• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    July 2011
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  

Berpergian

Salam Ukhuwah…

Baru keluangan masa selepas berpergian lebih kurang dua minggu baru-baru ini.

Bermula 28/6 – 10/7/11, saya bersama suami menghadirkan diri dalam rombongan seramai 27 orang yang lain telah mengikuti lawatan kerja ayahanda ke Uzbekistan, dan diakhiri dengan menunaikan ibadat Umrah di Tanah Suci, Mekah.

Anak-anak semuanya saya amanahkan kepada bibik untuk dijaga sempurna, sambil berpesan-pesan kepada kejiranan untuk melihat-lihat juga situasi di rumah. Untuk urusan persekolahan anak-anak pula, saya memohon pertolongan dua orang sahabat menghantar dan mengambil mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

Al-maklum apabila berlama-lama berpergian, maka bil telefon pun mula melambung sementelah menghubungi anak-anak di rumah. Itupun saya hadkan kepada tiga hari sekali sahaja menghubungi mereka dan tidak berlama-lama di talian. Biasanya saya hanya membayar bil telefon RM100 sebulan, tetapi jika berpergian jauh tentunya boleh mencapai sehingga RM200. Lari bajet! Memujuk hati, tak pe lah…sekali-sekala saja…  

Perjalanan

Sepanjang perjalanan tempohari begitu banyak ilmu baru mampu saya kutip, selain dari mata terang memandang pelbagai anugerah alam yang sungguh menarik dan mengesahkan lagi kehebatan penciptaan bumi ini oleh Allah s.w.t.

Tidak mampu untuk saya tuliskan kesemua lukisan memori di dalam minda, sekadar bercerita ala kadar sahaja dan mungkin gambar-gambar sampingan boleh memanjangkan cerita perjalanan kali ini.

Menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, Uzbekistan, sungguh menduga kesabaran. Urusan yang melibatkan pihak Imegresen dan Kastam sangat melecehkan. Pihak Kastam di sana memerlukan setiap orang mengisytiharkan wang tunai yang dibawa, walaupun anda sekadar membawa RM100 sahaja, mahupun mana-mana jumlah matawang lain sekalipun. Urusan dokumentasi paspot oleh pihak Imegresen juga terlalu lama (lembab) bagi setiap orang.

Beberapa luggage juga ditahan selepas discan – kerana bekalan ubatan perubatan yang dibawa. Diaorang ingat pil apalah agaknya. Terpaksalah beberapa ahli rombongan membuka beg diaorang yang besar-besar tu…

Samarkand

Selepas segala urusan berjaya diselesaikan, kami disediakan bas untuk langsung ke Samarkand melalui perjalanan selama enam jam. Alhamdulillah, menjelang malam kami selamat tiba di hotel yang saya kira bertaraf tiga bintang sahaja. Sangat sederhana, sehinggakan walaupun ada penyaman udara di setiap bilik, kami semua tetap merasa bahangnya. Bukan hanya di bilik, di lobi dan ruang makan pun tidak terasa kenyamanannya.

Keesokan hari, kami telah berpeluang mengikuti sesi lawatan yang agak padat di sana. Sangat banyak tempat menarik di Samarkand yang telah kami lawati, meliputi Gur-Emir Mausoleum, Tillya Kari Madrassahs, Masjid Bibi Khanum, dan beberapa tempat bersejarah yang lain. Paling bermakna dalam lawatan ini apabila kami diberi peluang untuk menziarahi Makam Imam Bukhari secara dekat.

Tashkent

Selepas berada dua hari dua malam di Samarkand, kami langsung meneruskan perjalanan kembali ke Tashkent melalui jalan udara. Lawatan seterusnya meliputi Khast Imam Complex, Imam al-Bukhari High Religious School, Museum of Islamic Manuscripts, dan banyak lagi tempat menarik yang lain.

Dua hari satu malam berada di sana, sesungguhnya kami semua telah mendapat begitu banyak pengetahuan, pengajaran dan pengalaman sangat tidak ternilai apabila mampu menyaksikan pelbagai bahan bersejarah kebangkitan Islam yang dipamerkan.

Menyentuh perihal makan minum, sepanjang berada di sini sangat sedikit kami mampu menjamah nasi putih. Apatah lagi mahu makan ayam masak merah ke, ikan sardin ke…mahupun sayur yang digoreng segar. Saya hanya mampu makan serba sedikit sahaja. Ada juga ahli rombongan yang langsung tidak menjamah makanan yang dihidangkan kerana langsung tidak bercitarasa melayu.

Perihal penduduk pula, ramai di kalangan mereka tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik, tetapi semuanya baik-baik orangnya dan tidak banyak karenah. Suatu ketika seorang ahli rombongan memerlukan teksi untuk pulang ke hotel bersendirian kerana urusan peribadi. Siap tersesat-sesat lagi kerana pemandu tidak faham arahan destinasi yang diberikan. Nasib baiklah terjumpa rakyat tempatan lain yang boleh memahami bahasa Inggeris. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke hotel dengan selamat.

Selesai lawatan kami di Uzbekistan, kami terbang ke Dubai. Dua hari satu malam di sana, kami meneruskan perjalanan ke Madinah. Lawatan kami berakhir di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah.

Alhamdulillah, segalanya telah disempurnakan dan kami selamat kembali ke Tanah Air. Allahuakbar!

11.28pm

4 Responses

  1. Alhamdulillah selamat kembali ke t’air. Semoga group TGNA bersama ahli keluarga & yg. lain m’perolehi umrah yg. mabrur. Nik, wah seronok & bestnya akak baca coz dpt. melawat byk tmpt2 peninggalan sejarah Islam di negara2 timur tgh itu. Pergi pula dgn ayahanda & bonda tercinta yg. mmg. dihormati ramai, sambutan mesti meriah kan. Org. kata luas b’jalan byk p’galaman. Nanti free Nik upload lah lg foto2 masa lwtn t’sebut ya esp. kat Mekah & Madinah. Mak akak nak sgt ke sana Nik, tentu b’kobar2 semangatnya & seronok bila dpt nengok foto2 kat M’jidilharam tu. Katanya klu nak buat haji, giliran namanya lewat lagi & tabungan pun belum cukup, dapat gi umrah dulu pun jadilah. Akak buat potongan gaji utk tbg haji pun tak cukup lagi. Nanti tolong doa sama ya semoga cita2 kami ke sana tercapai. Jumpa lagi…

    • Foto-foto lain tak upload sebab banyak menempel muka Nik saja…karang bosan plak orang tengok.
      Kat Mekah dan Madinah tak banyak sangat Nik ambik gambar pasal masa tu dah tak larat nak tekan kamera. Tapi kalau berminat nak tengok gambaran Mekah dan Madinah nanti Nik try belek-belek gambar-gambar lama masa Nik ke sana lama-lama dulu…tak banyak beza sangat.
      Doa Nik semoga mak akak dan akak sendiri boleh cepat-cepat ke sana. Masa kesihatan tengah baik ni la kita nak berjalan jauh, buat ibadat dan meneroka bumi tuhan yang lain. Sekali kita sampai ke sana, insyaAllah di lain masa Allah akan bagi lagi kita pijak Tanah Sucinya. Tentunya kerana doa-doa yang kita panjatkan semoga kali ini bukan merupakan kali terakhir kita menjadi tetamunya.
      Nik sendiri sentiasa menabung, sikit banyak tak kisah, asalkan kita ada niat untuk ke sana lagi. Untuk anak-anak juga begitu, ada tabungan untuk mereka ke Mekah. Nik target sebelum umur mereka mencapai 20 tahun, insyaAllah mereka sudah melaksanakan sekali Umrah. Mudah-mudahan impian ini terlaksana. InsyaAllah!

      • terima kasih byk2 Nik coz sudi sama turut mendoakan agar impian & cita2 utama kami sekeluarga untuk ke Tanah Suci Mekah dlm. masa terdekat ini tercapai hendaknya dengan izin Allah swt jua. Amin…

  2. Assalamualaikum….

    ini lawatan rasmi ke lawatan persendirian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: