• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2010
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

SIARAN MEDIA

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum  wbt dan salam Muharam.

Segala puji-pujian bagi Allah swt yang telah memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua. Dengan sifat Rahman dan RahimNya maka kita masih terus hidup pada hari ini untuk memperoleh nikmat yang melimpah bagi melansungkan kehidupan seharian.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menjadi teladan kepada umatnya untuk memilih jalan terbaik dan diredhai Allah swt, menuju ke pengakhiran kebahagian yang kekal abadi.

Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan melalui siaran ini setelah merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil, berhubung hasil penelitian laporan siasatan oleh Jabatan Peguam Negara yang telah membersihkan nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan nama saya, di atas tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa sekitar setahun yang lalu. Perkara ini juga telah mendapat liputan oleh beberapa akhbar perdana pada hari ini.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt kerana telah menyelesaikan kes ini dengan pengakhiran yang baik kepada semua dan membersihkan nama saya sekeluarga.

Sememangnya dari awal siasatan, situasinya amat tenang dan saya berkeyakinan penuh bahawa semua tuduhan tersebut adalah rekaan semata-mata. Justeru, saya dan kakitangan PMBK telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM Kelantan semasa dalam siasatan.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada SPRM, khususnya kepada Pengarah dan kakitangan SPRM Negeri Kelantan kerana telah menjalankan siasatan kes ini dengan adil dan profesional, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan keputusan.

Saya penuh sedar bahawa terdapat banyak gangguan media berlaku semasa siasatan keatas tuduhan yang bermula dengan sekeping ‘surat layang’ ini. Bagi saya, pihak SPRM telah menjalankan tugas dengan baik dan mengikut prosedur tanpa terpengaruh oleh gelombang fitnah yang dirancang dan dicipta oleh pihak tertentu hasil dari artikel-artikel keluaran media dan bloger yang rela diperalatkan.

Memang ramai yang terpengaruh dan mula memandang serong kepada kami termasuk segelintir pimpinan tertinggi PAS.

Tidak dapat dinafikan bahawa ujian ini memberi peluang kepada diri untuk bermuhasabah di atas kedhaifan sendiri dan InsyaAllah lebih mematangkan saya untuk mendepani masa depan.

Dalam masa yang sama, rentetan isu ini juga jelas menampakkan ia sememangnya dirancang untuk diperbesarkan menggunakan kemahiran politik yang berkualiti tinggi. Apabila isu ini mendidih, maka asakan membuta tuli kepada saya bermula supaya matlamat operasi yang telah ditetapkan oleh perancangnya tercapai.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, dan sahabat handai yang memberi sokongan khususnya Ayahanda dan Bonda serta kekanda Nik Abduh kerana memberi sokongan terbuka semasa isu sedang memuncak. Tidak lupa terima kasih khusus kepada Bonda Che Som Bt Che Ali dan ahli keluarga di Machang yang sentiasa mendoakan tanpa jemu untuk keselamatan dan kesejahteraan saya sekeluarga.

Akhir sekali, sekalung penghargaan khusus kepada isteri saya yang tercinta kerana tetap berada di sisi disaat-saat sukar dan memberanikan diri menceritakan hal sebenar dalam artikelnya. Terima kasih juga kerana memberi kebenaran siaran ini dikeluarkan dalam laman Serisuri.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya Negeri Kelantan terus terpelihara dari kerakusan golongan oportunis politik dan broker kuasa yang sentiasa mengancam.

Kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik!

 

Sekian, wassalam.

 

Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman

Pulau Melaka

10 Muharam 1432/16 Disember 2010

 

 

7 Responses

  1. assalamualaikum tuan rumah…
    alhamdulillah akhirnya isu ini dapat diselesaikan juga digelanggang yang umum melihat sebagai berat sebelah… Tahniah atas pemutihan ini semoga adr dan ayahnda TGNA sentiasa dibawah naungan rahmat Allah swt…..isu ni seakan kelihatan selesai dari satu sudut namun pada sudut yg lain ia perlu dibersihkan juga…. kita wajar melihat darimana sumber timbulnya fitnah ini dan wajar ia dibersihkan sekali…. watak2 yang berkepentingan juga wajar diberi peringatan supaya tidak mengulangi lagi kesilapan ini….enta tlhpun melepaskan jawatan yng enta sandang demi menjaga nama baik TGNA sedangkan enta juga layak duduk disitu….walaubagaimanapun enta kena terus bersabar dan berhati2 dengan situasi enta sekarang kerana ramai yang menggigit jari putih mata apabila melihat enta dan TGNA telah dibersihkan sewajarnya dari sang penguasa…
    teruskan perjuangan…
    sirru ala barakatillah

  2. Salam…..muharram..

    Segala puji-pujian bagi Allah sekeliam alam dan rahmatnya…

    Alhamdulillah, segala yg kusut kini terungkai sudah.
    .Segala kerisauan menjadi senyuman.
    Segala fitnah sudah terjawab….syukur alhamdulilah..
    ada rahmat disebaliknya…..

    TAPI AWAS anta juga masih d hati buat mereka yg berhati busuk dan golongan oportunis politik dan broker kuasa yang sentiasa mengancam…….mereka pasti tidak akan berdiam diri…..maka brhati-hatilah wahai sahabatku…….

    sesungguhnya musibah ini telah mematangkan dirimu….amin….

  3. Mana sheh kick, buktikan kebenaran mu??

  4. Salam
    Orang munafik dan musyrik sentiasa berusaha untuk menjatuhkan seseorang dek kerana dendam kesumat. Mereka akan mereka-reka cerita fitnah walaupun mereka tahu ianya akan terpalit ke muka sendiri….Kalau zaman Rasulullah ada Abdullah bin Ubai maka pada zaman sekarang ia berubah nama menjadi fulan bin sifulan. Usahlah bimbanh, janji Allah adalah benar….

  5. Sdr Arif..Kes mungkin selesai tapi belum habis. Inilah bila PAS pon sudah mula menjadikan harta benda sbg tujuan perjuangan..Nak pegang jawatan parti pon doh kena berlawan..utk apa? Kalau tidak nak naikkan nama supaya piliharaya nama tak tercicir dari senarai calon..

    Sdr berada di tempat yang salah pada masa yang salah dan menjadi mangsa keadaan..politik dalam PAS..wallahualam..

  6. saudara Arif,
    Hanya saudara dan Allah yang tau apa yg saudara telah lakukan (hitam atau putih) semasa dlm pmbk… kalau betul saudara x buat salah alhamdulillah… tp saudara kena ingat apa yg saudara buat akan di soal di akhirat kelak di dihadapan Allah dan kalau saudara tipu mertua saudara( Tuan guru ), Che Yah, Nik Abduh dan org2 yg sentiasa membela saudara sekarang… saudara tetap tidak terlepas. Alangkah malu nya kiranya terlepas sekarang tp terbukti bersalah di padang mahsyar.. Ginilah peristiwa ini dijadikan pengajaran tak payah besar-besar bahawa saudara tidak bersalah tapi difitnah dgn fitnah yang terancang

  7. salam…cuba bayangkan jika pemberi wang zakat itu bukan TGNA….pasti cerita jadi lain….apapun tahniah atas “kemenangan” yg diperolehi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: