• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    May 2011
    S M T W T F S
    « Apr   Jun »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  

Ikan Singgang

Salam Ukhuwah…

Kali ini saya mahu bercerita perihal Ikan Singgang!

Ada sahabat tak pernah merasa ikan singgang? Ok, tak mengapa, kerana saya kira ia sejenis masakan ikan yang berasal dari Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur. Mungkin juga negeri-negeri lain pun ada, tetapi menggunakan resipi dan nama yang berlainan barangkali.

Sejak kebelakangan ini ikan singgang menjadi kesukaan encik suami nampaknya…Nasib baik sangatlah kalau setakat ikan singgang, kalau dicakapnya mahu makan resipi ikan yang pelik-pelik, nampaknya saya terpaksa pakai resipi ‘tunjuk-tunjuk’ sahaja. (Errr…sahabat tahu ke resipi tunjuk-tunjuk ni…?)

Sebelum encik suami menjadi pencinta ikan singgang, kami sekeluarga sebenarnya sangat sukakan menu Arab jika ke Kuala Lumpur. Namun, segalanya bertukar irama apabila nampaknya encik suami sudah punya pilihan lain sejak kebelakangan ini, bertukar haluan dengan membawa saya dan anak-anak ke restoran ikan singgang di Jalan Chow Kit.

Pertama kali encik suami membawa saya menikmati masakan ikan singgang di sana, terasa janggal pula apabila terfikir apalah yang istimewanya sangat menikmati ikan singgang sejauh ini? Rupa-rupanya, adalah keistimewaanya sendiri kepada pencinta ikan singgang! Nak tahu? Kenalah cuba sendiri! Saya sendiri juga sukakan ikan singgang, tetapi menjadi kurang suka apabila dimasukkan bendi.

Asasnya, ikan singgang ini enak dimakan ketika masih panas, sungguh menyelerakan! Ditambah pula dengan ulam – timun, kacang botol, petai dan ikan bakar tawar – dicicah budu – yang diperisakan pula dengan bawang merah, limau nipis dan cili, sangat membangkitkan! Lebih menyeronokkan pula jika dimakan bersama ahli keluarga yang lain, menambahkan harmoninya.

Selain rasanya yang enak, sebenarnya masakan ikan singgang ini sangat baik untuk kesihatan apabila ianya hanya direbus dan tidak berlemak. Cara penyediaannya sangat ringkas dan cepat tetapi sungguh menyelerakan.

Biasanya kami memilih ikan kembong segar – lebih membangkit kenangan silam ketika makan di zaman kanak-kanak bersama ahli keluarga yang lain. Bahan-bahannya pula berversikan kampung – bawang putih, lengkuas, asam keping, lada besar (hijau), lada kecil (hijau), gula melaka (nnise), dan budu.

Resipi ikan singgang ini saya kira semua orang mampu buat. Tidak kira yang baru bertatih belajar masak nasi pun, saya yakin benar mereka boleh menghasilkan ikan singgang yang enak. Lagi pula, saya fikir semua orang boleh suka dengan ikan singgang ini.

 

 

6.16pm

2 Responses

  1. Nik, org pantai timur lah katakan. Samalah macam ayah akak jugak coz ayah asalnya dr. T’ganu. Jadinya ikan singgang tu memang dah jadi favorite utamanya…

  2. Rasanya ikan singgang Tganu diaorang masukkan kunyitkan…so, warnanya sedikit kekuningan.

    Hari tu masa Nik pegi reunion, ada juga skodeng gambar akak dalam majalah sekolah yang lama tu…dapatlah kenal gerangan empunya nama ni, dan dapatlah tahu yang akak ni orang Pahang rupanya…

    Kali ni plak dapat tahu ada bau2 bacang dengan Tganu plak ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: