• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    February 2011
    S M T W T F S
    « Jan   Mar »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728  

‘Kitar Semula’

Salam Ukhuwah…

Minggu ini saya lakukan operasi ‘kitar semula’ pakaian. Boleh ke istilah ni digunapakai?

Apa yang telah saya buat?

Saya membuat pengecaman didalam almari, akhirnya berjaya mengeluarkan berpasang-pasang baju, jubah, kain tudung, baju anak-anak dan beberapa jenis kain lain untuk ditukar hakmilik kepada sesiapa yang lebih memerlukannya.

Alhamdulillah, hati rasa lapang sungguh apabila melihat ruang yang padat sebelum ini mampu diberi ‘nafas’ yang lebih selesa. Inilah alternatif terbaik untuk memberi ruang yang lebih ‘aman’ kepada isi rumah.

Saya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari menyimpan pelbagai jenis barangan yang sudah tidak digunapakai lagi di dalam ‘stor’. Dengan tindakan yang lebih bernilai, berikan saja kepada orang lain. Tetapi kenalah pastikan juga barangan yang kita berikan itu dalam keadaan yang masih boleh diterima pakai. Jangan pula sehingga ada yang rasa terhina apabila memilikinya.

Suatu tempat khusus di dalam almari saya mahupun anak-anak telahpun disediakan untuk menyimpan pakaian yang sudah tidak mahu dipakai lagi. Kerja-kerja ‘kitar semula’ akan lebih senang dibuat apabila barangannya sudahpun terkumpul.

Semua anak-anak sudahpun faham apa yang perlu mereka lakukan apabila pakaian tersebut sudah tidak sesuai dengan mereka lagi. Mereka akan meletakkan pakaian tersebut pada ruang yang telah disediakan, dan saya akan menyemaknya sekali lagi samada pakaian tersebut benar-benar sudah tidak sesuai buat mereka. Saya juga beritahu anak-anak bahawa orang lain yang tidak berkemampuan akan memakai pakaian mereka pula.

Kebetulan pada suatu hari sepupu bertandang ke rumah, maka saya tanyakannya samada dia sudi menerima baju-baju terpakai saya dan anak-anak untuk diberikan kepadanya. Alhamdulillah, dia bersedia menerimanya dan janjinya jika baju-baju tersebut tidak sesuai dengannya, akan dia agihkan pula kepada orang lain yang memerlukan. Saya bersetuju dengan cadangannya itu.

Saya meyakinkan sepupu bahawa semua pakaian masih berada dalam keadaan elok, kecuali baju anak-anak yang mungkin ada sedikit kesan kotoran degil yang tidak hilang walaupun telah dibasuh.

Kenangan

Dalam pada memilih pakaian yang mahu ditukarmilik, sebenarnya masih ada rasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin kerana ada kenangan disebalik pakaian tersebut. Salah satunya baju kurung saya yang sudahpun berusia sepuluh tahun, dimana kainnya saya beli di Brunei ketika sesi berbulan madu suatu ketika dulu. Pakaiannya masih kelihatan baru, tetapi mungkin kerana sudah terlalu lama memilikinya, saya rela melepaskannya pergi.

Lagipun cuba bayangkan, dalam tempoh sepuluh tahun berapa banyak pakaian baru yang kita miliki? Ya, terlalu banyak! Mungkin lebih dari yang sepatutnya. Seketika kita harus rasional, dengan memberi peluang kepada orang lain yang benar-benar memerlukan pakaian untuk memilikinya.

Tanya kepada diri, adakah kita masih menggunapakai barangan ini? Lihat di dalam almari, mungkin kita sudah memiliki berpuluh-puluh pasang baju, kasut yang berbaris-baris di rak, pilihan tas tangan yang pelbagai, dan pelbagai aksesori lain yang meruntun nafsu apabila melihatnya. Tetapi sebenarnya dalam tempoh sebulan beberapa kali sahaja kita sempat memakai semua barangan tersebut.

Maka, inilah masanya untuk kita memikirkan semula keperluan penggunaan keatas pelbagai barangan tersebut. Belajarlah untuk menyeimbangkan keperluan yang sebenar dan nafsu yang selalu tamak.

Sesekala kita perlu hadirkan hati untuk bermuhasabah tentang perbelanjaan yang kita keluarkan selama ini. Adakah sehingga ke tahap membazir? Tentunya sifat membazir itu sahabat kepada syaitan la’natullah. Dengan kata mudah, bersahabat dengan syaitan hanya mengundang dosa semata.

Jika perbelanjaan kita masih dalam keadaan terkawal, Alhamdulillah, tetapi mungkin masih ada lagi yang perlu dikurangkan. Lebihan dari pengurangan ini mungkin kita boleh menyumbang kepada sumber-sumber lain seperti pendidikan anak-anak, menderma mahupun menabung untuk masa hadapan.

9.49pm

6 Responses

  1. Ya betul. Akak sokong apa yg. Nik lakukan itu. Mak akak pun galakkan family kami utk turut m’bantu glgn. yg. kurang b’kemampuan dgn. m’beri sumbangan dlm. apa jua bentuk utk. meringankan masalah mereka. Kata org. hulurkan tangan ringankan beban kita sesama insan…

    • Biasanya saya kumpul barang-barang peribadi ni dua tahun sekali, suami pula setahun sekali – dia cepat membesar bagai johan –🙂
      anak-anak pula dua kali setahun – biasanya diaorang cepat membesar dan cepat lusuh kerana lasak.

      Apapun apa saja yang kita berikan, janji ikhlas untuk membantu golongan yang memerlukan.

  2. sy nk merderma pakaian n tudung terpakai…lh bntu sy??d mn lh sy dpt an alamat yg sudi tuk tima pakaian terpakai nie sekitar area selangor…ianya msh dlm kdaan yg lok n msh lh d pakai…

    • Saya sendiri tidak dapat membantu…mungkin ada sahabat di sini yang boleh bagi cadangan…?
      Biasanya kakak ipar saya yang berada di Selangor akan berkongsi mengumpul pakaian terpakai di pejabatnya dan akan menghantar ke rumah anak-anak yatim yang memerlukan.

  3. Salam,
    Kami dari Amal Charity Shop bersedia menerima barangan terpakai seperti pakaian, barangan letrik, perabot, mainan kanak-kanak,

    Sila hantar ke kedai kami di Jalan Dato’ Lundang (Jln Yaakubiah)

    terima kasih

    • W’lam,

      Jika Amal Charity Shop mempunyai cawangan di setiap negeri mungkin boleh paparkan alamat cawangan di Selangor, mudah-mudahan dapat membantu sahabat kita di atas.
      Tq.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: