• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    February 2010
    S M T W T F S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  

Novel

Salam Ukhuwah…

Saya usai saja membaca Maryamah Karpov.

Sebuah novel yang berjaya menarik minda saya untuk membelinya kerana ia tulisan Andrea Hirata.

Tulisannya sungguh menakjubkan. Saya pernah mengagumi hasil nukilan Habiburrahman El Shirazy, dan kali ini nampaknya saya obses kepada Andrea Hirata.

Pernah larut dalam Lasykar Pelangi, dan Maryamah Kaprov adalah tetralogi terakhir dalam siri ini.

Saya bukanlah tegar pembaca novel. Bagaimana boleh saya terbeli Lasykar Pelangi? Saya hanya mahukan syiling baki belian buku tersebut untuk dimasukkan ke dalam ‘tabung’ caj tempat letak kereta. Sebelum itu tentunya saya sudah mendengar promo tentang buku ini, bahawa tidak rugi sesiapa yang membacanya. Namun, saya tidak menonton filemnya. Saya selalu lembab bab-bab menonton.

Maryamah Karpov mengajak kita berani bermimpi untuk belajar menghadapi sesuatu hingga ke puncak jayanya. Ia bukanlah sebuah novel yang agak Islamik, tetapi yang selesa bagi saya, tidak punya unsur-unsur mengulit perasaan yang membuai-buai. Saya menolak novel-novel ‘tangkap lentok’.

Novel ini saya baca hanya ketika tempoh menunggu anak-anak menamatkan sesi persekolahan, tentunya di dalam kereta. Hampir tiga minggu juga untuk saya mengkhatamkannya. Saya sangat mengagumi gaya bahasanya. Mungkin juga tulisan saya kali ini berbau sedikit Indonesia…, walau sekalipun tidak pernah berbicara slang Indon dengan bibik saya. Lirih saja bibik saya itu berbahasa Klate…

Muqaddimah

Muqaddimahnya tentang soal kenaikan pangkat si ayah. Tentunya ia sangat menyenangkan, lebih-lebih lagi kepada seorang ayah yang buta huruf. Surat pemberitahuan pun dibaca oleh si isteri, yang berdehem berkali-kali sebagai tanda mahukan baju baru, apabila dimaklumkan bahawa si suami akan menerima tunggakan gaji selama enam bulan, si anak hanya mengidam makanan yang lazat-lazat sahaja.

Namun, perasaan sukacita itu telah hancur berkecai, dek telah terjadi kekeliruan dalam urusan penghantaran surat, yang sepatutnya dihantar kepada si polan lain yang bernama serupa! Dalam perasaan sebegitu luruh pun, betapa seorang ayah ini tetap berterima kasih kepada mandurnya, kerana telah memberinya seketika saat-saat yang bermakna dalam suatu tempoh kehidupannya, sungguh begitu besar jiwanya!

Inilah dia sebuah kehidupan, sentiasa ada riak-riak kecilnya, berombak sesekali, begitulah lumrah.

Hidup ini bukannya sentiasa kita dapat menelan madu. Adakalanya ujian berat datang mengundang, menduga iman kita yang tentunya lemah gemalai ini.  

Siapapun kita di dunia ini pastinya akan diuji, itulah pengukur sejauh mana kita beriman kepada Allah.

Usah ditanya kenapa kita diuji, kerana kita ini hanyalah seorang manusia yang bertaraf hamba sahaja. Terima hakikat seadanya, menyedari kekurangan diri, maka bertaubatlah, panjangkan doa semoga ujian yang datang tidak memudaratkan hidup kita di dunia ini.

Bukan hanya kita diuji dalam hidup bermasyarakat, mungkin juga kepada rumahtangga sendiri, mungkin memiliki seorang isteri yang degil, suami yang khianat, anak-anak yang liar, ibubapa yang buruk perangai, mertua yang suka campur tangan, adik beradik yang tunggang-langgang, nah, inilah yang dinamakan ujian.

Cara Allah menegur kealpaan kita hendaknya.

Usaha

Maryamah Karpov mengisahkan tentang seorang pemuda yang sentiasa berusaha dalam semua aspek keinginannya, dalam sebuah realiti kehidupannya yang serba sederhana, seorang anak yang taat dan patuh kepada kedua ibubapanya,..dan tentunya ketentuan Tuhan yan sering menduga hambaNya, sehingga ke penghujung pengkisahannya, dia telah terduga dengan cubaan nan tak tertanggungkan.  

Setelah menghayati pengkisahannya, terbukti bahawa setiap kesulitan apapun, dapat diatasi dengan mengubah cara pandang. Maka, percayalah bahawa sesuatu yang kita mulakan dari kosong pengetahuannya dan sukar untuk memahami peraturannya, namun jika punya nyawa dalam kemahuan itu, pasti akan peroleh hasil yang menakjubkan. Lambat laun kita akan mengerti bahawa ketekunan mencari ilmu berkaitan apa jua kemahuan, insyaAllah kita akan berjaya. Terbukti bahawa kekuatan sebenar diri adalah bukan kerana keahlian turunan, bakat ataupun pengalaman, tapi ia berkait rapat dengan ilmu dan pengetahuan.

Setiap titis ilmu yang kita temukan pada bila-bila waktupun, merupakan butir-butir peluru untuk memerangi segala hal yang awalnya tampak seperti tidak mungkin. Penjelajahan dalam ilmu-ilmu baru itu seperti meneroka dunia yang tidak punya penghujungnya, samalah juga apabila saya membaca novel ini, yang paling mempesona daripada keseluruhan, adalah penerangannya bagaimana membuat perahu.

Saya tidak pernah memasang niat untuk membuat perahu, tetapi sekurang-kurangnya tahulah saya tentang lambung, geladak, palka, dan macam-macam lagi. Dengan mevariasikan pelbagai bahan bacaan, saya berhipotesis, barangkali ada satu masa kita semua boleh menguasai satu bidang ilmu dengan jayanya dalam dunia ini asal saja ada kemahuan.

Apa yang baik dari novel ini, merujuk kepada masyarakatnya dari daerah Belitong, betapa mereka rajin membanting tulang memerah keringat mencari sumber rezeki dalam komuniti mereka yang kecil sahaja. Sikap mereka selalu moderat, tidak pernah ada yang melarat. Tidak baiknya, mereka suka kepada omongan kosong yang bersifat artifisial dan berbau politik.  

Fenomena ini ada jawapannya di kedai-kedai kopi dalam masyarakat kita di Malaysia ini. Imaginasi para pembual di kedai kopi amatlah luar biasa. Biasanya ia menjerat masyarakat Melayu kita ini, sehingga mampu dikatakan bahawa borak-borak kosong ini merupakan salah satu esensi dalam kehidupan bermasyarakat. Mungkin juga sejenis terapi minda, kerana ia perlu kepada tahap kreativiti dan imaginasi yang tinggi.

Ikhlas

Erti keikhlasan untuk menghargai setiap manusia antara tema dalam novel ini. Tidak perlu ada dalam diri sepercik maksud yang tersirat demi kepentingan diri sendiri, tiada tendensi sekelumitpun, hanya pelbagai idea untuk masa depan yang lebih bahagia, diramukan sedikit humor yang cukup lucu dan kekadang agak ekstrem.

Setiap kebaikan yang kita lakukan di dunia ini, usah diharapkan ia dibalas baik. Berbaktilah dengan ikhlas, biarkan Allah saja yang menilainya.

Sekalipun kita yakin bahawa telah melakukan pelbagai kebaikan dalam kehidupan ini, itupun bukanlah jaminan untuk kita tiada diuji oleh Allah.

Manusia baik dibandingkan dengan manusia ikhlas ada bezanya.

Ujian Allah itulah jawapannya.

Cara Allah menentukan sejauhmana benarnya keihlasan kita, bahawa hati ini sesekali tidak merasa gundah dengan ujianNya kerana selayaknya begitulah, adat seorang hamba, harus sentiasa akur pada kehebatan Empunya dirinya. Semoga apa jua ibadah yang kita laksanakan di dunia ini adalah lambang keikhlasan dan ketaatan kita sebagai hamba, yang sentiasa bersedia berserah diri kepada Maha Pencipta.  

Ketenangan itu dapat dirasai jika kita ikhlas dalam melaksanakan sesuatu, andai datang dugaan perit sekalipun, jika kita yakin berada di pihak benar, tiada siapa mampu menggugat kebahagiaan jiwa yang ada, lebih-lebih yakin benar bahawa Allah itu Maha Adil dan Saksama. Kita ini manusia yang lemah, sifat seorang hamba yang sentiasa bergantung harap. Itulah sebabnya kita sentiasa diuji dan diduga, supaya kita sentiasa ada kesedaran bahawasanya kita ini bukan manusia yang perkasa, tapi masih ada yang lebih Perkasa, itulah Dia tempat kita sentiasa merayu bergantung harap.

Hamba

Ya, kekadang kita sungguh alpa, lupa pada kejadian diri seorang hamba.

Namun, usah kita gentar. Sama sekali bukan kerana kita seorang yang bijaksana, melainkan kita telah menghabiskan seluruh kehidupan ini untuk mempersiapkan minda memperhambakan diri kepada Maha Pencipta sekalian alam.

Alam ini ada pemegang kuasanya, maka kita sebagai penghuni tidak akan lepas dari sebarang ujian yang mendatang. Mungkin tidak pernah sesaat kita berfikir tentang kemungkinan akan menjadi korban kepada kejahatan yang mengerikan. Mungkin juga tidak pernah terduga bahawa tali barut suruhan itu adalah sahabat-sahabat terdekat kita sendiri. Namun, ini semua tidak pelik andainya terjadi, kerana teori bahawa kekejaman sering dilakukan oleh orang yang paling hampir dengan kita, sering sudah terbukti jawapannya.

Hidup ini penuh dengan bermacam kemungkinan. Paling penting kita sentiasa bersedia untuk berjerih payah dengan harapan sesekali tidak akan dikecewakan di akhirat kelak.

Maka, inilah masanya kita bersama memperbaiki diri sendiri, keluarga seterusnya masyarakat. Melihat kepada sosial masyarakat kita hari ini, maka tentukanlah sahabat-sahabat yang mengelilingi kita, sentiasa bertanya khabar untuk kesejahteraan bersama, jaga tingkah laku, sentiasa kembali kepada Allah, mudah-mudahan kita akan mendapat yang terbaik dalam kehidupan. Jika ada pun badai yang datang melanda, semoga kita mampu menanggungnya sekadar kudrat iman yang ada, jangan kiranya kita tidak mampu melawan ombak besar itu sehingga kita menjadi kufur pula.  

InsyaAllah, mudah-mudahan selagi kita ada iman, maka kita akan meraih hikmah disebalik setiap ujian yang mendatang. Mungkin hari ini kita diuji, esok lusa kita dipuji. Namun, harus diingat bahawa setiap pujian itu kita pulangkan kepada kehebatan Allah yang sentiasa memudahkan perjalanan hidup ini.

Jangan sesekali kita mengabaikan Allah, sekali kita menjauh, kita mungkin akan dilanda stres yang hebat, inilah penyakit yang melanda kebanyakan rakyat di Negara kita kini, yakni penyakit yang berkaitan kejiwaan yang memungkin ia terhasil dari sikap diri sendiri yang alpa kepada Allah.

* * * * *

‘cukup kau tunjukkan raut muka bahawa kau bersedia menyuapinya nanti jika dia sakit, bersedia menggendongnya ke kamar mandi jika dia sudah renta tak mampu berjalan. Bahawa, kau, dengan segenap hatimu bersedia mengatakan di depannya betapa jelitanya dia, meski wajahnya sudah kerepot seperti jeruk purut, dan kau bersedia tetap berada di situ, tak ke mana-mana, disampingnya selalu, selama 40 tahun sekalipun…’

(Maryamah Karpov)

8.57pm

 

p/s: Tahniah untuk adinda saya yang telah selamat dirisik…

9 Responses

  1. slm alaik.
    nampaknya sy menjadi perespon pertama utk tulisan puan kali ini. tahniah atas kemampuan ,mencerap & menyerap tetralogi laskar pelangi .tsbt. kekuatan penggunaan kata2 oleh andrea mmg luar biasa..bila agaknya akan muncul seorang penulis tempatan yg dapat menghidangkan atmospera dunia intelek ke dalam bahasa kehidupan sehari2 spt itu?

  2. Tentang kisah novel ni, lain orang lain pemikiran dan kehendaknya. Dan didalam novel juga berkaitan kisah dan penceritaan yang berlainan metosnya.Bagi saya, saya juga memilih novel-novel untuk di baca, tetapi sekarang ini kurang sikit dengan kesibukan.

    Novel yang saya paling suka baca dalam berulangkali uialah novel yang berunsur humor atau adventure.
    Salah satunya adalah Novel Elex Rover, yang di karang oleh Elexandra Rover. Novel ini juga pernah di filemkan, dan setiap kali siaran ulangannya pasti mendapat sambutan.

    Kisah Novel ini menceritakan seorang anak gadis yang dibesarkan oleh bapanya di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Cerita ini bukanlah logik, tapi ada logiknya tetapi ia menceritakkan didalamnya bagaimana penulis tersebut menjadikan cerita ini benar-benar ia alami, tetapi motivasi dalam penceritaan.Mengisahkan bagaimana seorang budak kecil perempuan yang mengidamkan belaian kasih sayang seorang ibu.

    Kehidupan tanpa ibu itu menguji pembesarannya bersama bapanya yang selama bertahun-tahun mencari ibunya yang dikatakan telah di telan oleh seekor Ikan Paus Putih bersama sampan kecilnya ditengah lautan.
    Didalam pelayaran selama bertahun, dan dua kali mengelinggi dunia mencari ibunya ditangah lautan, akhirnya ia telah mendarat di sebuah pulau.

    Dalam kehidupannya di pulau tersebut, anak kecil ini temannya adalah hidupan liar yang berada di pul;au tersebut dan haiwan-haiwan tersebut menjadi jinak dan berkawan dengannya selain bapanya. Anak kecil ini tidak ketinggalan dengan harus moden yang di kecapai di pulau tersebut. Dia selalu melayari internet, dan selalu berhubungan dengan email. Akhirnya ia bertemu seorang teman iaitu Elexandra Rover, iaitu pengarang buku dalam cerita ini.
    Siapakah perempuan itu, dalam buku ini menceritakan segalanya. Cerita ini agak pelik sikit, ia menceritakan kisah beudak perempuan dan bapa ini didalam cerita buku tersebut. Dan cerita buku tersebut ialah kisah seorang pengembara yang bernama Elex Rover.

    Jika kita fikir didalam buku tersebut bukanlah kisah budak perempuan itu, tapi bagaimana penulis, elex rover, dan budak perempuan tersebut boleh di ceritakan didalam buku tersebut.
    Itu lah kepandaian dan teknik penulis profesioanal novel boleh mengasyikkan pembacanya seterusnya menarik minat untuk terus membaca.

    Kenapa saya menceritakan kisah ini, jika kita minat pada sesebuah buku atau novel, sudah tentu jika buku itu menarik minat kita mengetahuinya untuk membaca sudah tentu kita akan terus membaca. bagi pendapat saya, jika saya membaca buku tau novel saya akan baca sampai habis dalam masa beberapa jam. Dan akan di ulang kali jika saya meminatinya.

    • Saya sentiasa berkeinginan untuk terus membaca novel-novel yang bagus dalam pelbagai genre sekalipun. Sekadar satu pusingan membaca cukuplah. Saya tidak suka mengulang bacaan yang sama.

  3. Panjang sgt la plak.. pening nak baca

  4. Hahaha….nama samaran IBNU BAITTUTAH dah diubah kepada IBNU BATTUTAH…itu baru betul. nampak gaya komen saya dibaca walaupun tak disiar. cukup la tu…dan…nampaknya IBNU BATTUTAH adalah orang yang sgt hampir dgn cik kak nik kita ni…rupanya dia yg moderate komen2 dlm blog ni. alahai akak, sepandai2 tupai melompat….ADAKAH IBNU BATTUTAH ADALAH AAF??????????MUNGKINNNNNNNNNNNNNNNNNN.

  5. Ye ke taperasan lah pullok…..ada sebab saya adakan i tu….kita kena faham teknology sebab ada kemungkinan ada penyamaran yang sejibik…
    Apa pun nasihat yang baik atau teguran yang baik tak salah kita terima….
    Terima kasih di atas nasihat itu….
    Allah sahaja yang membalas segalanya….Berbuat baik berpada-pada….Berbuat jahat jangan sekali..Takbir 3x….

  6. 1.awatttttt sunyiiii jeeee blog ni!!
    2.last sekali tingaii sri suri dengan ibni-baittutah la!!
    3.oghang kampung tak kawan lagii!
    4.tu la !sombong sangatt!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: