• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    February 2010
    S M T W T F S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  

Sibuk

Salam Ukhuwah…

Saya sungguh sibuk pada seminggu yang berlalu.

Menyempurnakan majlis pertunangan adinda saya pada hari semalam (12 Rabiulawal 1431), membuatkan saya mengabaikan seketika ‘rumah’ rehat ini. Banyak tugasan yang diamanahkan kepada saya lewat seminggu ini untuk menjayakan majlis istimewa buat ahli keluarga kami yang terakhir.

Alhamdulillah, segalanya telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna, dalam keadaan cukup sederhana, namun saya kira meriah dan berbaloi untuk kami sekeluarga. Tiada apa-apa tekanan yang saya hadapi sepanjang menjayakan majlis ini, hanya sedikit terkilan kerana artikel yang telah hampir siap saya drafkan untuk tatapan semua, tidak mampu saya edit untuk paparan di sini.

Saya seronok menguruskan majlis ini, sehingga mengabaikan waktu makan dan tidur. Saya berjaya ‘menyibukkan’ diri menyediakan tempat yang ringkas untuk adegan sarung cincin, sehinggalah pada malam sebelum majlis, tidur saya terbabas ke jam dua pagi. Apa yang saya buat? Borak-borak dengan adinda saya yang sedikit hari lagi akan menjadi milik seseorang…

Pengajian moral yang saya peroleh dari kesibukan ini, betapa pentingnya kita punya ramai sahabat yang ringan tulang untuk membantu.

Kebolehan

Saya sendiri merasa ‘kagum’ dengan kebolehan diri sendiri dalam menjayakan majlis ini, hampir 70% keperluan dalam majlis tersebut diamanahkan kepada saya. Sebenarnya, saya memang sentiasa terarah kepada aspek kecantikan. Asalnya saya hanya memilih persalinan untuk adinda, tetapi telah terheret kepada fesyennya, jenis tudungnya, dan bagaimana bergaya di depan kamera. Itulah takdir minat saya, dari mana ‘menurun’ tidaklah dapat dipastikannya. Apapun, saya sangat senang dengan minat yang satu ini, sehingga sudah memasang angan sejak lebih kurang lima tahun lalu untuk menjadi ‘wedding planner’! Apa???

Kesibukan saya menguruskan majlis ini telah mencambahkan lagi minat saya kearah pengurusan majlis. Dalam tempoh itu saya kenal ramai individu baru yang banyak membantu dalam melancarkan majlis tersebut. Menyempurnakan majlis tentunya lebih seronok jika komunikasi di antara individu terlibat berjalan lancar.

Tanpa komunikasi yang baik banyak perancangan akan tergendala, hasilnya juga entah ke mana. Komunikasi yang baik memerlukan penerangan sesuatu perkara secara jelas, tersusun butir bicaranya – usah tegesa-gesa walaupun anda sedang sibuk, ringkas dan padat, serta sesekali tidak melakukan kesilapan mahupun anda sendiri masih lagi ragu-ragu ketika berkomunikasi. Jika anda berkomunikasi dalam keraguan, tentunya mesej yang ringkas akan menjadi berjela-jela. Paling penting untuk mencapai maksud, anda perlu berbicara dengan ‘ahlinya’ untuk mendapat hasil yang diinginkan.

Selepas ini, saya mahu menyibukkan diri lagi dalam urusan majlis nikah kahwin adinda saya itu, yang tarikhnya masih belum diputuskan. Paling seronok apabila adinda saya itu seorang yang ‘menurut perintah’ kekandanya yang satu ini. Banyak cadangan saya untuk majlis pertunangannya itu diterima pakai tanpa banyak bicara. Saya doakan semoga tempoh pertunangan ini tidak akan mengambil masa yang lama, agar berbahagialah ayahbonda kami untuk melihat anak daranya yang terakhir itu ada peneman hidup untuk membimbingnya pada tempoh masa akan datang. InsyaAllah…

Blog

Dalam pada menyiapkan segala keperluan untuk majlis tersebut, minda saya masih lagi terselit ingatan pada blog, lantas ada beberapa catitan yang sempat dirakamkan dalam minda untuk penulisan seterusnya di sini.

Semenjak berblog, minda saya sentiasa perlu memikirkan apakah idea tulisan saya seterusnya. Saya bukanlah kreatif, tetapi rasa ingin berkongsi dengan semua sentiasa membuak-buak. Tentunya saya ingin memperbanyakkan perkongsian mengenai isu kekeluargaan, bacaan ringan, dan sesekali mencuit politik.

Apabila saya menyelesaikan Maryamah Kaprov, saya percaya bahawa kemahuan yang tinggi kepada sesuatu adalah pemangkin kepada sedikit semangat yang wujud dalam diri. Paling penting adalah ilmu dan pengetahuan, insyaAllah kita mampu melaksanakan apa jua impian yang kita angankan.

Hampir tiga bulan sudah di sini, saya mengimpikan sesuatu yang lebih baik dalam penulisan, mahu menambah perisa kepada setiap artikel yang dikongsikan, insyaAllah sekurang-kurangnya saya mampu menghasilkan satu artikel pada setiap minggu. Inilah aktiviti terbaik buat saya semenjak berjawatan suri, selain berkebun – tentu sekali hobi baru yang membawa saya ‘melabur’ di banyak nursery sekitar Kota Bharu.

Terima Kasih

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung dalam majlis ini, insyaAllah penghargaannya pada artikel seterusnya, jika mampu. Saya mahu menulis nama-nama mereka seadanya.

Terima kasih!

Sekadar ini saya ingin berkongsi buat seketika. Syukur kepada Allah yang memudahkan perjalanan hari semalam.

Sehari berlalu, saya mengqada’ tidur saya. Saya mahu bangun dalam keadaan yang lebih bermaya untuk menguruskan ‘rumah’ saya ini.

Mudah-mudahan saya diberi kesihatan yang sempurna tanpa sebarang gangguan pada sistem ketahanan tubuh.

6.26pm

8 Responses

  1. SELAMAT PENGANTIN BARU……semoga berkekalan hendaknya. Dan selamat berbahagia sekeluarga…..bersabar lah setiap dugaan dan ujian itu adalah hikmh yang Allah berikan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Orang yang sentiasa menerima ujian dari Allah adalah yang Allah sayangi. Jika tiada ujian bagi seseorang itu maka sudah tentu ia menghadapi ujian yang lebih hebat lagi di akhirat kelak….Ujian di Dunia adalah ujian untuk di Akhirat….manakala…Ujian kedua-duanya adalah yang terbaik untuk insan.
    Hadapi lah ia dengan tenang dan tawaduk. Sentiasa lah berdoa dan tawakal kepadanya.

    Setiap keburukkan adalah kecantikan sebaliknya…
    Setiap permasalahan adalah kesenangan kelak…
    Setiap kesusahan adalah kejayaan yang mendatang…
    Setiap yang hina itu adalah kemuliaan di akhir nanti…

    Salam ukhwah dan Salam buat bakal pengantin
    Di palu kompang sejarah tradisi budaya
    Mendirikan masjid amalan sunnah dan iman
    Berzikir bertahmid, berzanji bernasyid tradisi Islam mulia

    Takbir….Takbir….Takbir…

  2. Salam Na….ingat lagi saya? Zanariah? kita penah sekelas masa di MMP dulu…

    tak sangka bulih jumpe Na di blog na…ada ramai member2 masa di MMP yg zana jupo di Facebook. …Na ada facebook dok?

    Na…keep writing n blogging ok….and kalu Na free…u’re welcome to visit my humble blog.

    • Bila dah jengok blog dan tengok empunya diri barulah ingat masa zaman riang-riang dulu…

      Alahai kawanku ini pandai masak rupanya…Kalau dekat nak juga merasa kek yang banyak ditempah tu…

      • ingat jugak Na kat saya…. =)

        kalu saya balik Klate masa cuti skoloh hujung tahun,bulih la kalu na nak merasa kek2 saya….

  3. salam….

    adakah nik asma salsabila yg bertunang tempohari?

  4. Salam,
    Banyak jgk yg sy tidak bersetuju dgn sdri (pandangn dn cara) setiap kali membaca tulisan sdri. Tapi posting ini hnaya mengesahkan begitu cpt masa berlalu….
    Cik B, yg satu ketika dulu kanak-kanak kecil yg saya bersama kawan2 suka lihat bermain2 di laman rumh ayahnda sdri..kini sudhpun disunting org…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: