• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    April 2011
    S M T W T F S
    « Mar   May »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Thành phố Hồ Chí Minh

Salam Ukhuwah…

Xin Chào!

Boleh faham sapaan saya?

Boleh…! ??? Ok, jangan jawab sapaan itu kepada saya kerana tidak tahu lagi untuk membalasnya. Sekadar itu sahaja yang saya tahu berbahasa Vietnam, yang bermaksud ‘Hello!’. Tambah sedikit lagi pengetahuan, tajuk yang saya berikan untuk artikel ini adalah bermaksud Bandar Ho Chi Minh.

Ya, Alhamdulillah, kaki saya telah direzekikan mencecah Bandar Ho Chi Minh baru-baru ini, yang merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Sebelum tahun 1975, Bandar ini dikenali sebagai Saigon, dimana nama ini masih lagi digunakan secara meluas oleh rakyat tempatan.

Ho Chi Minh nampaknya makin menjadi pilihan destinasi pelancongan bagi rakyat Malaysia hari ini. Mungkin kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh dan kosnya yang tidak terlalu membebankan, serta punya banyak tarikan tersendiri.

Saya telah menyertai rombongan seramai 12 orang, sangat teruja untuk ke sana kerana ia merupakan edisi pertama kali buat kami semua. Teringin benar untuk melawat Ho Chi Minh apabila diperdengarkan cerita tentang kesan peninggalan perang, saya teruja untuk merasai pengalaman masuk ke dalam terowong keselamatan mereka.

Sebelum terbang meninggalkan tanahair saya terlebih dahulu membuat pertukaran matawang dari Ringgit Malaysia (RM) ke Vietnam Dong (VDN). Tentu saja sekelip mata boleh menjadi jutawan dengan wang yang berjuta-juta, apabila RM1 = VDN5,800! (Seeloknya kita tukar ke matawang Dong dan juga USD kerana di sana nanti boleh menggunakan kedua-dua matawang ini. Istimewanya, di tempat-tempat tertentu juga matawang RM boleh digunakan).

Destinasi

Penerbangan selama 1 jam 50 minit dari Kuala Lumpur tidaklah terlalu lama untuk sampai ke destinasi yang dituju. Perubahan waktu hanya lewat satu jam berbanding Malaysia. Ho Chi Minh dari pandangan udara merupakan sebuah Bandar yang sangat padat, tetapi sangat menarik perhatian dengan bangunannya yang berwarna-warni.

Dari lapangan terbang kami disambut oleh En.Shafie, selaku pemandu pelancong di sana. Dia yang merupakan rakyat Kemboja, sangat fasih berbahasa Melayu. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, dapat kita lihat Bandar Ho Chi Minh dihiasi penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai senibina sungguh berseni dan klasik. Bagi kaki fotografi sememangnya ia suatu terapi yang sungguh mengujakan sekali, untuk terus merakam kebanyakan pemandangan yang boleh dikira bernilai seninya.

Sambil memerhati hiruk-pikuk warga kota yang begitu sibuk menjalani aktiviti harian, tarikan lain yang mengujakan adalah motorsikal yang merupakan pengangkutan utama di sini sangat melimpah-ruah di jalanan. Bersesuaianlah apabila Bandar ini dikenali sebagai Bandar Motorsikal.

Tidak kira dimana saja dan diwaktu mana sekalipun, sepanjang empat hari berada di sana pemandangan rutin yang akan kita lihat adalah ratusan, malah mungkin juga menjangkau ribuan motorsikal akan memenuhi jalan raya. Bilangan kereta pula boleh dibilang dengan jari sahaja.

Kepada mereka yang sedikit fobia untuk melintas jalan, saya sangat yakin kefobiaan mereka itu akan bertambah jika berada di sini apabila melihat ratusan motor yang bersimpang-siur di jalanan. Pemandangan ini mungkin boleh memeningkan pemerhatian mereka ketika melintas. Usah bimbang, itu hanyalah fenomena seharian penduduk di sini. Jika mahu melintas, berjalan saja ke tengah laluan dengan berbekalkan sedikit hati-hati.

Tidaklah perlu gopoh tetapi perlu berjalan perlahan-lahan saja semasa melintas, supaya tidak terkena motor yang sentiasa bergerak. Pemandu tersebut akan dengan senang hatinya memberi laluan dengan penuh sabar. Pemanduan mereka tidak laju kerana terpaksa juga berhati-hati dengan motor-motor lain yang memenuhi jalan. Ada juga mainan hon tetapi tidaklah sehebat di Tanah Arab, dan tiada sebarang laungan maki hamun kedengaran di jalanan.

Menariknya di sini apabila helmet telah menjadi aksesori tersendiri kepada rakyatnya. Helmet yang bereka bentuk separuh ala-ala tempurung, sangat berwarna-warni dan mempunyai pelbagai corak menarik, dari tulisan pelbagai ragam, animasi, gambar-gambar tersendiri, menjadikannya suatu tarikan yang melucukan kepada pelancong. Saya yakin benar bahawa helmet tersebut tidak akan lulus jika dipakai di Malaysia!

Lawatan

Program di sana agak bebas dari segi pergerakan untuk ke mana-mana, kerana sesi lawatan adalah tertakluk kepada permintaan kami sendiri. Walau bagaimanapun, faktor masa perlu dititik beratkan agar kepuasan semua peserta dapat dipenuhi.

Kami telah dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sini, seperti Muzium yang menyimpan pelbagai khazanah tidak ternilai berkaitan Vietnam dan Cu Chi Tunnel untuk dipertontonkan kesan kehancuran akibat peperangan dengan tentera Amerika suatu ketika dahulu. Sememangnya kunjungan ke Vietnam seakan-akan hilang aura sekiranya tidak melihat kesan perang, bekas pusat latihan tentera dan kampung yang musnah dibom ketika kancah peperangan melanda negara ini.

Muzium ini sangat ‘mengerikan’ kepada sesiapa yang fobia dengan darah dan seumpamanya. Gambar-gambar semasa peperangan berlaku, dan mangsa peperangan yang mati di merata-rata tempat dalam keadaan menyayat hati sangat meruntun jiwa. Begitu juga potret generasi baru yang dilahirkan pasca perang, sebilangan besar mengalami kecacatan kekal yang teruk akibat penggunaan bom kimia dalam peperangan tersebut.

Namun nasib dan penderitaan golongan kurang upaya ini tidak diabaikan oleh kerajaan. Mereka telah dilatih di bengkel kemahiran untuk menghasilkan kepelbagaian kraftangan, dari pelbagai sumber semulajadi termasuklah tanduk binatang, tayar terbuang, batu, melukis atas kulit telur, dan membuat bermacam-macam seni ukiran. Hasil kraf ini kemudiannya dijual kepada para pelancong sekaligus menjadi sumber pendapatan kepada mereka.

Cu Chi Tunnel

Apabila dibawa ke Cu Chi Tunnel yang merupakan laluan terowong keselamatan sejauh 200 kilometer, maka sampailah hajat saya yang ditunggu-tunggu. Saya mahu mendapat pengalaman memasuki terowong tersebut ala-ala tentera Viet Cong dan keluarga mereka, yang tinggal ‘bertapa’ di dalamnya setelah penempatan mereka dibom.

Namun hajat untuk masuk ke terowong melalui lubang kecil ala-ala tentera dan ahli keluarga mereka tidak kesampaian apabila ketika itu saya memakai baju kurung! Sangat tidak sesuai kerana sungguhlah lubang empat segi itu tersangatlah kecil, hanya untuk badan yang bersaiz XS- M sahaja!

Walau bagaimanapun, masih ada sinar untuk saya masuk ke terowong tersebut melalui lubang lain yang sudahpun diubahsuai untuk para pelancong. Saya yang sentiasa teruja dengan aktiviti sebegini menjadi orang pertama dalam rombongan masuk ke terowong, tetapi sangatlah terkejut kerana telah disambut oleh kelawar-kelawar yang melekat di bumbungnya.

Sejarahnya, terowong ini mula dibina pada tahun 1948 dimana ia telah digali oleh tentera Vietnam, dengan hanya bermodalkan penyodok dan bekas anyaman buluh sahaja untuk mengangkut keluar tanah. Jaraknya dikatakan menular menjangkau sempadan Kemboja, tetapi keterujaan saya sekadar sejauh 20 meter sahaja…

Namun tetap menakjubkan pandangan apabila diperlihatkan sistem jaringan terowong tersebut yang dilengkapi dengan dewan makan, dewan mesyuarat, kilang senjata, bilik bedah, dan wad untuk pesakit. Tambah mengujakan apabila dibina patung-patung ‘manusia’ yang sedang ‘bekerja’ di dalam terowong tersebut. Sungguh tertarik!

Produk

Sepanjang berada di sini juga, kami telah dibawa ke restoran Muslim untuk memastikan kehalalan produk yang disediakan. Walau bagaimanapun ia sedikit mahal kerana agak kurang pilihannya.

Tidak sah rasanya kalau tidak bercerita tentang sesi membeli-belah. Maka kami telah dibawa ke beberapa tempat menjamu mata yang sering saja menjadi tumpuan ramai pelancong. Tentu paling tersohor adalah pasar Ben Thanh dan pasar malamnya, yang boleh dikatakan mempunyai pelbagai pilihan barangan untuk dibeli sebagai koleksi peribadi mahupun buah tangan apabila kembali ke tanah air.

Pasar ini juga dikatakan menawarkan harga yang lebih murah, dan sesekali jangan lupa tawar-menawar sehingga 50% terutamanya produk kulit tiruan. Jika ke pasar-pasar dan hanya membeli dalam jumlah yang kecil lebih sesuai digunakan matawang Dong, tetapi jika pembelian mencapai ratusan lebih untung jika dibayar menggunakan USD.

Biasanya di sini para pelancong dari Malaysia lebih tertarik untuk membeli kain pasang (terutama sutera Vietnam), baju siap (jahitan sulaman dan manik), beg tangan, dan pelbagai pilihan lain. Ada juga yang memilih cadar dan langsir dimana kesemuanya siap bersulam. Jika sukakan barangan kraf, banyak dijual binaan model kapal kayu di kaki lima hotel.

Umumnya Bandar Ho Chi Minh adalah selamat untuk dikunjungi. Penduduk mereka juga agak baik dan murah senyuman. Kunjungan ke sini menghadiahkan kenangan indah kepada saya dan pastinya, kepada sahabat yang suka melancong anda tentunya akan seronok sepanjang berada di sini.

12.12am

20 Responses

  1. boleh bagi no tel en shafie tak, bulan 10 saya dan family akan ke sana. terima kasih diatas kerja sama anda

  2. hai..
    saya juga nak mintak no tel en.shafie tu..plis..

  3. haii

    kalo bole sy jg nak no hp shafie tu ..tq

  4. saya & family akan ke saigon next week. Pls give no hp shafie ke als6956@gmail.com. tq

  5. salam..saya pun nak mintak no phone en.shafie jgk blh? tq

  6. Saya berminat nak gi sana. Minta no hp shafie to boleh.

  7. Saya berminat nak gi saigon.
    Boleh bagi no hp shafie
    jayie22@yahoo.com

  8. Salam, boleh bagi kepada saya no. En. Shafie? Thanks

  9. salam,tolong bagi no.talipon EN.Shafei kpd.saya sebab bulan mei nanti saya akan HCMC.wassalam

  10. bolihtak bagi no hp en shafie tq

  11. saya pun nak no hp en shafei tu,jun nanti nak g ngan family.tq

  12. Bulan 5/12 nak ke sana pertama kali. Boleh bagi no. en shafie?

  13. Salam.boleh pas no hp or email En Shafie diVietnam?

  14. salam,boleh bagi no hp en shafie,sy nak ke sana x lama lagi.

  15. SALAM, SAYA AKAN KE SANA PD BULAN 11/12 NANTI. BOLEH EMAILKAN NO EN SHAFIE…EMAIL , jasmaninhassan@yahoo.com

  16. sy jg akan ke hcmc. Mhn beri no tel en shafie tu.mahellah@yahoo.com

  17. saya juga nak ke vietnam…minta no tel @ email en .shafie . tlg email ke zaabazaz@yahoo.com.my

  18. mmmmm sy pun berminat dgn perkhidmatan en.shafie…blh emailkan pd sy x?……shafina@bph.gov.my ..
    plzzzzzz

  19. assalam saya nak ke vietnam tak lama lagi, boleh bg pada saya no hp n email en shafie. salyana_matnoor@yahoo.com

  20. bleh email can phone number en shafiee ke mshafie.kamis@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: