• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    October 2012
    S M T W T F S
    « Sep   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  

Mendidik

Salam Ukhuwah…

Masuk saja ke dalam kereta, anakanda lelaki sulong saya yang berusia sembila tahun, dengan sepenuh perasaan gembiranya memberitahu bahawa dia terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolah. Saya kata, tahniah! Itu cerita seminggu yang lalu. Semalam, wajah yang sama memberitahu, dia telah keluar dari pasukan bola tersebut! Saya tanya, kenapa? Dia jawab, kerana latihan yang akan bermula pada Khamis ini mewajibkan pemakaian seluar pendek. Saya kata, Alhamdulillah. Allah tambahkan kasih-sayangNya buat Abang Nik kerana mendahulukan perintah Allah, bukan bola. Dia tersenyum, saya lega.

Hari ini boleh dikatakan semua anak-anak kecil pun sudah pandai gilakan bola, lebih-lebih lagi di Kelantan ini, apabila pasukan bola sepak negeri kami seringkalinya bertindak cemerlang dalam kebanyakan permainan. Apatah lagi anakanda saya yang ini, punya seorang ayah yang kaki bola! Seringkali dibawa ke stadium untuk menonton secara langsung, menjadikannya sungguh ketagihkan bola. Saya melayan sekadar kemampuan. Selalu bagitahu suami, jangan paksa saya cintakan bola juga!

Walaupun saya merasa lega kerana anakanda tahu membuat keputusan sendiri untuk menarik diri dari pasukan bola sekolah, jauh di sudut hati ada juga rasa kasihan. Jika diibaratkan kepada saya, samalah jika tidak dibenarkan menghadap internet barang seharipun! Oh, tentunya rasa tidak senang duduk memikirkan apakah isu semasa pada hari ini. Begitulah mungkin kepada anakanda, walaupun dia tersenyum, saya tahu dia kecewa. Saya tanya, tak boleh merayu untuk berseluar panjang? Jawabnya, dia tidak akan merayu. Saya kagum. Katanya lagi, dia mahu badminton. Oh, ok. Barangkali pasukan badminton membenarkan pemainnya berseluar panjang. Saya tidak bertanya lanjut.

Perbualan singkat itu memberi satu kepuasan kepada saya, sebagai ibu yang mendidik. Semoga apa yang saya cuba acuankan anak-anak mengikut kehendak Islam mampu mereka terjemahkan sendiri dengan tindakan-tindakan yang sepatutnya. Alhamdulillah!

Jika kenal agama sendiri, tentunya sebagai ibubapa kita sedang merasa takut apabila melihat keadaan masyarakat hari ini. Saya tidak nafikan, di negeri Kelantan sendiripun masih terdapat banyak gangguan akhlak dan moral masyarakat setempat. Kalau di kampungpun sudah terlihat corak pemakaian yang tidak sepatutnya, apatah lagi jika ke bandar. Sesak nafas!

Maka, siapa sepatutnya harus dipersalahkan? Ibu dan bapa. Itulah jawapan tepatnya. Kerana merekalah pendidik yang sebenar-benarnya kepada anak-anak.

(bersambung…)

11.52am

Advertisements