• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    February 2010
    S M T W T F S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  

Berblog

Salam Ukhuwah…

Apabila memutuskan untuk berblog, saya mengharapkan sedikit ruang untuk mengutarakan pandangan secara peribadi dalam bidang keilmuan yang saya berpengetahuan keatasnya, terutama dalam memperkasakan generasi baru. Samada pengujung blog berpuas hati atau sebaliknya dengan tulisan yang dipersembahkan, ia diluar bidang kemahiran saya.

Tentunya saya berharapan besar untuk menarik minat pengunjung membaca apa yang ditulis.

Boleh kiranya saya katakan bahawa blog ini adalah untuk kita semua ‘berusrah’ secara maya. Namun usrah ini tiada silibus tetapnya. Kiranya saya yang memilih tajuk untuk diberikan sedikit kupasan, dan pengunjung semua memberi ulasan sejauh mana kemahiran dalam ilmu masing-masing. Tiada sekatan dipihak saya, sekadar menggalakkan percambahan ilmu yang sempurna, tiada ulasan-ulasan yang bersifat emosional keterlaluan.

Saya alu-alukan.

Masih banyak yang perlu saya belajar dalam berblog, tentunya banyak juga yang saya ingin kongsikan bersama anda semua di luar sana, untuk mengembangkan minda saya sendiri supaya sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu yang baru dalam apa jua bidang keilmuan. Membaca dan menulis sesuatu yang mampu menyokong pemikiran supaya tidak menjadi statik.

Saya percaya masyarakat kita masih berada ditahap sederhana dalam soal mencari ilmu sisipan. Sekadar menelaah buku-buku wajib kerana ia suatu kemestian kepada status pelajar, amat rugi jika cerdik pandai tidak mengambil peluang untuk memperkasakan lagi bidang ilmu yang mereka pelajari, sekurang-kurangnya mereka mampu menjadi ahli dalam satu cabang ilmu.

Saya sendiri mula mempelbagaikan koleksi bacaan setelah punya ‘wang sendiri’. Berbekalkan duit bulanan yang disediakan ayahanda semasa di kampus, sedikit diperuntukkan untuk membeli buku ataupun majalah, biasanya saya memilih isu yang menarik dibahaskan secara ilmiah. Alhamdulillah, sedari kecil boleh dikatakan membaca itu adalah hobi, saya menyokong kuat kepada program-program yang bermatlamatkan membudayakan buku dalam kehidupan harian.

Bacalah apa jua ilmu yang baik-baik, mudah-mudahan ia mampu memberi ruang kepada kita untuk bersama memberi sedikit pencerahan kepada Islam. Bersama membangunkan generasi baru yang berminat untuk membaca, lantas menghasilkan banyak bertanya, seterusnya membuahkan lebih banyak cabang ilmu yang bermanfaat hendaknya. Ilmu itu sangat penting, pengetahuan itu memberi keyakinan yang tinggi kepada diri, sangat bermanfaat dalam menghasilkan budaya hidup yang sentiasa mahu menyumbang kearah kebaikan.

Amatlah rugi kiranya kita yang punya kesedaran dalam membantu gerakan Islam, menjadi sebahagian daripada ramai orang yang langsung tidak ambil peduli tentang keperluan penambahan dan percambahan ilmu. Sebagai seorang yang bergelar pemimpin, hatta pemimpin keluarga sekalipun, berusahalah untuk kelihatan berminat kearah memperkasakan ilmu. Secara tidak langsung, memberi gambaran yang baik kepada orang bawahan dalam penyebaran pengetahuan. Dengan ilmu, jiwa kita tidak akan menjadi layu. Amatlah rugi jika kita sebagai pemimpin tidak tahu untuk menghargai betapa bernilainya sebutir ilmu.

Pelbagaikan usaha untuk menarik minat ramai kearah membina persepsi yang baik kepada pencarian ilmu. Besar peranan yang perlu dimainkan oleh para pemimpin. Benarlah bahawa, kepimpinan itu melalui teladan.

Berjamaah

Dalam berjamaah, bukan hanya mahukan kader-kader memberi sumbangan yang tiada taranya kepada gerakan Islam, tapi inilah masanya juga untuk bersama-sama memperkemaskan ilmu di minda. Ilmu dan amal perlu seiring. Perlu difahamkan kepada setiap anggota gerakan Islam bahawa setiap amalan yang dilaksanakan itu akan menjadi lebih bermakna sekiranya berteraskan kepada kefahaman ilmu Islam yang sebenar.

Impian besarnya adalah mengumpul seramai mungkin bijak pandai di dalam gerakan Islam, untuk membuahkan hasil yang lebih dinamis mengikut acuan realiti semasa didalam masyarakat yang semakin berkembang pendidikannya. Jika kita masih bermain permainan yang sama tanpa sebarang pembaharuan, tidak pelik jika kita sentiasa menjadi satu alternatif, bukannya satu pilihan yang tiada pilihan lain lagi.

Tidak kiralah samada ahli itu berpendidikan sekular mahupun ditarbiah mengikut acuan Islam secukupnya, gandingan ulama-profesinal ini amatlah dialu-alukan untuk membantu menjulang gerakan Islam yang semakin hebat ini.

Apabila gerakan Islam yang ada pada hari ini telah mengumpulkan banyak cerdik pandai, tentunya pencapaian yang diraih juga lebih besar. Segala tindak-tanduk yang dipamerkan perlulah berdasarkan ilmu, seiring dengan keperluan masyarakat semasa. Jangan pula terlalu berteori berdasarkan ilmu formal, tapi berpijaklah di bumi nyata, bahawa segala tindakan yang diperlakukan adalah untuk kepentingan pembangunan gerakan Islam semata.

Jika kita yang kononnya dianggap terpelajar, jangan dilupa rakyat di kampung, ada saham untuk mereka dalam gerakan Islam ini. Saat dipalu demam pilihanraya, kiranya saya percaya gerakerja mereka cukup hebat dan sungguh bersemangat untuk mengibar bendera parti, menayang poster si calon, berkempen meraih undi, di situlah kehebatan mereka berbanding ahli yang kononnya golongan akademik ini.

Inilah pentingnya ilmu, bukan sekadar ilmu formal yang dikutip di pusat-pusat keilmuan, tapi ilmu kemanusiaan, yang mampu mengajar setiap manusia untuk lebih banyak memberi, untuk menerima yang lebih baik.

Bagi sebuah gerakan Islam, yakni PAS yang sentiasa mahukan kebijaksanaan dalam berpolitik, perlu memiliki kepimpinan yang hebat buah fikirannya. Bukan sekadar kita mempunyai pemimpin yang hebat butir bicaranya, tapi apa yang lebih penting, adalah bagaimana mindanya boleh melihat jauh realiti politik semasa dan bagaimana mengeksploitasi kelebihan dan kekurangan yang ada untuk mencapai sasaran.

Sebuah gerakan Islam tidak perlu kepada ahli dan pimpinan yang hanya tahu bercakap dan terus bercakap, tapi pengetahuan yang berilmu itu adalah lebih penting.

Apa yang kita perlu kini, setiap ahli gerakan Islam mahupun pemimpinnya sendiri adalah penguasaan ilmu.

Terbuka

Kita harus sentiasa terbuka, memberi suatu gambaran yang boleh menyelesakan kepada masyarakat umum. Membuka pintu seluas-luasnya untuk ramai orang berminat untuk menjadi ahli gerakan Islam ini, tidak kiralah siapa pun mereka, yang penting ada kemahuan untuk berada pada kehidupan yang lebih baik, yakni didalam ruang lingkup yang lebih Islamik. Keahlian daripada pelbagai kategori ahli masyarakat tentunya sangat membantu gerakan Islam ini untuk lebih memahami keinginan sebenar rakyat umum, dan tentunya memberi satu anjakan ke arah memartabatkan perpaduan Islam sejagat.

Dalam rekod, di bumi Malaysia ini kita mempunyai lebih dua dozen parti politik yang telah berdaftar dengan Suruhajanya Pilihan Raya (SPR). PAS tentunya antara parti terbesar dalam Negara kita ini. Tentunya untuk Pilihan Raya Umum yang bayang-bayangnya sudah mula kelihatan, sasaran besar kita adalah remaja dan juga pengundi-pengundi muda serta yang baru. Walaubagaimanapun, amatlah mendukacitakan bilamana peratusan yang belum mendaftar adalah sangat tinggi sejak selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Kita masih punya kira-kira empat juta rakyat Negara ini, yang majoritinya bawah umur 30 tahun, masih belum mendaftar sebagai pengundi. Sayang! Inilah tugas kita. Memberi penerangan dan memenangi hati mereka dengan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar ilmu pengetahuan umum, tapi ilmu politik juga. Jangan dikata remaja hari ini tidak endah pada politik, itu di fikiran kita, masuklah kedalam kehidupan dan minda mereka, tentunya ada yang lebih istimewa, mereka juga mahukan kehidupan yang lebih baik, tentunya pada pegangan Islam. Sesungguhnya Islam dan politik itu tidak mungkin mampu dipisah-pisahkan.

Ini satu maklumat yang perlu kita teliti dan perhalusi bagaimana kaedah terbaik untuk menarik ramai bakal pengundi untuk mendaftar seberapa segera.

Sebarkan maklumat kepentingan mendaftar sebagai pengundi secara lebih berhemah dan meluas, makin luas sebarannya makin besar sasaran yang boleh kita capai.

Jangan pandang enteng perihal sebegini, walaupun kononnya tarikh keramat pilihan raya umum masih kelabu kelihatan, namun gendang dipihak lawan sudahpun mula dipalu dalam diam. Ini yang perlu kita prihatinkan, gemblengkan yang terbaik.

Gerakan Islam ini perlu sentiasa bergerak, mencari peluang terbaik untuk menarik minat masyarakat yang masih mencari-cari tempat untuk bergantung harap. Bukan hanya dengan sebaran maklumat melalui akhbar, internet, tetapi lebih dari itu, ahli dan pemimpin perlu sentiasa turun ke bumi, memberi penerangan secara bertemu mata, agar kesannya telus ke jiwa. 

Mendekati masyarakat hari ini perlu kepada pendekatan yang lebih terbuka dan sedikit moden. Bukan sekadar berceramah, tapi lebih dari itu, ‘mengambil hati’ rakyat adalah lebih perlu, lebih-lebih lagi kepada pemimpin yang telahpun bergelar YB. Ini yang rakyat mahukan, melihat wajah YB mereka dari dekat, mendengar permasalahan mereka, jika mampu, cuba menyelesaikannya.

Kreativiti

Sebenarnya, kreativiti lebih mampu memikat ramai masyarakat di luar sana untuk masuk dekat melihat apa yang ada pada gerakan Islam ini. Selain dari berilmu pengetahuan, ahli dan pemimpin gerakan Islam ini perlu punya kemahiran dalam selok belok berpolitik.

Kreativiti itu adalah satu anugerah Allah yang tiada bandingnya. Setinggi manapun ilmu yang digapai, tanpa kreativiti untuk menggunapakai ilmu tersebut mampu membawa kegagalan. Teras utama dalam berpolitik adalah kreativiti. Tidak cukup lagi dengan ilmu, tambahkan lagi dengan kreativiti, gandingkan pula dengan kajian demi kajian tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada tubuh gerakan Islam itu sendiri, dan tentunya perlu dibandingkan dengan apa yang ada pada pihak lawan. Gahkan perancangan, bagaimana untuk kita ‘berperang’ dalam dunia yang tidak pernah mahu menghormati sebuah keadilan, malah terus dicengkam dengan undang-undang buatan yang barang tentu akan berpihak kepada mereka.

Kita masih lagi menerima penindasan daripada parti pemerintah di Pusat, maka dengan segala kesukaran yang ada, gunapakai segala idea dan minda kreatif untuk bangkit menonjolkan kekuatan, mudah-mudahan kita tetap boleh menyampaikan seruan kepada masyarakat yang sentiasa mahukan kebenaran.

Bagunlah para sahabat yang mengaku sebagai pejuang!

Terbukti sudah bahawa kehebatan ilmu dan gerakerja yang kreatif serta berkemahiran dalam memaut hati-hati manusia, mampu memberi kecemerlangan yang padu kepada sebuah gerakan Islam.

Ilmu yang paling utama, seterusnya kreativiti, insyaAllah dengan adanya kekuatan ini kita akan senantiasa bersemangat untuk bangkit mendokong kekuatan gerakan Islam ini. Kita tidak mahu lagi melihat gerakan Islam ini dianaktirikan oleh pemerintah kini.

Akhlak

Jika kita sudah punya ilmu, punya kreativiti dan juga kemahiran, tentunya akhlak pula yang menjadi taruhan.

Tentunya akhlak setiap ahli, lebih-lebih lagi para pimpinan akan disuluh sentiasa untuk melihat sejauhmana Islamiknya kita ini sebagai pendokong gerakan Islam dan sentiasa bercakap tentang kesyumulan Islam itu sendiri.

Tentunya, walaupun ilmu itu penting, kreativiti dan kemahiran itu amat diperlukan, tapi tidak akan ke mana jika kita terburai dalam akhlaknya.

Dalam berpolitik, jangan jadi seorang yang perasan punya pengetahuan segalanya. Melangkaui jangkauan gerakerja orang lain akan menyebabkan banyak matlamat akan terganggu. Memberi cadangan untuk penambahbaikan adalah sesuatu yang baik, tapi sehingga mempengerusikan mesyuarat yang diluar bidang kuasa kita adalah suatu tindakan yang amat tidak bijak.

Andai merasa diri adalah bijak, sebenarnya masih ramai lagi di luar sana yang lebih bijaksananya. Jangan kerana bijak kita mula disisihkan. Mencampuri urusan orang lain secara berleluasa sehingga kepada merubah keputusan, membuat provokasi mengapi-apikan sentimen perasaan, lebih jauh sebenarnya akan menghilangkan wibawa diri sendiri dalam kebijaksanaanya, orang-orang sebegini akan terkubur tanpa sedar, sesungguhnya mereka beransur lupa bahawa di atas sana masih ada Allah yang sedang memerhati.

Kebijaksanaan seharusnya menjadi titik tolak kepada penyatuan fikiran dan fikrah kearah mencapai matlamat yang satu, yakni memperkukuhkan gerakan Islam. Jangan kerana merasa bijak, kita menjadi terlalu angkuh untuk menguasai segala-galanya.

Kata kunci dalam bahasa yang lebih mudah; Jangan mengada-ngada nak tunjuk pandai!

Kerana bijak juga ada yang mudah mengambil sikap untuk melampau-lampau.

Asal sudah mula belajar untuk melampau, maka akan terjerumus pula ke lembah menzalimi.  

Usaha

Usaha itu adalah satu kewajipan. Jika gagal hari ini, insyaAllah esok lusa kita akan ada jalannya. Lihatlah negeri Kelantan sendiri, walau dikekang dengan pelbagai cabaran yang kadangkala diluar minda kita, dengan berkat kepimpinan seorang Ulama, mampu untuk kita menumpang tuah di bumi Allah ini. 19 tahun menguruskan sebuah negeri dengan pelbagai tohmahan, bukan satu perkara yang mudah. Serambi Mekah ini tidak akan mudah jatuh kiranya masih ada lagi insan-insan yang malu kepada Allah.

Negeri Kelantan adalah contoh yang terbaik bagaimana untuk menguruskan negeri-negeri lain di Malaysia. Pengurusan di bumi Serambi Mekah ini sudahpun mencapai ke tahap yang jauh terkehadapan berbanding negeri-negeri lain di Negara kita ini.

Walauapapun dugaan yang mendatang, tetapkan hati semoga kita semua akan berada pada jalan yang ikhlas untuk menyokong sepenuhnya perjuangan memperkukuhkan gerakan Islam nan satu ini, yakni PAS! InsyaAllah…

Apakah gerakan Islam yang kita dokong ini sudah sempurna tubuhnya? Cukup sempurna itu tidak mungkin, tapi kita sudah punya pelbagai lapisan ahli dan pemimpin yang punya pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu, kita punya kepakaran dalam bidang sepenting ekonomi, dan tentunya gandingan di kalangan ahli baru dan pemimpin lama yang luas pengalamannya dalam menghadapai terjahan musuh yang sentiasa bernafsu untuk menjahanamkan gerakan Islam yang satu ini.

Tentunya, secara berterusan kita mengharapkan sumbangan daripada ahli gerakan Islam ini untuk terus berjuang menegakkan syiar Islam, umumnya di bumi Malaysia ini. Kita terus mahukan peningkatan dalam kualiti pemerintahan, mudah-mudahan ia menjadi titik tolak kepada cabaran untuk kita menawan Malaysia pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Inilah masanya untuk kita bersama-sama bangun dan sesekali jangan mundur.

Perjalanan kita makin hampir, untuk melihat kibaran Bulan menakluk Putrajaya!

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata”

(al-Hajj 22: 11)

3.29pm

22 Responses

  1. alhamdullilah

    Ini lah yang di katakan pemikiran matang dan terpuji dari segi politik. Huraian dan pendapat ini lah yang perlu dalam perjuangan yang berteraskan tapak politik.

    Hujah demi hujah yang mempunyai keriativiti itulah yang boleh menjadi pendapat yang baik untuk peribadi, politik dan masyarakat. Setiap hujah adalah penentu sokongan dan hasilnya terhadap sesuatu perjuangan itu.

    Dengan di sulam oleh ilmu yang di menafaatkan, sekaligus menjadi pemaju semangat dan sokongan kepada perjuangan. Tidak di nafikan ilmu itu penting bagi mengatakan sesuatu perjuangan. tanpa ilmu kita juga terakapai-kapai mencari fitrah yang di kejar.Sudah pasti kekuatan ilmu tadi adalah penentu hala tuju perjuangan ini.

    Pengetahui dan meneliti kekuatan musuh politik amat penting jika mahu penetapkan pendirian dan perjuangan. Kelemahan-kelemahan baik dari dalam atau luar perlu di pelajari agar ancaman dapat di atasi. Sepertimana yang diperkatakan tentang keriativiti itu perlu di pelbagaikan mengikut keperluan semasa dan terkini. Kebebasan bukanlah pasport untuk mencapai maksud keriativiti itu. Ianya perlu kawalan dan nasihat yang terancang, lebih-lebih lagi berblog yang tanpa sempadan ini.

    Matlamat perjuangan ini harus memahami dan di fahami sepenuhnya, agar kekeliruan tidak timbul di akhir kelak. Kekuatan secara praktikal amat penting di dalam perjuangan dan berpolitik, kerana setiap sumbangan itu perlu dijalankan dan laksanakan. Kekuatan emosi dan mental individu yang terbabit di dalam perjuangan mestilah bermatlamat sama seiring dengan pemimpin yang di beri amanah oleh rakyat.

    Pengetahuan kepada sumbangan dan sokongan bukan dari dalam parti, sebaliknya dari undi perlu kita memahami rakyat yang pelbagai ini. Kerana satu undi lah kita boleh mencapai kemenangan besar. Tetapi kita juga boleh menambah lagi dengan gerak kerja terancang dan teratur di semua peringkat. Konsep penambahan dakwah dan sekongan undi perlu berjalan terus tanpa henti untuk mencapai sasaran. Jika kita hanya mementingkan parti dan mengecualikan rakyat yang pelbagai bangsa dan kaum, dengan hanya inginkan menambah keahlian parti sahaja, ia boleh di ibaratkan ‘buih yang banyak di lautan”.

    Sokongan dan perlindungan moral terhadap pemimpin yang di lantik, selagi ia tidak melanggar prinsip-prinsip sosial dan politik harus di beri tempat dan sokongan padu berterusan. Kerana perlantakan yang berteraskan w’ala dan tiqah itu dengan secara automatiknya menjadi pengangan hidup dan perjuangan. Pepatah “selagi hayat di kandung badan” itu menjadi teras dalaman individu yang memegang amanah rakyat, selagi itu lah rakyat pelbagai harus melihat dan memahami “di mana bumi di pijak..di situlah langit di junjung”.

    Dengan ada kerjasama di antara kedua-dua pihak ini, kerja-kerja dakwah dan politik akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Bukan kita sahaja “Menjadi Juara” tetapi “Islam Akan Menjadi Juara”. Setelah Islam menjuarai segalanya secara semula jadinya, rakyat menumpang juara di atas Payung Islam tersebut.

    Jangan kita jadikan Rakyat Juara, tanpa kita menjuarai dahulu sepenuhnya Akidah dan Agama sebagai tempat Juara dan matlamat sepatutnya. Istilah juara tadi akan menjadi pincang dan janggal, tanpa kita “sira”kan matlamat sebenar politik dan matlamat agamanya yang sebenar.

    Kejayaan adalah dari keuntungan takwa. Pembalasannya adalah dari Kunfayakun Allah. Akhirat adalah habuan RahmatNya.

  2. alhamdullillah..skrg saudari mayb dah memahami apa itu blog.nampaknya niat utama saudari create blog nie mayb dah menyimpang,tujuan untuk mempertahankan husband saudari kini telah bertukar sebagai tempat membaca satu rencana ilmiah,apakah masalah husband saudari sudah dilupakan rakyat terutama rakyat kelantan?….hakikatnya..allah tetap menilai bila diadakan penilaian kelak…….wasallam

    • InsyaAllah, banyak lagi yang saya perlu belajar dalam berblog ini.

      Saya rasa niat komen saudara yang telah menyimpang, niat utama saya berblog telah saya nyatakan sejak awalan dahulu lagi.

      Dugaan ke atas suami saya tidak mungkin mudah dilupakan oleh kami sendiri dan juga rakyat umumnya. Saya pasti lambat laun pencerahan akan kelihatan jua. InsyaAllah…

  3. suami kerja apa sekarang?ikut abang abduh berniaga?

    • Dalam bahasa yang ringan-ringan…, suami saya kini sedang berehat-rehat saja…Membayar semula waktu-waktunya yang sibuk sebelum ini kepada kami sekeluarga.

  4. Kan puan dah cakap suami puan ada ilmu dan kepakaran..inilah masanya suami puan nak buktikan dia layak jadi CEO mana-mana kompeni pun..bukan menumpang tuah mentua aje…selamat maju jaya

    • InsyaAllah, dalam waktu berehat-rehat ini akan ada isinya untuk dia bergerak maju dan mudah-mudahan berjaya.

      Sebenarnya, kami anak menantu ini yang dibelakangnya ada nama TG, memang tidak dapat lari dari menumpang tuah TG. Itulah hakikat. Saya mengakuinya.

      Namun, menumpang tuah itu pastinya seiring dengan usaha yang telah kami lakukan. Kalau sekadar mahu bekerja kerana kami anak menantu TG tanpa kelayakan sewajarnya, bukan orang lain saja yang tidak akan menerima kami, malah TG lah orang pertama menghalang impian kami itu. TG seorang yang tegas kepada anak menantu.

      Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

  5. Ibni-baittutoh….!!
    OMG! you are still alive?? Go,go away pls…just go! go!

  6. ampatuan jr

    Not just alive!….im still loving you, Allah and Rasul.

    We should know that our lord who created us of naught and sustained us with His bounties, is Allah the Lord of the worlds.
    The wose believers in Allah did not see Him, but they knew Him bu clear evidences showing His Existence and proving taht. he is the Creator and Susteainer of all creatures.

    Some of these evidences are,
    The universe, makind and life are all created abjects, with a limited scope of existence. Every incidental and dependant object is created and, thus, must have a creator.
    This great Creator is Allah, Who informed us through tha books He revealed to His messengers that He is the originator and the SUSTAINER of all CREATURES.
    The Role of His messengers was to covey Allah’s words to mankind and cal people to believe in Allah and WORSHIP Him alone.

  7. mat

    Kalau dah pernah jadi ceo tu…kira ada ilmulah dan kepakaran. kalau takde tu semua takan orang offer jadi ceo. Takkan lah ko jadi despatch nak ambil sebagai ceo. Kalau bapak dia punye company boleh lah jadi ceo ke apa kenbenda pun boleh. Itu pasal lah BN nak menang pilihanraya, pasal dia boleh letak orang-orang dia jadi ceo. Tah tah mana datang terus lantik jadi ceo tak kira ada kelayakkan atau tidak. Bukan ceo sahaja, lembaga pengarah atau mana-mana punye pengerusi pun nak di isi. Sebab nak jaga kuasa politik dia.Yang di lantik pulak,mula-mula hero kampung, jkk lepas tu jadi wakil rakyat bn, tapi bukan semua yang kelayakkan ada.
    Itu taknak kecoh ke?.
    Nak tumpang tuah bukan blog ni, sama jugak kita cakap tumpang tuah TGNA. Tapi patut semua kena buat macam tu, sapa taknak tumpang tuah dan berkat seorang ulamak. Yang ko pegi tumpang tuah Mr. Samy tu buat apa, bukan tuah lagi dia masak kari pung ko belum tentu dapat rasa.

    Jika ada peluang rasa-rasa lah tumpang tuah rugu lah tak ambik. Dulu aku pun tumpang tuah dengan Che Ded. Kalau tidak sampai sekarang tah kemana. Tuah perjuangan aku ni. Tuah yang dia ada tu lah kita mengorak langkah kehadapan dan mencapai kemengangan. Kalau tak semua tu, Kelantan ni pun belum tentu kita dapat memerintah lagi,orang pun tak sedar-sedar kerosakan yang mereka lakukan.
    Ada pun tuah yang baik dan tuah yang buruk.
    Yang baik kita ikut dan tumpang, bukan tumpang sahaja, tumpang sekaki kalau boleh.
    Yang Jahat jangan ikut dan jangan tumpang,hulur kaki pung belum tentu dapat, pasal jahat, royalty boleh bertukar jadi wang ehsan.
    Tuah yang PETONAS ada tulah yang kita nak menafaatkan untuk rakyat Kelantan.
    Yang curi tumpang tuah Royalty tu yang rakyat Kelantan punye tu tak tumpang curi namanya. Dah lah tumpang tuahnya, magic jadi wang ehsan pulok. Dah lah tumpang magic, bagi 20juta je.

    Tumpang apa kebenda tu. Kalau dia tumpang tuah 2 billion, kemudian bagi kat rakyat Kelantan takpe, ini bagi kat Tigo Serangkat dan Putrajaya dah kira bukan tumpang tu…kira curi lagi. Kalau ko nak tumpang dengan sesiapa cari lah yang boleh tumpang tuah dia, dan doa dia. Ko dapat pahala…..yang bagi tumapang dapat pahala…keluarga ko pun dapat pahala.

    *Akak saya tumpang berblog takpe ye!

  8. lantak kau la….komen kau ni dah terlampau impak maksima sampaikan dah tak ada orang nak membalasnya.

    aku tolong balas la….nanti kau boleh balas balik. sian…..

  9. pemuda miskin

    dalam marah-marah taknak balas…balas jugak….dalam marah taknak baca…baca jugak. Walaumacamanapun…..nak tak nak kena terima jugak. Pasal pilihanraya dah dekat. Yang penting pengundi kat luar tu.

  10. Aduuussss…..pedihnyer….

  11. hai nisah..

    apa yang pedih tu….emmmemm

  12. Assalamualaikum Dan Salam sejahtera semua…

  13. dah tak ada sambutan la kat sini..boring….

  14. tu yang bagi soalan tu ada makna…cuma nak suka sambutan yang melihat kepada kesusahan dan kehancuran orang lain baru dia suka…boring tak yah singgah dan komen. Ini bukan intelek namanya….jelek nama.

  15. Kickdefella pn dah resign…ariffahmi pn dh diresignkan.
    anyway…walaupunn dh reda…dosa2 lama tu sila lah minta keampunan. kalau duit tu duit rakyat kelantan yang di onarkan, sy tak halalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: