• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    February 2010
    S M T W T F S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  

Bercuti

Salam Ukhuwah…

Saya sememangnya sudah lama berhajat untuk pergi bercuti ke mana-mana destinasi dalam Negara, terutamanya ke mana-mana Pulau, sudah sebati dengan Pulau Melaka, saya mahu menjenguk ke Pulau lain pula. Saya hanya pernah pergi ke Pulau Perhentian (2003), dan sedang teringin untuk ke Pulau Redang pula. Siapa nak ajak saya ni…?

Tentunya saya mahu bercuti bersama keluarga.

Namun, sehingga hari ini kami masih lagi tidak punya masa untuk aktiviti tersebut. Kalaupun suami saya sedang bercuti seminggu dua ini, ia bukan juga masa terbaik untuk kami mencuri waktu pergi kejauhan. Walaupun diistilahkan sebagai bercuti, suami saya bukanlah seorang yang boleh duduk diam di rumah, tentu aktiviti politik pula memenuhi jadualnya.

Nampaknya saya juga menjadi ‘mangsa’ politiknya.

Sejak dia bercuti, banyak pula dia mengajak saya ke program politik. Saya ini sebenarnya jarang-jarang menimbulkan diri di khalayak politik, alasan saya, malu! Inilah sahabat, yang dikatakan malu tidak bertempat!

Saya membesar sebagai seorang kanak-kanak yang petah bicaranya. Biasalah bongsu – bongsu keladi! Selalu amat mengikuti ayahbonda ke mana-mana program politik, menjadikan saya luas bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Itu di zaman lasykar pelangi sewaktu ketika dulu-dulu, tetapi agak berkurangan apabila meningkat dewasa. Mungkin kekangan kesibukan urusan dunia meminggirkan saya dalam dunia politik. InsyaAllah, itu bukanlah alasannya selepas setahun sudah saya bergelar seorang suri.

Mendidik

Jika saya renung kembali kepada kenangan yang lalu, sebenarnya amat tepat kiranya ibubapa yang berjuang dalam bidang politik, turut sama membawa anak-anak mereka ke pentas sebenar politik. Ini merupakan langkah awal untuk memperkasakan dunia politik, dengan mendidik anak-anak kita sendiri untuk memahami erti sebuah perjuangan. Secara tidak langsung, anak-anak ini akan lebih mengerti kehidupan seorang pejuang.

Mendidik anak-anak kecil berpolitik tidaklah sehingga mengajar mereka politik kepartian. Tentunya kita memberikan mereka didikan dan pengetahuan Islam yang sebenarnya.

Ceritakan kepada mereka apa itu pahala, apa itu dosa.

Jawab soalan mereka secara penuh berhemah. Saya juga punya pengalaman, bahawa sebenarnya anak-anak kita boleh berfikir dengan baik setiap kali ada pengetahuan baru yang mereka peroleh samada di sekolah, mahupun dalam persekitaran seharian mereka.

Beri peluang seluasnya untuk mereka meneroka pengetahuan, dengan memberikan mereka jawapan terbaik kepada setiap soalan yang dikemukan. Pengetahuan ini juga mampu memberi keyakinan dan keberanian kepada mereka untuk menyatakan pendapat pada bila-bila masa sahaja.

Inilah dunia politik yang paling mudah, namun terapi sebeginilah yang mendewasakan jiwa anak-anak untuk melihat yang mana kebajikan, yang mana kezaliman dalam pentadbiran di Malaysia hari ini apabila mereka dewasa kelak.

Galakan

Maka saya melihat hari ini, sepatutnya ibubapalah yang memberi galakan kepada anak-anak untuk mula melibatkan diri dalam apa jua program yang dilaksanakan oleh parti politik. Tidak cukup kritis minda anak-anak jika hanya bermati-matian untuk mendapat terbaik dalam bidang pendidikan, luaskan gunapakai minda mereka itu untuk menikmati rasa hebat dalam bicara politik juga. Politik mampu mengajar anak-anak kita lebih matang dari usianya yang sebenar.

Anak-anak bukan hanya perlu bijak di sekolah, tapi biar juga mereka bijak apabila berbicara, tahu apa yang berlaku di sekeliling, tidaklah sehingga langsung kosong tentang kebobrokan pemimpin yang mampu menjahanamkan Negara mereka sendiri.

Kita mulakan dengan berpolitik dalam keluarga. Siapapun kita di dalam keluarga, saya pasti ada pengaruhnya tersendiri.

Tidakkah kesedaran yang baik itu bermula dari rumah? Dari rumahlah akan menghasilkan generasi yang bijak berpolitik.

Kita semua perlu berkerja kuat untuk memberi pendedahan kepada umum, terutamanya remaja, bahawa politik itu satu pilihan terbaik untuk jalan hidup, bukannya membawa keburukan kepada individu yang menyertainya.

Potensi

Saya maklum bahawa potensi terbesar generasi baru dalam kesedaran berpolitik adalah mahasiswa di Kampus. Kebanyakan remaja kita akan kenal apa itu politik semasa sesi pengajian mereka. Saya seru kepada mahasiswa, ambillah peluang yang terbuka luas ini untuk mencintai politik. Jangan menyepi diri, libatkan diri anda semua dalam persatuan yang baik-baik. InsyaAllah ia akan lebih membina keyakinan dan bagus untuk penguasaan bicara anda. Semua ini adalah satu pendedahan yang baik kepada mahasiswa, yang secara tidak langsung melatih anda untuk memiliki semangat yang lebih kental dalam mengharungi dunia realiti.

Belajar berpolitik di Kampus tidak semestinya jika anda mahu menjadi ahli politik di luar sana, tetapi ia memberi seribu kebaikan bilamana anda mula masuk ke dunia realiti.

Anda berkerjaya pun ada politik pejabatnya. Anda membina rumahtangga pun ada seni politik suami isteri juga. Jika sudah punya anak, politiknya akan lebih hebat. Apa yang hebat sangat politik rumahtangga? Ya, di sinilah kita mula belajar disiplin, tanggungjawab, membuat keputusan, dan tentunya minda sentiasa berfikir bagaimana cara terbaik untuk mengharmonikan rumahtangga sehingga ke akhir hayat.

Inilah politik, bukan hanya apabila kita berparti baru dinamakan politik.

Sebagaimana yang telah saya nukilkan, politik itu mengajak kita berkreativiti.

Politik

Politik dalam bahasa arab disebut Siasah.

Politik sebenarnya bukanlah perkara yang sulit lagi menyulitkan.

Politik adalah suatu cara hidup, yang mengajak kita hidup secara berdisiplin, mendidik manusia untuk mencapai sebuah kehidupan yang lebih sejahtera di dunia ini.

Setiap kehidupan itu ada peraturannya, ada disiplinnya, untuk menjaga semua kepentingan yang ada di muka bumi ini. Maka tentunya kita semua yang menghuni dunia ini punya peranan, tanggungjawab dan bahagian serta hak masing-masing.

Kepada Muslim, tentunya politik itu satu bentuk jalan hidup untuk menuju kepada kehidupan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, politik itu semacam istilah yang sering difobiakan. Namun, rasanya istilah politik itu lebih baik jika dibandingkan perkataan ‘dakwah’. Mungkin ‘dakwah’ ini boleh menjadi trauma pula. Politik itu sebenarnya sesuatu yang ‘menyeronokkan’. Kita akan sentiasa ‘up to date’ dalam kehidupan ini. Walau dalam keadaan tenang mahupun bergelora pada suatu masa, politik mengajak kita sentiasa berfikir, mencari jawapan bagi sebuah kekeliruan.

Politik dan dakwah itu sebenarnya membawa rentak yang sama.

Dalam pada kita berpolitik tentunya kita turut berdakwah, baik kepada keluarga kecil kita, jiran-jiran setempat, berkata-katalah yang baik-baik. Jika terpaksa memberi teguran, gunapakailah cara yang paling berhikmah, jika mahu menasihati, biarkan ia sehingga menjadi motivasi. Jangan sesekali akibat dari ingin berdakwah, menjurus kita kepada berbalah.

Usah kita ragu untuk berjuang dalam bidang politik.

Masyarakat hari ini kelihatannya lebih memahami apa itu politik Islam, ini satu situasi yang lebih baik. Politik mengajak kita bersama-sama menyatukan fikiran, dan bukannya nafsi-nafsi mencari kekuatan tersendiri dalam hidup ini.

Memahami, seterusnya mencintai politik bukanlah sehingga kita dilantik menjadi pemimpin. Pimpinan itu adalah lantikan semata. Sebagai ahli mahupun pendokong gerakan Islam, kita perlu menonjolkan diri membantu sejauh mana kemampuan yang ada untuk memastikan dasar perjuangan itu terlaksana dengan jayanya.

Sepi

Jangan kita menjadi seorang Muslim yang sepi. Politik itu mengajak kita erti kebersamaan, mampu mengenali masyarakat yang meluas, membuahkan persefahaman dengan fikrah yang sama, tentu kiranya akan saling berganding bahu untuk mencapai kegemilangan Islam.

Menyepikan diri hanya merugikan diri sendiri. Kita telah lalai dari tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini.

Adapun makna Khalifah dalam erti kata yang paling mudah adalah, pengganti Nabi untuk menjaga agama dan maruahnya serta mengurus dunia ini dengan agama.

Asasnya, politik sebenar yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagai satu wadah untuk menjaga agama. Dengan mengikut lunas sebenar politik Islam, maka tatacara mengurus dunia ini menjadi lebih mudah kerana segalanya sudah ada tunjuk caranya dalam Islam itu sendiri.

Semua manusia di bumi ini tahu bahawa dunia ini ada penciptanya, maka perkara yang paling mudah dicapai akal adalah, setiap ciptaan itu tentunya ada peraturan bagaimana mahu mengaplikasikannya. Maka, jika Muslim itu percaya dunia ini ciptaan Allah, maka usah berfikir berbelit-belit, tentunya Allah sendiri telah menyediakan ‘modul’ peraturan untuk kita menjaga amanah besar ini.

Jika setiap ketentuan Allah itu ditaati, maka sudah tentu setiap manusia akan ada penghormatannya disisi Allah.

Agak kurang bijak kiranya kita sebagai Muslim untuk berkecuali daripada kehidupan berpolitik. Mengambil pendirian sebegitu membawa maksud memilih untuk meleburkan impian yang lebih besar, yakni mengaburkan untuk melihat Islam terus bersinar di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jika sesungguhnya anda tidak boleh menerima politik dengan 1001 alasan, maka jangan juga menyepi diri di dalam arus kehidupan bermasyarakat, anda bebas memilih untuk berjuang dalam badan-badan NGO yang bermaruah, mahupun pertubuhan-pertubuhan yang bermatlamat untuk memperjuangkan syiar Islam, asal sahaja anda telah berusaha untuk menyumbang sesuatu kepada Islam.

Kesejahteraan

Jika ditanya kepada rakyat Malaysia lewat hari ini apa yang mereka inginkan, saya percaya antara jawapan yang punya peratusan tinggi tentunya, keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Saban hari kita sering membaca rungutan tentang kes-kes jenayah yang mula menguasai kehidupan kini, apakah kita berfikir apakah puncanya jenayah itu? Faktor utama perlakuan jenayah yang mula berleluasa kini disebabkan tipisnya iman kita.

Tipisnya iman adalah perkaitan rapat betapa kita tidak mahu kepada Islam itu sendiri. Apa lagi yang kita mahu agungkan? Sedangkan Islam itu sendiri adalah satu agama yang komprehensif.

Inilah antara tanda-tanda yang memperlihatkan bahawa masyarakat kita tidak bersatu, hanya membawa tabi’i tunggu dan lihat.

Berpolitik juga mampu menjadi kekuatan kepada iman kita.

Politik membantu kita lebih berkeyakinan dalam melaksanakan ibadah. Jika ibadah itu makin baik, insyaAllah kita mampu pula menjaga amanah di dunia ini. Menjaga amanah Allah merupakan satu tanggungjawab yang besar kepada setiap khalifah di muka bumi ini. Dengan tulisan yang mudah, mengajak kita kepada berbuat kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran. Jika kita teguh jatidiri untuk berpolitik secara Islam, maka kita takut untuk melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk dalam kehidupan, samada jenayah kepada masyarakat, mahupun dalam pentadbiran Negara, terutama yang melibatkan amalan rasuah dan juga amalan lain yang menjurus kepada kepentingan diri sendiri.

Keutamaan politik Islam juga kepada proses mencari pemimpin yang terbaik.

Tentunya ia terhasil daripada ahli gerakan Islam yang mempunyai kematangan dalam berfikir dan juga cerdik pandai yang berganding minda ini.

Jika anda masih lagi ragu-ragu dengan politik kepartian, maka inilah masanya untuk bertekad, bahawa anda mahu lebih tahu tentang politik, yakni politik yang berteraskan Islam. Sesungguhnya hanya parti PAS yang memperjuangkan Islam melalui saluran politik.

Sudah tiba masanya kita beraura untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini.

“Katakanlah; siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”

(Yunus 10: 31)

11.59pm

 

p/s; Ampatuan Jr raya tak esok…?

11 Responses

  1. Ini lah yang saya katakan Perjuangan belum berakhir. Konsep dakwah sememangnya tidak lari dari peranan politik itu. Politik adalah pembentukkan siasah mahu pun peribadi. Di dalam pembentukan itu masyarakat tidak lari dari tanggungjawabnya kepada sumbangan dan tatacara hidup. Beriadah atau relah juga adalah politik bagi yang ada dijalannya, kerana setiap sumbangan itu akan memberi impaknya tersendiri.

    Berpolitk adalah perjuangan, berpolitik adalah dakwah, berpolitik adalah ketetapan rohaniah. Maksud dan makna pelbagai cara tidak lah memusingkan kepala. Maksud dan cara adalah kejituan pendirian maksud hati dan amalan. Kerana hati itu bukan ketetapan, sehingga Allah boleh membalik-balikkan hati mereka. Iman yang teguh dan mantap tidak mungkin tergelincir dri landasannya yang sebenar. Melainkan pendirian seseorang itu megubahnya, dan cerminnya adalah dari dala hati

    Takwa dan firkah adalah senjata iman dan politik itu. Panduan adala Al-Quran nur karim. Fitrahnya manusia beramal dan menafaatnya hingga mencapai maksud dan cara.

    • Saya bersetuju dengan saudara.
      Sekadar kita perlu mengubah-ubah cara berpolitik dan berdakwah mengikut kesesuaian suasana dan masyarakat setempat.
      Tak lain tak bukan, itulah kreativiti.

  2. nak bercuti tu ada duit ker?

  3. Selam perkenalan kepada Pn. Amalina…masih ingatkah kepada nama saya? Kita pernah belajar sekali semasa di UTM dulu (dari tahun 1995-1998).

    Saya Padman. Tahniah di atas penulisan Puan dalam blog ini…saya setuju dengan kata-kata dan pendapat Puan.

    Teruskan usaha murni Puan.

  4. Jumpa cari saya kat sini ya…

    Saya describekan…
    Student yang paling kemas dalam kelas – rambut ala-ala polis gitu, sihat-sihat sasa, hitam manis…suara pun saya masih boleh dengar, tegas macam baca berita gitu…kan?🙂

    Tempat jatuh bangun saya…mana mungkin saya lupa kepada rakan-rakan seperjuangan dulu-dulu…

    Tq kerana sudi berkunjung ke ‘rumah’ saya ni…datanglah lagi…

  5. Terimakasih akak

    …..sememangnya kita semua banyak belajar. Ini yang dikatakan ada hikmah di sebaliknya. Insyakallah akan memberkatinya…anggaplah kesusahan itu adalah ujian dari Nya. hanya musuh sahaja tidak mengenalnya.

  6. eja betul2 la… insyaallah bukan insyakallah, apadaa
    berdosa tu

  7. Sapa nak ajak saya?
    Macam nak cari sposer saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: