• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2010
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

53

Salam Ukhuwah…

Syukur Alhamdulillah, pada 24 Zulhijjah 1431/ 1 Disember 2010 yang lalu, lebih kurang jam 10.30 pagi, lahirlah seorang lagi bayi lelaki ke dalam keluarga besar kami. Saya tumpang gembira dengan kelahiran ini. Sangat teruja kerana bilangan anak saudara saya yang bertambah, jua inilah cucu yang ke 53 ayahbonda.

Saya sangat yakin bahawa kekanda saya Nik Adli dan kakak ipar saya Sles Monira, betul-betul teruja kerana sangat sudah lama mereka menanti untuk menambah bilangan ahli keluarga. Akhirnya penantian mereka selama lapan tahun telah dimakbulkan Allah pada hari itu. Tahniah! Semoga bertambahlah rezeki dan kebahagiaan keluarga kalian dengan hadirnya permata hati yang ketiga ini. InsyaAllah!

Seawal 8.30 pagi saya menerima sms daripada adinda yang mengkhabarkan kakak ipar telahpun berada di klinik, bersedia untuk bersalin pada bila-bila masa sahaja. Bonda dan adinda turut hadir menemani proses kelahiran.

Saya sempat melawat anak saudara baru di klinik selepas kelahirannya, si kecil yang mirip abangnya yang kedua, berkulit putih dan bermata sepet. Adinda saya pula sibuk merakam gambar. Tidak boleh berlama-lama di situ, lebih kurang setengah jam selepas itu saya pun berlalu untuk mengambil anak-anak yang berada di kelas melukis. InsyaAllah jika keluangan lagi saya boleh menjenguk mereka di rumah pula.

8.45am

 

4 Responses

  1. tahniah kepada ust nik adli dan keluarga.. sampaikan salam saya kepada ust nik adli.. beliau dulu guru hadith saya semasa di tingkatan 4 1997/1998 di Darul Anwar.. semoga Allah merahmati keluarga ustaz dan kak amalina..

    • InsyaAllah akan disampaikan salamnya.

      Nama sikecil telah diberi oleh datuknya, Nik Mutawalli Sya’rawi.

      Alhamdulillah, sikecil makin membesar dalam keadaan sihat walafiat.

  2. salam tahniah untuk na sekeluarga. dah lama tak singgah di sini, hari ni tergerak hati untuk melawat sebentar. semoga keluarga ust nik adli semakin berseri dengan kelahiran cahayamata yang terbaru ni.

    • Terima kasih atas kunjungan.
      InsyaAllah akan sentiasa membalas kunjungan ke blog kakchik yang setiap hari berseri-seri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: