• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2011
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031

Keperluan Sekolah

Salam Ukhuwah…

Lebih kurang seminggu lagi sesi persekolahan akan dibuka, baru semalam saya memperuntukkan masa untuk pergi membeli barang-barang keperluan sekolah anak-anak. Tumpuannya adalah untuk si kembar yang akan melangkah kealam persekolahan.

Nasib baiklah mereka hanya ‘menurut perintah’ sahaja, cuma meminta untuk dibelikan beg sekolah Angry Birds! Untuk mereka berdua semuanya berstatus baru, dari baju, seluar, stokin, kasut, beg, kotak pensil, dan alatulis, semuanya ‘dalam plastik’. Untuk si abang dan si kakak, hanya keperluan tertentu saja bertukar wajah, selainnya menggunakan apa yang sediada. Apa yang semestinya, alatulis memanglah baru. Lama punya? Ghaib!

Awalannya saya hanya menguruskan pembelian keperluan pakaian mereka, kasut masih tidak punya saiz yang sesuai, begitu juga dengan beberapa keperluan lain yang tidak mampu memikat hati. Untuk tidak melengahkan masa, saya menghantar mereka ke kelas mewarna. Senggang waktu selama satu jam menunggu, saya pergi mencari-cari beg sekolah Angry Birds yang dipinta. Alhamdulillah, ketemu juga akhirnya.

Lain-lain keperluan juga saya selesaikan segera, kecuali kasut sekolah. Nampaknya saya terpaksa mencari kesempatan lain sekali lagi…

7.23am

2 Responses

  1. Samalah kita Nik. ooo…si twin pun dah makin besar & nak ke sekolah dah rupanya. Anak buah kat Ros kat sini pun bz dgn persiapan sekolah, semuanya nak brand ‘Angry Brids’. waktu brithday tempohari pun masing2 dah dpt hadiah tema angry birds juga. Utk galakkan mereka supaya rajin belajar kami yg. dewasa pun turutkan aje. Hari tu sibuk dgn jenama Upin & Ipin, pun sama gak. Senyum sendiri ingatkan keletah masing2. Kita dulu pun masa baru kenal alam persekolahan pun sama mcm gitu jugak kan… Apa2 pun semoga mereka semua terus maju jaya dlm. pelajaran.

    • Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan berjalan dengan lancar.
      Nampaknya banyak benar Angry Birds ke sekolah pada sesi kali ini…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: