• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2012
    S M T W T F S
    « Oct   Jan »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

Artis

Salam Ukhuwah…

Seminggu yang lalu saya berkesempatan menghadiri majlis Hi-Tea Wanita anjuran Muslimat Pas Kawasan Pengkalan Chepa bertempat di PUTIK. Semestinya majlis ini khusus untuk wanita sahaja. Antara jemputan istimewa didalam majlis ini adalah selebriti bersuara gemersik, Aisyah, yang turut mendendangkan empat buah lagunya termasuklah ‘Janji Manismu’ bagi menyerikan lagi majlis ini.

20121215_018

Aisyah yang merupakan ahli Pas seumur hidup bermula pertengahan tahun ini, merupakan sebilangan daripada ramai selebriti tanahair yang sentiasa mewarnai mana-mana majlis Pas diseluruh negara.

Melihat kepada fenomena kebelakangan ini, tidak kiralah selebriti itu wanita mahupun lelaki, mereka juga sebenarnya sangat terdorong untuk bersama-sama membantu dan menjayakan sebarang majlis kendalian Pas, diatas faktor kesedaran sendiri untuk turut serta bergerak diatas tiket perjuangan dan berdakwah, malah berpolitik sekalipun kerana sudah tentunya Islam dan politik itu sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Jika selama ini selebriti sering digambarkan berada didalam dunianya yang tersendiri, tetapi hari ini sebilangan daripada mereka mula merasa sangat yakin dengan dasar Islam yang diperjuangkan Pas selama ini. Penyertaan mereka kedalam Pas sememangnya sesuatu yang mengejutkan ramai pihak, malah kemunculan dan keberanian mereka menghadiri pelbagai program parti turut memberi impak positif yang besar kepada para peminat dan generasi muda masa kini. Sudah tentunya dengan populariti mereka ini sangat mampu menarik lebih ramai masyarakat diluar sana untuk bersama-sama mendokong perjuangan Pas.

Semua selebriti yang telah menyatakan sokongan dan menyertai Pas tentunya jauh sekali untuk mencari makan, malah adakalanya tindakan ini sangat memberi kesan kepada periuk nasi mereka selama ini samada sebagai penyanyi, pelakon atau apa saja karier glamor mereka. Namun, kerana hidayah Allah yang mula meresapi jiwa, mereka sanggup menghadapi sebarang kesan dan tekanan terhadap kerjaya tetap selama ini. Kehidupan dunia ini bukan segalanya, apatah lagi dunia artis yang sangat sinonim dengan pelbagai jenis kemaksiatan, maka mereka tetap menanam suatu keyakinan yang teguh bahawa rezeki Allah itu ada dimana-mana. Dengan menyertai Pas juga, insyaAllah jiwa mereka akan lebih terdidik kearah yang lebih baik.

Sebagai rakyat umum kita sewajarnya memberi sokongan penuh kepada penghijrahan selebriti ini untuk berada didalam kumpulan yang tepat. Mereka sebenarnya berjiwa besar dan tabah dalam menghadapi sebarang kemungkinan dipulau untuk melakukan sebarang aktiviti yang selama ini didokongi, malah itulah sebenarnya punca rezekinya. Demi sebuah perjuangan, mereka dengan beraninya melakukan suatu yang sebenarnya diluar jangkaan sendiri, tetapi demi Islam, berjuang bersama Pas adalah jalan yang terbaik.

Apatah lagi kita sebagai rakyat umum yang tentunya lebih terdedah kepada permasalahan sensitiviti umum, sangatlah perlu memberi sokongan yang lebih padu kepada perjuangan Pas untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Ini semua adalah tanggungjawab kita, tanggungjawab untuk memilih barisan kepimpinan negara yang terbaik didalam pilihanraya umum akan datang yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

10.39am

« »

2 Responses

  1. baru seorang dua masuk pas, dah riuh sekampung…geli..

    • Saya jawab macam ni…

      Untuk seseorang artis mahupun mana-mana selebriti menyertai Pas bukanlah suatu keputusan yang mudah bagi mereka. Ianya dilihat sangat berisiko, sudah tentunya sumber pendapatan mereka secara langsungnya akan terjejas teruk. Apakah stesen tv yang ada sekarang akan terus memberikan mereka peluang keudara sebagaimana sebelumnya? Jawapannya = tidak.

      Jangan melihat fenomena artis menyertai Pas sebagai satu situasi yang biasa-biasa saja, tetapi ia sebenarnya luar biasa. Kita tidak hairan jika artis menyertai umno, langsung tak perlu fikirkan apa-apapun, malah mungkin bertambah rezeki dunianya. Tetapi kita akan merasa sangat bersyukur dan gembira apabila golongan artis ini tidak lagi merasa kekok untuk berada didalam Pas, malah mahu pula bersama-sama berganding bahu menyokong gagasan yang diperjuangkan Pas selama ini.

      Tentunya ini adalah satu keputusan yang tepat! Rezeki bukan ditangan umno, tetapi ia ketentuan Allah s.w.t. Keyakinan yang jitu inilah mampu menarik hati-hati mereka untuk terus berada didalam perjuangan Pas. Apabila berada bersama Pas, mereka bukan sekadar mahu mencari makan, tetapi juga membina identiti yang lebih baik sebagai suatu tarikan baru untuk menarik minat golongan muda hari ini agar lebih berfikiran terbuka dalam berpolitik.

      Saya tidak mahu membariskan nama-nama artis yang telah secara terangan mengisytiharkan mereka menyokong perjuangan Pas kini, tetapi ia bukan seorang dua, malah sudah ramai. Golongan artis hari ini makin berani untuk berubah dan mahu benar rakyat umum mengetahui bahawa mereka juga mahu berada didalam kelompok politik yang tepat. Secara diplomasinya pula, kalaupun mereka tidak mengisytiharkannya secara terbuka kecenderungan kepada mana-mana parti politik, kita tahu benar mereka sebenarnya menyokong Pas dalam diam.

      Ini adalah masanya yang terbaik disaat kita berada diambang pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja seawal tahun ini. Sudah tentunya peranan artis dalam membantu kempen Pas sangatlah diharapkan bagi menarik sokongan ramai terutamanya golongan belia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: