• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    February 2011
    S M T W T F S
    « Jan   Mar »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728  

55

Salam Ukhuwah…

Seawal jam 5.20 pagi tadi saya menerima satu pesanan ringkas daripada kekanda Nik Abdul Rahim, mengkhabarkan satu lagi berita gembira apabila isterinya, Arina Abdul Rahman selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 5.02 pagi. Lelaki lagi!

Namun, bagi kekanda saya hadirnya si kecil lelaki ini mampu memberi keseronokan kepadanya sekeluarga apabila mereka telahpun mempunyai tujuh orang dara pingitan.

Nampaknya kurang dua bulan saya menyambut kedatangan anak saudara baru tempohari, kali ini  bertambah lagi. Bermakna keluarga kami makin membesar! Seperti biasa saya tumpang gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru. Menambahkan lagi jumlah anak saudara, yang tentunya bertambah jua cucu ayahbonda ke angka 55!

Tarikh 6 Rabiul Awal 1432/ 9 Februari 2011 tentunya menjadi suatu hari yang sangat istimewa kepada setiap ahli keluarga kami barangkali, apabila kekanda saya yang seorang inilah telah mampu membuat ‘pencapaian’ yang setara dengan ayahbonda kami!🙂 Istimewanya apabila kelahiran ini merupakan zuriat kekanda saya yang kesepuluh!

Sehingga waktu ini saya masih belum berkesempatan menjenguk si kecil, sekadar membayangkan kulitnya yang putih bersih apabila semua kakak dan abangnya berkulit sedemikian.

Saya kalungkan ucapan tahniah kepada kekanda sekeluarga, semoga si bongsu? ini mampu  menjadi hamba Allah yang soleh, insyaAllah. Doa dipanjatkan dengan harapan semoga rezeki kian bertambah dan sejahteralah seisi keluarga hendaknya.

Seterusnya, kami sedang menunggu giliran adinda yang sedang membawa kandungannya berusia tiga bulan. Sekarang ini dia sedang berada jauh di perantauan, menemani suami menyambung pengajian di Glassgow. Katanya mahu melahirkan si sulong di tanahair, disisi ayahbonda. Mudah-mudahan tiada aral melintang untuknya berbuat demikian. Kami sentiasa bersedia bila-bila masa saja untuk menerima kehadiran orang baru.

Alhamdulillah diatas segala nikmatNya…!

11.34pm

3 Responses

  1. Alhamdulillah…tahniah Nik (wah dah ramai anak s’dara rupanya). Mesti m’ceriakan lagi suasana bila ramai b’kumpul. Pastinya TGNA & Thjh. Sabariah b’syukur dgn. ramainya cucu & cicit…. Mana tau nanti ada pelapis utk mereka b’dua dlm. m’yebarkan lagi syiar Islam…Amin…

    • Anak saudara ramai paling letihnya bila tiba musim raya…🙂
      Sekarang ni memang makin meriah apabila seorang kakak yang bekerja di KL telah dapat pindah balik Kelantan awal tahun ni.
      Setiap malam Khamis apabila kami berkumpul seisi keluarga untuk makan malam bersama kehadiran hampir mencecah 50 orang!

  2. tulislah sesuatu yang membina….untuk kebaikan ummah…..catatan sebegini sesuai didalam dairy pribadi saja….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: