• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    November 2013
    S M T W T F S
    « Mar   Dec »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Remaja

Salam Ukhuwah…

Jika si adik sedang mahu menjadi ‘abang besar’, si kakak pula sedang belajar meniti alam remaja. Baru sahaja menyambut ulangtahun yang ke 13, sedar tak sedar saya sudahpun punyai anak remaja. Tua? Begitulah nampaknya…

20131111_150645

Remaja – yang tempohnya seringkali banyak diperkatakan.

Umumnya remaja didefinisikan sebagai masa peralihan daripada zaman kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Kebiasaannya tempoh usia remaja adalah belasan tahun sehingga awal 20-an. Walau bagaimanapun, usia 13 tahun merupakan satu umur persimpangan, antara alam kanak-kanak dengan langkahan menuju ke dunia remaja. Tentu sekali kematangan anak-anak ini belum solid sepenuhnya. Inilah yang dinamakan sebagai zaman remaja awal.

Zaman remaja merupakan satu tempoh pemprosesan kematangan dalam menuju dunia kedewasaan. Untuk menghasilkan seorang remaja yang baik seharusnya mereka juga disediakan satu persekitaran yang baik. Mereka perlu dibimbing secara berkesan dengan pendedahan kepada pelbagai input yang berfaedah. Mudah-mudahan dengan tunjuk ajar yang positif,  kita mampu memberi kesedaran yang baik kepada mereka bagaimana caranya untuk menjadi seorang dewasa yang juga baik.

Seawal remaja kita perlu dedahkan mereka dengan unsur-unsur kedewasaan dan kemasyarakatan. Jika berada di rumah, ajar anak-anak untuk membantu kita dalam apa jua sebarang tugasanpun. Biarkan mereka terbiasa dengan tugasan harian di rumah, seperti membasuh pinggan selepas makan, merias atur rumah, membersihkan halaman, dan sebagainya. Ini semua adalah pendedahan awal sebuah kehidupan seiring dengan umur mereka menuju alam kedewasaan.

Ada waktunya yang sesuai, bawalah anak-anak bersama-sama ke mana-mana majlis yang besesuaian, lebih-lebih lagi majlis ilmu, yang secara tidak langsung kita sedang mencipta masa depan mereka dengan lebih baik dengan pengetahuan yang bermanfaat. Bermajlis adalah suatu kaedah bersosial dengan masyarakat yang mampu membina jati diri anak-anak. Ia mampu melatih mereka cara-cara menghormati persekitaran dan berhubungan dengan orang luar yang datangnya dari pelbagai peringkat umur.

Keluangan rezeki pula memberi peluang untuk kita membawa anak-anak pergi melancong dan mengembara sekali sekala. Jika tidak mampu terbang menjauh, dekat-dekat pun jadilah, asal saja mereka tidak hanya terperap di rumah, mahupun sekadar melihat kawasan setempat sahaja. Bukan sekadar mahu mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, lebih jauh dari itu ia mampu meluaskan pandangan, pengetahuan am anak-anak juga dapat berkembang bebas.

Semoga kita bersama-sama berusaha mewujudkan satu generasi remaja hari ini yang lebih positif didikannyadalam mendepani realiti dunia pada masa hadapan. InsyaAllah!

2.33pm

Advertisements

Khatan

Salam Ukhuwah…

Jika si teruna dan si dara sibuk untuk melangsungkan perkahwinan di musim cuti persekolahan yang baru bermula ini, jauh beza lakunya dengan sebahagian anak-anak kecil lelaki yang akan cuba menamatkan zaman kanak-kanak mereka.

Maka bermulalah sesi berkhatan bagi kanak-kanak lelaki, yang juga memberi pengalaman pertama kepada saya ketika mengiringi anakanda lelaki sulong berkhatan seawal musim cuti persekolahan ini. Pada usianya 10 tahun, saya kira itulah waktunya yang terbaik untuk berkhatan. Kebanyakan ulama juga berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh, kerana mereka sudah hampir menjadi seorang mukallaf (baligh dan berakal) untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah Allah.

16 November 2013, temujanji yang diatur dengan doktor untuk berkhatan. Kami berpagian pergi ke klinik. Selepas mendaftar, kami menunggu seketika sebelum nombor ketiga dipanggil dalam senarai berkhatan pada pagi itu.

20131116_084557

Tiba masanya, ubat bius setempat diberikan kepada anakanda agar tidak merasa sakit sepanjang prosedur dilakukan. Kelihatan wajahnya sedikit berkerut ketika suntikan ubat bius diberikan. Sakitlah tu…nasib baiklah tidak ada adegan teriak tangis semua. Risau juga saya…yang sampai ke telinga ni macam-macam cerita kan…

Sebaik sahaja anakanda merasa kebas, maka doktorpun memulakan operasinya. Saya memilih kaedah Laser untuk sesi ini. Rasanya lebih selamat untuk pesakit dan ‘penontonnya’ memandangkan tiada pendarahan yang berlaku. Lagi pula, dari info yang diperoleh katanya kaedah laser tidak akan menyebabkan luka yang banyak, sakitpun tidak seberapa, tidak perlu dibalut, dan penyembuhannya dalam jangka masa beberapa hari sahaja.

20131116_090403

Selepas segalanya selesai doktor menasihatkan supaya anakanda hanya berbaring sahaja dalam tempoh dua hari tanpa melakukan pergerakan fizikal yang kerap. Makan minum pula haruslah berpantang sebagaimana perempuan bersalin sehingga benar-benar sembuh.

Berpantang dengan sepupu yang senasib

Berpantang dengan sepupu yang senasib

6.11pm

Si Kecil…

Salam Ukhuwah…

Kali terakhir menulis di blog ini tanggal Mac lalu. Sudah berbulan-bulan lamanya meninggalkan arena blog. Alasan: Tiada kesempatan… Mengurus si kecil barangkali, yang sekarang ini usianya sudah mencecah enam bulan.

20130817_112814

Rindu untuk menulis sentiasa ada. Sentiasa mahu berkongsi apa saja dengan para sahabat yang masih sudi menjenguk blog saya ini. Sudah banyak yang ketinggalan untuk diceritakan, kita kongsi saja apa jua yang mendatang. Sementara umur masih ada, insyaAllah blog ini masih wujud walau adakalanya bersawang… Sibuklah tu…

Kebelakangan ini terasa banyak yang ingin dikongsikan bersama, saya akan cuba merajinkan diri menulis itu dan ini. Kalau tersepi beberapa waktu, tuntutan kerja duniawi lain yang meruntun.

Mudah-mudahan ini muqaddimah yang baik untuk episod-episod yang seterusnya. InsyaAllah!

11.09am