• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    September 2010
    S M T W T F S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  

Semangat ISLAM!

Salam Ukhuwah…

Dalam Islam tiada istilah semangat Kebangsaan, yang ada hanyalah semangat Islam! Tentunya Islam ini lebih besar pengaruhnya berbanding Kebangsaan, kerana ia membawa pengaruh seantero dunia, bahkan semangat menuju ke akhirat – bukan hanya semangat pada sebuah Negara, bahkan sekadar untuk urusan dunia semata.

Sebagai Muslim, wajib bagi kita menerima dan memahami bagaimana Islam mendidik ummatnya untuk menerima ilmu Islam sebagai suatu cara hidup, tiada cara yang lain melainkan Islam semata! Islam menjanjikan kesejahteraan kehidupan dunia yang berkesinambungan ke akhirat. Tiada semangat lain di dunia ini yang boleh menjamin kehidupan manusia selamat di akhirat, tetapi ia dijamin dalam Islam.

Islam tiada batasnya untuk apa jua bangsa dan keturunan mana sekalipun!

Sangat benar bahawa semangat Kebangsaan yang ditawarkan oleh Umno adalah suatu kesalahan akidah dalam perjuangannya di bumi Malaysia ini.

Bukan sekadar kesalahan akidah, tetapi di mana sebenarnya semangat cintakan Negara yang cuba ditonjolkan oleh pemerintah didalam bulan Kemerdekaan kali ini? Sangat terang dan bersuluh bahawa semangat kemerdekaan pada rakyat umum berada pada tahap merudum dan sangat menyedihkan.

Pandangan mata kasar, bolehlah dikatakan bahawa semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini semakin hilang.

Kenapa Pemerintah telah gagal memberi pengertian dalam pengisian menyambut Kemerdekaan Negara? Kerana mungkin kita hanya Merdeka pada nama, tetapi minda kita masih terus dijajah.

Pemerintah terus menjajah minda rakyat dengan mengadakan sambutan Kemerdekaan sebagai suatu cara untuk mempromosikan Umno itu sendiri, yang mana pada hakikatnya sebilangan besar rakyat semakin meluat dengan pelbagai ketidakjujuran dalam pemerintahan Negara selama ini. Sungguhlah tidak matang cara Umno berpolitik, tiada ketelusan, dan langsung tidak berpijak kepada amalan demokrasi yang sebenar.

11.07am

« »

One Response

  1. Malangnya hanya sebilangan kecil sahaja org melayu yg mempunyai semangat Islam. Ini adalah kerana pd umumnya majoriti besar pergi ke sekolah kebangsaan dan pendidikanlah yg mempengaruhi pendirian atau pandangan mereka.

    Bila dah dewasa lihatlah berapa peratus yg pergi surau setiap hari – peratus yg kecil. Drpd jumlah yg pergi surau boleh dianggarkan 50% bersemangat Islam. Ini adalah anggaran purata bagi seluruh negara. Mungkin lebih tinggi di Kelantan.

    Pengetahuan dan pemahaman agama juga adalah satu faktor besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: