• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    June 2010
    S M T W T F S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  

Berkongsi

Salam Ukhuwah…

Hampir genap separuh tahun sudah saya berada di sini. Alhamdulillah, saya menyukainya.

Saya memang suka menulis, sejak dahulu-dahulu lagi. Keinginan untuk berkongsi rasa sentiasa berkobar-kobar. Sebelum berblog, seringkali juga saya menulis sesuatu dan berkongsi rasa itu di mana-mana ruang yang sesuai di internet. Namun tidak lagi saat ini, saya sudah punya ruang sendiri.

Saya mula sedar sukakan penulisan sejak darjah satu lagi, sentiasa peroleh markah yang baik dalam penulisan, walau seringkali juga  menulis dengan ejaan loghat klate…budak kampunglah katakan…sekolah pun kampung – kelas saya dulu bangunan kayu saja! Lagi pula saya memang sukakan bahan bacaan, pernah juga mendapat anugerah sebagai murid paling banyak meminjam buku dari perpustakaan semasa darjah lima.

Waktu itu saya sukakan buku-buku penyiasatan, kiranya pasti sahabat-sahabat seusia tentu arif benar dengan koleksi siri Nancy Drew, Hardy Boys dan yang sewaktu dengannya. Tapi itu dulu, sekarang mahu baca Harry Potter yang tebal itu pun fikir berulang-ulang kali, yang akhirnya saya langsung tak baca! (mmm…kalau AH yang tulis saya baca kot! – obsesnya saya kepada penulis yang seorang ini! err…saya tak pernah seobses ini sebelum ini…satu rahsia, saya sedang mengagumi seorang penulis muda berbakat warga tempatan, jangan risau, dia seorang perempuan!)

Aktif

Sekarang ini saya mahu lebih aktif menulis. Lebih-lebih lagi apabila masa saya banyak dihabiskan di rumah. Bukan hanya mahu menulis, saya juga berkeinginan untuk lebih banyak membaca bagi menambahkan pengetahuan, seterusnya berkongsi rasa dengan sahabat semua. Tidak kisahlah berapa hit yang diperoleh, pentingnya ilmu yang saya dapat, mahu disebar luaskan. Walau seorang saja yang membacanya, yakinlah bahawa setiap ilmu itu akan  disebarluaskan dari mulut ke mulut pula. Satu atau dua artikel seminggu pun sudah cukup untuk saya.

Kalau boleh, saya tidak mahu berhenti menulis. Macam minat kita yang lain juga, jika terberhenti lama, susah mahu hangatkan kembali. Blog ini pun bukan sekadar untuk saya menulis, tapi mampu untuk mentautkan ukhuwah.

Tulisan saya kali ini agak santai-santai saja iramanya. Mahu menarik nafas kelelahan, yang akhirnya ‘hidup’ juga blog saya sepanjang enam bulan pertama ini. Banyak pahit manis yang telah saya tempuh dalam tempoh yang sesingkat ini. Namun, Alhamdulillah, saya boleh menerima seadanya segala bentuk teguran, yang kadang-kadang tidak dinafikan boleh meruntuhkan semangat jika tiada kekuatan dalaman, boleh bikin hangat jika tiada kesabaran yang menjadi teman.

InsyaAllah, saya akan sentiasa belajar bersedia untuk menerima lagi apa jua jenis teguran, asalkan ia boleh membina jati diri seadanya. Selebihnya, saya panjatkan doa semoga tiada riak yang akan wujud di hati ini andai menerima pujian, yang kadang-kadang tidak lulus untuk disiarkan di bahagian komen.

Ringkas

Saya seorang yang ringkas, tidak pernah mahu membebankan fikiran dengan perkara-perkara yang macam-macam. Ambil yang perlu saja, yang remeh-temeh tolak ke tepi. Kalau semua perkara harus difikir teliti, hidup ini hilang seronoknya. Serahkan setiap perkara itu pada ahlinya, jika kita bukan ahli dalam bidang itu, usah sibuk-sibuk untuk cari penyelesaiannya. Begitu juga dalam politik, ada orang tanya saya itu dan ini, tidak semua perkara boleh dijawab, kerana tidak semua perkara diketahui. Kita ada pimpinan, kita ada rakyat, tentunya saya menjadi rakyat, yang tidak memungkinkan tahu semua perkara yang diagendakan oleh pimpinan.

Tidak perlu kita berbicara lebar untuk tunjuk pandai. Jika sekadar C yang kita tahu, jangan cuba-cuba berlagak sehingga G kita meleret-leret, cakap sehingga C sudahlah. Ada masanya diam itu lebih baik, lebih bijaksana kelihatannya. Kelihatan bijak itu lebih elok dari terlihat kebodohan sendiri.

Pentingnya hidup ini perlu sentiasa mencari kebenaran. Kita perlu bermaklumat pada setiap masa dan ketika. Segarkan minda dengan pengetahuan. Jangan biarkan kedunguan menguasai diri. Lama-kelamaan kita mungkin terjerat dalam kelesuan mental, yang boleh mengakibatkan pelbagai kemusnahan dalam kehidupan, yang memungkinkan masalah kemurungan, halusinasi, yang akhirnya banyak yang telah memilih jalan singkat, bunuh diri! Na’uzubillah…

Terima Kasih

Untuk sekian kalinya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menjadikan blog ini sebagai teman dalam kehidupan. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan jejak dalam ruangan komen. Juga kepada sahabat-sahabat yang sudi mempromosi Serisuri dalam pautan blog mereka. Semoga tautan ukhuwah ini akan terus berpanjangan.

Buat suami, terima kasih kerana memberi ruang dan masa yang baik untuk saya meneruskan minat di sini. Pesannya, hanya boleh berlama-lama di sini ketika dia tiada di rumah! Balik saja dia ke rumah, kembalilah menjadi isteri, berhentilah dari membawa watak seorang penulis. Jangan juga melewat-lewatkan tidur!

Tidak dinafikan semenjak berblog, kadang-kadang ia mengganggu waktu tidur, kerana saya sentiasa memilih rutin untuk tidur diawal waktu. Namun, saya limitkan sehingga jam 1 pagi sahaja, jangan lebih dari itu. Kalaupun mata masih segar bugar, saya paksa diri untuk tidur juga. Kesihatan wajib didahulukan. Saya tidak mahu mengalami sebarang masalah kesihatan. Tidak mahu bangun pagi dalam kemalasan. Saya mesti bersemangat untuk menguruskan anak-anak diawal pagi, juga memberi contoh terbaik buat mereka bahawa hidup ini mesti ada disiplinnya, bukan main redah saja.

Saya percaya bahawa kita semua memerlukan tidur beberapa jam dalam sehari, untuk memberikan tubuh rehat yang sebenar. Tidur merupakan keadaan rehat badan secara semulajadi. Tidur yang berkesan mampu membantu kita mendapatkan mental yang cerdas, daya ingatan yang baik dan akan memiliki tahap kesihatan yang lebih sempurna. Pada saya, keperluan tempoh masa untuk tidur pula bergantung kepada kesesuaian tubuh badan masing-masing, bukannya rigid pada tempoh masa tertentu.

Kita perlu sihat untuk memulakan hari yang sihat!

Muktamar

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada sahabat semua, bahawa minggu depan insyaAllah kita akan bermuktamar, kali yang ke 56!

Muktamar merupakan satu sesi muhasabah. Sesi muhasabah tahunan ini merupakan forum terbaik untuk para pimpinan menilai segala pencapaian dan gerakerja setahun yang lalu. Ia juga merupakan satu medan terbuka untuk mengutarakan pandangan, teguran dan kritikan serta cadangan membina, bagi mengukuhkan lagi gerakerja PAS dalam meneruskan agenda perjuangan memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini.

Namun kesempatan bermuktamar kali ini tentunya tempoh masa terbaik untuk mengatur rancangan rapi sebagai persiapan menghadapi pilihanraya ke-13, yang dijangka akan diadakan pada 2011. Gerakerja yang benar-benar tersusun haruslah dikemukakan untuk melawan Umno habis-habisan!

Maka, untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sempurna haruslah dipertaruhkan dahulu kesatuan fikrah, lebih-lebih lagi kepada saf pimpinan di semua peringkat, seterusnya ahli-ahli yang setia dan sedia mendokong perjuangan suci ini. Bermotivasilah bahawa PAS akan sentiasa bersedia memerintah demi menjulang Islam di persada Malaysia!

Jumpa di sana…InsyaAllah!

9.00pm

p/s:

Bersama kita doakan keselamatan semua ahli rombongan yang terlibat dalam Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam.

Lagi terserlah wajah sebenar kejahatan rejim zionis Israel yang langsung tidak menghiraukan kutukan masyarakat antarabangsa.

5 Responses

  1. Salam Amalina,

    Lama tak kujung blog puan,entahlah hari ini teringat pada penulisan anak Tok Guru kita. Pada awal blog ini dilahirkan memang dalam suasana kontrovensi.Jadi dalam sekelik mata sudah memjadi glamorl .Pengujung pada masa itu tak menang tangan nak klik baca.

    Tapi kini penulisan puan semangkin segar dan memberi perkongsian sumber ilmu.Walaupun pegomen telah berkurangan tapi itulah realti bahwa orang suka penulisan politik sametelah puan anak pemimpin PAS di mana ramai yang ambil kesempatan hetam anak sidir ayah.

    Puan seorang yang bijak telah mengumbah haluan blog puan dari penulisan politik pada awalnya ke penulisan ilmuan .Jadi hilang kata-kata kesat dalam rungan komen .

    Teruskan penulisan ,ada baik puan bukukan semula penulisan puan dalam blog ini yang penuh ilmuan.Lepas tu jual buku dan hasik keuntungan bagi sumbangan untuk parti ayahda.

    • W’lam…

      Terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung.
      Apapun, saya tidak pernah mengubah haluan blog saya, sejak awalan saya tegaskan bahawa blog saya hanya untuk santai-santai sahaja dan lebih kepada isu-isu kekeluargaan. Sesekali saya menulis tentang politik adalah perlu.

      Belum lagi saya terfikir untuk membukukan penulisan di sini, masih terlalu awal…

  2. Allhamdulillah, saya berkesempatan untuk membaca Puan Nik. Since saya bekerja kadang-kadang masa sangat terhad, dengan 4 orang anak yang masih bersekolah.

    Alhamdulillah, ketiga-tiga anak perempuan saya, setakat in tiada masalah dari aspek akademik ataupun subjek dinniah.

    Yang memeningkan dan merisaukan saya ialah anak bongsu saya seorang putera, dah 8 1/2 tahun dan belajar dalam darjah 3, di sebuah sekolah swasta Islam di Taman Melawati…. Tapi selau buat saya pening sebab susah nak ke sekolah, since kindergarten lagi dia x suka ke sekolah…. Hmm, apa nasihat puan, mcm mana nak buat anak lelaki rasa motivated nak ke sekolah. And yang buat saya lagi susah hati, papanya terlalu manjakan dia, Dia selalu menang ngan papanya….. jadi saya rasa seolah-olah keseorangan dalam “battle” ini….Harap puan dapat beri nasihat….

    Salam. Nik Anne

    • Sedikit luang masa untuk singgah di sini sangat saya hargai.

      Tapi meminta nasihat daripada saya perihal mendidik anak-anak sangatlah menakutkan…

      Saya sama sekali tidak pandai memberi nasihat, anggap saja kita berbincang-bincang perihal anak-anak. Mungkin ibu-ibu lain yang menjengah ke sini pun boleh sama-sama bagi idea yang terbaik, insyaAllah…

      Kembali kepada putera Puan, seringkali si bongsu akan ada karenahnya yang agak special berbanding anak-anak yang lain, sementelah dia seorang putera di dalam keluarga, secara tidak langsung akan dimanjakan oleh setiap ahli keluarga, lebih-lebih lagi oleh papanya yang tentunya akan menganggap inilah dia ‘gang’nya yang terbaik!

      Pada pendapat saya, terlebih dahulu perlu berbincang dengan suami bagaimana untuk tidak terlalu memanjakan putera yang seorang ini. Memberi ‘kemenangan’ yang tidak perlu kepada anak-anak dengan kerap sangat tidak baik untuk peribadi anak itu. Boleh jadi dia mungkin akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali kerana dia maklum akan ada orang yang akan melindunginya. Bagaimana mahu berbincang dengan suami, hanya isteri yang tahu kaedahnya. Samada mencari waktu tenang yang terbaik, mahupun bersms, mahupun beremel, pilihlah kaedah yang boleh membuatkan perbincangan itu membuahkan keputusan yang terbaik kepada semua pihak.

      Buat si putera pula, samada puan mahupun papanya, ajaklah dia berbual-bual ringan untuk bertanya kenapa dia agak tidak mahu ke sekolah. Tentu ada sebabnya. Banyak sebab mengapa anak-anak agak tidak mahu ke sekolah, mungkin kerana sudah selesa berada di rumah yang banyak fasiliti, masalah dengan guru, masalah dengan kawan-kawan, mahupun diri sendiri yang tiada bersemangat. Jika sudah ketahuan sebabnya, maka selesaikanlah.

      Sambil berbual tanyalah juga cita-citanya apabila besar kelak, hargailah cita-citanya itu walaupun sangat tidak realistik! Ambil kesempatan ini untuk memberitahu secara bijaksana tentang keperluan dan kepentingan pergi ke sekolah untuk mencapai cita-citanya itu. Beri gambaran terbaik kepada putera ini bahawa ke sekolah itu sangat penting untuk dia menjadi apa yang diidam-idamkan. Beri sedikit saingan kepadanya bahawa dia mampu menjadi lebih bijak daripada kawannya si anu itu, dan tentunya akan lebih disayangi oleh cikgu. Jangan lupa berikan pujian dan sentiasa bersemangat untuk menyambung ceritanya apabila sesekali dia bercerita perihal sekolah.

      Akhirnya, banyakkan berdoa dengan seringkali menyebut nama putera itu, Allah akan sentiasa bersedia mendengarnya. Jika mahu, boleh juga mengambil mana-mana air penawar daripada orang baik-baik, mudah-mudahan ada keberkatan daripadanya, insyaAllah.

      Sekadar ini daripada saya, jika semua telah Puan lakukan dengan jayanya, maka Puan telah lakukan yang terbaik, sekadar Allah mahu memberi yang lebih baik kepada Puan, insyaAllah…

  3. Sambil berbual tanyalah juga cita-citanya apabila besar kelak, hargailah cita-citanya itu walaupun sangat tidak realistik! Ambil kesempatan ini untuk memberitahu secara bijaksana tentang keperluan dan kepentingan pergi ke sekolah untuk mencapai cita-citanya itu. Beri gambaran terbaik kepada putera ini bahawa ke sekolah itu sangat penting untuk dia menjadi apa yang diidam-idamkan. Beri sedikit saingan kepadanya bahawa dia mampu menjadi lebih bijak daripada kawannya si anu itu, dan tentunya akan lebih disayangi oleh cikgu. Jangan lupa berikan pujian dan sentiasa bersemangat untuk menyambung ceritanya apabila sesekali dia bercerita perihal sekolah.

    +1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: