• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    September 2012
    S M T W T F S
    « Aug   Oct »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  

Restu

Majlis Restu Ibu

Salam Ukhuwah…

Hari kedua UPSR, Alhamdulillah anakanda sulong saya kelihatannya sudah bersedia untuk masuk ke dewan peperiksaan sekali lagi.

Hari pertama, saya menghantar dan menunggunya sehingga tiba masanya untuk masuk ke dewan peperiksaan. Ada debarnya juga di hati, maklumlah pengalaman pertama mengiringi anakanda menghadapi peperiksaan penentuan kiranya. Kalaupun ianya sekadar UPSR, harapan ibubapa tetaplah menggunung untuk melihat anak-anak ini berjaya. Ianya juga adalah sebagai kejayaan peribadi kepada anak-anak ini, sebagai bekalan untuk mereka melangkah ke peringkat menengah di sekolah terbaik.

Bersama teman-teman yang lain melangkah masuk ke dewan peperiksaan

Dalam debar, ada juga sebaknya. Mungkin juga kerana anakanda ini adalah si sulong, dialah yang akan menunjukkan teladan yang terbaik buat adik-adik yang lain. Saya yakin anakanda telah bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik, kami para ibubapa dan para guru semuanya telah memberi restu.

Saya mengawal emosi, hanya berterusan memanjatkan doa semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan anakanda ini sehinggalah dia berjaya melakukan yang terbaik didalam UPSR ini.

Kepada semua guru-guru yang telah bertungkus-lumus mencurahkan yang terbaik buat anakanda dan anak-anak seangkatan dengannya, jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya kalungkan buat mereka. Sesungguhnya beban di bahu mereka adalah lebih besar daripada apa yang sedang saya rasakan saat ini. Pengorbanan yang cikgu curahkan tidak mampu kami balas, semoga kejayaan anak-anak kami inilah pengubatnya, insyaAllah.

Dapat sampul…antara 103 orang calon untuk mendapat 5A daripada 180 orang calon keseluruhan. Mudah-mudahan berjayalah…insyaAllah!

Selamat berjuang anakanda Nik Amirah Abdul Ariffahmi.

11.40am

2 Responses

  1. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi Nik Amirah & mjd contoh yg baik kpd adik2 sbg kakak sulung & m’banggakan kedua ibubapa. Amin…

  2. semoga anakanda Nik, memperolehi kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat, ameen.
    Salam daripada K. Nik Anne

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: