• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    January 2012
    S M T W T F S
    « Dec   Feb »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  

NIK

Salam Ukhuwah…

Nama saya, Nik Amalina. Ayahanda saya, Nik Abdul Aziz. Datuk saya, Raja Mohamad @ Nik Mat. Datuk kepada ayah saya, Raja Banjar. Seterusnya Raja Mamat bin Raja Mohamad bin Raja Kecik. Ada lagi…tapi cukuplah saya tulis sehingga tujuh keturunan.

Bonda saya, Tuan Sabariah. Datuk saya, Tuan Ishak. Datuk kepada bonda saya, Raja Awang. Seterusnya Raja Senik bin Raja Mamat. Setakat ini sahaja yang saya tahu.

Berdasarkan susur galur keturunan tersebut, ayahanda dan bonda saya sememangnya berketurunan raja. Maka yang demikian, saya dan adik-beradik seramai sepuluh orang meneruskan penamaan keturunan dengan menggunakan gelaran sebelah ayahanda, Nik.

Sehinggalah tiba giliran saya mendirikan rumahtangga, jodoh saya tidak berketurunan raja. Tetapi kerana sayangkan gelaran Nik, maka saya namakan anak-anak saya dengan meletakkan gelaran Nik di hadapan nama mereka, dengan persetujuan suami, juga tiada masalah semasa pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimana jika saya ditakdirkan mengandung lagi selepas ini? Jenuhlah saya nampaknya mahu menerangkan kepada anakanda seterusnya yang tidak lagi ber‘Nik’ di pangkal namanya. Inilah arahan terbaru JPN, yang telah tidak membenarkan penamaan anak-anak dengan gelaran ‘Nik’ jika berkahwin dengan suami yang bukan berketurunan raja.

Jika ikutkan salasilah keturunan raja-raja, anak-anak saya tidak lagi berdarah raja kerana ayah mereka tidak berdarah raja.

Sehinggalah pada saatnya nanti, jika anak-anak saya bertemu jodoh dengan lelaki yang berdarah raja, maka cucu-cucu saya kembali berdarah raja. Tetapi jika sebaliknya, keturunan raja milik keluarga saya akan terhapus.

Apakah saya kisah tentang penamaan keturunan ini?

Kisah juga, tetapi tidaklah keterlaluan melebih-lebihkannya. Sekadar ingin turut serta dalam menjaga susur galur keturunan, sekurang-kurangnya saya tahu dari mana saya berasal, siapa nenek moyang saya, bagaimana keturunan saya terdidik, dan banyak lagilah untuk saya warisi pula kepada anak cucu cicit saya selepas ini. Semoga mereka pula akan terusan menjaga nama baik keluarga besar kami, insyaAllah.

Sama Rata

Namun, tentunya jauh sekali untuk saya mendabik dada dengan gelaran tersebut. Mana-mana penamaan keturunan pun bukanlah bermaksud seseorang itu lebih baik berbanding si penama yang tidak bergelar.

Disisi Allah s.w.t. langsung tidak dikira siapa kita, tidak dinilai dari harta kekayaan yang bertimbun, malah apa jua darjat yang disandang di dunia ini, semuanya dilihat sama rata daripada pandanganNya. Tidak ada keistimewaan kepada mana-mana hambaNya, melainkan  ukuran dinilai pada tahap keimanan dan ketaqwaan setiap daripada kita. Bekalan amal ibadat inilah yang perlu kita semua titik beratkan, baikpulih ia setiap waktu semoga ia menjadi pendinding diri dari azab neraka jahanam.

Walau bagaimanapun, menjaga keturunan itu adalah perlu kerana ia suatu bentuk kemuliaan yang diberikan kepada nasab setiap manusia. Kerana itulah Islam menganjurkan sebuah perkawinan, menghalalkan perhubungan yang haram antara lelaki dengan perempuan. Tentunya ia mencegah manusia daripada melakukan penzinaan, yang hanya akan merosakkan keturunan manusia.

Perkahwinan akan melahirkan zuriat yang bernasab, seterusnya mewujudkan susur galur sebuah keturunan yang akhirnya akan membentuk sebuah masyarakat yang sempurna.

Apapun nasab keturunan kita, yang penting kita sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Bahagia di dunia, sejahtera di akhirat, insyaAllah!

7.16pm

3 Responses

  1. assalamualaikum…..sy pelajar yang diberi tugasan untuk mengkaji susur jalur keluarga… saya dapat tahu nenek saya, Tuan Nab merupakan sepupu kepada isteri dato’ nik aziz iaitu bonda puan.. maaf sy tidak berapa pasti. cuma mahu bertanya betul ke pantang larang tentang tidak boleh makan ikan kekacang dengan rebung bluh btong??

    • W’lam…

      Saya ada bertanya kepada mak, katanya dia ada sepupu yang bernama Ku Nab, tiadak pastilah samada Ku Nab/ Tuan Nab adalah orang yang sama atau tidak.
      Pantang larang tentang ikan kekacang dan rebung buluh betong adalah pesanan yang diwarisi turun-temurun kepada kerabat ini, saya sendiri tidak pasti tentang kesahihannya.
      Sekadar satu pengkisahan, anak saudara saya pernah sekali makan nasi berkuahkan gulai rebung buluh betong di rumah kawannya, jadinya badannya penuh dengan tompok-tompok kemerahan.
      Saya sendiri mengambil pesanan ini sebagai suatu yang perlu dipedulikan, tak boleh makan menu yang dua ini, menu yang lain banyak lagikan…

      Terima kasih kerana menjenguk blog saya semoga ada manfaatnya, insyaAllah…

  2. assalamualaikum…saya nik faizal..ingin meminta bantuan saudari,minta pandangan tok guru tentang kisah rebong buluh betong dan ikan kekacang..kerana moyang kami juga berpesan tentang perkara yang sama.terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: