• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    October 2011
    S M T W T F S
    « Sep   Nov »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

Hari Sukan 2.0

Salam Ukhuwah…

Alahai tajuk…🙂

Maknanya sekali lagi saya sekeluarga telah menghadiri Hari Sukan sekolah anakanda, kali ini Pantai Senok menjadi lokasi pilihan pihak penganjur. Juga sekali lagi berpeluang untuk berseronok apabila dapat menikmati saat-saat manis anak-anak dalam memori kehidupan mereka.

Jika tempohari sekolah si adik, kali ini sekolah si abang pula. Lebih tepat lagi, sekolah si kembar. Kalau dulu anak perempuan yang bersukan, kali ini giliran anak lelaki pula. Nak juga tengok siapa yang lagi terrorkan… Bukannya apapun, sekadar seronok-seronok melihat perkembangan fizikal dan mental anak-anak sahaja, tidak lebih dari itu. Mahu melihat juga bagaimana anak-anak bersosial bersama kawan-kawan seangkatan, jua mahu lebih dekat dengan guru-guru mereka.

Alhamdulillah, guru-guru juga telah memberi respon yang baik perihal perkembangan akademik si kembar, walaupun si kembar adik jua mendapat report agak nakal di dalam kelas! Itupun saya telah khabarkan kepada guru-guru mereka seawal hari pendaftaran lagi, bahawa si adik agak nakal berbanding si abang yang lebih berdisiplin.

Saya juga telah memberi izin kepada guru-guru untuk mendenda anak-anak secara berpatutan, seandainya mereka tidak berdisiplin kepada peraturan. Bagi saya, denda adalah suatu hukuman yang baik bagi memberi kesedaran kepada anak-anak tentang kesalahan yang telah mereka lakukan.

Meriah

Hari Sukan kali ini berlangsung meriah apabila pihak penganjur ‘kembarkannya’ sekali dengan majlis ‘raya’. Kelihatan ramai ibubapa yang hadir memenuhi jemputan dengan membawa bersama saudara-mara terdekat untuk menghidupkan lagi suasana. Suasana sebegini secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan di antara para ibubapa yang lain. Lebih-lebih lagi di bulan Syawal yang mulia tempohari, ‘ukhuwah raya’ masih terasa.

Kehadiran ‘pasukan penyokong’ yang agak ramai semestinya lebih menghangatkan lagi program yang berlangsung.

Aktiviti yang dijadualkan bermula seawal jam 9.00 pagi, nampaknya tertangguh sehingga menghampiri jam 10.00 pagi. Ibubapa yang tiba lebih awal kelihatan tertunggu-tunggu kehadiran anak-anak yang didatangkan dengan bas yang disewa khas.

Akhirnya bas tiba jua, dan ramailah ibubapa sibuk mengambil gambar anak-anak yang mula turun dari bas.

Aktiviti sukan yang dilaksanakan di kawasan pantai terasa membahang cuacanya. Namun, aktiviti yang direncanakan tetap jua berlangsung dengan jayanya walaupun wajah anak-anak kelihatan merah kepanasan. Terik mentari langsung tidak menghalang anak-anak meneruskan kepelbagaian aktiviti sukan yang telah direncanakan.

Anak-anak kecil kelihatan begitu seronok dalam bersukan, walaupun ada juga dua, tiga orang pelajar yang kelihatan moody sepanjang program dilaksanakan – ada juga yang moody kerana tertinggal botol susu! Cute🙂 !

Aktiviti yang dibahagikan secara berperingkat bagi kategori 4 tahun sehinggalah 6 tahun benar-benar berkesan. Kelihatan anak-anak bukan sekadar bersukan yang melibatkan gerakan fizikal tetapi turut melatih mental apabila mereka perlu berfikir dalam semua aktiviti yang disediakan pihak penganjur. Saya sendiri seronok melihat aktiviti yang disediakan benar-benar memerlukan penglibatan menyeluruh setiap anggota kumpulan.

Sambil memerhati dan menyokong anak-anak bersukan, kami dijamu dengan pelbagai juadah berat termasuklah bermacam jenis biskut raya. BBQ pun ada!

Hadiah

Akhirnya, sesi penyampaian hadiah dilakukan dengan menjemput beberapa orang ibu pelajar untuk menjadi penyampainya. Semua pelajar mendapat hadiah yang sama, iaitu sebuah album gambar poket berukuran 4R – dah lama kita tak tengok album gambar macam ni kan? – Rupa-rupanya si kembar saya tidak tahu apa fungsi album ini – maknanya dah lama la saya tak ‘mencuci’ gambar ya… –

Majlis tamat lebih kurang 4.30 petang. Saya hanya membawa balik si bongsu bersama, anak-anak yang lain mahu berseronok pulang dengan bas yang membawa si kembar. Masing-masing mahu mendapatkan pengalaman menaiki bas. Al-maklumlah setiap hari naik kereta saja. Boring juga kan!

Akhirnya, segala keceriaan pada hari tersebut saya kalungkan tahniah dan penghargaan kepada pihak sekolah yang secara kreatif menyusun atur program. Sungguh menghiburkan!

10.37pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: