• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    August 2010
    S M T W T F S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  

Kemahuan

Salam Ukhuwah…

Syukur Alhamdulillah, semalam anakanda kedua saya telah berjaya menambahkan kuantiti puasanya kepada dua hari. Tiada paksaan, cuma saya memintanya sedikit bersabar untuk bersama-sama berbuka puasa di rumah neneknya (mertua saya) pada hari semalam.

Sekali lagi saya gembira kerana anakanda yang ini sudah punya kemahuan untuk berpuasa, terasa berbaloi bercerita perihal kehebatan berpuasa pada setiap hari.

Namun, hari ini anakanda kedua saya itu tidak berpuasa, pagi-pagi lagi sudah mengkhabarkan tidak mahu berpuasa, dengan alasan kelas hari ini berlarutan hingga ke petang. Saya memahami kerana dugaannya makin bertambah besar, kebiasaan kawan-kawannya akan mengambil makanan berat sebelum menyambung sesi petang – di situ ada tarikan! Biarlah, saya pun kesian juga apabila dia terpaksa berulang kali turun naik tangga sekolah di tingkat tiga.

Esok saya akan cuba lagi untuk memujuk anakanda yang ini berpuasa. Sekurang-kurangnya dia mampu berpuasa dua hari seminggu, makin saya perlu kreatif untuk memomokkan dia dengan janji-janji manis. Terpulang kepada kita sebagai ibubapa bagaimana mahu mendidik anak-anak dengan jayanya, kerana kita yang sebenarnya lebih memahami mereka, bukan orang lain.

Masih saya ingat memori puasa saya sewaktu alam persekolahan rendah dahulu, setiap hari pergi dan balik dari sekolah berjalan kaki di bawah terik mentari. Sampai saja di rumah sememangnya terasa sungguh penat, lebih-lebih lagi jika Ramadhan di musim panas. Berkali-kali berniat mahu membatalkan saja puasa pada hari itu kerana tidak betah menahan dahaga, tetapi masih ada sayangnya, habisnya saya mengambil seketul ais besar dalam peti lalu merendamnya dalam baldi, lalu berlama-lamalah saya menikmati kesejukan air itu di bilik mandi.

Rugilah bisnes bonda saya pada kebanyakan hari Ramadhan, kerana ais itu adalah jualannya untuk menampung perbelanjaan sekolah kami suatu ketika dahulu.

Tabungan

Si sulong pula makin ralit menghitung wang tabungan, yang mana wang saku harian ke sekolah akan saya berikannya sekembali dari sekolah untuk ditabungkan. Katanya mahu beli tiket kapal terbang, berangan mahu ke mana belum lagi diberitahu.

Saya tumpang gembira dengan karenah anak-anak, semoga hari-hari Ramadhan mereka akan dilalui dengan penuh keceriaan. Dengan harapan saya dan suami juga mampu memberi kesedaran terbaik kepada mereka tentang istimewanya Ramadhan dalam Islam, insyaAllah…

Jika boleh, saya mahu sentiasa bercerita kepada anak-anak tentang kemuliaan Ramadhan, mudah-mudahan mereka menjadi teruja untuk berterusan berpuasa. Saya tidak mahu mereka hanya berpuasa tetapi kosong penghayatannya. Biarlah ada sedikit ilmu (bersesuaian usia) yang boleh mereka fahami kenapa perlunya mereka berpuasa.

Mungkin sahabat semua boleh cadangkan kepada saya bahan bacaan terbaik untuk anakanda  sepanjang Ramadhan ini. Saya hargai jika ada perkongsian.

Sebagaimana kita sebagai seorang dewasa yang berpuasa, bukan kerana semata-mata puasa Ramadhan itu adalah wajib, tetapi mudah-mudahan kerana kita merenung jauh pada sudut pahala dan dosa, berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Tentunya pengetahuan tambahan inilah yang secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita pada Ramadhan yang mulia ini, dengan harapan ia berlanjutan hingga ke akhir hayat.

Sudah lapan hari Ramadhan menginjak, insyaAllah kita akan mampu menyelesaikan bakinya dengan usaha yang makin bersungguh. Marilah bersama panjatkan doa, mudah-mudahan kita sentiasa bersabar dalam melaksanakan ibadah sepanjang Ramadhan ini, dengan harapan yang tinggi semoga di pengakhirannya nanti akan ada sebuah kepastian yang sungguh bermakna, insyaAllah!

12.15am

« »

4 Responses

  1. Genap lah sepuluh hari dalam minggu ini. Dan pada minggu ini juga masuk lah Fasa Ke Dua dalam Bulan Ramadhan, iaitu Bulan Keampunan.

    Berusahalah bersungguh-sungguh sebanyak mungkin untuk kita memohon keampunan kepada Allah.

    Bulan Ramadhan adalah bulan segala Pahala yang di berikan oleh Allah yang tidak terhingganya kepada umat manusia. Rugi lah kita jika tidak merebut peluang ini bersungguh-sungguh. Dan berusahalah mencari malam-malam Lailatulqadar yang mana amalan kita setiap tahun di hitung Allah.

  2. Sekarang masuk lah Fasa ke tiga dan yang terakhir di dalam Bulan Ramadhan. Ini lah bulan kesyukuran dan juga bulan datangnya rahmat terus dari Allah.
    Dan berusahalah mencari malam-malam Lailatulqadar di sepuluh terakhir ramdhan ini.
    Insyaallah, kita beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.

  3. ~ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI EL-MUBARAK ~

    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    FROM:

    ibni-battutah SEKELUARGA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: