• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    March 2010
    S M T W T F S
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  

Gigi

Salam Ukhuwah…

Akhirnya gigi saya dicabut jua hari ini. Geraham bongsu.

Hampir dua minggu sudah saya menahan sakit. Telah saya maklum bahawa gigi yang satu ini perlu dicabut, namun saya lengahkan, sehinggalah ia mampu mengambil sebahagian nikmat sihat dalam kehidupan ini.

Selesai menghantar anak-anak ke sekolah, saya terus ke klinik gigi bersendirian.

Rasa takut ada juga, tapi insyaAllah, tidaklah sampai saya menangis nanti…  

Tabahlah saya hendaknya sehingga semua proses berkaitan selesai. Pengalaman terakhir saya mencabut gigi lebih kurang sepuluh tahun yang lalu.

Pengalaman yang lalu menyakitkan saya.

Saat tiba di klinik, tiada pesakit lain, melainkan saya seorang. Ada seorang doktor, dua orang pembantunya, tidak ketinggalan, yang saya kira bibik kepada doktor tersebut, bersama anak kecilnya seusia lebih kurang satu tahun.

Setelah mendaftar diri, lebih kurang lima minit menunggu, saya dipanggil untuk menerima rawatan. Entah apa perasaan saya ketika itu, takut pun ada, risau pun ada, teruja pun ada…namun yang sesungguhnya saya sudah tidak sabar untuk membuang gigi yang satu ini. Doktor pun nampak baik saja, seorang perempuan muda yang lembut bicaranya.

Sedikit penerangan ringkas diberikan.

Saya sudah tidak sabar-sabar lagi.

Gigi di atas, di bawah, di kiri, di kanan, semua diperiksa sehinggalah kepada yang betul-betul sakit. Seminggu sebelum, saya sudahpun memeriksa gigi yang sakit, diberi tempoh satu minggu untuk menghilangkan bengkak di gusi saya. Setelah dibekali antibiotik dan ubat tahan sakit, bengkak gusi saya makin surut. Kerana hari ini keadaan gigi dan gusi saya telahpun berada dalam keadaan baik, maka saya dibenarkan cabut gigi.  

Bius

Maka krim bius perisa strawberry disapu pada gusi untuk mengurangkan rasa sakit apabila doktor menyuntik bius nanti.

Ucapan basmalah didahulukan doktor sebelum jarum tajam itu menusuk gusi saya pada dua bahagian, bermakna dua suntikan bius lokal diberikan. Suntikan pertama tidak begitu menyakitkan, namun suntikan kedua mampu mengilukan saya, sehingga mata terkatup rapat serapatnya menahan perit. Sedikit kritikal. Nasib baik tiada genangan air mata…

Sambil menunggu bius itu berkesan, doktor memeriksa gigi saya yang lain.

Alhamdulillah, saya senang dengan pendekatan doktor tersebut yang bijak memberi khidmat nasihat berkaitan penjagaan gigi yang baik, sewaktu menunggu bius itu berkesan. Saya tenang-tenang sahaja, walaupun ada juga sedikit rasa takut. Tidak sampai sepuluh minit, gusi dan bibir saya sudah mula rasa menebal.

Cungkil 

Sehelai kapas diletakkan di atas bibir saya. Ucapan basmalah didahulukan dengan sekelumit doa. Langsung doktor mencungkil geraham itu, dua kali cungkilan, saya bayangkan seolah saya sedang mencabut akar pokok yang besar dari tanah yang pejal, sekejap cuma segalanya sudah selesai. Rasanya tidak sampai lima minit. Langsung tiada sakitnya!

Doktor meletakkan kain kasa yang dilipat-lipat kepada gusi yang masih berdarah kesan cabutan.

Akhirnya gigi geraham yang dicabut diletakkan di atas sehelai kain di atas meja peralatan, saya tatap. Selamat tinggal! Hilang sudah sebatang harta saya…

Doktor memberi pesan supaya saya mendapat rehat selama dua jam selepas itu. Nasib baik empat orang anak saya ke sekolah. Amanlah sedikit dunia saya.

Terima Kasih

Terima kasih kepada doktor muda itu, yang telah melaksanakan tugasannya dengan efisyen sekali.

Sebelum pulang, saya dibekali lagi dengan dua biji ubat tahan sakit, berserta kain kasa untuk ditukar-tukar pada gusi selagi berdarah, dengan membayar kos mencabut gigi sebanyak RM45.   

9.53pm

25 Responses

  1. Bangun pagi jangan lupa gosok gigi. Gigi putih berseri agar sihat akak seri suri……..

    Salam bahagia, semoga sihat hendaknya sekeluarga. Saya harap sekarang ini dapat lah ketenangan dan kebahagian bersama Abg Arif Fahmi dan Ayahanda serta Ibunda dan sekeluarga. Semoga Allah merahmati sekalian…….Wassalam

    • Terima kasih…

      Sejak dari kecil bangun pagi memang tak lupa gosok gigi…tapi bila pergi jumpa dentist banyak lagi syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi untuk mendapat gigi yang sihat hingga ke penghujung usia.

      Jika ada kesempatan nak juga rasanya menulis pasal perawatan gigi…boleh gitu…?

  2. ni mesti jenis x suka gosok gigi kan???
    pade2 lar kak wei…crito cabut gigi pon nk oyak jugok ko???
    tlg lar cari bahan cerita hok bagus sikit, jange dok buat crito bodo lar deh…malu lar wei kak ni MOK ore doh ke bukenyo budok form 1….

    • Kalau tak boleh memuji,Jgn lah mengeji, kalau tak boleh membantu, jgn lah menyusahkan

    • Saya sendiri tidak pernah menganggap setiap cerita-cerita ringan yang dipaparkan dalam mana-mana blog adalah satu cerita bodoh, hatta memperihalkan mencabut uban pertama yang mula tumbuh di kepala.

      Setiap cerita itu ada nilainya yang tersendiri. Nilaikannya dari sudut positif.

      Pesan saya, jangan cuba memperbodohkan orang lain dengan kebodohan diri sendiri.

    • wei baby
      kalu mu tok suko mu jangan baca ddulu lagi, ni blog dio, suko hati dio la nok tulih gapo pun. jangan bodohkan diri sendiri dengan komen bodoh macamni. Fullstop.

  3. la,dah nie blog die..biarlah die nak tulis per pun..

  4. tahu jadi ko masalah ko dio oghe nok royat crito cabut gigi … apo la..

  5. salam..
    bab politik takde ke…?

    • Politik memang tidak pernah ada noktahnya, jika difikirkan berbaloi saya menunggu keluangan masa terbaik untuk memperihalkannya.

      Sekadar saya paparkan di sini satu komen dari pengunjung blog ini yang telah hadir pada seminggu yang berlalu. Saya biarkan anda mentafsirnya sendiri…wallahua’lam.

      “Maaf menceroboh blog puan.
      Saya ada mengulas isu YAB Tok Guru spt yang ditulis oleh Kickdefella dalam blognya.
      saya siarakan disini untuk disimpan, agar boleh orang lain juga membaca apa yang tersurat dan tersirat dari tulisan itu.
      Rancangan retreat di Bachok adalah idea dan ilam Exco yang seorang itu. Peserta DIHADKAN hanya kepada 18 orang sahaja yang terdri dari YAB Menteri Besar, YB Timbalan Menteri Besar, YB EXCO Husam, Anuar tan, Nik Amar Takiyuddin, Mejat Nizam, Fatah Mahmood, Wan Ubaidah, Che Abdulla, Ust fadli serta turut di jemput hadir dari Badan harian PAS Kelantan ialah Usta Mat Iraqi, (Dewan Ulamak) ust. Abdul Latif (Ketua Pemuda) Ustazah Zailah (Ketua Muslimat) Zaki Ibrahim (Setiausaha) Ust. Ahmad baihakki (Ketua Penerangan) Ab. Fatah (Pengarah JPN)

      Exco itu telah m,endapat mandat melalui mesyuarat Dewan harian PAS Kelantan. Program di buat atas nama pejabat Menteri Besar. Semua penceramah yg membentangkan kertas kerja (aktivis dari JIM) dari suku sakat Exco itu.

      Rancangan Exco itu memang telah disusun rapi agar matlamatnya berjaya. Sebab telah ada usaha agar Tok Guru meletak jawatan, Orang utusan Exco itu telah mengemukakan idea ini pada Tok Guru, seorang vateran yang aktif berpangkat Dato’. Masih bertitle YB.
      Antara cadangannya Exco itu akan menggambil alih kerusi MB dari Tok Guru, Nik Amar disebut sebagai Timbalan MB bagi meredakan suasana rakyat, dan Ustaz Ahmad Yakob pula akan dijadikan Speaker DUN. Apa yg disebut ada buaya di sebalik batu oleh Tok Guru inilah antara puncanya.
      Sebenarnya pada asalnya Tok Guru bersetuju dengan cadangan ni. tetapi mengubah kemudiannya.
      Apa yang dimaklumkan oleh mereka yang 26 jam bersama Exco itu ialah:
      1) Agar cuma Exco itu sorang dapat hadir menyambut keberangkatan pulang KDYMM Al Sultan Kelantan, sebab yang lain ada program di Bachok. Maka nyata lagi bersuluhlah hanya Exco itu yang perihatin sangat pada KDYMM Al-Sultan
      2) Harapan dari retreat itu juga akan membuahkan agar Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan selaku MB kerana keuzoran. maka pengganti yang sesuai ialah Exco itu. Line di sebelah dalam pagar sudah clear. Hubungan diplomatik telah dijalin di Singapura (rujuk tulisan Kickdefella terdahulu)
      3) antara pembentang kertas kerja ialah dari Mesir, kerana antara pemimpin PAS yang swetaraf dengan Ikwanulmuslimin ialah hanya Exco itu sahaj di Malaysia. Cuma penceramah yang didatangkan khas itu tak sempat kerana kesuntukan masa serta ramai Exco terpaksa hadir ke Airport menyambut keberangkatan pulang KDYMM Al-Sultan.

      Segala usaha dan tektik telah dibuat. Tetapi Allah masih belum menjayakan hasrat untuk menggulingkan kerjaaan Tok Guru Nik aziz di Kelantan. InsyaAllah usaha ini akan berjaya sebelum PRU – 13 nanti.”

  6. blog yang dah semakin sepi…..

  7. saya suka cerita puan amalina ni…
    saya seorang pelajar pergigian yang sedang praktikal…membaca cerita ini, terbayangkan perasaan patient2 semasa saya mencabut gigi mereka di klinik 🙂

    • Semoga cemerlang dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan gigi yang betul dan sihat.

      Terima kasih kerana menghargai tulisan saya.

      • saya dentist, dan saya hargai tulisan sebegini… k amalina, i’m your junior di mmp..1 year junior dari k farah, your SIL.. teruskan menulis. 🙂

  8. skang ni heboh pasal ramai orang PAS wahabi. termasuklah sedara-mara saya yang fanatik PAS. bila ditanya, diaorang ckp TGNA pun wahabi. Asatagfirullahhalazimm.bukan ker wahabi tu ajaran sesat seperti syiah?
    Puan, tlg jelaskan……dah ramai wahabi kat kelantan ni.

  9. WAHABI

    • Kalaupun nak tunjuk bijak perihal Wahabi, jangan sehingga tertunjuk kebodohan menggunapakai hampir lima ID dalam blog ini…

      • Yalah, kenapalah selalu berbalah pasal wahabi padahal bukan dalam kalangan pas yang wahabi, sesetengah orang dalam kalangan kita pun ada. Saya tak lihat kedua-dua parti utama dalam negara ini teruk. saya ada kenal orang dalam parti pas dia orang baik, prihatin dan ok aje dan bukan semua macam tu dan saya tengok parti umno, yang bongkak pun ada dan tidak semua macam tu sebab yang penyayang pun ada…
        soal wahabi terletak di hati kita semua sebelum menuding jari kat orang lain, kalau kita semua menerima kesalahan orang dan menerima tiada seorang manusia pun sempurna kita dapat elakkan masalah itu.

        Dari cerita yang saya dengar, Indonesia negara jiran kita selalu menuduh negara kita sekutu yahudi tapi tak semua orang tahu…
        sebagai seorang profesional dan berjiwa tenang kita tidak patut melenting tentang perkara itu. Soal yahudi, wahabi atau syiah terletak atas hati semua pihak, jika ramai orang yang berfikiran dan berpandangan begitu maka memang kaum itu berfahaman begitu…
        maafkan saya atas kekurangan yang tidak disengajakan dan memang tak sesuai untuk meletakkan komen di bawah tajuk kesihatan gigi seperti di blog ini.
        May Allah bless you with peace and happiness dan terima kasih kerana sudi membeli domain wordpress untuk tatapan seluruh masyarakat.

  10. RM45 murah la tu, abg saya 2 mggu lepas cabut geraham bungsu jugak, RM380 utk sebatang tu… klinik swatsa..
    cabut dkt mana tu..

    • Saya juga merasa murah dengan kos ini walaupun jika boleh mahu yang lebih murah…
      Saya ke klinik swasta di bandar Kota Bharu.

      Sepuluh tahun yang lalu saya juga pernah menerima rawatan sebatang gigi yang bernilai RM250 di Kuala Lumpur.

      ~ Maka dentist kita kat sini, dr. Maisarah dan dr. Afzan, sudilah menjawab kenapa rawatan gigi/ mencabut gigi itu sangat memerlukan kos yang sangat tinggi!

      Tq

  11. Minta TGNA jelaskan apa itu WAHBI dan apa itu Syiah.
    Hari hari dia berceramah, apa salahnya jelaskan perkara ini pada rakyat. NA, kalau tak faham jangan tanya orang lain, tanya ayahnda barulah sah dan nyata

  12. Umno yang banyak Wasabi dan labi-labi….Yang BN pula banyak Shit Ah Tong…..

Leave a reply to sor Cancel reply