• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2011
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031

Hingga ke Akhir Hayat…

Salam Ukhuwah…

November 2011 mungkin memberi sejarah tersendiri kepada keluarga besar kami, apabila generasi kedua mula melangsungkan perkahwinan buat pertama kalinya. Anak saudara saya mula mendapat pasangan hidup, merupakan cucu sulong ayahbonda yang diakad nikahkan sendiri oleh datuknya.

Dukacitanya buat saya, majlis ini berlangsung ketika berada di Tanah Suci tempohari. Tentunya seronok jika saya dapat menyertai majlis sulong bagi generasi kedua keluarga kami. Tetapi tidak mengapalah, semuanya sudah selamat disatukan dan saya mengirimkan doa dari jauh semoga ikatan ini berkekalan hingga keakhir hayat, insyaAllah.

Sukacitanya pula apabila saya telah menyertai rombongan keluarga besar kami ke majlis ‘hantar menantu’ di Melaka. Kami yang berada di Kelantan terlebih dahulu berkumpul di rumah kekanda di Kuala Lumpur (KL), bersatu sebagai satu rombongan lebih kurang seramai 40 orang.

Kami mula bertolak dari KL ke Melaka pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan kami telah sampai tepat pada waktu yang telah dijanjikan. Kami telah disambut dengan penuh kemesraan dan tentunya majlis berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran ramai jemputan.

Lebih kurang jam 2.30 petang kami mula mengundur diri. Seperti biasa saya dan keluarga tidak terus pulang, tetapi menuju ke Bandar Melaka terlebih dahulu untuk menyambung percutian keluarga sempena cuti sekolah kali ini. Setelah lama meninggalkan anak-anak tempohari elok benar saya mengambil peluang ini untuk bersama mereka – seperti biasa saya hanya membawa dua orang anak sahaja. Kami bermalam di sana untuk lebih menikmati percutian kali ini.

5.58pm

2 Responses

  1. Assalamu’alaikum Puan Nik Amalina, Saya Kak Nik Anne, ingin nak tanya Puan Nik sekiranya ada do’a khusus bagi orang yang sedang mengalami depression atau keluh kesah. Mohon puan share do’a atau surah-surah pendek yang boleh dibaca/diamalkan agar hati kembali merasa tenang dan kurang sedih atau depressed. Terima kasih.

    • W’lam, saya dapatkan doa ni daripada seorang ustaz. Dia minta saya baca pengkesahannya, antara banyak-banyak doa terpilih, saya ambil doa ini, yang mana ia pernah dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. semasa Baginda mengalami waktu kesukaran/ kepayahan/ tekanan perasaan.

      لا اله إلا الله العظيم الحليم ، لا اله إلا الله رب العرش العظيم ، لا اله إلا الله رب السموات السبع ورب الأرض ، رب العرش الكريم.

      Untuk memudahkan letakan barisnya, saya cuba tuliskannya dengan tulisan rumi;

      La ilaha illa Allahul ‘azimul halim, la ilaha illa Allahu rabbul ‘arsyil ‘azim, la ilaha illa Allahu rabbus-samaawaatis-sab’i wa rabbul ardi, rabbul ‘arsyil karim.

      (jika ada kesilapan, mohon ada sahabat yang akan perbetulkannya)

      Maksudnya;

      Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung lagi maha lembut,
      Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang Maha Agung,
      Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan tujuh petala langit dan Tuhan Bumi,
      Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia.

      Semoga ada manfaatnya untuk Kak Nik Anne, manfaatnya juga untuk saya, dan manfaat keseluruhannya adalah untuk sahabat semua, insyaAllah sama-sama kita amalkan.

      Semoga ketenangan hati yang kita miliki mampu menambah baik segala amal ibadat kita lillahita’ala…insyaAllah!

      * Saya menyarankan untuk Kak Nik Anne dan sahabat semua miliki majalah Solusi isu no.39 untuk kupasan lanjut tentang Stres.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: