• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    July 2010
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031

Gembira

Salam Ukhuwah…

Masih lagi dalam mood gembira…juga masih ada lagi saki baki keletihan…

Cukuplah kuota kami adik beradik yang seramai 10 orang ini mempunyai pasangan masing-masing.

Sekarang adinda bongsu saya sudahpun berumahtangga. Sudah ada batasnya antara saya dengan dia, kami tidak lagi ‘sebebas’ dulu untuk ke mana-mana berdua. Lazimnya jika dia di Kelantan, saya akan menjadi drivernya, sebaliknya jika saya di Kuala Lumpur, dia pula akan mengambil alih tugas.

Saya ingin mengimbau sedikit kenangan bersama adinda bongsu saya ini, tentunya sebelum dia berumahtangga. Saya sangat jarang memberinya nasihat, tetapi akan terlebih pula menasihati andai dia yang meminta sebarang nasihat…dalam apa jua keadaan. Tentunya antara yang dinasihati adalah berkaitan menjaga akhlak, lebih-lebih lagi kami adalah public figure – sentiasa diperhatikan tingkahnya.

Apabila sudah menjadi sunti, sangat fitrah kepada setiap anak gadis akan ada yang datang menyunting. Inilah sebahagian daripada proses kehidupan seorang perempuan. Begitu juga kepada adinda saya. Ada yang datang bertanya khabar, maka jika dia meminta nasihat tentang situasinya ketika itu, maka saya terbuka untuk menasihatinya tentang beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan terhadap calon untuk dijadikan suami. Saya akan memberinya nasihat secara umum, bukan terhadap peribadi seseorang.

Rumahtangga

Mendirikan rumahtangga akan memberikan kita sebuah kehidupan baru. Untuk mencapai sebuah kehidupan yang baik perlu kepada ketua keluarga yang baik. Untuk memilih calon yang difikirkan sesuai dan terbaik kepada diri, kita perlu mengkhususkan kepada beberapa perkara penting, terutamanya latar belakang calon itu sendiri.

Sebelum menilai seseorang, maka pulangkan nilaian itu kepada diri sendiri terlebih dahulu. Jika jiwa kita ada nilai Islamnya, maka pilihlah calon yang boleh menjiwai corak kehidupan seorang Muslim.

Pernah juga adinda saya bertanya jika dia mahu berkahwin semasa belajar, kerana saya sendiri berkahwin semasa belajar dan sarat mengandung ketika diakhir pengajian. Maka saya boleh menasihati adinda saya apa baik buruknya berkahwin semasa belajar. Tentunya ia bukan sebuah rumahtangga yang mudah, dan agak susah kepada saya pada waktu tersebut.

Agak besar perubahan yang saya perlu buat semasa awalan berumahtangga, tetapi kesabaran menjadi benteng, kerana saya telahpun memilih jalan kehidupan sendiri. Saya sendiri memilih untuk berkahwin awal apabila telah hadir ‘orangnya’ untuk mengelakkan persahabatan berlanjutan tanpa sebarang ikatan yang sah.

Namun, harus diingat bahawa perkahwinan bukan sekadar mahu mengelakkan diri dikuasai nafsu jahat, namun kematangan adalah yang lebih penting kerana rumahtangga itu adalah satu tanggungjawab, lebih besar dari mujahadah melawan nafsu. Membina rumahtangga perlu ada kekuatan dalaman. Bukan hanya untuk diri, tetapi kekuatan untuk menerima kekurangan yang ada pada pasangan, juga kekuatan untuk menjadi ibubapa yang baik kepada zuriat-zuriat yang akan hadir.

Apabila sudah melalui alam perkahwinan semasa belajar, saya secara peribadi tidak menggalakkan mahasiswa berkahwin sehingga menamatkan pengajian mereka. Boleh berkahwin jika sudah sampai serunya, tetapi saya mensasarkan dua aspek penting; pasangan yang benar-benar memahami dan rumahtangga yang sudah punya pendapatan tetap (suami). Namun, jika boleh dielak, elakkanlah sehingga benar-benar bersedia. Dalam waktu yang sama, bentengkanlah hubungan (jika sudah ada calonnya) dengan batas-batas Islam.

Melayari rumahtangga bukan suatu perkara yang mudah, ada suka dukanya. Adakalanya kita bergelak ceria dan ada ketikanya kita mungkin berendam air mata. Namun, sekali kita melangkah masuk ke alam perkahwinan, maka rumahtangga harus kita pertahankan kemakmurannya. Bertanggungjawablah, kerana ia sebuah amanah Allah.

Home

…where your story begins

7.06pm

9 Responses

  1. bekalan yg amat penting di awal alam rumah tangga adalah ‘kesabaran’

  2. Salam Ukhuwah Puan Nik Amalina,

    Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada keluarga puan dan adik puan Nik Asma’ Salsabila yang telahpun melangsungkan perkahwinan minggu lepas. Ada juga baca dalam akhbar Harakah hr tu…. tapi x de gambar pengantin perempuan cuma ada gambar pengantin lelaki. Mungkin kata husband saya adik puan pakai purdah/niqab jadi x boleh siarkan gambar dia tanpa purdah…. Wallahualam…

    Bagi saya yang sudah 19 tahun berumah tangga, walaupun berkahwin agak lambat masa umur 26 lebih ramai kawan-kawan masa belajar kat US umur 19 atau 20 dah pun berumah tangga…. tapi saya pegang pada amanah yang dipesan oleh ayah saya..selagi belum habis belajar x boleh kahwin. Belajar dulu dah dapat degree atau masters baru boleh kahwin… so saya tunggu dah kerja dan dah matured emotionally,mentally dll baru memilih utk menamatkan zaman anak dara…

    But mungkin sebab ilmu agama saya xde lah dalam sangat and upbringing saya pun biasa2 aje. I mean buat yang basic aje, solat, puasa masa kat US baru belajar pegi usrah, tamrin, muktamar… baru tahu siki2 pasal Islam…bagi saya alam rumahtangga sangatlah sukar sampai pernah terfikir nak end the marriage sebab dah tak boleh cope dengan cabaran rumah tangga. But Alhamdulillah bila fikirkan anak-anak, saya tabahkan hati dan cekalkan semangat, saya masih lagi seorang isteri dan selalu do’akan Allah beri saya hidayah dan jalan yang terbaik… but bagi saya memang x senang utk jadi seorang isteri, ibu dan juga bekerjaya…

    Puan seorang yang sangat tinggi ilmu walaupun masih muda, teruskan perjuangan puan. Wassalam.

    • W’lam…

      Sebenarnya adik-beradik perempuan kami tiada yang berpurdah. Gambar tidak disiarkan kerana pengantin sudah bersolek.

      Saya tabik kepada rumahtangga yang mampu bertahan lama, dan mudah-mudahan ia akan kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Entah kenapa sebilangan sahabat-sahabat saya yang belajar + berkahwin di overseas seringkali mengalami pergolakan rumahtangga yang amat dahsyat. Balik ke Malaysia belum pun lima tahun sudah ada skandal, langsung tidak tahu untuk menghargai kesukaran sebuah perkahwinan semasa belajar. Tapi saya tidak berani untuk komen lebih-lebih, itu urusan rumahtangga mereka.

      Ayah saya sangat terbuka dengan perkahwinan. Tidak kisah umur berapa mahu berkahwin, asalkan bersedia untuk memikul sebuah tanggungjawab. Jika anak lelaki berkahwin semasa belajar, dia terus menanggungnya, sebaliknya kepada anak perempuan, suami pula akan mengambil alih tugas.

      Sangat setuju kebanyakan mahasiswa lebih mencintai Islam semasa menjadi mahasiswa. Tetapi cabarannya juga ada, bercinta ala-ala islamik? Itu yang tak tahan…

      Dalam melayari rumahtangga saya percaya emosinya lebih kepada perempuan. Sangat tidak hairan jika isteri seringkali mahu keluar dari ikatan tersebut. Suami pula harus lebih kukuh kesabarannya dalam mengemudi rumahtangga. Kerana itulah kuasa talak diberi kepada lelaki, jika sebaliknya mungkin talak yang tiga itu boleh settle dalam tempoh setahun…itu pun dah kira lama kot.

      Tq

  3. saya sangat terkesan membaca penulisan ini, tq

  4. Salam anak Nik,

    Saya nak bagi pandangan sikit,kahwinmasa belajar kat U,bagusnya.Seanag nak bicang ,jadi tidak timbul fitnah berkhalwat.Kalau tidak nikap awal macam hal boleh berlaku.

  5. W’lam…

    Saya menerima pandangan, namun kerana saya pernah melalui pengalaman berkahwin semasa belajar, ia tidaklah semudah yang digambarkan.
    Alhamdulillah, jodoh saya sealiran dengan suami, dia – civil, dan saya – property, kerana dia sudah berpengalaman dalam kerjaya, mudah juga untuk saya memahami subjek, tetapi perkahwinan bukan hanya untuk berbincang-bincang, malah ia sangat lebih besar dari itu.
    Berkahwin juga jangan kerana nafsu semata-mata, tanyalah kepada mahasiswa yang ditangkap khalwat, adakah mereka sudah bersedia untuk berkahwin? Saya percaya jawapannya TIDAK! Mereka hanya bersuka-suka untuk melakukan maksiat, bukan kerana terdesak untuk mendirikan rumahtangga. Cukup matangkah mereka ketika melakukan zina itu? Jawapannya juga TIDAK. Jawapannya juga, meraka langsung tidak faham apa erti sebuah perkahwinan. Sekali lagi, perkahwinan bukan untuk melampias nafsu sahaja, tapi ia sebuah KEMATANGAN.
    Kematangan dalam berfikir, kematangan dalam bertindak, insyaAllah mahasiswa yang matang fikirannya tidak terdesak untuk melakukan maksiat kepada Allah dalam sebarang bentuk perkara dan alasan sekalipun.

  6. ~ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI EL-MUBARAK ~

    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    FROM:

    ibni-battutah SEKELUARGA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: