• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    April 2011
    S M T W T F S
    « Mar   May »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Masuk Dapur

Salam Ukhuwah…

Kali ini cerita saya masuk dapur, berpagi-pagian lagi dengan penuh semangat untuk masak nasi lemak kukus kononnya…Kiranya ini pertama kali buat saya, memasak nasi lemak kukus versi tersendiri. Ambil resipi daripada blog Puan Shamam (sukesukemasak.blogspot.com), dan tentunya ada ubah suai sedikit mengikut citarasa sendiri.

Masa dulu-dulu tak sempat nak belajar buat resipi ni (tak sempat? malas?), tetapi sekarang sudah semakin feminin sejak bergelar surirumah sepenuh masa. Itulah hikmahnya berhenti kerja, dan saya sangat mensyukurinya. Bolehlah mencuba nasib menjadi chef. Untuk dapur rumah je lah kan…jauh sangat-sangat nak masuk MasterChef!

Tetapi sebenarnya bibik saya yang sangat banyak membantu. Dia yang lebih bertenaga untuk menghasilkan nasi lemak kukus ini, yang saya sediakan untuk majlis meraikan ulangtahun anakanda saya yang bertiga – dimana tarikh lahir mereka semuanya pada April, selang seminggu setiap seorang. Jimat bajet mak ayah…

Barulah saya tahu bahawa memasak nasi lemak kukus ni agak senang jugalah. Selama ni saya ingatkan susah. Pentingnya kena ada kemahuan dan kerajinan!

Saya hidangkannya bersama sambal tumis ikan bilis (kasar), ikan bilis goreng (halus), telur rebus (saya potong kecil-kecil menggunakan egg cutter – untuk memberi lebih tarikan kepada anak-anak), kacang goreng dan timun.

Seperti biasa saya mulakan majlis selepas Asar.

Ada nasi lemak kukus, spagheti, mihun goreng, sandwich, sate buah bersiramkan coklat, dan minuman sejuk. Alhamdulillah, menu yang saya hidangkan semuanya habis.

Saya pun dah pasang angan-angan mahu buat sekali lagi nasi lemak kukus dalam masa terdekat ni. Macam best je! Niatnya nak hantar ke rumah ayahbonda…mudah-mudahan menjadilah.

9.43pm

4 Responses

  1. Wah, bestnya dgr. Nik cite ttg. menu makanan. Kalau gitu bila b’peluang turun ke KB nanti bolehlah Akak rasa penangan nasi kerabu & nasi lemak kukus special tu ya…

  2. Nik, Ir. Ariff & anak2 ada turun ke SMT Ktn. masa 1 Mei baru2 ni ya (reunion). Ruginya akak tak dpt. joint sama masa tu. Akak ada hal & balik ke rumah hampir maghrib. Kalau tak sure kita dpt. kenal lebih mesra lagi. Seronok tak sambutan yg. diberikan utk Nik & family yg. sanggup turun dr. KB lagi utk memeriahkan majlis tu ? & tentunya Nik dpt. kenal geng2 Ir. Ariff masa di kelas mekanikal dulu kat SMT Ktn tu.

    • Alhamdulillah sampai juga suami, saya dan dua orang anak ke majlis reunion hari tu.
      Saya pun ingat boleh jumpa akak kat sana…tapi dah tak de rezeki nampaknya…
      Seronok juga majlis hari tu, dan suami pun bawak saya lawat kawasan sekolah, siap tunjuk asrama, kantin, surau, dan sempat juga jalan-jalan tepi pantai TC tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: