• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    April 2011
    S M T W T F S
    « Mar   May »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Si Kembar

Salam Ukhuwah…

Si kembar saya sudahpun mencecah umur enam tahun. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya saya sentiasa membuat sedikit jamuan ringkas ala-ala majlis ulang tahun, tetapi dalam suasana cukup ringkas dan penuh santai. Tiada bertema, malah senarai jemputan sekadar ber‘sms’ dan jemputan mulut sahaja.

Acara makan-makan ringan pada kali ini saya adakan di perkarangan rumah. Ini untuk memudahkan para jemputan saya, yang terdiri daripada anak-anak saudara dan anak-anak jiran sahaja lebih merasa bebas untuk makan bersama-sama.

Majlis bermula selepas solat Asar, dengan menyajikan dua biji kek, nasi goreng, mee goreng dan meehoon goreng serta minuman sejuk berperisa root beer.

Terima kasih kepada semua anak-anak kecil yang sudi memeriahkan suasana…

10.46pm

4 Responses

  1. Nik, apa nama twin nya tu ? Wah meriah akak nengok foto2 majlis tu. happening gitu kan…
    Semoga mereka berdua pjg. umur, murah rezeki, ceria selalu & menjadi anak2 yg. membanggakan & membahagiakan kedua ibubapanya ya…Amin…

    • Nama diaorang tu Amir dan Ammar.

      Majlis tu memang saya jemput anak-anak bawah 15 tahun je supaya mereka lebih seronok makan-makan bersama. Tapi kalau ada yang lebih umur datang pun tak kesah la kan…janji makanan cukup!

      Terima kasih untuk doa akak untuk mereka berdua. Amin…

  2. salam suri. maaf out of topic. saya terbaca ntry suri ttg demam. simptom awal time suri sakit tu same spti yg dialami arwah suami saya.

    • W’lam Puan,

      Salam takziah saya dahulukan.
      Saya jenguk blog puan, nampaknya puan seorang yang tabah. Mungkin juga sebagaimana yang puan maklum, kerana sudah tahu hakikat sebenar arwah suami semasa dia koma maka menjadikan puan lebih bersedia untuk menghadapinya.

      Apapun, saya dah ambil resipi Nasi Lemak Kukus dari sana. InsyaAllah selepas mencubanya nanti akan saya maklumkan di sini.

      Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: