• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    March 2011
    S M T W T F S
    « Feb   Apr »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Cinta

Salam Ukhuwah…

Menelusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebar luaskan panji-panji Islam, secara tidak langsung akan menemukan kita dengan kehebatan cinta Saidatina Khadijah r.a.. Cinta beliau sangat unggul apabila selalu saja disebut-sebut namanya oleh Baginda walaupun telah wafat. Inilah dia cinta sejati daripada seorang isteri buat suaminya yang tercinta.

Telah terbukti bahawa kuasa cinta sama sekali tidak memandang kepada faktor luaran semata, tidak kisah tentang faktor usia dan status seseorang. Begitulah Rasulullah s.a.w. yang telah membalas cinta isterinya dengan tulus. Saidatina Khadijah r.a. telah mengisi penuh ruang hati Baginda sehingga tiada tandingannya di antara isteri-isteri yang lain.

Inilah cinta sebenar yang telah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w., tentu sekali ianya cinta berlandaskan Islam. Jika cinta itu bertunjangkan agama akan terlihatlah keindahan dan ketulusannya apabila setiap pasangan memiliki kualiti yang terbaik. Pasangan yang berkualitikan Islam insyaAllah akan mampu membina rumahtangga yang bahagia. Tentunya mereka akan mendahulukan cinta kepada Allah s.w.t..

Mengutamakan cinta kepada Allah s.w.t., akan dibalasi dengan rahmatNya yang berpanjangan kepada rumahtangga kita. Maka sepatutnya terlebih dahulu kita betulkan niat bahawa berumahtangga adalah kerana Allah. Bersamalah kita membina impian semoga rumahtangga yang dibina itu akan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Sempurnakanlah cinta kita kepadaNya terlebih dahulu, dengan harapan akan bertambah sempurnalah kasih sayang yang tercipta antara kita dengan pasangan.

Jangan sesekali menjadikan perkahwinan sebagai penyebab mengapa kita semakin jauh dalam menggapai rahmat Allah s.w.t.. Seharusnya kita istiqamah berada di jalan yang sepatutnya walaupun tanggungjawab kita makin bertambah, kesibukan makin membelit diri dan tekanan mungkin makin menjadi-jadi. Tidak sepatutnya sebuah perkahwinan membawa kepada kelalaian yang mungkin akan memudaratkan hubungan kita denganNya.

Berkahwin

Berkahwin bukan sekadar kerana cinta antara dua jantina untuk memenuhi tuntutan nafsu seksual secara halal semata, tetapi niatkanlah rumahtangga yang dibina itu sebagai satu institusi dalam melahirkan hamba Allah s.w.t. yang terbaik.

Rumahtangga yang dibina berasaskan nafsu semata seringnya tidak kukuh, maka tentunya cepat runtuh. Pasangan tidak mungkin akan memahami soal tanggungjawab dan mengambil mudah tentang pembangunan sesebuah keluarga. Mungkin juga setiap perintah dan larangan Allah s.w.t. dengan mudah diketepikan tetapi tuntutan nafsu pula lebih diutamakan. Bahagia hanya ketika senang tetapi mudah terluka apabila melalui episod duka.

Kala ini pergaduhan menjadi lauk dalam rumahtangga. Jika sudah mempunyai zuriat, anak-anak inilah yang akan pula menjadi mangsa kepada keadaan yang tidak sejahtera. Paling teruk apabila mereka membesar sebagai satu generasi sampah kepada masyarakat. Pengakhirannya? Syurga neraka jauh sekali difahami, sengsara pula di dunia yang tiada pernah bertepi.

Jika tahu mengemudi rumahtangga, benarlah bahawa sebuah perkahwinan akan mengundang keseronokan dunia. Mudah-mudahan ia berlanjutan sehingga ke akhirat. Tetapi keseronokan sebuah perkahwinan hanya mampu direalisasikan dengan tepat apabila ia mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.. Rumahtangga harus dibina dengan asas yang kukuh agar ia tidak akan runtuh dikemudian hari.

Matlamat

Apabila kita telah memutuskan untuk berkahwin maka sediakanlah matlamat jangka panjangnya. Matlamat ini bukan dibina selepas berkahwin, tetapi ia telah bermula ketika sesi mencari pasangan hidup lagi. Allah s.w.t. telah menganugerahkan akal untuk kita berfikir, lalu membuat pilihan terbaik dalam menyempurnakan cinta sesama manusia.

Proses memilih pasangan bukan sekadar melihat keseronokan daripada zahir sahaja, tetapi ia memerlukan kepada seseorang yang yang berakhlak baik untuk mengemudi rumahtangga. Tentunya apabila kita sedang membuat pilihan terbaik, pandangan pertama yang akan dinilai kepada seseorang adalah akhlaknya.

Jelas sekali peribadi seseorang itu akan membiaskan tentang rasa cinta mereka kepada Allah s.w.t. kerana akhlak yang baik asasnya adalah kekuatan iman di jiwa. Selain dari akhlak menjadi tumpuan, individu yang bercita-cita untuk mendirikan rumahtangga seharusnya telahpun bersedia dalam menerima sebuah tanggungjawab.

Tentunya ia sebuah tanggungjawab yang sangat berlainan dan amat berat berbanding ketika hidup sendirian. Jangan terlalu mengambil mudah dalam menurut keinginan membina sebuah rumahtangga, kerana disana pastinya akan ada kesulitan yang harus diselesaikan bersama bukannya sebelah pihak saja.

Sebenarnya perkahwinan memberikan kita suatu ruang dan peluang untuk bereksperimen dengan kasih sayang yang begitu mengasyikkan. Kasih sayang bukan sekadar ungkapan sayang tetapi ia lebih kepada perhatian, bukan sekadar pada tahun awalan sebuah perkahwinan tetapi ianya perlu mekar setiap hari hingga ke penghujung nyawa. Setiap pasangan perlu berusaha untuk memahami keperluan teman hidupnya.

Jangan sekadar menduga di fikiran sahaja, tetapi sesekala perlu bertanya apa yang si dia mahukan dalam rumahtangga. Tentunya akan terasa lebih bermakna sekiranya kita sering berkomunikasi dengan pasangan masing-masing. Komunikasi yang baik mampu memberi kefahaman kepada setiap pasangan, untuk lebih memahami segala kelebihan dan kekurangan diantara satu sama lain.

Sangat penting kita mewujudkan keserasian antara suami isteri, usahakanlah untuk mewujudkan perasaan saling sayang-menyayangi dan bertolak-ansur dalam semua keadaan. Asasnya adalah anugerah perasaan cinta dan kasih sayang kepada setiap pasangan yang berkahwin. Dengan perasaan indah inilah mampu memberikan ketenangan kepada setiap pasangan dalam mengemudi rumahtangga masing-masing.

Beban yang berat insyaAllah mampu menjadi ringan apabila saling tolong-menolong, rasa marah yang membara insyaAllah mampu dimatikan dengan sentuhan penuh kelembutan, dan keletihan seharian dapat diubati dengan hanya sebuah senyuman.

Persefahaman antara suami isteri harus diusahakan dari semasa ke semasa, kerana ia tidak datang dengan mudah. Setiap masa akan ketemu perkara baru yang ada dalam diri pasangan kita dan ia mungkin berubah-ubah seiring dengan peningkatan usia dan tempoh perkahwinan. Paling penting adalah sifat sabar dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki bersama.

8.38am

6 Responses

  1. tq nik atas info di atas. seronok akak m’bacanya. nik ada potensi jadi seorang penulis yg. b’jaya ni…

    • InsyaAllah apa yang baik kita kongsikan bersama, dan kalau boleh kita amalkan bersama juga. Menulis dan membaca memang senang kan…nak mempraktikkannya tu yang susah. Tapi tak pe, kita belajar dan terus belajar sampai ke akhir hayat…

      Nik masih bertatih dalam menulis…kekadang idea mudah beku…tapi kerana minat dalam penulisan, nak juga menulis sampai kesudahnya…

      Terima kasih kerana selalu singgah blog ni…

  2. Salam Nik, how are u? ingat lagi kat Kak Ila tak? dah lost contact dah kite ek.. nasib baik jumpa blog nik ni.. keep in touch eh.. bye

    • W’lam…

      Memang sangat excited tengok nama Kak Ila yang singgah sini…memang rasa macam mimpi gitu…terus terkenang zaman-zaman kita kat UM kan…lawak-lawak…

      err…gosip sket…Kak Ila kawin ngan sapa eh?🙂

      • Hehe..Dgn Abid bf paling lama tu..anak 2 org skg. Tinggal Putrajaya..
        Nik,..respect betul kat Nik, sgt2 tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan yang mendatang..Insya Allah, everything will be fine. Semoga NIk & family sentiasa dicucuri rahmat Allah dan happy always..

  3. sudah lama ib tak kesini…salam ukhwah dari IB….salammualaiq.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: