• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    March 2013
    S M T W T F S
    « Feb   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  

Pengantin Baru

Salam Ukhuwah…

Saya bersama ahli keluarga yang lain sempat meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak saudara sulong, merangkap cucu sulong ayahanda, di Kuala Lumpur (KL) pada 24 Februari 2013 tempohari.

Jika si adik perempuannya selamat sudah melahirkan bayi kembar tempohari, si abang pula baru saja mendapat seru untuk melangkah ke alam rumahtangga. Sangat lumrahkan jika si sulong lelaki, maka si adik perempuanlah yang kahwin dulu…

Nik Mohd Thalhah dan pasangannya, Siti Hajar selamat diakadnikahkan oleh ayahanda saya di rumah pengantin perempuan. Majlis kesyukuran terus diadakan serentak secara bersama bagi kedua-dua belah pihak bertujuan menjimatkan masa memandangkan pengantin perempuan masih lagi bergelar Mahasiswa. Hari ini kahwin, esok dah pergi kelas! Minggu seterusnya menghadap peperiksaan lagi! Minggu seterusnya pula balik ke Kelantan untuk majlis kesyukuran di rumah Tokku dan Nenda.

Alhamdulillah, majlis menyambut cucu menantu di rumah ayahbonda saya pada 9 Mac 2013berlangsung meriah sebagai penutup majlis keraian untuk pasangan pengantin baru ini.

Sebelum mereka berangkat pulang ke KL pada keesokan harinya, sempat saya menjemput pasangan pengantin baru ini bersarapan di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Berpagian saya menyediakan sarapan nasi lemak kukus dengan bantuan bibik. Buat-buat rajin sekali-sekala memanglah berbaloi demi anak saudara yang selalu mengelak jika ditanya ‘bila nak kahwin?’ Jawapannya selalunya macam ni… ‘nak kahwin lambat nak ikut macam Tokku’.

Buat pengantin baru, kami sekeluarga mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini akan sentiasa diberkati, diredhai dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga kebahagiaan membina sebuah syurga di dunia ini akan terus berkesinambungan ke ahirat nanti. InsyaAllah!

10.56am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: