saloh nok ngoyak pado dio.

    – Pengerusi kecek….Takpo tuan kita bawok bince dulu…nanti ambo kelik bincey dengey dio deh…Tetap key hari mesyuarat.Kito nok minto pendapat….Gapo tok ngoyak dulu pasal hal neiy.

    Setakat itu sahaja endingnya.Untuk cerita di dalam mesyuarat harap maklum ianya tidak boleh di siarkan di atas sebab-sebab tertentu. Ini kalau bukan fakta lagi tak tahu lah.

    Tiada penyakit yang tidak boleh diubati…melainkan kita mengamalkan Al-Syifa….Al-Syfa itu apa?….ia mengandungi dan tertulis di dalam Kalam Allah.

    • Saudara,

      Saya tidak pernah membantah isu perlu meletak jawatan, kerana ia adalah undang-undang yang perlu dipatuhi.
      Jikapun saya membantah, kerana seolah suami dan TG telah melakukan kesilapan, sedangkan ia bukanlah begitu…semua orang telah fahami. Kalau ada yang tidak faham, mereka sengaja membutakan hati mereka.

      Apa yang saya persoalkan adalah fitnah yang tersebar hebat. Tiada pimpinan yang bangun menafikan fitnah yang tersebar itu, dalam waktu yang sama mengarahkan suami saya mendiamkan diri.

      Jika ada exco yang mendapat maklumat, apakah saya tidak mendapat maklumat?
      Jika exco itu adalah wakil rakyat, saya ini siapa?
      Jika dialog itu untuk bacaan kepada pengunjung lain, saya persilakan, tapi ia bukan untuk saya, lebih dari itu saya tahu.

  40. Kan PERSEPSINYA saya dah terang panjang lebar Rentettan komen yang di hantar. Itu lah kebenarannya yang nyata sebelum dan selepas itu.

    Apa pun persoalan yang berterusan yang hantar dan di komen oleh orang lain adalah selepas PERSEPSI cerita yang di tokok tambah dan ceritakan oleh banyak individu yang ingin mengetahui selanjutnya termasuklah musuh-musuh politik yang tidak dikenali indentitinya, tetapi kita boleh mengetahui matlamat dan tulisannya.

    Dengan pujuk rayu dan penyamaran ia menyemarakkan lagi agenda pemusnahan mereka itu.

  41. akak

    Jika saya sambung dialog itu lagi…sudah tentu Akak akan mendapat jawapannya. Tapi tak payah lah ia dianggap selesai dan keluarga TGNA pun telah selamat.

    Bagaimana pula jika kita semua membantah dan mempersoalkan fitnah yang tersebar itu dari terus mendiamkan diri di sebabkan seolah-olah exco dan semua di dalam mesyuarat itu merasa tidak di bela dan di fitnah dalam waktu yang sama, masing-masing hanya menyelamatkan diri dan membela diri mereka sendiri, mereka menerima isu yang tidak sepatutnya bagi mereka?.Ada mereka fikir macam tu?.

    Jika exco mendapat maklumat yang boleh mengugat perjalanan parti dan pimpinannya, siapa mereka selain dari parti dan masyarakat. Siapa kita, selain dari jawapan rakyat yang mengundi mereka?.Adakah patut kita membiarkan sahaja isu itu ditangani oleh musuh sendiri(ancaman umno)?.

    Adakah exco atau orang dalam serta kakitangan yang lain yang mengetahui permasalahan sebenar, dan terbabit dengan akta dan adakah mereka sebagai “agen pembangkang umno” atau agen barisan national?.

    Wajarkah maklumat ancaman musuh dan perancangan musuh tidak boleh di bincangkann dan didedahkan kepada parti, dari terus memendam rasa melihat kehancuran akan berlaku kepada pimpinan, kerajaan dan parti?. Tanpa orang dalam yang mendapat maklumat awal, sudah tentu semua exco yang ada tidak akan dapat berbincang dan menyelamatkanya. sudah tentu ianya menjadi kes yang berat dan memalukan.

    Siapa yang mengarahkan mendiamkan diri bagi kita semua ini selain Arif Fahmi yang diam, dalam waktu yang sama membiarkan musuh memperlakukan dan mempermainkan isu ini di media masa.
    Sedangkan mangsa akan terus menerima ancaman yang tidak diketahui olehnya, dan hanya membiarkannya?.
    Patutkah kita membiarkannya di perlakukan oleh musuh dengan lebih berat lagi?.

    Tahukah kita Programe “Juara Rakyat” itu adalah pencetusan idea dari selepas isu yang berlaku ini, untuk menyemarakkan lagi rancangan politik mereka dengan menggunakan rakyat sebagai boneka yang telah diguna-gunakan akibat dari isu ini. Dalam road show mereka, isu-isu ini di perkatakan, dan itu adalah habuan awal kempen mereka dan penjelajahan mereka di serata tempat dan ini lah modal yang mereka perolehi.

    Tahukah siapa yang mencadangkan nama Juara Rakyat?. Lain dan tidak bukan dari Tigo Serangkai. Tidakkah ia sedikit-sebanyak memberikan keuntungan kepada kumpulan mereka akibat isu ini?.Dari mana mereka itu.
    Sedikit sebanyak ia adalah boleh di anggap exgratia awal bagi mereka musuh politik yang celik memainkan isu ini. Dan mereka menunggu Bonus pula jika permainan ini berjaya di teruskan. Itulah matlamat mereka yang hendak melihat isu ini, sebagai mana menjadi begini. Dan tentera mereka berperanan menjalankan aktiviti, ,memujuk, menyamar dan menggunakan tulisan mereka secara halus.

    Kita yakin mereka mungkin agak sukar merampas kembali Negeri Kelantan ini, mungkin negeri lain. ATAU ADA KEMUNGKINAN.

    Bagi pejuang yang telah lali dengan tektik permainan ini, ia tetap di teruskan perjuangan jitu itu selagi ia belum mencapai matlamat kemenangan sepenuhnya. Semangat Kental dan Tegal tetap terpahat di hati.

  42. kau ni asyik pangil pn Amalina akak padahal kau lebih tua daripada dia. Kan kau cakap kau sekelas ngan Arifahmi time bljar engineer dulu, mestilah kau sama tua ngan AFF (kecuali AFF dok repeat semester pah ceroh). Kau pun kata kau pun keje CEO gak.
    kau cakap betul2..betul tak kau sekelas ngan AFF? betul ke kau dah keje, CEO lagi? CEO kat kompeni mana?

    kecek menipu berdosa tau..ingat.

    saya keje buruh binaan jer.

  43. Terima kasih atas maklumat menarik

  44. Asyik bertengkar je apa nak jadi sass

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: