• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    July 2010
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031

Menjelang . . .

Salam Ukhuwah…

Seminggu dua ini saya agak sibuk, sentiasa bersedia untuk menyibukkan diri menguruskan keperluan adinda saya menjelang hari bahagianya. Hari penyatuan adinda saya semakin hampir, maka saya cuba memberikan yang terbaik sebagai dedikasi untuk hari istimewanya. Sibuk yang seringkali memenatkan, tetapi ada keseronokannya. Teringat pula hari bahagia saya dulu…

Selamat berbahagia adindaku…

Tentunya saya yang sentiasa terkesan dengan sebarang majlis perkahwinan! Ok, jangan bayangkan sebarang majlis yang hebat, tanpa persandingan, hanya pada sebuah bilik sahaja.

Hari-hari saya sejak kebelakangan ini penuh terisi, ada-ada saja keperluan yang harus dibereskan. Kali ini saya sendiri volunteer untuk menyibuk menguruskan beberapa perkara, tentunya saya memilih perihal tatarias! Dah minat ke situ memang sungguh-sungguh tak dapat nak mengelak! Nasib baik suami, ayahbonda dan adinda memahami – watak-watak penting! Terpaksalah mereka memberi ‘kebebasan’ kepada saya untuk menyempurnakan minat yang entah dari mana menurunnya!

Memilih untuk menyempurnakan perihal tatarias agak melecehkan. Banyak perkara yang kelihatan remeh dan temeh, tetapi harus sempurna diuruskan.

Kad

Alhamdulillah, saya juga sudah berjaya ‘merekacipta’ kad jemputan hasil imaginasi yang sentiasa di awangan…Syarat ayahbonda saya; hanya sekeping kertas, ringkas dan padat, serta bersederhana – maka saya ‘berjaya’ merealisasikannya! Sekadar ingin berkongsi ‘keletihan minda’ setelah berhari-hari juga saya berbincang dengan ‘designer’ untuk menghasilkan kad yang serba ringkas ini.

Apa yang penting, saya ada impian disebalik ‘ciptaan’ kad itu – jangan membazir kepada perkara yang tidak sepatutnya! Pada saya, tidak perlu melabur wang yang banyak pada perkara yang bukan-bukan, kad jemputan hanya akan dibuang selepas ‘di kalendarkan’ infonya. Adalah lebih baik kiranya wang yang dibazirkan pada kad itu dipindahkan kepada perkara yang lebih penting.

Bakti

Selain menyibukkan diri kerana sebuah keseronokan, saya juga mahu benar menabur bakti kepada ibubapa. Mahu meringankan beban mereka dalam menguruskan majlis ini. Saya sentiasa untuk lebih menjadi anak yang baik apabila bergelar suri. Bukan hanya mahu dekatkan diri kepada anak-anak, tetapi mahu lebih kerap mengurus baik keperluan ibubapa apabila mereka memerlukan khidmat anak-anak disisi.

Sangat tidak rugi saya menjadi suri kerana mampu memberi khidmat yang lebih baik kepada mereka. Apabila umur sudah meningkat dan anak-anak semakin membesar, naluri untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibubapa semakin berada pada tingkat yang lebih elok.

Sebagaimana saya mahu anak-anak saya berakhlak baik kepada saya di hari tua nanti, saya mahu sangat menunjukkan kepada mereka contoh yang baik semasa berhubungan dengan ibubapa. Sedaya upaya saya mahu menyenangkan hati ibubapa di hari tua mereka. Saya mahu mengkualitikan hari tua mereka. Saya mahu meyakinkan bahawa mereka telah melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak dengan penuh kesempurnaan.

Berdoalah sentiasa semoga jangan sesekali kita menjadi anak derhaka kepada kedua ibubapa, dan kurniakanlah juga zuriat yang sempurna akhlaknya kepada kita semua. Sentiasa tanamkan impian untuk menjadi anak yang baik, dan ibubapa yang sempurna hingga ke akhir hayat.

Soalan

Sekadar saya ingin berkongsi, semenjak saya berblog, adakalanya saya dihadiri oleh persoalan yang diluar bidang saya, yang meminta saya menjawabnya dengan baik. Kadang-kadang ia membuatkan saya serba-salah. Sebagai seorang anak Tok Guru, mungkin diluar sana menganggap saya seorang yang ada ilmunya. Sebenarnya saya sama saja dengan kalian. Saya juga masih menuntut ilmu. Untuk tidak menjawab soalan, saya sendiri tidak sampai hati apabila ada yang mengharap.

Namun, dengan soalan-soalan yang hadir itulah saya mengucapkan syukur kepada tuhan, dengan soalan itulah saya temui jawapan yang mampu menambahkan ilmu saya. Terima kasih kepada yang bertanya…apa jua soalan!

Tuhan tahu tapi menunggu

(Tolstoy)/ (Edensor – Andrea Hirata)

5.05pm

6 Responses

  1. wahhh…sibuk mena k.na……..
    banyak lagi ko xsiap nyo???
    blh je kalu nk nolong nih…lagipun na cuti sebulan dok umah..boring la plak..hehehe…….
    best gak jadi pengantin ni,jadi tumpuan org ramai…hihihhihi…

    • Bila hari dah makin hampir nampaknya terasa benar sibuknya makin menjadi…tapi sebenarnya tak sibukpun, semua perancangan sudah diatur jadualnya. Cuma hati saja berdebar-debar takut tak terlaksana mengikut perancangan.
      Terima kasih kerana ada keinginan untuk menghulur bantuan. Alhamdulillah sangat ramai orang-orang yang macam Diana ni, boleh dikatakan berebut-rebut untuk menabur bakti kepada TG. Sampai akhirnya kami terpaksa menolak kerana kakitangannya sudah membuak-buak ramainya…
      InsyaAllah jadi pengantin perempuan kepada keluarga TG hanya menjadi tumpuan di dalam bilik sahaja, kami biasanya tidak akan melayan tetamu, hanya tetamu yang akan bertemu kami di bilik. Bersolek dan bercantik-cantik insyaAllah untuk tatapan mahram sahaja!

      Soalan cepu emas dari K.Na; Diana mana satu ni ya…?🙂

  2. assalamualaikum puan,
    salam perkenalan.
    dapat juga undangan pada hari sabtu ni tapi suami tak dapat hadir kerana terpaksa ke KL,suami mahu saya wakilkannya tapi keberatan pula takut org tak kenal…apapun tahniah kepada adik Nik Asma dan bertuahnya kerana mempunyai kakak spt puan.

    • w’lam…

      ahlan wasahlan…sudah menerima undangan maka kami sekeluarga persilakan hadir.
      Tak payah nak segan-segan, insyaAllah boleh cari saya pada hari tersebut dan kita boleh berkenalan.

  3. assalamualaikum,
    nampaknya takde rezeki kita nak berkenalan pada hari tersebut, saya pergi tapi diberitahu yg pengantin sedang berehat.
    saya mewakili suami Dr Ashraf dan bonda mertua Ustazah Selamah Hassan mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah.

    • w’lam…
      rugi juga tak kenal ni…saya kira en.Azahari (x-sedc) tu bapa saudara kan…? selalu dia bercerita kepada saya perihal Ustazah Selamah (x-mmp) dan Dr Ashraf – yg selalu disifatkannya sebagai seorang anak yang baik!

      Terima kasih kerana meluangkan masa hadir majlis kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: