• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    November 2011
    S M T W T F S
    « Oct   Dec »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  

Tetamu Allah (II)

Salam Ukhuwah…

Mina

Tiba di Mina dalam keadaan badan yang letih dan mengantuk. Khemah di Mina lebih baik berbanding Arafah, tetapi sangat padat dengan penghuninya. Saya mengambil tempat di tengah-tengah khemah, diapit oleh rakan-rakan sebilik ketika di Mekah. Saya yang sudah letih hanya mahu melelapkan mata sahaja. Tidak mahu lagi kesah dengan keadaan sekeliling, mahu berehat sementara menunggu Subuh. Mahu mengumpul tenaga untuk Melontar pula selepas Subuh nanti.

Namun, bukannya mudah untuk tidur di sini apabila pada setiap ketika rombongan lain mula sampai dan mencari tempat masing-masing. Akhirnya saya hanya mampu merebahkan badan tetapi tidak mampu untuk melepakan mata. Subuh makin hampir dan saya bergerak ke bilik air. Saya pasti masih awal waktu saya ke bilik air, tetapi barisannya sudah panjang menunggu giliran masing-masing…Bersabarlah! Ini juga ujian.

Ujian tuhan juga bersandarkan kepada ilmu yang kita miliki. Sentiasa berfikiran positif mampu meringankan beban yang ditanggung. Kalaupun kita terpaksa beratur panjang menunggu giliran, jika masih tidak memudaratkan, dahulukan warga tua. InsyaAllah, sesuatu yang baik jika dilakukan dengan ikhlas ada manfaatnya. Saya melihat situasi dalam keramaian begitu sangat mendesak, tetapi warga tua lebih terdesak kerana kebanyakan mereka telah mengalami masalah dalam isu ‘ke bilik air’.

Saat-saat begini mulalah teringat kesenangan yang kita miliki di rumah sendiri. Syukurlah dengan apa yang telah Allah s.w.t. rezekikan buat kita selama ini. Sedikit ujian seharusnya kita nikmati kerana ada keinsafan yang mampu menyedarkan diri.

Usai Subuh kami bersiap-siap untuk pergi Melontar.

Selesai sahaja melontar Jamrah Aqabah, saya demam! Tubuh longlai kerana saya tidak menjamah makanan, selera makan tertutup sejak dari Arafah. Namun, pada malamnya saya tetap gagahkan diri untuk pulang ke Mekah. Kami lakukan nafar awal, itu lebih baik buat saya yang sedang mengalami masalah kesihatan. Bukan sekadar demam, tetapi ragam lutut saya semakin menjadi-jadi kerana perjalanan ke Jamrah yang agak jauh – berjalan kaki pergi balik sejauh enam kilometer.

Pulang ke Mekah

Kami seramai sembilan orang mengambil van untuk pulang ke Mekah, dengan bayaran SR100 setiap seorang – sangat mencekik! Jarak perjalanan yang hanya sejauh lapan kilometer ke Mekah telah mengambil masa 2 jam kerana masalah kesesakan lalu lintas, ditambah pula dengan ragam pemandu (Arab) yang tidak henti-henti memperlahankan kenderaannya kerana masih menawarkan perkhidmatan untuk memuatkan penumpang di atas bumbung vannya. Bersabarlah!

Sampai saja di bilik penginapan saya terus merebahkan diri. Saya memang perlukan rehat untuk mengerjakan tawaf dan sai haji selepas Subuh nanti.

Masjidilharam semakin padat dengan jemaah Haji. Saya mengambil tempat untuk tawaf haji dalam keadaan badan yang masih lemah, disamping suami yang setia membantu. Tidak boleh bertangguh-tangguh kerana Masjidilharam akan semakin padat pada setiap masa selepas ini. Saya cuba tawaf seperti biasa, namun pusingan kelima mula menguji diri. Saya mula terasa mahu termuntah kerana badan sudah dimasuki angin.

Sejak dari Arafah saya belum menjamah apa-apa makananpun dalam kuantiti yang sepatutnya. Saya tawaf dengan langkahan longlai. Apatah lagi apabila diasak oleh jemaah Haji yang sangat suka terburu-buru – biasanya dari Asia Selatan (Bangladesh, India, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, dan sewaktu dengannya) dan jemaah yang berbadan besar sangat suka membuat ‘rempuhan’ secara beramai-ramai (biasanya mereka saling berpaut di antara satu sama lain). Jemaah ini biasanya dari Timur Tengah (senang dikenali kerana berwajah Arab – seperti Turki, Mesir, Syria, Lubnan, Iran, dan sewaktu dengannya), semakin lemahlah saya.

Saya merasa seolah-olah tidak mampu bertahan lagi. Gaya untuk termuntah mula menjadi. Saya makin lemah untuk meneruskan tawaf. Namun. saya cuba bertahan untuk menghabiskan tawaf seupaya yang mungkin. Dalam hati penuh dengan doa-doa semoga Allah s.w.t. membantu saya disaat ini – ‘janganlah aku termuntah di kawasan tawaf ini dan bantulah aku untuk menyelesaikan tawaf haji ini, ya Allah!’

Sebak

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat menyelesaikan ibadat tersebut tanpa sebarang masalah yang mendukacitakan. Saya sebak. Itulah buktinya bahawa doa dan pergantungan kepada Allah s.w.t. itu sangat penting. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada setiap hambaNya tiada pernah bertepi. Saya keluar dari kawasan tawaf untuk melakukan solat sunat dengan keadaan masih longlai. Saya meminta suami mengambil air zam-zam untuk meredakan kelonglaian diri.

Saya mencari kekuatan diri untuk Saie. Mata bergelinangan kerana menginsafi kelemahan diri. Suami yang sentiasa setia di sisi menunggu kata putus daripada saya, samada mahu meneruskan ibadah saie atau pulang berehat di hotel terlebih dahulu. Saya menarik nafas menghilangkan lelah dan letih. Memandang jauh kearah keramaian jemaah yang sedang saie, rasanya saya tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Saya perlu balik terlebih dahulu untuk memulihkan tenaga.

Kami beriringan pulang ke hotel. Terlebih dahulu kami singgah mengisi perut dengan menu Turki. Saya mencadangkan kepada suami agar kami menyelesaikan saie selepas Asar nanti.

Nampaknya selepas mendapat rehat yang agak baik, saya mampu menyelesaikan ibadah saie tanpa sebarang masalah. Syukur Alhamdulillah, kami harap segalanya telah sempurna dilaksanakan.

Pada malamnya kami kembali ke Mina, langsung melontar untuk tiga jamrah – tentunya tanpa berihram lagi. Kami bermalam di Mina, tidur di sekitar kawasan bangunan melontar bersama ribuan jemaah lain yang bertebaran merata-rata tempat. Usai Subuh, kami melontar sekali lagi di ketiga-tiga jamrah. Selesai semuanya, kami kembali ke Mekah dengan menaiki teksi.

Pulang ke Malaysia

Hampir sebulan kami berada di sana, akhirnya kami pulang ke bumi Malaysia tercinta, pulang ke pangkuan keluarga dan sanak-saudara. Oh, nampaknya si kecil saya sudah merajuk! Tidak mahu memandang saya lagi pertama kali kami bersua. Tetapi tidak sampai satu jam pun, dia sudah berada di atas dukungan saya dengan manja sekali.

Mengimbau kenangan mengerjakan ibadat Haji, ia merupakan sebuah perjalanan yang menakjubkan. Tentunya ia menjadi satu memori yang sempurna sepanjang hayat, kenangan seorang hamba Allah s.w.t. yang mencuba sehabis baik dalam mengabdikan diri kepada Penciptanya. Seolah-olah kita berada hampir kepadaNya, meluahkan isi hati secara benar-benar telus kepadaNya. Ia sebuah nikmat yang sangat berharga dan tidak mungkin kita temui dalam ibadah yang lain.

Alhamdulillah, saya juga dihindari dari melalui pengalaman-pengalaman aneh sepanjang berada di Tanah Suci. Itu juga antara doa saya, janganlah saya diuji secara berlebihan diluar kemampuan diri. Tetapi jika diri teruji di Tanah Suci, jadikan ia sebagai suatu teguran langsung daripada Allah s.w.t.. Terimalah dengan redha agar ia menjadi renungan terbaik buat diri yang sentiasa alpa di bumi Allah s.w.t. ini.

Mudah-mudahan ia memberi kesedaran terbaik untuk kita mengubah diri kearah yang lebih sempurna pada masa hadapan, insyaAllah.

Semoga perkongsian pengalaman saya ini mampu memberi sedikit-sebanyak gambaran kepada sahabat yang belum lagi menunaikan ibdat Haji. Jadikanlah ia sebagai antara ‘modul Haji’ yang mudah untuk difahami, mudah-mudahan ada juga ilmu yang berguna untuk dijadikan pengajaran, teladan dan sempadan.

5.24pm

5 Responses

  1. Terima kasih byk2 Nik atas info yg. diberikan spjg. menunaikan ibadah haji. semoga kami yg. belum ke sana dpt m’gambil panduan & sbg pengalaman yg. b’guna. Teruskan menulis ya…

  2. Salam…..sahabat!

    Tahniah kerana telah dipilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini, semoga dikurniakan haji yang mabrur….Aminnnnn!!!

    • w’lam…

      lamanya tak btanya khabar dengan sahabat yang sorang ni…makin duduk dekat makin susah nak bhubung ya…

      Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan, dengan banyak bantuan daripada orang Yaskin juga…🙂

      • MashaAllah puan pun pergi dgn package Yaskin ya. Akak dulu tahun 2006 pun p
        ergi package Yaskin sebab dah last minute, tak sure ok ke tak tapi tawakkal. Overall saya berpuas hati, sebab harga murah and service boleh dikatakan bagus, walaupun hotel biasa2 aje, since bayaran pun tak mahal….Kalau package Rayhar katanya lagi baik mengikut kawan2, tahun lepas ada rezeki lebih utk pergi rumah akak cuba package Rayhar memey lah mahal skit but service better and hotel pun better skit than Yaskin… tapi seronok bila ikut package Yaskin kerana ramai orang Kelantan and Terengganu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: