• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    September 2011
    S M T W T F S
    « Aug   Oct »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  

56

Salam Ukhuwah…

Lebih kurang jam 11.30 pagi, 10 Syawal 1432/ 8 September 2011, saya diberitahu adinda, Nik Asma’ Salsabila bahawa dia telahpun diinduce, menandakan hanya beberapa jam sahaja lagi akan bersalin.

Nampaknya dia perlu diinduce apabila kandungannya sudahpun overdue selama lebih kurang dua minggu. Kata doktor, bayi dalam kandungan bertambah besar. Bagi si ibu yang mengandung sulong, tentunya ia sesuatu yang menyukarkan apabila belum pernah mengalami proses kelahiran normal. Doa saya semoga segalanya dipermudahkan apabila doktor menasihatinya berbuat demikian.

Kali ini saya mengambil kesempatan untuk menemaninya sepanjang proses kehadiran ahli baru dalam keluarga besar kami. Tentu suaminya, Asyraf sentiasa berada di sisi sepanjang proses melahirkan si sulong mereka, yang turut ditemani bonda tersayang. Akhirnya selepas beberapa jam bertarung kesakitan yang amat, seorang bayi perempuan berkulit putih seberat 3.8kg selamat dilahirkan lebih kurang jam 2.45 pagi, 11 Syawal 1432.

Tahniah buat adinda dan suaminya, semoga kedatangan zuriat sulong ini mampu menambahkan lagi kebahagiaan dan keserian rumahtangga mereka. Mudah-mudahan si kecil ini mampu menjadi sumber inspirasi dan peransang terbaik untuk adik ipar saya cepat-cepat menamatkan pengajiannya yang hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Semoga membawa pulang kejayaan yang lebih bererti dan bertambah motivasinya untuk membina kehidupan yang lebih baik di bumi Kelantan ini.

Alhamdulillah, apabila kami sepuluh beradik telahpun mempunyai zuriat masing-masing.  Nampaknya jumlah anak saudara saya bertambah seorang lagi, tentunya kali ini cucu ayahbonda secara langsung menjangkau ke angka 56!

Selesai sudah urusan kandungan adinda, maka tiada lagi adik-beradik kami yang sedang bercadang mengambil ‘nombor’ seterusnya. Semua ibu-ibu sedang mahu berehat-rehat saja.🙂

11.07pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: