• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    October 2010
    S M T W T F S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  

20 TAHUN PEMERINTAHAN PAS KELANTAN

Salam Ukhuwah…

Samada anda seorang yang peka mahupun sebaliknya, usia kerajaan PAS Kelantan kini sudah mencapai 20 tahun! Ia merupakan kelansungan pentadbiran Kerajaan Negeri yang berlangsung sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-8 pada 21 Oktober 1990.

Menjelang 20 Oktober 2010, genaplah usia 20 tahun pentadbiran Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama’ berteraskan keazaman Membangun Bersama Islam, yang membawa maksud bahawa setiap tindakan yang diambil adalah dengan penuh teliti pelaksanaannya dalam semua aspek, yang turut mengambil kira soal halal haram, syurga neraka dan dosa pahala!

Sepanjang 20 tahun menerajui pentadbiran negeri, telah tersurat bahawa Negeri Kelantan mempunyai identiti yang tersendiri, sementelah telah banyak menerajui dan memimpin perubahan serta mendahului di dalam pelbagai aspek pembangunan. Ia merupakan suatu nilai kejayaan kepimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar.

Dengan semangat Islam yang padu, kerajaan PAS Kelantan tetap bertahan biar pun terpaksa meniti perjalanan yang penuh onak duri selama tempoh tersebut. Pentadbiran PAS Kelantan tidak pernah berganjak dengan pendirian yang melibatkan aqidah Islam, walaupun terus menerima kritikan mahupun kecaman, terutama daripada Kerajaan Pusat.

Pentadbiran Negeri Kelantan mendidik rakyatnya dengan mengambil pendekatan menyebarkan ilmu Islam pada setiap ketika dengan cara belajar, mengajar dan memerhati, supaya rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan penuh sedar untuk mengingati Allah s.w.t. pada setiap keadaan sepanjang kehidupan, bukan sekadar menerima Islam secara tradisi, yakni turun-temurun.

Lebih besar maknanya apabila selama puluhan tahun inilah Umno telah gagal dalam misinya merampas Serambi Mekah. Sudah acap benar Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan bertukar ganti dalam tempoh tersebut, namun amat malang sekali apabila setiap seorang di kalangan mereka terpaksa mengalami kegagalan, malah kekecewaan yang menggunung untuk merampas kuasa Islam di bumi berkat ini. Mereka gagal mencipta sebarang kejayaan walaupun pelbagai tohmahan pedih menusuk jantung pemerintahan PAS Kelantan selama ini.

ALLAHUAKBAR!

12.12am

 

8 Responses

  1. ambo balik ngundi galas.x ambik pitih

  2. ambo ngundi pas tapi x cukup untuk mengalahkan BN…..cuba lg.belajar dari kesilpan

  3. keno buat rombakan……mana2 pemimpin yg tido n x buat kerja kena berundurla

  4. knapa aku jer yg beri komen?

  5. PAS perlukan pemimpin yang baru, muda selaras dengan imej sekarang. kempen2 parti juga tidak seharusnya menanamkan kebencian sesama muslim.

  6. BETUL

  7. PAS pilihan orang muda

  8. moga pas peritoh kelate seribu tahun lg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: