• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    September 2010
    S M T W T F S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  

Syawal

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah, selamat sudah kita menempuh 1 Syawal, dan hari ini kita masih lagi dipanjangkan umur untuk terus menceriakan Syawal hingga ke penghujungnya, insyaAllah. Mudah-mudahan masih ada kelonggaran untuk diri kita sendiri bagi meraikan Puasa 6 di bulan Syawal yang mulia ini.

Jika puasa di Ramadhan lalu mampu memberi maghfirah keatas dosa-dosa silam, maka biasa-biasakanlah diri kita untuk menyambung puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal, kerana ia mampu menggambarkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. diatas segala nikmat yang telah dikurniakan selama ini. Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih agung selain dari pengampunan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Puasa 6 Syawal juga boleh dilakukan sekaligus bersama puasa qada’ yang ditinggalkan pada Ramadhan lalu (kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syara’). Hendaklah berniat bagi kedua-dua puasa tersebut. Menyegarakan qada’ puasa adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syara’. Ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah s.w.t. sahaja yang akan menilai dan menentukan balasan kepada mereka yang berpuasa.

Setiap hamba Allah yang berusaha untuk bersegera melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal lebih membuktikan rasa cintanya terhadap ibadah puasa, malah tidak pernah rasa bosan dan malas dalam melaksanakannya.

Khatam

Kini tiada lagi solat sunat Tarawikh menghiasi malam-malam kita sebagaimana Ramadhan lalu,  khatamlah sudah sebuah al-Quran Karim yang mengandungi 114 Surah dikumandangkan sepanjang malam-malam tersebut. Alhamdulillah, semoga kita mampu menghayati penceritaan Kitab Allah ini, selain begitu mengasyikkan mendengar alunan gagah ayat-ayat suci ini dilantunkan oleh para imam yang hebat bacaannya.

Ramadhan merupakan bulan al-Quran, bulan yang sangat mulia apabila menjadi pilihan untuk diturunkan al-Quran. Tentunya hanya Ramadhan dberi penghormatan untuk disebut di dalam al-Quran.

Al-Quran mula diturunkan oleh Allah s.w.t. secara keseluruhannya ke Lauhin Mahfudz. Tiada yang maklum bilakah masanya penurunan al-Quran ini. Penurunan seterusnya dalam jumlah keseluruhannya adalah ke Baitul ‘Izzah, yakni langit pertama. Langit yang kelihatan apabila kita mendongak ke atas sana, tetapi tidaklah diketahui posisi manakah penurunan al-Quran tersebut dilakukan.

Daripada Baitul ‘Izzah langsung kepada Rasulullah s.a.w.. Kali ini bukan lagi sekaligus, tetapi beransur-ansur berdasarkan keperluan mahupun peristiwa atau kejadian semasa.

Al-Quran merupakan sebuah kitab panduan di dalam keseluruhan kehidupan manusia, yang mencakupi hukum-hakam yang sememangnya cukup lengkap dan sangat sempurna ajarannya. Juga untuk membawa petunjuk, membimbing kepada kebaikan, menjelaskan jalan benar serta jalan yang menyesatkan. Setiap maksud yang didatangkan di dalam al-Quran saling berkaitan dan wajiblah ditaati oleh semua hamba Allah tanpa ada sebarang pemisahan walau satu ayatpun!

Bacalah!

Bacalah al-Quran secara konsisten, bukan hanya pada Ramadhan. Istiqamahlah sekurang-kurangnya sekali sehari. Pilihlah masa yang paling sesuai dengan keadaan kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan ia akan menjadi satu kemestian. Lima minit sehari pun sudah memadai dari langsung tiada ayat-ayat yang menghiasi bibir kita selama 24 jam.

Jangan hanya ketika Ramadhan kita menjenguk al-Quran secara bersungguh-sungguh, tetapi jadikanlah ia amalan harian. Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mendampingi al-Quran.

Jika berpeluang, belajarlah untuk menghafal surah mahupun ayat-ayatnya yang tertentu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi)  hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”

(al-Baqarah 2: 208)

5.10pm

2 Responses

  1. Alhamdullilah…nasihat yang amat berguna sekali.

    Saya tertarik dengan nasihat Akak Seri tentang menghafal dan membaca al Quran itu. Pada tahun ini saya tidak dapat Mengkhatam al Quran, hanya setaskat 20 Juzuk sahaja, hai tak tahu lah kenapa malas pulak tahun ni. Pada hari-hari biasa selain ramadhan saya juga kadang-kadang membaca al Quran. Biasanya pada waktu malam selepas solat isyak dan lepas habis bekerja.
    Insyaallah saya akan cuba membaca kerap di bulan-bulan biasa yang lain. Bagus juga nasihat itu kerana al Quran ini kita kena selalu membaca. Banyak Karamahnya.
    Pada tahun ini juga saya merasa pelik kerana. Pada setiap kali Bulan Ramadhan apabila saya berpuasa, berat badan saya selalunya turun mendadak lebih kurang dua tiga kg selepas berpuasa. Tetapi pada tahun ini, berat badan saya tidak turun langsung walaupun saya hanya mengambil makanan berat seperti nasi apabila bersahur. Semasa berbuka hanyalah makanan seperti kuih,kurma dan air sahaja.
    Tetapi berat badan saya kali ini tidak menunjukkan penurunan langsung. Alahamdullilah saya bersyukur kepada Allah kurniaanya….itu lah kebesaran Allah yang Maha Agung.
    Walaupun soal berat badan tidak menjadi hal…yang penting adalah, bagaimana kita mencari pahala berganda yang di hadiahkan oleh Allah kepada kita sebanyak mungkin pada Bulan yang Penuh Keistimewaan di atas Kurniaannya.
    Subahanallah…Alhamdullilah…Allahuakbar.

    • Alhamdulillah dengan izin Allah akak mampu khatam al-Quran sekali tahun ni. Tapi tak terlawan mak dan mertua yang khatam lebih dari sekali, dan salah seorang kekanda mampu khatam sehingga 4 kali dalam Ramadhan yang baru saja berlalu. Tahniah!
      Pada hari biasa lazimnya akak baca Quran selepas Maghrib, usai mengajar anak mengaji Quran.
      Selamat meneruskan amal ibadah yang baik, insyaAllah ada ganjarannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: