• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2010
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

54

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga besar kami apabila kakak ipar saya selamat melahirkan zuriat kelimanya pada 21 Muharram 1432/ 27 Disember 2010 yang lalu, tidak sampai sebulan selepas saya menerima anak saudara baru tempohari. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima pesanan ringkas daripada kekanda Nik Asri yang menyatakan isterinya, Zalina telah selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki pada jam 3.15 pagi. Sekali lagi lelaki!

Tentunya saya tumpang gembira dengan kelahiran ini yang menambahkan lagi jumlah anak saudara, dan inilah cucu yang ke 54 ayahbonda.

Tahniah kepada kekanda saya sekeluarga, mudah-mudahan hadirnya permata hati kali ini mampu menambahkan lagi ummat Muhammad s.a.w. yang berkualiti, insyaAllah. Penantian selepas tiga tahun untuk mendapat cahaya mata baru akhirnya tertunai sudah. Hadiah awalan daripada saya, hanya doa semoga bertambahlah rezeki dan berbahagialah dengan keluarga yang makin membesar.

Hadiah seterusnya, Jeli Gamat Bermadu!🙂 (Langkawi la tu…). Kata si penjual, jeli ini merupakan minuman kesihatan yang baik untuk digunakan secara tradisional kepada perempuan selepas bersalin. Kebetulan saat melahirkan, saya sedang berada di Langkawi, maka kesempatan diambil untuk membeli beberapa produk gamat untuk dijadikan buah tangan kepada adik-beradik dan juga jiran tetangga serta sahabat handai terdekat.

Saya masih belum berkesempatan melawat anak saudara baru ini semenjak kelahirannya. InsyaAllah bertuahlah si kecil ini apabila telah lengkap mempunyai dua orang abang dan dua orang kakak yang akan menyayanginya.

Apapun adinda saya telahpun menghantar mesej ‘penting’ kepada saya semalam. Oh, mahu ambil giliran ya…? Nampaknya dia tidak menunggu lama untuk turut serta dalam ‘countdown’ ini. Dalam bab ini saya mahu mengalah. Rasanya sudah cukup dengan bilangan anak yang ada pada hari ini. Jika direzekikan lagi? Saya menerimanya sebagai rezeki yang perlu disyukuri nikmatnya.

6.22pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: