• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    October 2012
    S M T W T F S
    « Sep   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  

Mendidik

Salam Ukhuwah…

Masuk saja ke dalam kereta, anakanda lelaki sulong saya yang berusia sembila tahun, dengan sepenuh perasaan gembiranya memberitahu bahawa dia terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolah. Saya kata, tahniah! Itu cerita seminggu yang lalu. Semalam, wajah yang sama memberitahu, dia telah keluar dari pasukan bola tersebut! Saya tanya, kenapa? Dia jawab, kerana latihan yang akan bermula pada Khamis ini mewajibkan pemakaian seluar pendek. Saya kata, Alhamdulillah. Allah tambahkan kasih-sayangNya buat Abang Nik kerana mendahulukan perintah Allah, bukan bola. Dia tersenyum, saya lega.

Hari ini boleh dikatakan semua anak-anak kecil pun sudah pandai gilakan bola, lebih-lebih lagi di Kelantan ini, apabila pasukan bola sepak negeri kami seringkalinya bertindak cemerlang dalam kebanyakan permainan. Apatah lagi anakanda saya yang ini, punya seorang ayah yang kaki bola! Seringkali dibawa ke stadium untuk menonton secara langsung, menjadikannya sungguh ketagihkan bola. Saya melayan sekadar kemampuan. Selalu bagitahu suami, jangan paksa saya cintakan bola juga!

Walaupun saya merasa lega kerana anakanda tahu membuat keputusan sendiri untuk menarik diri dari pasukan bola sekolah, jauh di sudut hati ada juga rasa kasihan. Jika diibaratkan kepada saya, samalah jika tidak dibenarkan menghadap internet barang seharipun! Oh, tentunya rasa tidak senang duduk memikirkan apakah isu semasa pada hari ini. Begitulah mungkin kepada anakanda, walaupun dia tersenyum, saya tahu dia kecewa. Saya tanya, tak boleh merayu untuk berseluar panjang? Jawabnya, dia tidak akan merayu. Saya kagum. Katanya lagi, dia mahu badminton. Oh, ok. Barangkali pasukan badminton membenarkan pemainnya berseluar panjang. Saya tidak bertanya lanjut.

Perbualan singkat itu memberi satu kepuasan kepada saya, sebagai ibu yang mendidik. Semoga apa yang saya cuba acuankan anak-anak mengikut kehendak Islam mampu mereka terjemahkan sendiri dengan tindakan-tindakan yang sepatutnya. Alhamdulillah!

Jika kenal agama sendiri, tentunya sebagai ibubapa kita sedang merasa takut apabila melihat keadaan masyarakat hari ini. Saya tidak nafikan, di negeri Kelantan sendiripun masih terdapat banyak gangguan akhlak dan moral masyarakat setempat. Kalau di kampungpun sudah terlihat corak pemakaian yang tidak sepatutnya, apatah lagi jika ke bandar. Sesak nafas!

Maka, siapa sepatutnya harus dipersalahkan? Ibu dan bapa. Itulah jawapan tepatnya. Kerana merekalah pendidik yang sebenar-benarnya kepada anak-anak.

(bersambung…)

11.52am

« »

6 Responses

  1. Jgn riak…

    • Mungkin gaya penulisan saya ada berbau riak ya… ok, saya cuba perbaikinya dilain kali.
      Kadang-kadang sebagai ibu saya memang rasa bangga (dalam maksud yang lebih baik = syukur) apabila anak-anak boleh ‘mengaplikasi’ sendiri apa yang dididikkan. Saya pula sememangnya seorang ibu yang rasanya bersifat terbuka dengan anak-anak, seringkalinya saya bersetuju dengan apa jua keinginan mereka, selebihnya mereka sendiri memikirkan baik buruk keinginan tersebut, tetapi pada akhirnya ibubapa jugalah yang akan membuat keputusan terbaik untuk masa depan anak-anak ini.

      Semoga sama-sama kita menjadi ibubapa terbaik, insyaAllah!

  2. Salam saudari Nik Amalina, kenapa dah lama x tulis dalam blog dah lebih sebulan… Nik x sihat ke?

  3. Salam…Pn. Nik…

    Just found ur blog…and never thought ada blog for housewives….And I guest this will be my daily reading material…Actually baru je nak masuk 2 bulan jadi housewife…so still mencari2 aktiviti selain housework yg of coz rutin wajib semua hw.

    I like this blog and hope can be a place for us to be friend, sharing any and caring each other…to support all hw yang ada kan….

    • Salam,

      Jom sama-sama kita santai kat sini, moga-moga ada sesuatu yang baik untuk menjadi bekalan dunia akhirat.

      Saya dah visit blog saudari…pandai masak eh…nanti nak cilok mana-mana resipi yang nampak best!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: