• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    October 2011
    S M T W T F S
    « Sep   Nov »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

Memori

Salam Ukhuwah…

Selasa, 20 September 2011, mencatat memori tersendiri buat anakanda sulong saya apabila buat pertama kalinya dia menyertai rombongan kem perkhemahan Badan Beruniform anjuran sekolahnya.

Saya memberi kebenaran untuknya mengikuti rombongan tersebut, sementelah acap kali dia bercerita perihal perkhemahan badan beruniform, yang katanya sungguh menyeronokkan. Mana tak seronoknya kalau sudah dapat bersama kawan-kawan dan guru-guru, pulak tu sekali lagi dapat naik bas! Sesekala naik bas memang seronok sangat.

Pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan ‘siapa bayar cepat, dialah yang akan mendapat tempat’. Maka tak sabar sungguh anakanda meminta dibuat bayaran sebanyak RM70. Dengan bayaran yang telah dibuat seawal waktu, mudah-mudahan dapatlah dia merealisasikan impiannya untuk tidur dalam khemah, di Peladang Setiu Agrotourism & Resort Sdn Bhd. Itu katanya…

Saya sendiri belum pernah ke sana, macam best juga apabila saya tanya Encik Google. Ada chalet, asrama, kem latihan, tapak perkhemahan, dan pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan seperti flying fox, abseiling, jungle trekking, river crossing, survival, rafting, berkeno, memancing, dan bermacam lagilah. Pendek kata, kepada sahabat yang sukakan cabaran tempat ini amatlah bersesuaian untuk riadhah. Saya juga sukakan aktiviti sebegini, tetapi menolak sebarang aktiviti yang melibatkan air. Pendek cerita, saya takut air!

Saya hanya membekalkan wang saku sebanyak RM10 sahaja, memandangkan semua keperluan yang lain telah diuruskan oleh pihak pengelola. Semua keperluan peribadi lain pula telah disenarai panjangkan kepada setiap peserta, hanya handphone sahaja tidak dibenarkan sama sekali.

Sebagai kakak sulong, adik-adik pun nampaknya turut teruja bertanyakan itu ini prihal perkhemahan nanti. Maka menjawablah si kakak, entah betul entah tidak, saya pasang telinga sahaja. Biarkan mereka dengan dunia mereka, urusan kanak-kanak usah kita keterlaluan mencampurinya. Melainkan ada yang keterlaluan, barulah kita mengambil bahagian untuk membetulkannya.

Mengemas

Balik saja dari sekolah (Isnin), beria-ia sungguh anakanda mahu mengemas barang yang perlu dibawa keesokan hari. Saya yang menangguhkannya sehingga malam.

Bangun tidur (Selasa), dia sudah ingatkan saya supaya jangan lewat. Sebenarnya mengikut jadual perjalanan, bas akan bertolak jam 8.30 pagi. Tentunya waktu yang sama sahaja saya menghantarnya dan anak-anak yang lain ke sekolah.

Usai menghantarnya saya berjanji akan kembali lagi ke sekolahnya, selepas selesai urusan menghantar adik-adik dan singgah ke pasar basah selepas itu. Sajalah saya nak tengok anakanda naik bas. Oh, mak pun excited juga ya…

Jam 8.30 pagi saya kembali ke sekolahnya, dengan membawa bekalan kuih-muih yang saya beli di pasar – tadi saya sudah bekalkannya karipap kecil. Tetapi nampaknya ahli rombongan masih di dewan untuk sesi taklimat yang belum berpenghujung. Tunggu? Oh, saya benci menunggu! Lalu saya balik. Kuihnya? Saya la yang makan…🙂

Lagipun bukannya nak pergi jauh, setakat Setiu saja yang hanya memakan masa lebih kurang dua jam perjalanan.

Dulu-dulu pun, semasa bersekolah rendah saya juga pernah menyertai rombongan sekolah. Juga ke Trengganu, tetapi di Bandar Kuala Trengganu. Seingat saya sekali itu sajalah. Menginjak ke Sekolah Menengah adalah juga saya ikut rombongan, tetapi seingatan saya hanya di dalam negeri sahaja. Paling banyak berjalan, apabila melangkah ke menara gading.

Akhirnya, selepas tiga hari dua malam berkhemah di sana, anakanda telahpun selamat sampai di sekolahnya pada Khamis, lebih kurang jam 3.00 petang.

Terima kasih kepada guru-guru yang menjaga baik semua ahli rombongan yang terlibat.

Aktiviti

Sekarang pula saya sedang fikir-fikir untuk merancang apa aktiviti sempena cuti sekolah panjang yang akan datang nanti.

Inilah beza dulu dan sekarang!

Kita dulu-dulu mana nak ada perancangan khusus sempena cuti sekolah. Ya tak? Main redah je mana yang patut, boleh masuk sampai ke hutan! Tiada peraturan dan tiada disiplin khusus. Selalunya kita akan main, main dan main lagi sebebasnya sehingga dipanggil balik ke rumah.

Dulu emak ayah tidak kisahpun apabila kita keluar dari rumah untuk bermain-main, kerana selamatnya suasana ketika itu. Bagitahu saja kepada mereka kita mahu pergi bermain-main, maka serata alamlah perjalanan bersama kawan-kawan. Balik ke rumah hanya ketika waktu solat, mahupun apabila perut sudah mahu diisi.

Sekarang? Mana ada hutan lagi… Lagipun suasana sekarang agak tidak selamat untuk anak-anak bermain jauh dari pandangan orang tua. Anak hilang dari pandangan tanpa pengetahuan, kita ibubapa sudah tidak senang duduk. Semua yang negatif mula bermain di fikiran. Culik? Dera? Rogol? Sindiket dadah?  Bunuh? Na’uzubillah…

Suasana sekarang sangat mencengkam perasaan. Mana-mana ibubapa pun tetap akan risau jika anak-anak berpergian tanpa pengetahuan mereka. Lebih-lebih lagi kepada keluarga yang tinggal di bandar-bandar besar, juga kepada ibubapa yang bekerja – biasanya kita akan keluar rumah seawal usai Subuh dan pulang menghampiri Maghrib. Ada sedikit peratusan yang mungkin bertambah untuk anak-anak melebihkan kenakalan mereka kepada aktiviti sampingan seperti merokok, mengambil pil khayal, merempit, dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada gejala sosial semakin tenat.

Maka anak-anak terpaksa diberi pesan itu ini sebelum kemana-mana. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Mungkin mereka sudah cemuh benar mendengarnya tetapi itulah yang terpaksa didengar berulang-kali daripada ibubapa.

Lebih drastik jika kita terpaksa ‘kurung’ anak-anak di dalam rumah bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa yang seterusnya. Mudah-mudahan selamatlah mereka apabila berada di tempat sendiri. Kasihan anak-anak, tiada keceriaan pada zaman kanak-kanak mereka.

Mencabar

Suasana yang lebih mencabar pada hari ini, menjadikan ibubapa terpaksa menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam menjaga keharmonian keluarga mereka. Masing-masing mengharapkan kejadian-kejadian tidak diingini yang saban hari dipaparkan di dada akhbar, pergi jauh daripada keluarga mereka. Kalau membacapun sudah menyayat hati, apatah lagi jika terkena batang hidung sendiri.

Saya yakin semua akan bersetuju jika kita katakan bahawa kehidupan hari ini begitu mendesak. Setiap individu bagaikan, ataupun perlu menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri demi mengelak diri dari menerima pelbagai tekanan kehidupan yang berterusan.

Selalu juga saya terfikir, matangkah anak-anak kita nanti apabila mereka dewasa…? Sedangkan saya juga percaya bahawa, kematangan seseorang itu terhasil dari pendedahan kepada persekitaran sepanjang pembentukan jati diri mereka. Tentunya amat berbeza kematangan yang terhasil dari pergerakan secara ‘tertutup’ dalam persekitaran yang boleh dikatakan senantiasa dalam pemantauan dan pemerhatian, berbanding kebebasan yang kita semua terima suatu ketika dahulu.

11.19pm

 

2 Responses

  1. assalamualaikum..
    na..lama nyer cari..jumpe juga di sini..ingat lg dop Aida? hehehhe mesti xingat doh ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: