• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    July 2012
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  

Menjelang Ramadhan

Salam Ukhuwah…

InsyaAllah lebih kurang seminggu lagi kita akan bersama-sama menyambut Ramadhan al-Mubarak. Bagaimana agaknya persiapan kita semua untuk menyambut satu bulan yang penuh kemuliaan ini?

Hari-hari terakhir menjelang Ramadhan ini sangat bermakna bagi hati-hati yang sedang menunggu satu bulan yang penuh barakah ini. Selain dari kita teruskan amalan baik di bulan Syaaban ini, iringkannya bersama doa-doa penuh pengharapan semoga diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. dipanjangkan umur untuk merasa nikmatnya Ramadhan.

Jika saya sendiri berawalan lagi menyiapkan persiapan untuk menyambut Syawal, tidak sesekali kerana keterlaluan untuk bergembira di hari raya, tetapi ia sebenarnya adalah untuk mendidik diri ini supaya lebih menghargai Ramadhan. Perkara asas hari raya bagi saya seperti baju raya dan biskut raya telah diselesaikan semuanya. Alhamdulillah, moga-moga tiada gangguan lagi sepanjang Ramadhan ini dengan perkara remeh-temeh ini.

Saya sendiri menyimpan azam untuk bersungguh-sungguh memberi makna yang lebih baik kepada Ramadhan kali ini yang hanya kunjung tiba sekali sahaja setahun. Itupun jika saya dipanjangkan umur untuk melaluinya, mudah-mudahan Allah mengizinkannya.

Kelebihan

Ramadhan yang penuh dengan pelbagai kelebihan, terutamanya Lailatul Qadar yang sepatutnya menjadi impian setiap daripada kita semua. Pada 30 hari Ramadhan ini juga Allah s.w.t. telah  menjanjikan bahawa akan dibukanya semua pintu syurga dan ditutupnya semua pintu neraka. Tiada jua syaitan-syaitan yang akan berkeliaran mengganggu ummat Muhammad ini, agar kita semua mampu merebut peluang keemasan untuk muhasabah diri kearah yang lebih sempurna.

Bukan sekadar itu, Allah juga menjanjikan tawaran hebat dengan melipatgandakan pahala bagi setiap amal kebajikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Jika amalan sunat dilaksanakan maka pahalanya digandakan menjadi pahala amalan yang wajib, apatah lagi amalan wajib, digandakan pahalanya menyamai 70 amalan fardhu pada bulan-bulan yang lain. Sangat hebat bukan?

Jika sudah merasa aura Ramadhan, maka kita sama-sama persiapkan diri untuk melaluinya sekali lagi pada usia yang masih berbaki ini. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi yang terbaik pada yang sebelumya.

Jauhkanlah diri dari kealpaan sendiri sepanjang Ramadhan nanti, semoga kita tidak akan terleka dengan segala kelebihan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t. Jangan mensia-siakan peluang yang terbentang luas ini semasa hayat dikandung badan kerana tiada siapapun tahu bila masanya kita akan meninggalkan dunia ini.

3.21pm

2 Responses

  1. Salam….dah lama tak bersua, berbual & bermesra, tetiba terasa rindu untuk kembali menjalinkan hubungan silaturrahim dgn seorang sahabat yang cukup dihormati & disayangi,…., di kesempatan ini, Lin ingin memohon jutaan kemaafan sebelum kita sama2 melalui bulan yang penuh keberkatan ini…semoga jalinan persahabatan antara kita dapat diteruskan kembali….Insya-Allah!

    • w’lam…

      kalau dulu jauh susah nak jumpa, sekarang dekatpun sama la jugakkan…gitulah tuntutan dunia, dengan kerja dan rumahtangga, semuanya perlu kepada perhatian secukupnya.
      ingatan daripada seorang kawan pun dah cukup baik…insyaAllah kita teruskan amalan yang baik-baik pada Ramadhan kali ini. Kalau direzekikan kita jumpa raya nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: